Friday, September 28, 2012

Sehari Jadi Manusia 15 Tahun

Assalamualaikum . Jadi cikgu ni , macam Yang Berhormat . Pantang ada masa terluang , separuh mesti spend dengan anak - anak didik . Separuh lagi spend dengan boyfriend - boyfriend aku yang dua orang itulah . Ada masa terluang , mesti kena booking . Kahkah . Budget famous pulak . Bagi kaki baru tahu . So , cuti Hari Malaysia hari tu aku spend masa dengan students dari kelas 3KAA . Students kelas ni memang rare sikit . Dia orang ambil Bahasa Arab sebagai subjek tambahan . Perangai masing - masing pun boleh tahan rare . Ada yang nakal melampau , ada yang kuat touching sedunia , ada yang sweet . Ramai yang cecantik kekacak dalam kelas ni . Aku kalau masuk kelas 3KAA confirm senyum bahagia sedunia . Cuci mata . Kahkah . Niat terpesong !

Sebenarnya lebih kepada sambutan hari raya secara underground . Radikal habis . Pun meraikan students yang dapat A masa trial PMR . Pun sekali sesi beramah - tamah dengan dia orang . Bila dah duduk makan - makan , gossip - gossip sama - sama macam ni banyak cerita yang keluar . Dengan masing - masing sibuk nak bercakap , hingar sekejap KFC Parit Raja hari tu . Bagi dree code dekat dia orang . Pakai baju raya . Ada yang lagi awesome , siap datang bersampin . Kacak sedunia ! Aku dahlah datang sedikit lambat . Sampai - sampai Iqbal Farai tolong bukakan pintu kereta , oloh sweet sedunia ! Lepas itu kena bebel apasal datang lambat blablabla . Macam mak nenek lah kau !

Sebahagian ahli . Iqbal Farai tu yang duduk sebelah aku , berbaju Melayu biru . Hyper !
Aku sedang khusyuk mendengar Aini Nazihah punya gossip .

Rasanya , kami mendominasi tingkat atas KFC Parit Raja . Bayangkan , section tu je penuh dengan kami . Itu belum kira yang sibuk main dekat play ground , yang lari - lari kacau budak yang kerja dekat KFC tu , yang kerja turun naik main tangga , yang main dekat toilet . Yang kerja berposing . Haih . Tabah ajelah aku bawak anak ramai macam ini . Kahkah .
 
Dengan The Ladies . Eh Ika mana Ika ??

Seronok bila dah duduk borak ramai - ramai ni . Gelak memang tak ingat dunia . Selalu tu kalau duduk sama - sama asyiklah bincang pasal pelajaran , sesekali duduk santai - santai macam ni hilang jugak stress dalam kepala lutut . Lagi - lagi sambil gossip sambil makan . Awesome !
 
Yang baju yellow mustard tu sepatutnya sedondon dengan aku . Sepatutnya .
Demo cara - cara menukar lens . Perhatikan Ahmad Izzuan yang sungguh fokus itu . Gagaga !
Iqbal Farai sangat sweet . Belanja teacher Krusher . Olohh !
Ini Ameen . Dulu masa awal tahun touching sekejap dengan dia . Sekejap aje . Sekarang dah sayang sedunia !
Ahmad Izzudin . Kacak bersampin . Jatuh cinta ! Gagaga !
Farhan tak ikut dress code !
Ika . Comel aje . Suka cium aku secara percuma . Sayang Ika !
Kesayangan - kesayangan .
Dan akhir sekali . The Awesome Teacher . Kahkahkah !

Lepas PMR nanti kita hang out lagi sama - sama ya . Semua ni aku sayang sepenuh hati . Masing - masing ada keistimewaan masing - masing . Tak pernah aku terfikir nak abaikan sorang tu semata - mata nak lebihkan sorang yang lain . Teacher sayang awak semua , tahu tak ? Kalau teacher marah ke , verbally abused korang ke tu semua sebab sayanglah , bukan sebab benci . ><,

Teacher doakan yang terbaik untuk PMR nanti ya ! Jom jom kita berpelukan secara berjemaah jomjomjom !

p/s : Sumpah rasa macam sebaya dengan semua ni . Kahkah .

p/s/s : Kalau yang lagi sorang tu ada , mesti lagi awesome . Tak ada jodoh .

Dah . Babai !

8 comments :

Dr.Nada Haziqah said...

Teacher, lepas PMR, KFC lagi jom !

Cik Puan Bunga said...

@Dr.Nada HaziqahBoleh sangat - sangat - sangat Nada ! :D

Dr. Nada Haziqah said...

Nanti pekerja kat KFC tu cakap ''Budak-budak ni lagi.''

Cik Puan Bunga said...

@Dr. Nada HaziqahKAHKAH ! Gasak !

Nurmujahidah Ismail said...

cpb ajar english ek? awesome nye la kengkorang ni!!!!! nak gak camni one day :D

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailAah , English . Insyaallah . One day true . ><,

watyz said...

bertuah jd cikdu syomel kan... :P

Cik Puan Bunga said...

@watyzComel ? Kahkah muntah darah semua orang nanti ! HAHA !