Monday, October 22, 2012

Buat Perangai Bongkak Sekali - Sekala


Selesai santap dengan teman sepermainan dan dua orang hulubalang istana yang kacaknya boleh buat jiwa aku berterabur dan terpaksa dikutip satu persatu , sambil aku melakukan cubaan mengeluarkan cili yang terselit - selit dekat celah gigi , aku bagi isyarat tangan dekat staff Old Town Cafe , BPMall Batu Pahat . "Bil , dik ! " Aku tengok staff tu buat muka separa tak puas hati . Mungkin sebab aku menganggu kekhusyukan dia mengelap meja , atau mungkin aku menganggu imaginasi dia berdating dengan makwe yang baru ditackle dekat Facebook malam tadi , ah mana aku tau . Yang aku tau , dia buat muka celaka dekat aku .

Sambil menghampiri meja , aku dapat rasa aura tak puas hati dia semakin membara - bara . Aku cuba watlek . Aku kan perempuan cantik yang penuh dengan adab sopan . Siap senyum lagi .
"Kak , ni kan dah tulis kat atas resit ni jumpah dia berapa . Akak bayar dekat sana la ! " Peh aku kena sound . Depan hulubalang - hulubalang istana kacak , aku kena sound . Aku pandang teman sepermainan macam orang tongong . Bunyi cengkerik berkumandang dalam otak . Aku pandang resit atas meja yang ada tulisan cakar khinzir (Tak main ah cakar ayam) tulis situ RM64. 30 .
"Akak tau dik , akak cuma panggil awak sebab nak bayar ." Tengok , tengok . Aku masih berdiplomasi . Padahal dalam hati dah panas sejuk panas sejuk tak keruan . Sebenarnya aku tengah tahan marah . Tapi macam biasa , perempuan cantik watlek dulu .
"Alaa akak ni , ha bolehlah sini saya bayarkanlah ". Dia ambil duit aku sambil berlalu menuju ke kaunter . Dengan muka mintak kaki , sekali pakej dengan pendek gemuk tak kacak muka berjerawat ketiak tak pernah sapu deodoran lagi dengan hair cut yang ala ala Nepal , boleh pulak staff Old Town ni nak belagak diva dengan aku .

Aku sabar . Tunggu nanti masa dia pulang duit baki .

"Dik , tanya sikit . Ni service charge dekat sini ni bayar untuk apa dik ?" Aku tanya dia sambil jari - jari gebu aku tunjuk tunjuk dekat resit , area service charge . Staff Old Town muka mintak penampar tadi terkulat - kulat .

"Err ni saya tak tau kak , ni memang dah ada .." Belum sempat dia habiskan ayat dia , aku bagi dia ceramah kesedaran sivik kaw - kaw punya .

"Dik , ni charge ni untuk services yang awak bagi dekat sinilah . Macam tadi akak suruh kau bayar tu bukan free - free tau dik . Itu berbayar tu . Bukan saja - saja . Kau tak boleh cakap dengan akak macam tadi tu , dik . Akak customer . Customer is always right , okay ?" Aku tengok muka dia dah macam lepat pisang basi . Penyek lagi meloyakan . Aku tau dia palat . Dia tunduk sambil terpisat - pisat . Dengan satu motion dan aura penuh kedivaan , aku capai handbag dan terus keluar dari Old Town Cafe sambil teman sepermainan dan hulubalang - hulubalang istana mengekor dengan setia .

Moral cerita : Biar tak kacak , perangai jangan macam celaka .

Moral cerita kedua : Customer kena tahu hak - hak mereka .

Moral cerita ketiga : Aku bukan selalu buat perangai bongkak macam ni . Aku perempuan cantik yang penuh adab sopan .

Dah . Babai !

8 comments :

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

itula kan..bile pergi kedai..kadang kite dilayan sebegitu... (T-T)

Miss Tasantek said...

makan nandos ah. hot peri2..kikikiki..

winadore said...

haa, saya setuju tu CPB.. service charge tu including semua tu la kann.. kadang kadang bukan kita nak bersikap bongkak, tapi diorang yang tak sedar -sedar kan.. saya pun penah kena dulu macam ni..

Cik Puan Bunga said...

@✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™Rasa nak lemapang orang . HAHA

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekPhew kat BP mana ada Nandos da .

Cik Puan Bunga said...

@winadoreKita bayar . Bukan free . Sangat sakit hati . HAHA .

Nurmujahidah Ismail said...

ari tu lebih kurang macam ni la muja kena kat watsons,, orang tanya boleh cakap tak tau mcam tu je tanpa cari cara nak bagitau kita,,, tak yah keje la kalau tak eclas,, gaji je nak,,

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailSesungguhnya kebenganganmu sangat difahami ! :3