Monday, September 3, 2012

10 Minit Atau Lebih Yang Sungguh Bertaqdir Itu.

Assalamualaikum. Sungguh sayang kan, bila ada certain moment dalam hidup kita yang kita rasa happy gila khinzir, rasa bahagia yang sangat bersepah - sepah dalam hati tapi kita tak boleh nak capture the moment. Be it lah rakam ke or photograph it ke kan. Tak ada semua tu. The only benda yang boleh buat kita ingat moment tu adalah kenangan masa itulah yang kita flashback secara kerap dalam kepala otak.

Alhamdulillah.

Sebagai seseorang yang sangat menghargai kenangan, aku akan menghargai kenangan pada hari ini selagi aku tak nyanyuk. Hopefully aku takkan nyanyuklah. Orang kata kalau taknak nyanyuk maka rajin - rajinlah membaca Al - Quran. Alhamdulillah. Aku sejak akhir - akhir ni boleh tahan rajin mengaji. InsyaALLAH. Jadi aku sangat berharap aku tak nyanyuk dan akan ingat hari ini sampai bila - bila. Eceh.

Mata yang bengkak tak menghalang aku daripada hadir ke sekolah, dengan satu harapan bahawa sesuatu yang baik bakal berlaku. Persetankan dengan mata - mata yang mengusha mata aku yang bengkak sebelah. Persetankan dengan anak - anak didik yang tak habis - habis membahan aku bila tengok mata aku separa normal. Gasak. Aku sangat tak kisah. Satu kepercayaan jati dan utuh dalam hati. Kalau Allah berkehendak ia jadi, maka jadilah.


Maka dengan izin Allah jugalah ia terjadi.

Terima kasih jati diri, kerana akhirnya ia kuat.
Terima kasih keyakinan hati, kerana akhirnya ia hebat.
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.
Kerana menjadikan apa yang aku rasakan mustahil, satu kenyataan yang terpaling hebat.

Pencetus kegembiraan yang berlangsung selama sepuluh minit atau mungkin kurang itu, memberikan aku kebahagiaan yang mungkin berlarutan sampai entah bila.

Dan demi sakit mata ini, demi rahang yang sakit ini sebab asyik tersengih tak tentu pasal, dan demi semua - semuanya, terima kasih yang tak terhingga.

Babai.

6 comments :

Nurmujahidah Ismail said...

nak jadi macam cikpuanbunga jugak ti dah dapat posting,, hehehe,, hopefully the wish do come true,, :D

watyz said...

pesal mata bengkak??? hehhehe

Cik Puan Bunga said...

@watyzSakit mata. Wuuuuuuuuuuuu! :(

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailAmin. Insyaallah! :D

imantizz_truper said...

jgn risau..tetap cun punya walaupun mata bengkak..hehehehe..

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperBanyaklah! Dah macam hape jek tah! HAHA!