Monday, November 26, 2012

Burung Besar Punya ! : Kisah Kembara Bumi Mahsuri Part 7

Assalamualaikum . Sebelum aku dikecam dengan kata - kata nista kerana tajuk entry yang berbaur lucah dan tidak menjaga norma - norma masyarakat Melayu yang penuh adab dan tatasusila , sila kawal diri anda masing - masing . Tarik nafas dan baca dulu entry selanjutnya . Bahaha .

Orang kata , kalau dah jejak Langkawi tak pergi ke tempat ni kira macam rugi tahap dewa mata lapan . Bergambar dekat sini dengan pose - pose yang lejen sedikit sebanyak mempengaruhi memori - memori indah engkau di Langkawi . Seriously . Kawan - kawan , presenting you the famous Dataran Lang ! (Tepuk tangan kuat kuat please) .

Sampai pun dah petang . Kebetulan baru lepas hujan . Jadi keadaan sekeliling sangat lembab dan basah - basah . Licin sikit . Dataran Lang Langkawi terletak di tengah - tengah atas laut , ada platform . And yang buat dia epik gila gila tu , ada satu monumen burung Lang yang sangat besar sebagai mercu tanda dan perkataan LANGKAWI sebesar - besarnya dekat bawah burung Lang tu . Ternganga sekejaplah aku tengok sebab selama ni asyik tengok dekat gambar - gambar orang aje kan . Sekarang bila dah dekat depan mata , rasa malu malu pulak . Pui !

Welcome !

Tak ada spesifik aktiviti dekat sini melainkan engkau orang boleh menjalankan kegiatan berposing sampai muntah - muntah dekat sini sebab view dia cantik , suasana dia tenang , udara nyaman . Siap ada hembusan angin sepoi sepoi bahasa dari laut . Best ! Cuma yang buat longkang , bila engkau sedap sedap nak posing , tiba tiba background belakang jadi tak cantik sebab ada perempuan Tibet mana entah keluar dari celah - celah perkataan Langkawi tadi tu ! Grrr !

:) Oloh comel menantu Emak kerja mengekor Emak sepanjang masa .
Kan aku dah cakap . Tengok dekat huruf G ! Rasa nak baling pakai batu .

Dekat sini aku agak merasa gayat laut sikit (Ada ke gayat laut) sebab kiri kanan nampak air laut , aku pun jalan macam dah tak berapa nak betul , sekejap sekejap pandang laut rasa macam nak terterjun sendiri ! Adam pulak asyik kerja nak berlari sana - sini aku rasa macam eiii budak ni jatuh dalam air nanti karang ! Seram aku !

Dibuka 24jam sehari engkau orang boleh datang pada bila bila masa sahaja . Dan jangan risau tak ada bayaran masuk dikenakan, hanya bayaran untuk park kereta yang entah cuma berapa posen saja . Takde hallah !

Alhamdulillah . Sampai juga aku ke sini !

Ah . Malam ni malam terakhir dekat Langkawi . Rasa sedih pulak nak balik . Aku dah start nak cakap loghat Utara dah ni . Bahaha . Menyampah .

Stay tune untuk episod terakhir Kembara Bumi Mahsuri ya . Oh dan terima kasih untuk yang sudi baca dari mula sampai part yang sekarang ni ! Anda awesome ! :)

Dah babai !

2 comments :

Anonymous said...

Askum ramai tengok org bgambar dekat sini famous pulak dataran ni.Boleh shoppping dekat Jetti Point.Hehe.

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousJetty point pun pergi jugak tapi macam sedikit boring ! Hahah !