Thursday, November 22, 2012

Kecut Perut Kali Kedua Di Langkawi Cable Car : Kisah Kembara Bumi Mahsuri Part 2

Assalamualaikum. Sesudah mendakwa bahawa diri sendiri jetlag , solat , makan tengahari ala kadar dan sedikit refreshment , aku dengan family besar kami terus ke tempat pertama yang diterjah sesampainya di bumi Langkawi . Langkawi Geopark . Longkang betul perangai Maklong , dia tahu aku gayat melampau , diajaknya lagi aku ke Cable Car Langkawi . Salah satu rangkaian kereta kabel yang paling tinggi dan paling selamat dalam dunia . Selamat heh ?

Assalamualaikum ! Kami datang dari Johor !

Dengan bayaran RM15 bagi orang dewasa dan RM10 bagi kanak - kanak (Pergi selepas pukul 5 ke atas harga tiket dia lebih murah . Jimat . Duit yang lebih tu boleh shopping cokelat!) masing - masing mahu menguji tahap kegayatan masing - masing . Aku masa ni dah menyumpah - nyumpah dalam hati . Siap manusia yang buka tempat ni pun aku seranahkan sekali . Tapi kerana nak tunjuk macho depan suami dan Adam yang selalu memandang tinggi pada aku , takkan aku nak chicken out dan duduk diam diam dekat bawah kan . Tak gangstar lah macam ini . Jadi aku sahut cabaran Maklong dengan tangan terbuka dan berlapang dada . Seranah diteruskan didalam hati . 

Lengang . Tak ada orang . Jadi kalau aku menjerit keluar suara pondan , tak ada siapa dengar .

Mula mula kereta kabel bergerak perlahan lahan macam Siput Gary aku steady lagi . Siap ambil - ambil gambar dengan gahnya . Makin lama tengok paras ketinggian dia semakin menggila , ni muka aku yang cantik manis ni kalau ditoreh memang darah langsung tak menitik . Kalau tadinya pot pet bercerita itu ini , sekarang aku diam duduk dekat sudut sambil mengucap dua kalimah syahadah . Serious . Ini kalau jatuh terhempas ni , dah jadi macam acar buah kami anak beranak .  Yang buat jantung kembang kuncup bila Adam boleh golek golek bergembira dengan bapaknya . Terasa kereta kabel berhayun ke kiri ke kanan ah aku memang tawakal kepada Allah . Kalau mati ni , memang jangan perasan nak mati syahidlah . 700 kaki dari aras laut . Phew ! Kepala lutut macam dah tak ada dekat tempurung dia dah . Dah lari entah pergi mana entah . Aku memang berdendam dengan manusia yang mencipta cable car ni ! Memang ! Memang !

Senyum dipaksa paksa. Padahal dalam hati.

Dia ada dua station . Station yang pertama tu kalau engkau dah gayat nak mati rasanya engkau boleh turun dekat situ dan buatlah beberapa cubaan untuk mengembalikan semangat . Aku nak turun dekat station pertama ni tapi mendapat tentangan daripada pelbagai pihak . Walaupun rasa macam nak nangis , tapi aku teruskan juga sampailah ke station yang kedua . Yang paling atas sekali . Kabus kabus tebal mengelilingi , suasana memang sejuk sampai ke tulang dan yang paling best sekali udara dia segar gila . Jauh dari pencemaran . Memang romantik habislah senang cakap . Alhamdulillah . Lega untuk seminit dua . Dan bila suami ajak mendaki tangga untuk sampai ke puncak punya puncak , aku dah pandang dia dengan pandangan membunuh . Sudahnya aku lepak - lepak dekat station kedua dengan Emak , Makngah dengan Arrazi . Yang lain , panjat tangga naik puncak . Aku memang taklah . Aku tengok bawah dah sayup sayup rasa macam nak tergolek dengan sendirinya .
 
Muka bangga bangga takut .

Perjalanan turun lebih mudah sebab kabus tebal , jadinya aku tak nampak hape , so rasa lebih cepat sampai . Bahaha . Sebenarnya aku ketakutan . Nak cepat cepat sampai ke tanah . Turun daripada cable car , cuci mata dekat gerai cenderahati yang ada dekat situ . Harga memang tak mahal dan tak murah . Berpatutan . Kalau taknak beli tak apa tapi jangan buat muka longkang pulak dekat situ . Kita kena menjadi pelancong yang berhemah . Jangan macam ada satu makcik ni tarik muka samai berkedut kedut muka dia bebelkan harga barang mahal . Makcik ni pun satu , nak murah pergi kedai dua ringgit . Kalau engkau orang tanya , naik cable car best ataupun tak , jangan tanya akulah sebab nanti jawapan aku bias sikit . aku ni penggayat . Tapi menurut kata manusia manusia yang lain , best , awesome sedunia . Baiklah .

Belilah barangan buatan Malaysia . Err dah kahwin juga pilihlah rakyat Malaysia .

Kemudian sambung jalan jalan dekat kawasan sekitar . Kami lepak lepak dekat Korean Park yang ada dalam Langkawi Geopark tu . Bangunan - bangunan dia , kedai makan semua bentuk macam korean style . Jambatan dia . Memang korean klasik lah .  Ada pertunjukan ularlah , bergambar dengan kudalah , eh engkau orang yang pencinta binatang boleh lepak lepak dekat jambatan gantung dia and beri itik makan . Itik itik dia gebu dan comel comel . Aku tak pasti lah dia menggigit atau tak sebab aku tak lepak dekat situ .Ah apa susah , kalau dia gigit engkau cekik leher dia sampai parah .

Yu Jin dengan Jun Sang . Bahahahh !

Langkawi bandar yang sopan santun . Sebab aktiviti malam dia hanya terhad dekat area Pantai Cenang . Dekat situ sosial sikit . Kalau tempat lain memang area pukul 6 - 7 malam tu dia dah pakat pakat kemas kedai dah semua . Bagus , So malam , Langkawi memang khas untuk tidur dan berehat . Tak ada masa nak merayap macam musang . Masa kami datang ni kedai banyak dah tutup sebab dah hampir nak pukul 7 malam .

Eceh . Kedai dia tak masuk pun .
Baju belang belang tu Pakngah . Tudung ungu tu Emak . Tudung Pink tu Makngah . Tudung hitam tu Maklong . Baby tu Arrazi . Budak lelaki tu AlFateh . Budak perempuan toncet tu Intisyar . Tiada dalam gambar , Paklong , aku , Husna dan Insyirah .

Sebelum balik ke homestay untuk balik berehat , solat , makan dan seterusnya tidur kami singgah dekat Pasar Malam Padang Matsirat untuk beli sayur sayur dan bahan bahan kering untuk kegunaan sepanjang kami dekat sini . Pasar malam dia tak jauh beza dengan pasar malam seantero Malaysia . Cuma harga dia memang murah murah . Nasi lemak cuma RM2 , banyak gila . Bahan - bahan kering macam ikan bilis , lada , sayur sayur pun boleh tahan murah . Jimat kalau masak sendiri ni sebenarnya . Eceh . Macamlah aku yang masak padahal aku tau nganga mulut dan makan saja . Bahaha !

Sambung Part 3 . 

Dah . Babai !

10 comments :

cik nur said...

alahai adam hensem dah besar kan cepat je masa berlalu kan sis..
take care yaa sis :)

Cik Puan Bunga said...

@cik nurKan . Macam hari tu je dia lahir ! Ah ! :) Terima kasih , Nur !

Az Meeda said...

Pergi Langkawi part yang tak boleh tinggal, naik cable car.. Hahaha.. Kalau kena beratur sampai bawah pun sanggup lagi, kot..

Cik Puan Bunga said...

@Az MeedaAh gayattt gayaaatttttttt ! Tidakkkk tidaaaakkkk !

Nurmujahidah Ismail said...

gi langkawi memg dah pernah,, tapi naik cable car dkt penang hill je sekali,, kat langkawi gi cari penyakit je,,

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailWarghh jangan naik cable car Langkawi ! Serammmmm !

♥Eyza Qhairy♥ said...

Bunga.. Eza pon gayat. Rase macam serah diri untuk mati je naik cable car tu kan? Mengucap sepanjang jalan. Tapi best. Anyway, tahniah sebab berjaya mengatasi kegayatan anda! Haha..

Cik Puan Bunga said...

@♥Eyza Qhairy♥Uiii dia punya seram Allah je yang tahu ! Betullah , macam serah diri nak mati !

Miss Tasantek said...

Kau dulu kan feeling korean.

ptong rambut macam Yu jin pastu pakai rantai bentuk bintang. ahahaha..

aku ingat weh. aku ingat.

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekKan . Comelnya aku ! Bahahaha !