Friday, November 23, 2012

Assalamualaikum Mahsuri Binti Pandak Mayah : Kisah Kembara Bumi Mahsuri Part 3

Assalamualaikum . Gayat masih belum hilang sepenuhnya tapi keinginan yang membuak - buak untuk meneroka bumi Langkawi tak menghalang aku untuk pagi pagi dah bangun dengan mata bersinar - sinar pakai baju make up - make up semua dan bersedia untuk island tour yang selanjutnya . Sedangkan yang lain punya kadar kecepatan bersiap mengalahkan sloth yang dah empat belas hari tak makan . Geram tahu , geram ! Grr !

Datang Langkawi tak sah kalau tak menziarah kota yang empunya lagenda . Pagi yang permai dan sedikit gerimis gerimis manja itu , kami menjejak Kota Mahsuri . Tiket masuk RM5 , pada aku memang berbaloi sebab dalam Kota Mahsuri tu ada macam - macam yang engkau boleh tengok , boleh belajar , boleh beli dan untuk camwhorer sila jangan risau sebab dalam tu banyak shoot - shoot cantik yang engkau orang boleh posing . Of course dengan perasaan excited yang melampau - lampau , ditambah lagi dengan keinginan yang super dahsyat untuk menyaksikan makam wanita tercantik yang sungguh lejen itu , aku melangkah masuk ke Kota Mahsuri yang bererakan bumi Langkawi lebih 200 tahun yang silam . Assalamualaikum !


Tourist dari Johor yang comel .

Masuk - masuk saja kami disajikan dengan sebiji tempayan yang agak besar yang kelihatan sungguh comot dan agak buruk , yang dipercayai kepunyaan Dato Pakerma Jaya atau ada version yang mengatakan nama sebenar beliau adalah Wan Yahya . Apa , ingat engkau orang aje ada nama glamour ? Come on lah . Siapa Dato Pakerma Jaya . Well , beliau merupakan abang Wan Derus . Wan Derus ni husband Mahsuri . So Dato Pakerma Jaya ni adalah abang kepada suami Mahsuri atau lagi nak senang fikir , abang ipar Mahsuri . Aku saja je uji minda engkau orang . Alert atau tidak . Bahaha ! Sama ada betul atau bohong (Kalau salah pun tak ada siapa nak karen ! Bahaha . Tak funny!) tempayan ni kepunyaan beliau , wallahualam . Mungkin iya , mungkin tidak . Ah gasak . Nak tahu lebih kanjut tentang Dato Pakerma Jaya ni engkau orang jangan cari pulak FB atau Twitter beliau , confirmlah tak ada . Tapi engkau orang boleh Google pasal beliau ini dan apa pulak kaitan beliau dengan tragedi Mahsuri di bumi Langkawi . Sila sila .


Kemudian , kami dihiburkan dengan persembahan gamelan oleh beberapa orang pemuzik dekat situ . Persembahan yang bersahaja , tak ada bukak bukak baju ke lempar lempar gong ke apa , tapi cukup menusuk kalbu . Kalau engkau hayati betul - betul , rasa macam dialu - alukan pulak setiap langkah engkau dekat Kota Mahsuri ni . Aku terpukau jugak , asyik melayan irama gamelan yang agak rare dekat telinga aku . Maklumlah dah biasa dengar lagu nasyid memanjang . Eceh .


Habis show , kami melangkah masuk ke Kampung Kedah . Pemandangan yang subhanallah sangat cantik , dedaun menghijau dan keadaan alam yang disajikan dengan sawah yang terbentang , Allah rasa macam nak tulis puisi cinta dekat situ situ jugak . Syok habis suasana dia . Dekat dalam Kampung Kedah ni engkau orang boleh imaginelah macamana cara hidup Dato Pakerma Jaya , Panglima Hitam , dan Mahsuri sendiri sewaktu zaman zaman dia orang masih hidup lagi . Kita panggil ini sebagai diorama . Diorama ni macam full sized rebuilt semula benda - benda bersejarah untuk tatapan generasi muda . Macam biasa , jangan malas sila Google benda benda macam ini untuk menambah ilmu pengetahuan .


Singgah dirumah yang dibina mengikut ciri - ciri rumah dato Pakerma Jaya , terasa macam ada flashback pulak macamana semua semua tu terjadi dua ratus tahun yang lampau . Aku membayangkan Dato Pakerma Jaya dan Wan Mahora mundar mandir membincangkan isu Mahsuri yang dilihat bermesra - mesra dengan Deramang . Ditambah dengan liuk badan mimik muka Wan Mahora mencucuk - cucuk fitnah kepada suaminya . Ah serious . Macam betul - betul berlaku depan mata . And guess what , dekat sini , DSLR aku few times error shutter dia . Gagal berfungsi . Kenapa ? Wallahualam . Allah lebih tahu .

Rumah Dato ni besar gila gila gila . Sesuai lah dengan pangkat dia pada waktu tu . Kaya!

Kemudian , kitorang jalan - jalan masuk ke rumah Mahsuri , tengok ruang tamu , buaian tempat dia mendodoikan Wan Hakim , dapur tempat dia masak , bilik dia . Apa yang menarik perhatian dekat rumah Mahsuri ni , ada satu corner dalam rumah dia tu , ada potret dia . Duduk berlatar belakangkan laut , pandangan mata Mahsuri terus menikam ke mata sesiapa yang memandang potret tu . Tak tahulah sama ada aku yang lebih lebih atau benar sebenarnya yang aku merasakan mata dia suci dan sayu . Pandangan mata perempuan cantik yang sebenarnya langsung tak ada masalah pun dengan orang lain , tapi sebab dia cantik , hotstuff pada zaman itu , baik budi pekerti dan akhirnya menerima nasib tragis . Bibir Mahsuri dalam potret tu menguntum senyum yang kalau kau tafsirkan antara senyuman sinis atau senyuman puas tanda kemenangan .Tak tahu siapa yang lukis potret tu , tapi kalau betul potret tu menggambarkan peri Mahsuri yang sebenar , peh aku cakap kau memang cantik perempuan ni . Nilai nilai estetika yang lengkap ada pada seorang perempuan .



Settled tengok rumah dia , kitaorang pergi pulak perigi dia . Basuh muka bagi mata segar , dahlah tengah panas terik . Sawah yang menghijau buat mata jadi mengantuk . Memang awesomelah pemandangan sawah padi ni . Dia bagi kau satu feeling yang rare , susah kau nak tafsirkan . Memang flashback tanpa diminta - minta main ulang tayang berkali - kali dalam kepala otak . Aku terbayang Mahsuri mandi , ambik air , membasuh ah macam - macamlah . Ditepi perigi ni ada seorang makcik yang menjual air perigi yang dah diproses . Satu botol RM2 . Manalah tahu kan , kau minum terus muka cantik macam Mahsuri kan . Manalah tahu , kuasa Allah .


Habis dekat situ , kami menziarah makam perempuan cantik ini . Rasa sebak , sayu menerpa secara membabi - buta . Aku tak kenal Mahsuri secara personalnya . Hanya dengar cerita yang disampaikan dari generasi ke generasi . Tapi aku tahu , hati manusia murni akan selalu dilindungi Allah walaupun ketika nyawa dah terpisah dari badan . Berdiri sebentar ditepi makam , kami sedekahkan Alfatihah untuk puteri Pandak Mayah dan Che Alang ni . Suasana sepi . Tak ada seorang pun yang berkata - kata . Maisng - masing diam , berteleku atau cuma berkata - kata melalui bahasa jiwa . Semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman .


Sebelum balik , kitorang sempat singgah masuk ke muzium dia , tengok barang - barang perhiasan yang dipercayai kepunyaan Mahsuri , then tengok tayangan tragedi Mahsuri sekejap , belajar siapa Wan Mahora , siapa Wan Derus , Deramang , Wan Hakim tu siapa , baca tragedi Beras Terbakar di Padang Matsirat , dan macam - macam . Cuma sayang , kamera tak boleh bawa masuk so tak ada kenangan yang dirakam . Berpuas hati dengan bayaran RM5 tadi . Banyak yang aku belajar dekat sini . Alhamdulillah .

Sebenarnya banyak version tentang lagenda Mahsuri ni . Walaupun rata - rata ceritanya hampir sama , ending pun sama tapi yang jadi persoalan sekarang betulkah Wan Aishah tu waris beliau ataupun keturunan beliau yang ketujuh . Soheh kah bukti - bukti kewujudan beliau dari waris tunggal Mahsuri iaitu Wan Hakim ? Banyak spekulasi sebenarnya . Engkau orang boleh Google dan nilaikan sendiri . Jangan malas nak membaca dan mencari ilmu . Tak salah . Banyak benda yang engkau boleh belajar sebenarnya . Satu perkara penting yang aku belajar , fitnah ni pusing macamana sekalipun , ending dia tetap celaka . Sooner or later , si pemfitnah confirm akan terima balasan dia . Takut tak ?

So tamat dekat sini . Lepas ini part yang paling awesome sedunia ! Part shopping ! Weeehuuuu !


Dah . Babai !

9 comments :

Az Meeda said...

Rindunya nak pergi Langkawi sekali lagi. Last pergi 2009. Huhu. Makam Mahsuri yang pertama jejak bila sampai P.Langkawi hari tu..

Cik Puan Bunga said...

@Az MeedaBest pergi sini sebenarnya kan ? Banyak tempat best . Pulau dia cecantik ! Jom pegi lagi ! :D

Lyeen De Syifa said...

bestnya...macam nak pegi..tapi takut sesat..HAAHHA..tapi nak pegi jugak ni..

Cik Puan Bunga said...

@Lyeen De SyifaFuhfuh memang best ! Takkan sesat punya sebab signboard dia senang and pulau dia tak besar . Takkan sesat insyaALLAH ! :)

Nurmujahidah Ismail said...

bila la nak jejak kaki di langkawi lagi...

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailInsyaallah satu hari nanti ! :)

Miss Tasantek said...

gamelan tu dah berubah.

dulu pemain gamelan tu duduk bersimpuh. cantik2 orangnya...

rumah mahsuri, aku pon rasa feel lain macam masa masuk tu.
rasa hati macam sesuatu. tak tau nak cakap.

aku ingat kau je macam tu. kau pon rasa juga.

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekSama ah . Rasa sebak !

Anonymous said...

teringat kenangan march 2006 saya dan suami bercuti di pulau langkawi,satu petang slps asar kami nak melawat perigi 7,tak habis naik tangga pun ari dah semakin gelap,kami ambil keputusan balik hotel,sbb terlalu letih terus tertido bila merebahkan badan ke katil,apa lagi kenala himpit tak boleh nak menoleh,agaknya ikut balik kot,lama juga baru dapat lepas,kesimpulannya tempat macam tu keras jadi sebelum tidur bersihkan diri dulu