Thursday, September 6, 2012

Kisah Perempuan Bahagia Dan Mee Kari Paling Sedap Sedunia

Assalamualaikum. Hari ini Syawal ke berapa? Siapa jawab dengan betul aku belanja kerepek ubi sebungkus. Serious aku pun dah tak keep track hari ni Syawal keberapa. Noob! HAHA. Pendek kata aku merayakan Syawal tahun ini dengan macam - macam emosi yang bercampur - aduk. Tapi awesome sedunia. Alhamdulillah. Mungkin tingkat kegembiraan aku melebihi tingkat kegembiraan kanak - kanak Ribena. Gasaklah. Yang penting aku gembira. HAHA.

Syawal menjadi lebih bermakna bila menerima kunjungan hormat daripada insan yang jauh dimata dekat dihati. Datang siap dengan family manalah aku tak terharu kan. Aku ni kan ekspresif. Sikit - sikit nak terharu, sikit - sikit nak touching. (T___T) Bila kekasih hati sudi menjengah teratak buruk Emak Abah aku, sayang dalam hati ni tumbuh bercambah - cambah berakar - umbi bersepah - sepah.

Kunjungan balas walaupun agak lambat daripada hari yang dijanjikan (Ehem. Aku punya busy mengalahkan PM. Aku pun menyampah dengan diri sendiri!) tetap jugak aku datang dengan family jugak. Balik sekolah dengan bau kepam, make up dah comot momot ditambah lagi dengan muka berminyak macam manusia baru keluar dari longkang, berbekalkan hati yang ikhlas dan tulus menyintainya sampai jugak aku ke Kluang. Alhamdulillah. 

Sampai - sampai aje terus suruh makan. Memang langkah kananlah kan. Dahlah aku langsung tak makan dari sekolah tadi. Dengan mata yang bersinar - sinar aku duduk depan menu utama sambil gosok - gosok perut yang dari tadi merengek - rengek minta diisi. Tak senonoh. Perut dengan tuan perut sama - sama tak senonoh perangai!

Suami saya senyum! Suami saya senyum!

Terus - terang cakap, aku tak pernah makan mee kari yang rasa dia bapak mengujakan sampai tanpa segan silu aku tambah berkali - kali. Memang menyampah nak puji tapi itulah kenyataan. Sedap sedunia mee kari dia Ya Allah! Suami, emak dengan Embun masing - masing makan penuh berselera. Tuan rumah tanya pun layan endah tak endah aje. Masing - masing fokus dekat makanan. Adam kemana - mana entah pun dah tak ambik kisah dah. Sedap nauzubillah mee kari dia, Ya Allah!

Engkau orang tengok gambar aje. HAHA!
Emak fokus!

Lepas kenyang makan mee kari, duduk pulak dekat meja kuih melantak kuih sambil bergossip dengan family Innanie yang sporting gila macam kenal dari kecik. Sambil - sambil menahan rasa melayankan perangai Adam yang dah macam ulat nangka. Kerja asyiklah nak bergerak sana - sini. Panjat sana - sini. Sentuh sana - sini. Emaknya geleng kepala. Sah - sah bukan genetik dari aku tu kalau perangai nakal - nakal macam tu. Aku budak baik.

Sampailah masa kami sekeluarga balik bila tengokkan perangai Adam macam dah tak terkawal lagi dah. Dia punya nakal pun macam dah lain macam aje. Lepas bermaafan kami sekeluarga pun minta diri nak balik sambil perut masing - masing buncit sebab kenyang sangat makan. Alhamdulillah. Memang terasa dihargai sangat - sangat dengan sambutan dan layanan memang kelas habis. Terharu sangat - sangat! Terima kasih Innanie and family semua. Terasa macam dah menjadi satu keluarga! ^^,

Kami!

Untuk yang belum tahu, kami ni bukan kenal pun sebelum ni. Kawan pun bukan. Kami kenal melalui dunia blog saja. Subhanallah. Tapi ukhuwah yang terjalin macam dah kenal lama. Seriously speaking. Kenal bukan setakat aku kenal dia, dia kenal aku. Tapi bawak the whole family berkenalan sama sampaikan family kami pun dah mengaku sedara sesama kita. Secara tak langsung bertambah kenalan kami di bumi Kluang. Memang terharu dengan cara family Innanie melayan family aku. Tak terasa janggal langsung. Berborak macam taknak balik. Habis semua topik kami gossipkan. Subhanallah. Terima kasih Ya Allah atas ukhuwah ini. 
LOVE
Kakak dengan adik. Aku adiklah.

Innanie sayang,
Akak harap kita berukhuwah sampai bila - bila ya. Terima kasih sebab dah banyak put up dengan perangai mengada - ngada akak sepanjang kita kenal. Terima kasih kerana awaklah blog akak ni dah berubah jadi cikpuanbunga.com. Terima kasih yang tak terhingga. Akak sayang awak dunia akhirat. Banyak dah awak buat akak happy, bukan akak saja tapi the whole family sangat sangat sangat sangat senang dengan kehadiran awak dalam family kami. Sobsobsobsob. Touching!

Yang menyayangi awak,
Cik Puan Bunga.

Dah. Babai!

16 comments :

Cik Lyeen said...

sedapnya mee kari itu..bahagianya manusia2 itu.....semoga gembira selalu...jelez tgok kak innanie dpt nota comel..:(

nurdani said...

seronok bila hubungan mesra walaupun mulanya cuma kenal melalui blog je :)

Cik Puan Bunga said...

@Cik LyeenFuh mee kari tu memang super sedap! Awak nak akak boleh bg jugak nota cenggitu! Hihihi!

Cik Puan Bunga said...

@nurdaniAlhamdulillah :D

pnsusu said...

tu yg bestnya blogging kan...merapatkan ukhwah

Hustler said...

Drooling... -_-''

Nurmujahidah Ismail said...

bestnya boleh jumpa sedara di alam maya,, wah,,, tahniah la ye :D

Cik Puan Bunga said...

@pnsusuAlhamdulillah! :D Boleh kenal - kenal dengan saudara sesama Islam! ^^,

imantizz_truper said...

nak jugak nota comel macam tu...=_="

Cik Puan Bunga said...

@HustlerPhewww! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailTerima kasih! ^^,

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperBOLEH AJE! ^^,

Chooyaya! said...

selamat hari raya cikpuanbunga.. happy awak ada jmpa kawan baru yang baik mcm innanie... jeles sikit2 pon ada. kenang daku dalam doamu. sobs. P/s: saya dari majalah mastika. bahahahaha

Cik Puan Bunga said...

@Chooyaya!Kakkkkk sssuuu rindunya kat akak! Akak sejak ada baby dalam perut terus lupakan sayaaaa! Waaaaaaa! (T_____T)

yayath said...

wahhh...bestnye:)hehe

Cik Puan Bunga said...

@yayathAlhamdulillah best jugak ! Hihi ! :D