Wednesday, October 10, 2012

4 Tahun , Suami . Tahun Yang Keempat .

Assalamualaikum . Sebelum bersolat berjemaah bersama kalau ada kelapangan , suami biasanya akan menoleh sekilas ke saf belakang . Dan dia akan tersenyum dengan penuh kekacakkan . Ah, suami sewaktu mengimami aku , dia punya tingkat kekacakkannya amatlah berganda - ganda . Sambil membetulkan leher baju Melayunya , matanya memandang aku dengan penuh kasih - sayang . Macam akulah manusia paling lawa ada dekat atas muka bumi . Waktu itu aku dah tak fikir pasal kedut bawah mata lagi dah , dah tak fikir pasal badan gemuk babat berlipat - lipat lagi dah . Aku cuma mahu jadi satu , suri yang terbaik untuk lelaki yang terpaling aku cinta .

Usai solat , suami berdoa . Suara suami antara dengar dengan tidak . Tapi masih boleh ditangkap dengan telinga manusia lah biji butirnya . "Ampunkan dosa - dosa isteri hamba , limpahi isteri hamba dengan rezekiMu , bahagiakan hidup isteri hamba..." Sumpah , demi Allah . Doa yang didahului dengan aku dihadapannya , tak pernah gagal buat aku sesak nafas tahan sebak . Dan nantinya , pengakhiran yang epik , saat suami mengucup dahi . Moment itu , ah moment itu . Susah untuk aku describekan macamana awesomenya perasaan . Umpama kata , ibarat kaki kau melangkah sebelah ke syurga , sebelah lagi masih didunia nyata . Begitulah . Bersolat bersama suami , antara moment - moment magika dalam hidup aku sebagai seorang isteri . Iya .

10 Oktober 2012 . Hari ini , genap 4 tahun suami mengangkat akad menerima aku sebagai wanita halal dalam hidupnya . Aku rasa macam baru semalam kami disatukan . Cinta masih mekar semekarnya dalam hati , masih berdebar setiap kali mata terpanah mata , masih bersolek bermatian bila mahu keluar bersama , masih bermanja sepenuh jiwa , masih saling merindui , masih saling pujuk memujuk , menggeletek dan memicit hidung aku masih menjadi kerjaya tetapnya , masih bersayang sayang , masih memasak untuk aku dengan sepenuh raga , masih pakaikan aku kasut , masih dengan redha menyapu losyen untuk aku , masih menjaga aku ketika sakit , masih saling bermaafan sebelum tidur . Masih . Ya . Dan perasaan memunya masih kuat menebal dalam dada . Aku masih isterinya dan dia masih suami aku . Dengan doa dan harapan semoga ikatan itu kekal ke syurga ALLAH nanti . InsyaALLAH .

Aku sentiasa terfikir , andai kata , andai kata , andai kata dimasa yang lepas , aku tak buat seperti apa yang sepatutnya . Contohnya macam , kalaulah 4 tahun lepas aku mengalah , kalaulah ketika malam kami dinikahkan itu tiba - tiba suami dan aku sama - sama mengalah , kalaulah kami tak kuat , kalaulah Allah tak merestui pernikahan kami pada ketika itu, kami tak akan disini sebagai suami isteri . Kami tak akan sekuat ini , kami tak akan sebahagia ini , kami tak akan sekalis ini . Ya Allah . Hebatnya perancangan Mu . Subhanallah .

"Aku terima nikahnya Norhayati Binti Isnin dengan mas kahwinnya satu ratus ringgit tunai"

Aku selalu tertanya - tanya , ada tak lelaki dekat luar sana yang sanggup hidup dengan aku , sepertimana suami sanggup memperisterikan aku ? Jika bukan dia , adakah lelaki yang sanggup menyarungkan kasut untuk isteri pergi berkerja tanpa diminta ? Jika bukan dia , adakah lelaki yang sanggup bangun ditengah - tengah malam dan memasak untuk aku waktu aku lapar yang teramat sangat ? Ada tidak lelaki yang sanggup menghabiskan masa menonton TV semata - mata mahu tidurkan aku ? Dodoikan untuk aku ? Ada tidak lelaki yang masih setia memberi kemanisan walaupun disaat aku lemparkan dia dengan 1001 kepahitan ? Ada tidak lelaki begitu untuk aku, jika bukan dia ? Jodoh , sesungguhnya rahsia ALLAH . :3 Terima kasih Ya Allah , untuk lelaki sebaik ini . Terima kasih .

Suami , aku berjanji akan menjadi yang terbaik untuk kau . Aku berjanji akan mensolehahkan diri untuk kesenangan kau di syurga nanti , aku berjanji akan menjadi makmum kau yang terbaik , aku berjanji akan mendidik dan menjadi ibu yang terbaik untuk anak - anakmu . Suami , aku berjanji akan menjadi penyejuk mata dan hati untuk kau di dunia dan di akhirat kelak . Suami , terima kasih kerana menjadi suami yang sangat sangat sangat baik , dan ayah yang sangat sangat sangat baik untuk Adam Irfan Xaharis . Terima kasih Ya Allah untuk kebahagiaan ini . Suami isterilah kami di dunia , suami isterilah kami di syurga Mu kelak . Amin Ya Rabb .

Dah . Babai !

18 comments :

Nurmujahidah Ismail said...

seriously nak nangis baca entry ni,, seriously nak dapat suami yang sayang muja macam suami teacher,,, tapi,, adakah lagi,,,

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailInsyaallah . Ada ! Muja , doa muja doa ! Insyaallah Allah dengar ! :3

Aida Jelita said...

owwwwww sewitnya kamuuu!!!

Ida said...

touching. btw, happy anniversary bunga :))

CiK pUaN mAmA bAm-BaM said...

sweetnya.....

syukurlah Allah telah menemukan seorg suami yg sempurna..

semoga ikatan yg halal & mulia ini berkekalan sehingga ke syurga..

amin.

Naddy said...

hapy 4th anniversary..

Lizzie Yasmin said...

Sedihnya, kalau hubby akak baca nie, mesti meleh air mata, hidung bagai. Touching sangat.

Moga kekal sampai Jannah yer. Amin.

Cik Puan Bunga said...

@Aida JelitaSAWIT ! HAHA !

Cik Puan Bunga said...

@IdaTerima kasih ! :3

Cik Puan Bunga said...

@CiK pUaN mAmA bAm-BaMTak sempurna , tapi cukuplah untuk bahagiakan saya . :3 Alhamdulillah .

Cik Puan Bunga said...

@NaddyThanks babe ! :3

Cik Puan Bunga said...

@Lizzie YasminTerima kasih untuk doanya ! :3

Rozieta Rafar said...

Happy Anniversary Cikgu n suami..
semoga kekal hingga ke syurga..
semoga menjadi pasangan yang paling comel abad ini..

Cik Puan Bunga said...

@Rozieta RafarTerima kasih ! ><, Terima kasih untuk doanya !

imantizz_truper said...

nak nangis banyak2 bila baca entri nie...entri yang super cute!

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperTerima kasih . Terima kasih ! :3

watyz said...

happy belated annivesary yer cikgu yati!! i'm happy for u... :)

Cik Puan Bunga said...

@watyzThank you thank you ! :3