Wednesday, August 29, 2012

Kasih Sayang Bersepahan Dalam Hati Sempena Syawal Yang Mulia. Eceh.

Assalamualaikum. Adalah mengharukan okay, eh bukan mengharukan sahaja, tetapi adalah super mengharukan bila rumah engkau mejadi pilihan anak - anak murid untuk datang berhari - raya. Rata - rata sepakat mengatakan rumah aku sangat ceruk dan menyusahkan untuk dijejaki *Roll eyes* Macamlah rumah aku dekat Papua New Guinea. Menyampah. Eh tapi macam yang aku cakaplah, super mengharukan bila anak - anak murid engkau sanggup datang jauh - jauh berpeluh - peluh semata - mata mahu datang berhari - raya. Aku sebagai guru terpaling berjiwa penyayang seantero sekolah hampir - hampir mengalirkan air mata setiap kali ada students datang rumah. Berjiwa penyayang aku ni rupa - rupanya. Sobsobsob. *Kesat mata dengan hujung lengan baju*


Ini manusia pertama menjejak kaki berhari - raya. Sangat gentleman datang sorang - sorang. Dah semakin kurus, semakin kacak. SPM Batch 2009. Bila tengok Ariffin yang semakin membesar terasa diri ini sangat tua dan dan dan tidak comel lagi seperti dahulu kala. How time flies! *Kesat mata lagi* Dulu masa dekat sekolah suka tolong aku buat kerja. Angkat bukulah, kemas kelaslah. Apa - apa tugasan disettlekan dengan penuh rasa wibawa dan tanggungjawab. Dalam kelas super fokus sedunia. Setiap kali balik cuti sem mesti tak lupa untuk Buzz aku. Touching sedunia!

Lepas itu group kedua yang datang adalah group havoc dari kelas 3RK2 PMR 2012. Datang secara berjemaah dengan sungguh comel sekali. Siap ada yang datang bersampin. Terharu lebih. Semua bawah umur tapi masing - masing jadi rempit sejati sebab datang rumah aku bawa motor semua kelasss kau Jah. Lesen confirm tak ada. Ya Allah, terima kasihlah semua. Kalau group ni yang datang rumah aku memang huru - hara. Sekejap - sekejap ketawa, nanti masing - masing diam makan kuih. Bila dah kenyang karang ketawa lagi. Dan begitulah seterusnya sampailah masing - masing mintak balik. Pheww! Ingatkan tak tahu jalan balik. HAHA!

Ini 4 sekawan ni dalam kelas suka berangan. Tapi bagus, bila kena marah tak pernah ambil hati. Kihkih!
Ini semua bodyguards saya. Kacak - kacak super. Lagi - lagi Luqman (Specky) Alahai baik sedunia hari - hari tolong aku bawa buku, hantar masuk dalam bilik guru. Sweet sangat perangai.

Dilain hari pula, Batch SPM 2010 menyerbu. Kali ni dia orang bernasib baik sebab suami sempatlah memasak untuk dia orang. Untunglah! HAHA. Ya Allah datang juga lengkap bersamping dengan muka masing - masing dah kacak sedunia. Sekali lagi effect terasa diri sendiri sungguh tua menghantui diri. Rasa malu pulak nak mengaku umur sebenar. KEHKEH. Batch ini kuat menganjing. Rasa nak lempang pakai kaki sorang - sorang. Terharu bila sorang - sorang minta maaf dengan sopan sambil kepala masing - masing tunduk patuh. Olohlohlohloh!

Eh tapi bila bergambar sama kenapa nampak sungguh sebaya ni?HAHA

Ini couple manis dua orang ni Batch SPM 2008 antara legasi terawal aku mengajar. Batch pertama hasil didikan aku. Ingat lagi kelas dia orang (5 Sains 3) budak - budaknya baik - baik sedunia. Patuh. Sobsobsob. Rindu! Datang buat aku teringat zaman - zaman bercinta masa sekolah dulu. Masih sama macam dulu dua orang ni, sopan, sweet sangat. Didoakan kekal kasih sayangnya hingga ijab halalnya. InsyaALLAH.

Batch PMR 2012

Lagi touching bila dua orang ini datang. Shah Azlan dengan Selamat. Datang dari kelas terpaling belakang tapi suka buat aku rindu gila zaman - zaman mengajar mereka ni dulu. Sepakat mengatakan bahawa aku cikgu terwangi dekat sekolah. HAHA. "Kalau lalu somewhere terbau wangi, mesti cakap dalam hati, ini Teacher Yatt baru lalu nii!" HAHA. Baiklah, Selamat!


Wakil kelas 3KAA PMR 2012 (Ada lagi seorang sebenarnya, Firdaus tapi tak sempat nak berposing. Thanks Firdaus!) Alahai. Sopan santun sangat sampai aku pun tak berapa nak sampai hati buat perangai liar dekat rumah. Sopan je aku jalan tunduk - tunduk. HAHA. Biasalah, bila duduk sebelah manusia sopan automatik aku yang merakas ni jadi sopan. HAHA. Bagus budak ni. Buat menantu memang takkan menyesallah. Siap jadi Imam, imamkan kawan - kawan solat Zuhur dekat rumah aku hari tu. *Nasib baik anak aku lelaki. Kalau tak dah cop buat menantu. HAHA*


Hakim. Sopan juga. Baik aje. Dia inilah yang sanggup naik motor jauh - jauh sebab nak hantar munjung rumah aku masa bulan puasa hari tu. Dahlah kacak, baik budi perkerti pulak. Haih. Bagus ni!



Ini Batch SPM 2008. Kelas akaun. Group ini memang tiap - tiap tahun tak pernah miss serbu rumah aku. Lagi - lagi yang posing paling depan tu. Dulu masa wedding aku, banyak sangat tolong aku. Tak lama lagi giliran dia pulak naik pelamin. Tua dah akuuuu tua dah akuuuu!


Batch SPM 2010. Ini datang dengan mengejut. Tau - tau dah sampai depan rumah. Kelas Sains Teknologi 2. Dah besar - besar dah semua. Kacak - kacak cantik - cantik sedunia. Satu yang aku menyampah dengan diri sendiri, suka - suka bagi nama lain dekat anak murid. Memang simptom penuaan. Lupa nama anak murid sendiri. Lepas tu terasa sangat gagal sebab dah bagi hint banyak kali pun tak ingat - ingat juga! *Tepuk dahi*


Group ini datang buat aku terpaling touching. Batch SPM 2010. Kelas ni paling happening dulu. Semua manusia dalam kelas 5 Sains 2 ni mulut macam masing - masing ada 2,3 pasang. Especially yang terpaling depan tu yang pakai baju putih sebelah kiri. Fahmi. Subhanallah mulut. Rasa macam nak gam dengan gam gajah. Tapi sekarang bila dah besar jadi sopan sedunia. Rindunya Ya Allah. Diorang ni special, masing - masing ada nama Western. Zachery, Stevie, Owen. Rindunya rindunya rindunya!

Wawa. Datang rumah tak reti duduk diam. Lain kali datang rumah aku memang kena tambat budak ini dekat pokok banyak kerengga.

Penutup (Agaknyalah tak tahu kalau lepas - lepas ni ada lagi. HAHA) adalah bila rumah aku diserbu habis - habisan petang tadi Batch PMR 2012. Entah berapa banyak motor entah yang datang serang. Tak terkira. HAHA. Nasib baik sempat suruh Emak masakkan mee goreng bodoh - bodoh. Kesiannya masing - masing makan dengan penuh berselera. Lapar sangat agaknya. Kuih raya pun licin tinggal bekas. Bagus betul, bagus.  Walaupun rumah hingar - bingar sekejap, masing - masing nak bercakap serentak, gasak siapalah yang nak dengar. Sudahnya aku pening kepala.

Hampir separuh kelas.
Separuh kelas lagi. Phewww!

Aidilfitri kali ini memang meriah sedunia. Lagi - lagi bila aku berkongsi kegembiraan dengan anak - anak didik tersayang. Monyet macamanapun perangai masing - masing, tapi ingatan nak datang berhari - raya rumah aku tulah yang sangat mahal sedunia. Kesanggupan, keterbukaan hati dia orang memilih rumah aku sebagai rumah untuk dikunjungi memang buat aku terasa betul - betul dihargai. Terima kasihlah semua sayang - sayang teacher. Sayang engkau orang semua. Bekas anak - anak didik pulak, walaupun masing - masing entah dah kemana - mana sambung belajar, masih ingat lagi teacher diorang yang suka membebel, suka denda, suka hukum merepek - repek ni. Terharu. Terima kasih ya!

SELAMAT HARI RAYA SEMUA, MAAF ZAHIR DAN BATIN! ^^.

p/s : Bagusnya kalau yang seorang tu sudi datang. Dengar tak?

Dah. Babai!

10 comments :

nur easy said...

riang ria raya... pmr dah x lama kan.. semoga berjayalah semua nanti murid n gurunya sekali ;)

p/s: apa cara nak hindar dr buat kesalahan ya? ;)

Innanie | Ariffin said...

kfine. sentap. kita takde!

Miss Tasantek said...

aku tengok yang sebaya2 daus tu aku rasa terharu pulak..

sebab..

budak2 kampung ni...sungguhpon jauh di kampung tapi tinggi budi pekertinya.
berbeza dgn budak kat sini. especially kat umah aku, kalau ditegur sikit nanti abislah kereta aku disembur dek extinguisher lagi. cish.

Cik Puan Bunga said...

@nur easyAmin untuk doanya! :)

p/s : Cara nak hindar dari buat kesalahan? KEsalahan apa? :)

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinAwak lain kategori! :D

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekBudak kampung celaka macamanapun insyaallah boleh dinasihatkan lagi! :D Budak bandar.. emmm... hmmmm.

watyz said...

syomel nye cikgu dorang ni.. bertuah cikgu dpt anak murid yg sopan2 gitu... :)

Cik Puan Bunga said...

@watyzDapat yang sopan, sopanlah. Dapat yang macam monyet, geram jugak! HAHA!

nur easy said...

Hehe apa2 je...akhlak, kata, tingkah laku. Misi mencari sempurna. Logiknya mustahil, tp rupanya ada yang nak juga....

Cik Puan Bunga said...

@nur easyMustahil. Memang mustahil. Tapi selagi boleh dielak, maka elakkan. Tapi dah namanya manusia kan.. takkan dapat lari dari buat kesilapan. :)