Wednesday, November 28, 2012

Balik : Kisah Kembara Bumi Mahsuri 8

Assalamualaikum . Duit tabung pun dah habis , beg hasil merembat sana sini pun dah macam hapa dah . Berlonggok . Masing - masing dah pening kepala nak bawak balik macamana . Setelah masing - masing tersedar daripada hasutan syaiton , datang penyesalan , dan sampailah masanya kami untuk berangkat pulang . Pulang ke tanah asal tempat tumpah darah kami . Flight pukul 7 . Tapi Paklong mintak masing - masing pukul 5 mesti dah ada dekat airport untuk uruskan luggage , refreshing diri sendiri , solat , caj handset mana yang bateri dah kong masing masing and tunggu calling untuk flight balik .

Sebelum balik round - round Pantai Cenang . Maklong pulak sangat berazam tinggi nak cari Laksa Power yang khabarnya sangat power sampaikan kesedapannya merentas Malaysia . Setelah di Google dengan penuh kekhusyukan , tempat dia tak adalah jauh sangat . Betul - betul berhampiran airport . Jenuh juga mencari . Last last jumpa jugak . Memang satu - satunya kedai yang ada dekat dekat dengan airport tu . Aku pun tak tau nak terangkan macamana . Eh engkau Google jugak ajelah !

Laksa Power Pantai Airport

Kitorang pakat - pakat pekena cendol , laksa dia dengan rojak Mahsuri dia . Murah . Harga sangat murah . Rojak dia sepinggan besar ambik macam - macam baru RM7 . Makan 4 orang pun tak habis . Rojak buah dia pun sedap . Cendol dia pun not bad . Makan sejuk - sejuk sambil mengadap laut . Angin laut pulak tiup - tiup manja eh silap silap boleh tertidur sambil makan cendol . Dahsyat . Kawasan dia memang strategik . Syok . Lagi - lagi kalau cuaca panas . Ferghh . Memang best .

Jemput makan !

Maklong gila nak merasa laksa dia . Sedap katanya , sampai terbeliak -beliak mata dia menahan kesedapan . Sedap sangatlah kot . Aku ni bukan penggemar laksa . Jadi bila aku cuba rasa tu , rasa dia macam laksa biasa , tapi rasa kuah ikan dia pekat sikit . Memang sedap la kot . Entah . Bahaha . Tapi kalau Maklong kata sedap tu maka sedaplah . Perempuan tu dahlah cerewet bab - bab makan ni .

Suami makan dengan sopannya . Isterinya aje yang tak reti duduk diam . Haish !
Nak tengok magik ? Kau orang tengok Makngah .Kebak cendol Emak ! Bahaha !
Susah orang berbisnes ni . Sepanjang masa handset kat tangan .
Budak ini tak mahu makan . Menakalkan diri aje kerja dia .

Sambil - sambil dia orang makan , aku ajak suami temankan aku untuk menunaikan hajat seseorang . Eceh . Adalah sorang hamba Allah ni nak nama dia ditulis dekat mana - mana pokok dekat Langkawi . Orang dah pesan , kalau kita termampu , maka tunaikanlah . Kebetulan ada pokok - pokok yang berhampiran . Lepas bagi salam , baca Bismillah , aku tuliskan initial nama dia dekat pokok tu . Mencabar jugak . First time aku tulis nama atas pokok . Selama ni sumpah tak pernah buat ! Bahaha ! Nampak kekok sikit . Suami tolong ambilkan gambar dan memberi sokongan moral . Comel sangat perangai ! Bahaha !

Oloh oloh .
M.A.G . Bahaha . Siapa ? Rahsia !

Lepas siap makan , terus ke airport lepak lepak dekat situ sampailah calling untuk flight balik . Alhamdulillah selama 3 hari 2 malam dekat sini memang pengalaman yang seronok . Lagi lagi pergi sama sama dengan ahli keluarga memang best sangat sangat . Dapat bawa Emak pergi shopping , dapat melawat tempat - tempat yang selama ni aku baca dalam buku ajelah . Awesome sedunia . Walaupun Embun tak dapat ikut ,  tapi semangat dia kami bawak bersama . Kahkah ! Cokelat dah sampai belum weh ?  Bahaha . Next time , kau ikut eh ?

Kalau ada rezeki insyaALLAH memang kita orang nak datang lagi . Best ! Aku suka . Sebab banyak cokelat . HAHA . Next time datang sini nak Island Hoping pulak . Kali ni tak cukup masa nak pergi , hujan lagi pulak . InsyaALLAH , ada jodoh sampailah lagi kami ke sini . Terima kasih yang sudi baca daripada part 1 sampailah part 8 . Manalah tahu lepas ini engkau orang pulak pergi Langkawi , boleh jadikan panduan sikit sikit . Bahaha .

Dah . Babai !

4 comments :

imantizz_truper said...

siapakah M.A.G itu? hahahaha

Nurmujahidah Ismail said...

nak tau M.A.G sape!!! arahan dictator. TIADA BANTAHAN. hehehe,,, nak cekelat. please3.. :')

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperBiarlah rahsia ! HAHA !

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailRahsia . Haha . Mehlah alamat ! Cemana nak bagi kalau tatau alamat ! HAHA !