Sunday, October 28, 2012

Aidiladha 1433H . Berkorban Diet Demi Makanan Yang Sedap Sedunia

Suami selalu kata tajuk entry aku macam karangan Bahasa Melayu SPM . Panjang sangat . Ah , abaikan . Assalamualaikum kawan - kawan . Aku type entry ni sambil mulut masih lagi terasa - rasa rendang daging Emak yang ferghh ! sumpah awesome sedunia . Makan tengahari tadi masak sambal telur pecah , combine dengan nasi putih panas - panas featuring rendang daging Emak . Walaupun dah 3 hari Aidiladha berlalu , rendang Emak masih tiptop lagi bawah tudung saji . Sedap!

Aidiladha tahun ini agak exciting bagi aku . Sebab Abah kata nak bakar lemang ini tahun . Bagi budak kampung yang mengaku urban macam aku ni , lemang adalah sesuatu yang rare . Selalu kalau raya , Emak masak ketupat . Jadi bila Abah announced tahun ini ada penambahan lemang dalam menu hari raya , wajiblah aku excited sampai tak tidur malam . Perut aku lagi selekeh . Siap dah membayang - bayang betapa sedapnya lemang tu nanti berlumba - lumba mengisi ruang ruang kosong dalam perut setokin aku .

Selalu , tanpa pernah gagal , bila time raya , memang jangan mimpilah aku sok sok nak diet . Memang ke longkanglah diet aku . Kalau dah makanan terhidang satu meja siap dengan lauk pauk yang memang menjadi kegilaan dan ketagihan aku setiap masa i.e rendang daging , sambal kacang , ayam goreng , sambal tumis , mana nak ingat lagi diet diet ni semua . Waktu makanan berlumaba lumba masuk perut dengan rakusnya , dalam otak memang pasrah dah redha . Siap ada caption lagi , "Lepas ini jogging ! Lepas ini jogging!" Tapi itu mitos ajelah sebab bila dah kenyang , masing - masing capai bantal berkubang depan TV . Dan nanti bila badan dah gemuk barulah nak menyesal . Ah , cycle kehidupan aku memang begitu . Makan - gemuk - menyesal - makan . 

Lemang Abah dengan rendang Emak . Dua dua ini masuk dalam perut entah berapa kali entah !
Ketupat . Menu wajib dipagi raya . Kalau tak , kami adik beradik mogok lapar depan peti sejuk .
Kuih Samperit Emak buat . Rasa dia creamy sangat sangat . Sedap ! Ah aku semua pun sedap !

Pagi raya , rutin yang mesti aku buat , siapkan suami untuk solat sunat hari raya . Aku sangat suka . Ambilkan baju dia , kain dia yang aku dah siap siap gosok malam sebelumnya , ambilkan songkok , pakaikan atas kepala . Yang ditunggu - tunggu mestilah tolong suami butangkan baju Melayu . Rasa sangat sangat diperlukan . Nanti suami tersenyum simpul sambil aku potpetpotpet berleterkan yang entah hapa hapa . Bila suami sudah kacak , melambai - lambai pula dari atas motor . Isterinya padahal mandi pun belum . Kehkeh . Suami pergi solat , aku siap - siapkan Adam sambil siapkan diri sendiri . Nanti sama - sama tunggu suami pulang dari solat , makan sama - sama dengan ahli keluarga yang lain . Perasaannya syurga , tahu . 

Ini manusia kacak mintak dipuji . Kata bapaknya , sebiji perangai aku . Eh .
Sebenarnya aku nak tunjuk lemang . Sumpah , aku nak tunjuk lemang . Bukan tayang muka . LOL

Alhamdulillah . Tahun ini , Aidiladha tahun ini , banyak benda yang aku dah belajar . Orang kata , Aidiladha ni eloklah berkorban . Walaupun aku tak korban lembu , banyak juga yang aku korbankan . Korban perasaan , korban ego contohnya . Semua tu , insyaALLAH dapat membantu aku jadi manusia yang lebih baik . Menjadi manusia yang lebih MATANG . InsyaALLAH .

Aku nak sambung makan rendang Emak .

Bebaiiii !

14 comments :

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

Wah sedapnye rendang!! Kat sini mak tak sempat nak buat rendang..nieza lg la..terkejar2 ngan bdk berdua ni..penat tp sonok..

Cik Puan Bunga said...

@✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™Uii rendang Emak memang awesomelah ! Sedap sedunia ! Ini baru satu dah terkejar jugak , kalau dua tiga ? Mesti meriah ! :3

Cik Lyeen said...

Untunglah akk dpt mkn rendang, lemang, ketupat...sumpah jelez!!!uwaaaa......

ps: selamat hari raya aidiladha kak..jum sma2 bkorban spy nmpk mtyang..:p

nurdani said...

dah 3 hari makan daging je ni. sup daging, gulai daging, daging garam, rendang daging, pizza daging blablabla

cik nur said...

best nyer ketupat betul2 dari daun kalo nur kat KL makan dari plastik jer hahaha :)

mieza said...

favourite kot rendang2 ni.
pantang jumpe..
makan pulak dgn lemang.
memg ohsem laaa.. haha

watyz said...

selamat hari raya aidiladha cikgu!!!
planning nak masak sambal telur pecah + daging.. pergh!!! hahahha

Cik Puan Bunga said...

@Cik LyeenOlohloh kesian adik aku sorang ni . Sumpah , kalau dekat memang dah hulur hulur dah juadah tu semua ! ><,

Lyeen memang matang , akak je tak lagi ! Huuu !

Cik Puan Bunga said...

@nurdaniMabuk daginglah nampaknya ! HAHA !

Cik Puan Bunga said...

@cik nurNur meh lah datang Batu Pahat ! Ketupat original daun kelapa ! Sedap !

Cik Puan Bunga said...

@miezaYa Allah first time buat lemang jakunnya dah macam apa . Sedap pulak tu ! Ya Allah ! :3

Cik Puan Bunga said...

@watyzPeh sambal telur pecah tu memang menjilat kuali lah senang katanya . Senang nak msak , sedap lah pulak ! :3

Miss Tasantek said...

untung ah...cikpah masak rendang sedap.

aku masak rendang sendiri :(

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekPeh ! Untung Wafiy , mak dia pandai masak rendang . Mak Adam ??? HARAM !