Monday, October 15, 2012

Arai . Mimpi . Dan Kisah Cintanya Yang Tak Kesampaian .

Arai suka bermimpi . Ah , bukan kena bayar pun kalau nak mimpi hari - hari . Sikit pun tak guna duit . Hari ini mungkin dia bermimpi pergi ke bintang , esok dia bermimpi pulak pergi ke bulan . Tapi sejak akhir - akhir ni lain macam pulak mimpi dia . Rare , bak kata orang . Dia dah tak mimpi panjat pokok durian macam dulu , pun dah tak ada nak mimpi bapak belikan gitar kapok baru gantikan yang lama yang dah sakai barai tu , pun tak ada lagi mimpi nak buat konsert unplugged untuk rakyat Malaysia sempena hari merdeka negara yang ke 60 . Dah tak ada . Akhir - akhir ini , mimpi Arai asyiklah pasal manusia berlainan jantina itu . Alah , si Zakiah Nurmala tu . Yang cantik manis . Selalu menggugat mimpi - mimpi malam Arai . Ah .

Kalau Zakiah Nurmala berjalan , terhenti seketika dunia Arai . Kalau Zakiah Nurmala tersenyum , ah bisa luluh jantung Arai menahan rasa . Belum lagi mendengar suara Zakiah Nurmala berbicara , mungkin Arai boleh pengsan dua tiga kali . Zakiah Nurmala pendek kata istimewanya lain macam . Terlalu menduga rasa . Terlalu merebut cinta dalam hati Arai .

Kawan - kawan ramai yang ketawa menonggeng - nonggeng bila rahsia cinta hati Arai terhadap Zakiah Nurmala terpecah lubang . Belum sempat nak update status nak buat relay , tau tau seantero sudah menghidu perasaan membahang Arai terhadap Zakiah Nurmala . Arai persetankan . Baginya , cintanya terhadap Zakiah Nurmala terlalu besar , terlalu agung . Takkan ada perempuan lain yang boleh menjadi seistimewa Zakiah Nurmala . Tak akan ada . Tapi Hamid , ah Hamid . Hamid yang paling banyak menganjing cintanya terhadap Zakiah Nurmala . Hamid selalu memperlekeh - lekeh dia dan Zakiah Nurmala . Hamid selalu mengingatkan Arai yang Zakiah Nurmala itu enggang , Arai cuma pipit yang baru - baru belajar mahu terbang . Takkan sepadan terbang sekali . Takkan sama . Takkan terkejar . 

"Buat apa kau cari dari puak yang tak sama kufu , Rai !" Kata Hamid . Hamid , selaku kawan baik ,  Arai berharap Hamid bisa memahami hatinya . Berharap agar Hamid bisa mengerti rasa cintanya yang luhur untuk Zakiah Nurmala . Tapi Hamid tak pernah mahu mengerti . Bagi Hamid , hitam itu hitam . Putih itu putih . Tak ada yang kelabu .

"Kenapa , Mid ? Kau tak pernah bercintakah Mid ? Kau tak fahamkah Mid apa yang aku rasa ?" Kata - kata Arai kepada Hamid hampir berbaur doa . Doa agar Hamid turut rasa apa yang dia rasa . Agar Hamid , sekali ini bisa faham apa erti cintanya terhadap Zakiah Nurmala .

Hamid menggeleng . Rupa - rupanya Arai masih tidak faham . Arai masih tidak mengerti . Arai harus diberi faham . Arai harus diberi erti .

"Rai , Zakiah Nurmala yang kau agung - agungkan itu , yang kau cinta - cintakan itu sampai bila pun takkan mampu jadi milik kau , Rai !"

"Kenapa Mid ? Aku akan mengerah tulang empat keratku , Mid untuk sediakan dia makanan , pakaian , tempat tinggal , kemewahan , yang terpaling agung , akan aku sediakan dan limpahkan dia dengan kasih sayang , Mid . Aku akan bahagiakan dia , Mid . Aku akan mencintai dia sampai nafas aku terhenti , Mid !"

"Arai , sedar Rai . Itu mustahil , Rai !"

"Kenapa , Mid ? Kenapa ?"

"Zakiah Nurmala itu isteri orang , Rai . Dia ada yang lebih berhak menjaga , membahagiakan , menyayanginya , Rai . Dia ada yang halal mencintainya , Rai . Suaminya ."

Ah Arai seperti baru dikejutkan dari mimpi indah . Kata - kata Hamid umpama belati menusuk - nusuk hatinya yang suci mencintai Zakiah Nurmala . Kenyataan yang selama ini dia nafikan . Yang selama ini dia tidakkan . Yang selama ini dia abaikan . Zakiah Nurmala itu isteri orang .

"Mid , kalau aku mahu menunggunya , Mid ?"

Hamid mengeluh .

"Lupakanlah , Rai . Itu mustahil ."

"Aku mahu ke Jepun , Mid ."

"Untuk apa , Rai ?"

"Untuk dua sebab , Mid . Pertama , untuk mengejar mimpiku Mid . Kedua , melaksanakan mimpiku mahu memetik bunga Sakura , Mid . "

"Untuk apa kau petik bunga Sakura itu , Rai ?"

"Untuk melaksanakan mimpiku yang pertama , Mid . Aku mahu berikan Zakiah Nurmala bunga Sakura . Kalaupun cuma sekuntum ."

"Mogalah dik , kau tak putus asa , sayang . Pasti kelak , kita kan berjumpa" Fatwa Pujangga . (Arai kepada Zakiah Nurmala)

Arai , pertama , semoga engkau berjaya ke Jepun .

Kedua , semoga engkau berjaya menemukan Zakiah Nurmala mu , yang sendiri .


Satu perkara pasal cinta yang kau kena ingat , manusia sekalipun punya hak untuk memilih dengan siapa dia patut jatuh cinta , dia tidak punya daya untuk menolak rasa cinta .

Sekalipun dengan orang yang salah .

Ingat tu , Hamid .

Dah . Babai .

8 comments :

Rozieta Raffar said...

tepuk tangan kuat²....! ohsem...!

Cik Puan Bunga said...

@Rozieta RaffarTerima kasih . Kuat betul bunyi tapak tangan tu , sampai ke sini dengar ! :3

oya nazira said...

hamid ni cerita ape pulak, cikgu?

oya nazira said...

hamid ni cerita ape pulak, cikgu?

Cik Puan Bunga said...

@oya naziraHamid akan diceritakan dilain keluaran . HAHA .

cik viruzz said...

sy sampai ke sini kerana Zakiah Nurmala. (^_^)

cik viruzz said...

Sy sampai ke sini kerana Zakiah Nurmala.(^_^)

Cik Puan Bunga said...

@cik viruzzAhh anda menggugel Zakiah Nurmala lalu terus tiba disini atau bagaimana? :D