Wednesday, November 21, 2012

Aku Acrophobia Yang Awesome : Kisah Kembara Bumi Mahsuri Part 1

Assalamualaikum . Masa calling untuk flight ke Langkawi International Airport , aku dah rasa semacam . Eh bukan setakat semacam , tapi dua tiga macam . Rasa nak muntah , nak buang air , nak marah , nak menyumpah , rasa nak mati . Ah semua bercampur baur . Tangan , dahi , badan dah berpeluh - peluh . Seram sejuk .Rasa menyesal tak tulis wasiat . Dengan ini , saya menyerahkan tenggiling belaan saya kepada penama pertama blablablabla . Ah merepek pulak ! Aku tengok orang lain selamba . Emak selamba . Maklong selamba . Makngah selamba . Suami selamba . Adam . Ah Adam tak tau apa - apa ! Fuh . Aku cuba bertenang . Tapi bertahan selama 0.05 nano saat sahaja . Yang selebihnya , menggelupur kegelabahan .

Aku acrophobia yang sejati .

Extreme fear of heights . Jangan macam macam dengan akulah bab - bab ketinggian ni . Jadi bila Maklong kata cuti ke Langkawi naik flight , aku dah macam .. gulp ! Phew ! Maklong kata kalau taknak melalui udara , melalui airlah . Ferghh . Lagi satu . Aku ni dahlah takut laut . Bukan mabuk laut ye tapi takut laut . Aquaphobia . Tapi tak extreme sangat . Ataupun Thallassophobia . Gitulah . Aku rasa dalam laut tempat raksaksa duduk . Nanti dia muncul dari dalam laut dan makan kami hidup hidup . *^%WHfcthr3ygbsl ! --" Ye . Aku tau . Sangat whatever !


Excited gila aku masa ni . Tanpa mengetahui yang menggelabah boleh membawa parah .

Memikirkan option yang last adalah risiko ditinggalkan oleh keluarga dirumah sedangkan yang lain bergembira di Langkawi , membuatkan aku nekad untuk terbang diudara . Mati terhempas adalah salah satu imaginasi yang aku gagal buang dari kepala hotak aku yang sangat longkang yang suka fikir bukan - bukan . Ah ! Tapi tak apalah . Ajal dan maut ditangan Tuhan . Dan seakan akan mendengar doa para hambaNya , Allah menjawab doa ketakutan aku dengan mengurniakan Flight Attendant yang kacaknya subhanallah . Jadinya separuh perasaan takut hilang bersama imaginasi manis . Kebetulan suami duduk dekat seat depan , jadi salah satu sumber kekuatan pada ketika itu adalah FA yang kacak sedang berdemo di hadapan . Bahaha !

Allah saja yang tahu betapa cuaknya aku masa Kapten kapal ready nak take-off . Ah nak berpatah balik pun dah tak sempat lagi dah . Lupakan ajelah hasrat nak berpuisi dekat atas gununglah , apalah . Lupakan ! Lupakan ! Aku kakukan badan . Mata ni pulak degil bukan main . Asyik nak pandang luar . Dahlah hujan . Dan dah memang jodoh kuat , seat aku betul - betul tepi tingkap . Awesome ! Dalam hati aku dah merangka - rangka tajuk headline surat khabar esok kot kot ada kapal terbang terhempas blablabla . Ah otak syaitan tak boleh stop fikir negatif !

Masa dah full throttle tu aku mula baca surah surah lazim sambil sikit sikit imaginasi melayang terbayangkan Harry Potter . Mungkin kaitan antara penyapu terbang dengan situasi aku sekarang berjodohan . Eh . Dan tiba - tiba whooosshhhh ! kapal terbang dah tak jejak landasan . Aku , secara officialnya , sudah terbang ! Perasaan masa tu sebak pun ada , bangga pun ada , kembang kempis lubang hidung tahan perasaan bangga . Dan akhirnya pada paras ketinggian 27,000 kaki dari aras laut aku tersenyum penuh kebanggaan . 18 November 2012 . Aku dah buktikan pada diri sendiri , ketakutan sebenarnya boleh diatasi .  Jyeahhhh !

Err . Okay . Tak boleh blah !

Hujan .

Melintasi kepul kepul awan yang gebu putih dan comel , sambil otak terbayang Winnie The Pooh yang menari - nari bersama kawan - kawannya , tak habis habis hati memuji keagungan Illahi . Beri peluang dan izin untuk aku menikmati kekuasaan dan keindahan alam ciptaanNya dari udara . Langit yang luas tiada tongkat untuk menahannya , awan yang macam macam bentuk dia , bagaimana Allah meminjamkan seciput daripada pengetahuanNya kepada manusia untuk mencipta airbus yang membawa kami semua . Subhanallah . Macam itu pun dengan Allah nak lupa , nak angkuh . Padahal kita ni manusia picisan saja nak dibandingkan dengan rahmat yang Allah beri pada kita . Terima kasih Ya Allah !

Sepanjang lebih kurang 45 minit menuju Langkawi , 30 minit aku spend untuk tidur . Terjaga pun sebab telinga rasa pekak dan kedap macam ada tenggiling sumbat . Sedar - sedar FA buat pengumuman siap sedia untuk mendarat . Rasa lega tak payah nak cakap macamana lah . Lega gila vavi . Segar bugar mata . Dada yang dari tadi berdegup macam baru lepas lumba lari dengan anjing , mula normal degup dia . Kembali kencang sikit pun bila FA kacak dan wangi melintas dekat sebelah . Ferghhh . Padanlah FA semua kena kacak kacak cantik cantik . Secara psikologinya , ia mampu menenangkan hati yang berdebar dan gundah gulana . Rasa rugi pulak tak suruh FA tu tadi duduk sebelah , buat tenang - tenangkan hati . Bahahaha ! Rasa nak tempeleng diri sendiri !

Moment masa landing adalah yang terpaling epik sekali . Rasa nak tepuk tangan kuat kuat sebab landing dia sangat smooth and awesome . Tahniah Kapten Harun . Memang macam landing atas whipped cream . Manis aje rasa dia . Boleh bayang ? Landing yang rasa manis ? Dan terima kasih juga kerana menjadikan pengalaman pertama aku naik kapal terbang sebagai pengalaman yang cukup cukup berharga . Bukan senang nak mentadbir emosi supaya kekal waras dan tak membuat huru hara diatas kapal . Dan bukan senang aku nak pujuk hati supaya berhenti buat dialog kapal terbang terhempas dalam hati . Ah , syaiton kan syaiton !

Turun daripada kapal terbang , satu emosi yang susah aku nak explain menerpa secara tiba tiba dan membabi buta . Emosi yang majoritinya bermain dengan rasa macam ah dekat sinilah perempuan cantik lagi suci , terkorban kerana fitnah dilahirkan . Ah aku faham perasaan dia . Sama sama pernah merasa menjadi mangsa fitnah . Bezanya , dia lagi tragis jalan hidup dia . Alhamdulillah . Jejak jugak aku ke Bumi Mahsuri yang penuh dengan lagenda dan sejarah .Rasa macam nak lompat bintang !

Boleh tak nak mengaku - ngaku kena jetlag ? Boleh suami buat muka Mak Jemah bila aku kata aku jetlag . Betul apa !

Fuh . Tak sabar nak teroka Langkawi !

Acrophobia masih lagi , tapi dah kurang sikit ! Weeehooooo !

Dah . Babai !

10 comments :

Innanie | Ariffin said...

awak ni tak matang eyh. entry pun tak matang. awak kan cikgu, cikgu kena matang. ni pikir pooh lah harry porter lah. apa ni??? hahahahahaha


*tangan ke bahu!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinNak dilempang , sayang pulak !

sid said...

oh.
1st time saya naik flight gi Sabah, tak sempat nak rasa nebes sebab asek dok usha FA kacak kat depan. Tau2 dah ade kat udara. hahaa!

~mrs azmi~ said...

lepas ni boleh pergi lagi jauh ye.. yang penerbangan doblas patblas jam ke.. heheh

kita pun Thallassophobia jugek.. tapi dekat tasik je.. kat laut ok je

Nurmujahidah Ismail said...

hahahahaha,, orang gelak bila baca comment,,, kih3

Miss Tasantek said...

eh. kite fikir benda yang sama.
dalam air tasik / laut ada raksasa..

kalau naik kapal tebang boleh jatuh tehempas.

ah. sekarang aku tau bukan aku sorang punya fear factor begitu.

Cik Puan Bunga said...

@sidKan ? Kenyang betul tengok FA kacak kacak ! Bahaha !

Cik Puan Bunga said...

@~mrs azmi~Kalau dekat laut rasa macam dipanggil panggil untuk terjun ke dalam laut ! Ferghhh !

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailHaha jahat tuh budak yang komen tuh ! HAHA !

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekHaaa faktor genetik lah wehhhh ! Genetik ! Confirm !