Friday, August 10, 2012

Perempuan Cantik Dari Syurga Dan Tinggalan Legasinya

Assalamualaikum. Secara harfiahnya kalau orang tanya apakah aku sanggup berbuat apa sahaja demi wanita ini, tanpa ragu - ragu malah tanpa perlu berfikir panjang sekalipun aku akan jawab dengan yakinnya bahawa YA aku sanggup berbuat apa sahaja untuk dia. Wanita yang 29 tahun yang lepas bertarung dengan ajal demi mahu memberikan aku satu kembara kehidupan di dunia. Wanita yang hidup matinya berjuang dan berkorban untuk kebahagiaan anak - anak. Wanita yang kecantikannya tidak pernah luntur disapa usia. Wanita yang bait perkataannya dilontar untuk menyejukkan hati. Wanita yang sentuhan senyum sapa hanya untuk mendamaikan hati. Emak.

Semalam genap umur Emak 56 tahun. Tapi Emak kekal cantik, muda dan bertambah jelita setiap tahun macam Emak tak lut dengan usia. Walaupun aku bangun pagi untuk kesekolah agak lambat (Siot punya jam loceng boleh pulak engkau tak bunyi! Pui!) Walaupun aku agak kelam - kabut mana nak solat mana nak make up mana nak cari handbag untuk matchingkan dengan baju, sebelum ke sekolah sempat aku wish Emak. Aku cium dua belah pipi Emak. Hati sebak. Tapi tetap kontrol macho. Mana boleh menangis depan Emak.

Emak, wanita hebat sepanjang zaman. Pengorbanan Emak memang tak akan tergambar dengan kata - kata. Tak ada sebarang perkataan yang layak untuk aku gambarkan betapa hebatnya Emak. Betapa tabahnya Emak meneruskan kelangsungan hidup. Betapa Emak sebelum mengecap bahagia hidupnya meniriskan keringat - keringat kecekalan hati. Emak tak pernah menangis depan anak - anak. Jiwa Emak sangat kental. Aku rasa aku mewarisi ketabahan Emak yang tiada tolok bandingnya. Emak sangat - sangat super woman.

Aku masih ingat gigihnya Emak hantar aku ke sekolah setiap pagi walaupun hanya menaiki basikal tua Emak. Sepanjang perjalanan, aku peluk Emak erat - erat. Kalau hari hujan, Emak selubungkan aku dengan tuala atau kain, biar aku tak basah. Masa balik sekolah Tadika dulu, bila angsa - angsa jahat yang berkeliaran tepi sekolah Tadika tu kejar aku, Emaklah yang tolong hambatkan. Masa aku kena belasah dengan Abah sebab jahat sangat perangai, Emak yang tolong pujukkan. Emak pakaikan aku baju sekolah, Emak bedakkan pipi, Emak masakkan bekal untuk aku kesekolah. Emak hanya wanita biasa dengan seribu satu kelebihan yang luarbiasa.

Bila aku semakin membesar, semakin dewasa, Emak menjadi kawan tempat aku meluahkan rasa. Aku tak segan - segan nak bercerita dengan Emak siapa skandal dekat sekolah, skandal sekampung, skandal masa zaman Form Six, skandal sehidup semati, semua aku cerita dekat Emak. Emak ibarat penyimpan mohor besar rahsia - rahsia aku. Emaklah tempat aku meluah rasa cinta aku pada suami (Masa itu boyfriendlah kan! HAHA) Emak tempat aku bercerita semua moment - moment manis aku dengan suami. Emak, tempat aku berkongsi bahagia dan rasa. Emak tempat aku mendapatkan satu tiupan ketenangan dan kebahagiaan yang takkan ada orang lain mampu berikan. Setiap kali ada masalah, bila aku jauh dari Emak, aku call Emak. Hanya dengan mendengar suara Emak, aku rasa yakin dan kuat.

Sewaktu aku ingin melahirkan Adam, berjuang dengan taqdir hidup dan mati, aku hanya terbayangkan Emak dan 1001 pengorbanan yang Emak dah lakukan kepada kami adik - beradik. Kasih sayang Emak membawa kami ke syurga dunia dan syurga hakiki. Walaupun tanpa sebarang kemewahan, Emak memewahkan kami dengan kasih sayang. Emak memanjakan kami dengan perhatian yang tidak berbelah bahagi. Menjadi ibu, baru aku faham, betapa hati Emak dan kimianya dengan anak - anak sangatlah tidak boleh disangkal lagi. Emak, dan semangat juangnya memberikan kami adik - beradik satu inspirasi dalam hidup.

Aku suka berbaring dekat peha Emak. Sambil dengar Emak bercerita macamana outstandingnya aku masa zaman baby - baby dulu. Macamana nakalnya aku, macamana susahnya Emak nak jaga aku dalam pantang dulu. Macamana perangai aku masa kecik dahulu memang menduga kesabaran Emak. Peha Emak tempat berbaring yang terpaling selesa sedunia. Tak ada tolok bandingnya. Satu perasaan yang tenang mengalir dalam jiwa. Emak, umpama bidadari syurga yang Allah kurniakan untuk setiap anak - anak merasa bahagia. Terima kasih Ya Rabb untuk anugerahMu ini yang tidak ternilai.





Emak, Lina tahu Lina banyak kecewakan Emak dalam banyak perkara. Lina kecewakan Emak setiap kali Emak menggantung harapan. Lina ambil masa yang lama, jalan yang panjang untuk membahagiakan Emak. Emak banyak membantu Lina menjadi manusia yang lebih baik. Kasih sayang Emak tiada tandingannya.

Selamat Hari Lahir Emak. Semoga Allah merahmati Emak dengan kasih sayang yang tiada batasan. Semoga Emak dilimpahi dengan rahmat Allah, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, hidup yang penuh dengan keberkatan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat. Lina sayang Emak. Tak terucap dengan kata - kata. Tak layak rasanya untuk Lina membalas jasa - jasa Emak pada kami adik - beradik.

Emak, Lina akan jaga Emak sepanjang umur Lina. Lina akan jaga Emak sepertimana Emak menjaga Lina dan adik - beradik semasa kami kecil dulu. Emak jangan risau, Lina tak akan sia - siakan Emak. Lina sayang Emak, Lillahi Ta'ala.

Ya Allah, seandainya dalam hidup ini aku pernah membuat kebaikan Ya Allah, maka kau pindahkanlah pahala kebajikan ku itu kepada Emak. Amin Ya Rabb.

Selamah Hari Lahir, Emak.

Yang Benar,
Anak Emak Yang Terpaling Nakal.

Dah. Babai

8 comments :

imantizz_truper said...

waa,mudanya mak kak CPB...hepi bday mak cik!!! mak kak CPB sama umur dgn mak saya...hehehe

Puan ddJaafar said...

nangis i tau..
hukhuk.happy birthday untuk makcik!

♥ dak pink said...

Selamat hari lahir untuk emak awak.

Touching je baca entri awak ni. ;)

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperEh sebaya ke?? Waaa boleh buat geng main batu seremban! HAHAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@Puan ddJaafarTerima kasih DD! :)

Cik Puan Bunga said...

@♥ dak pinkThanks Dak Pink! :)

FiZ said...

Sedih bila baca entry ni.Kadang2 kita memang tak sedar yang apa kita buat mngkin akan melukakan hati mak.huhu

ps:happy belated birthday to your mom sis :)

Cik Puan Bunga said...

@FiZThanks Fiz. Akak ni banyak buat dosa kat Emak. Sobsobsob! Sesamalah kita menjadi anak yg solehah ya? AMIN! ^___^