Thursday, August 2, 2012

Sudahlah Cantik. Pandai Memasak Pula. Isteri Pilihan. Eceh.

Assalamualaikum. Demi kecintaan yang mendalam kepada Nasi Kerabu, lepas tu hari - hari asyik canang dalam bilik guru betapa cinta aku kepada Nasi Kerabu yang semakin memekar memaksa Datin Rimah untuk buat kelas masakan khas untuk kami. Menu of courselah Nasi Kerabu, kan. Bersemangat betul aku nak tolong - tolong (Eceh!) Datin Rimah prepare untuk menu Nasi Kerabu. Biasalah, perempuan cantik kenalah tahu memasak kan kan kan. Barulah suami sayang. (Pui!) HAHA.

So lepas extra class, aku dengan co-pilot sejati, Oat terus pergi rumah Datin Rimah dengan semangat yang berkobar - kobar. Sampai - sampai dekat markas Nasi Kerabu, rupa - rupanya Kakak Kawasan Form 5, Kak Sally dengan Kak Hairani dah ada dekat situ. Potong kobis dengan muka yang penuh serious macam tengah fikir masalah negara. Melampau. Baru suruh potong kobis dah stress. Belum suruh potong pusat orang lagi tu. 

Ingatkan, aku selaku princess tak kena buat apa - apalah kan. Rupanya kena potong kacang panjang dengan gunting daun kesum yang bau dia tak sama langsung dengan bau CK IN2U Pop. Menyesal tak menyesallah kan kena potong halus - halus bapak kuman. Padanlah muka Kak Sally dengan Kak Hairani ketat je masa kena potong kobis. Memang stress. Nak nak lagi Datin Rimah pantau kami buat kerja sambil mulut pot pet pot pet terus tak berani nak melawan. Baru siap separuh, aku dah give up dah. Terus pass baton dekat Oat untuk take over potong kacang panjang. Nasib baik Oat cekap, buat kerja laju gila babi. Syabas, Oat!

Bukti nyata aku turut menyumbang bakti.
Muka - muka stress.
Oat dengan gigihnya potong sambil pejam mata. Hebak!

Nampak macam remeh buat Nasi Kerabu ni tapi bila dah involved dengan proses penyediaan dia baru tau langit tinggi ke rendah. Semua benda kena racik potong halus - halus macam orang dah takde kerja kan. So memang makan Nasi Kerabu ni senanglah kerja perut kita, tak payah nak hadam lama - lama. Semua benda senang nak hadam. Maklumlah dah halus macam kuman. Stress tak payah cakaplah. Nak nak lagi pemalas macam aku ni. So kehadiran aku dekat dapur Datin Rimah lebih kepada menceriakan susasana dengan gossip liar and posing sana sini. Memang takde guna lah.

Siap dah racik semua! Jyeah!
Ayunya memasing. Lagi - lagi yang tengah tu. Subhanallah.
Perangai sebenar.

Lepas dah siap semua, kenalah bungkus - bungkus untuk kakak - kakak yang tolong sekali. Termasuk bungkusan aku sendirilah kan. Kata dah berkerja keras. HAHA. Bungkus - membungkus ni pun mencabar keimanan jugak sebab semua benda pun asyik nak berterabur aje. 

Bungkus. Posing. Bungkus. Posing. Bila entah nak siap.
Siap!

Tak sabar nak tunggu berbuka. Sebab selama ni Datin Rimah masak Nasi Kerabu sebelah mata pun aku tak pandang. Kononlah kan tak makan Nasi Kerabu. Bila dah kena sekali, baru tau sedap tak sedap. Nasi Kerabu Datin Rimah ni pulak bapak sedap! Memang jauh panggang dari apilah dari rasa Nasi Kerabu yang aku suka beli dekat Bazaar Parit Yaani tu. Picisan je tu! HAHA!

Bila dah kenyang. Apa lagi. Mata pun beratlah. 

Zzzzzzzzzzz.

Dah, Babai!

6 comments :

Nabila Zainudin said...

kalau balik kampung abah dekat Kelantan mesti nenek buatkan nasi kerabu ^___^.

akak, makan nasi kerabu dengan daging bakar. lagi umphhhh

Aida Jelita said...

baru nak puji ayu sekali keluar gambar 'perangai sebenar' tu terus tak jadi erk! haha

Cik Puan Bunga said...

@Nabila ZainudinItulah diorang pun dok kata jugak makan dengan daging bakar. Mesti meletup kan rasa dia?? Wuuuuuu!

Cik Puan Bunga said...

@Aida JelitaAHAHAHAHAHHA!

Nabila Zainudin said...

memang meletup habes kak.. adoii kan dah terliur =='

Cik Puan Bunga said...

@Nabila ZainudinNak cari ah! Phewwwwww!