Thursday, November 29, 2012

Bedak Sejuk Gamat Nusantara : Jerawat Umpama Kawan Lama Yang Sekejap Sekejap Datang Menjenguk Kita .

Assalamualaikum . Mungkin ini adalah entry yang ditunggu - tunggu . Mungkinlah . Aku suka perasan sorang - sorang . Tak ada salahnya . Oh macam yang aku janjikan . Ini rupa bentuk bedak sejuk gamat Nusantara yang aku beli dekat Langkawi hari tu . Sebotol ni RM6 . Kalau beli dua botol RM10 . Jangan pulak kau harap kalau beli 20 botol harga dia tinggal lima posen saja . Takkanlah kan . Aku memang suka pakai bedak sejuk lagi lagi kalau jerawat tengah menggila berkampung atas muka . Pulak tu jenis pesen muka yang kejal flawless kejap macam Kak Limah . Memang kena betul - betul jaga kulit muka . Kulit sudahlah sensitif macam tuannya . Asyik kerja nak sentap saja . Puih !

Bedak sejuk gamat ni buat kulit muka kita jadi ringan , bersih , kotoran - kotoran semua tanggal insyaALLAH . Kalau diamalkan setiap malam , insyaALLAH kulit muka kita macam telur rebus dikupas . Putih , mulus , cantik . Jerawat pun naik segan nak berkampung . Tapi kena istiqamah lah . Jangan buat time rajin aje . Time malas muka dah macam makhluk daripada planet Pluto .

Kalau macam aku , aku suka pakai tiap tiap hari sampailah kulit muka aku bersih . Kadang - kadang campurkan dengan serbuk kunyit sekali . Ini petua kawan India aku bagi . Kunyit tu bagus nak matikan bakteria . Bila kulit muka dah bersih , boleh kurangkan jadi seminggu tiga kali atau seminggu sekali . Ikutlah . Bedak sejuk ni pun bagus nak keringkan jerawat . Air masak jangan lupa minum banyak - banyak . Eloknya 2 liter sehari . Setiap 25kg berat badan kita , 1 liter air diperlukan untuk mengoptimumkan fungsi pembuangan toksin . So kiralah kuantiti air yang diperlukan berdasarkan berat badan ye . Ramai orang pandang rendah fungsi air masak ni sebenarnya . Aku pun sama . Tak sedap satu hal , kerap pergi toilet satu hal . Tapi yang bagusnya , toksin dikeluarkan melalui benda benda inilah . Air kencing , peluh . Kalau tak suka minum air masak , itu yang toksin keluar melalui jerawat dimuka dan belakang badan . Peh . Macam pakar kulit tak aku cakap ? Kehkeh !


Selalunya , lepas mandi , sambil sambil melayan Adam main ataupun tengok TV aku lumurlah sekejap bedak sejuk ni . Nanti terasa kulit muka kita tegang sedunia . Ada rasa merenyam sikit sikit kalau kita campurkan kunyit . Aku beranggapan , rasa merenyam tu datang daripada kumpulan bakteria yang dibunuh oleh kunyit . Kakaka . Manalah aku tau ! Lepas itu bila dah kering , biarkan selama 30 minit sebelum engkau orang cuci . Bagi dia meresap jauh kedalam kulit . Baru fungsi dia ketahap yang paling cemerlang sekali . Eceh !

Kehkeh .
Tanpa make up tanpa edit tanpa was was . Jerawat bawah dagu dengan antara kening tu abaikan . Jerawat orang matang tu !

Dan hasilnya , kulit muka yang lebih senang untuk dijaga berbanding sebelum sebelum ini . Kehkeh . Cubalah . Yang penting air minum banyak banyak . Air masak . Bukan air coca cola . Dan istiqamah . Setakat pakai satu hari lepas tu demand nak kulit cantik memang sakitlah . Buat atleast 2 minggu dan bandingkan dengan kulit yang asal . InsyaALLAH . Nanti bila dah cantik , jangan riak pulak . Bahaha ! Apa apa jenis bedak sejuk pun tak apa , tapi kalau cari yang ada campuran gamat , dia lejen lebih ! Selamat mencuba !

Dah . Babai!

25 comments :

Klo Dya said...

Terperanjat ai tgk pict kedua tu. Dahla malam Jumaat ni. Kehkeh.

Nurmujahidah Ismail said...

tak nampak jerawat bawah dagu tu,, amboi,, jerawat kawan lama ye,, kalau bagi muja jerawat tu kawan setia,, lalala

Cik Puan Bunga said...

@Klo DyaKehkeh melampau tau ! Bahahaha !

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailAh akak pun kawan setia . Kalau kena gaya menghalau , pergi jugak dia ! Bahaha !

-[DeeYA]- said...

adabeli lebih tak teacher?
saya nak beli satu ngan teacher, boleh?
^___^

Just.wanie said...

saya pon pakai bedak mcm tu jugak cuma kaler fink punya .. pakai before tdor sampai pagi esok trus .. bgn pagi bedak dah takde yg ade cuma kulit yg gebu kahkah giler perasan .. tp dah berapa bulan dok pkai x penah skip mmg buat kwn2 jeles ;p ...

tengokla nanti magik dyeeeeee ;p

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Aku beli satu je . Tapi nanti aku try kirim dengan Ita . Dia nak pergi sana next week . Kau nak ? Aku kirimkan satu eh ! :)

Cik Puan Bunga said...

@Just.waniePink ? Berair eh ? Yang tu pun ohsem jugak katanya ! :)

-[DeeYA]- said...

mau2!!!belikan dua.dua RM10 ye.
ko tlg ckpkan kat ita ye.
tq!

Aida Jelita said...

tu dia bawak balik bedak sejuk dari langkawi. nak satu!!

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Okay insyaallah ! :)

Cik Puan Bunga said...

@Aida JelitaSaya beli satu je ! Hihi ! :) Tapi rasanya macam nak buka order . Suruh kawan belikan ! Hihi !

Nora_Aniza said...

serbuk kunyit yg goreng2 ikan tu ker?

sid said...

saya punya bedak sejuk ni dah nak habes!! cari kat tempat saya kot2 tersesat ade org jual tp takde.

saya nak kirim jugak boleh? -serius-

Rai Ourkizuna said...

mak aku kata orang lawa pakai towel je pun nampak lawa..kiranya ko cuba buktikan yg tu lah ni kan.. hahaha..

Cik Puan Bunga said...

@Nora_AnizaAah . Serbuk kunyit itulah :)

Cik Puan Bunga said...

@sidInsyaallah . Tengah tanya kawan , kalau dia setuju nanti bukak order :)

Cik Puan Bunga said...

@Rai OurkizunaKahkahkah . Aku nak capai tudung mahal aku tak sempat , capai towel aje yang sempat ! Kehkehkeh !

محمد رازيق said...

wah. cam bagus je. muka kakak ipar byk jerawat. ley rekemen.

Cik Puan Bunga said...

@محمد رازيقBoleh . Pakai hari hari . Insyaallah ! :)

watyz said...

berseri2 nye dia. nanti bln jan g langkawi nak cari jugak la... :)

Az Meeda said...

Macam okey je bedak sejuk ni.. Kena try !

-Jerawat dengan manusia mana boleh pisah.. Walaupun pergi, nanti pasti datang balik. Hehehe

Siti Awa Bt Sekran said...

macam mana nak order ni sis?

Siti Awa Bt Sekran said...

macam mana nak order sis?

Anonymous said...

oder online boleh..