Wednesday, November 14, 2012

Berhijrah . Sebab Aku Sayang Diri Aku Sendiri .

Assalamualaikum .You know what , aku membesar dengan lagu paling epik dalam dunia setiap kali dunia menyambut 1 Muharam setiap tahun . Ah aku berani potong kuku kaki lah engkau orang mesti pernah dengar lagu mengancam emosi ni dekat TV ke dekat radio ke mana mana ke , kan . Check this out !

"Satu Muharam detik permulaan,
perkiraan tahun Islam hijrah .
Perpindahan Nabi dan Umat Islam,
Dari kota Mekah ke Kota Madinah"

Dulu , masa sekolah , time nak jawab paper Pendidikan Islam ada soalan pasal hijrah nabi dari mana ke mana , aku nyanyi lagu ini dalam hati . Berguna . Aku rasa dari aku kecil sampai aku besar dah ada anak satu ni , tak ada lagu Tahun Baru Hijrah lain yang lebih awesome dari yang ini kan?

Hijrah apa ? Berubah , berpindah . Dari buruk kepada yang baik . Itu barulah hijrah . Kalau dari baik kepada jahat tu bukan hijrah namanya . Itu bodoh . Siapa yang taknak jadi baik ? Siapa yang taknak duduk dalam syurga Allah . Siapa yang taknak selama - lamanya muda duduk bahagia dikelilingi manusia manusia yang sama sama takkan tua , hidup penuh cinta Allah . Ah siapa , siapa . Semua pun nak . Aku lagilah .

Hidup bergelumang dosa tapi Allah tetap bagi aku kebahagiaan yang aku rasa Ya Allah Subhanallah tak layak aku , tak layak . Solat lambat , bersedekah jarang - jarang . Hubungan sesama manusia aku perlekehkan apatah lagi hubungan dengan Yang Maha Pencipta . Beribadat ikut sempat , Al - Quran jarang dibuka , Ya Allah . Aku hamba yang tak guna . Tahu hidup berbahagia tapi aku lupa yang beri aku nafas , yang beri aku kudrat , yang beri aku daya untuk terus berjalan di bumi Allah yang mentadbir sekelian alam . Nikmat Allah mana yang aku nafikan? Mana ? 

Berjalan dengan penuh riak , takabur . Pandang sangat kemewahan dunia , kemasyhuran yang seketika , hidup cuma nak puaskan tuntutan duniawi , ukhrawi ? Ya Allah . Sampai bila aku nak hidup macam ni ? Apa fitrah aku sebagai hamba Allah ? Ya Allah .

Aku berubah . Sikit sikit . Apa yang kurang , aku lebihkan . Apa yang tak pandai , aku pandaikan . Cari ilmu , belajar dengan sesiapapun tak kira umur . Aku buang rasa malu jauh jauh . Aku bersyukur bila aku berdoa nak berubah dan nak jadi manusia yang baik baik , Allah kurniakan aku lingkaran manusia yang baik - baik . Kadang - kadang aku tergelincir , tak dapat nak dinafikan. Tapi dengan kasih sayang Allah juga aku bangkit dan teruskan berjalan . Sabar . Susah nak dibuat tapi aku cuba tanamkan sifat sabar dalam hati . Ikhlas . Ah yang paling payah nak dibuat . Biarlah tingkat keikhlasan aku tu Allah saja yang layak menilainya .

Aku tak nak mati , jauh dari Allah . Aku tak nak mati , dalam keadaan yang paling dhaif imannya . Aku taknak mati dalam keadaan yang penuh hina dan berdosa . Aku taknak . Aku nak mati dengan penuh kesucian sebagai seorang hamba Allah . Suci , polos sebagaimana fitrah aku dilahirkan . Ya Allah , bantulah . Restukanlah . Amin Ya Rabb .


''Aku Mencintai Orang Yang Soleh, Walaupun Aku Bukan Daripada Kalangan Mereka, Aku Membenci Orang Yang Melakukan Maksiat, Sekalipun Aku Pernah Melakukannya'' -Imam As Syafie-

Aku nak orang lain layan aku baik baik , maka akulah yang harus melayan orang dengan baik . Aku nak suami yang soleh , maka akulah yang terpaling pertama menjadi wanita yang solehah . Aku mahu Allah sayang aku , maka sebagai hamba akulah yang paling utama mengambil hati Tuhan ku . Akulah yang patut berubah dahulu . Dan orang orang disekeliling aku akan turut berubah , Insya ALLAH .

Ya Allah , bantulah aku . Restukanlah aku Ya Allah .

Salam Maal Hijrah sekalian manusia . 1433 tahun sudah baginda Rasulullah SAW  mengorak langkah pertama memajukan umat manusia dan umat Islam secara khususnya . Langkah yang baginda Rasulullah SAW mulakan , janganlah kita menjadi manusia yang terlalu bodoh untuk dihentikan . Teruskan berjalan . Dan kutiplah mutiara iman disepanjang perjalanan . InsyaALLAH .

Hijrah itu perjuangan . Hijrah itu pengorbanan .

Dah . Babai !

16 comments :

Innanie | Ariffin said...

kakak. rindu.

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinEsok sayang , esok !

Nurmujahidah Ismail said...

alamak,, mcam terasa diri sendiri yang bercakap,,,

hazanis said...

salam maal hijrah sis. :)

Nurul Nadiah Karim said...

Insha Allah , semoga kita berubah menjadi yang lebih baik ! Btw , cantiklah akak :D

Rozieta Raffar said...

Sye juga berusaha menuju kebaikkan dan ingin mera'ih cinta ALLAH

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailSama sama lah kita !:D

Cik Puan Bunga said...

@hazanisAwak juga ! :D

Cik Puan Bunga said...

@Nurul Nadiah KarimTerima kasih insyaALLAH sama samalah kita !:D

Cik Puan Bunga said...

@Rozieta RaffarAmin didoakan semoga kekuatan hati awak kekal berpanjangan ! :D

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

Salam maal hijrah ^^

Cik Puan Bunga said...

@✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™Salam maal hijrah ! ><,

watyz said...

ayu nye berjubah... :)

Cik Puan Bunga said...

@watyzSopan santun terus ! Bahaha !

Miss Tasantek said...

setiap tahun kau joint tak nasyid maal hijrah? keh keh keh..

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekGangstar mana join nasyid ! BAHAHA !