Saturday, November 24, 2012

Keluarga Holothuroidea Yang Awesome Dan Banyak Guna : Kisah Kembara Bumi Mahsuri Part 5

Assalamualaikum . Tengok tajuk entry aku . Ada perkataan Holothuroidea dekat situ . Jangan gabra . Sebab aku tak suruh engkau orang gabra walaupun engkau orang tak tahu apa makna dia . Dan jangan cepat mengkonklusikan yang aku genius guna perkataan perkataan bombastik macam itu sebab sebenarnya aku hanya menggunakan kuasa enjin Google 4 lejang untuk mencari nama saintifik untuk gamat . Bahaha .

Hari kedua . Selepas pulih dari terkena rasukan pinggan mangkuk dan cokelat (Type perkataan COKELAT saja pun adrenalin aku menerpa dengan dahsyatnya!) selepas makan tengahari dan bersolat , kami menuju ke satu perusahaan gamat yang nama dia gah seantero Malaysia . Kebetulan kawan - kawan ada pesan suruh belikan gamat berbotol - botol , jadi memang destinasi seterusnya menuju ke tempat gamat diproses , dikomersialkan dan dipasarkan . Ferghh . Ayat dah macam Majalah 3 . Buehehe ! Mana lagi kalau bukan NUSANTARA MAJU ENTERPRISE .

Tak susah nak cari Nusantara gamat ni . Memang tak susah sebab aku duduk belakang makan Kitkat . Paklong yang susah susah drive cari jalan and sesat sesat sampaikan haa . Aku tau tau aje dah sampai . Bahaha . Sampai sampai aje dekat sini , aku super excited gila sebab depan tempat ni ada botol gamat yang besar gila gila gila . Comel ! Sebelum balik nak bergambar dekat situ ! Bahaha !

Nusantara Maju Enterprise .
Alhamdulillah kebetulan kami sampai hari Isnin jadi tak ramai orang dekat sini . Kami pun bolehlah membeli belah dengan selesanya tanpa perlu berlaga punggung ke , berlaga siku ke , terpaksa keluarkan skill bermain ragbi ke apa . Tak payah . Tenang aje . Walaupun Adam dah macam ulat nangka menggeletik sana sini , tapi selagi dia dibawah jagaan suami , aku tak perlu susah hati . Boleh bershopping dengan aman .

Produk gamat dekat sini sangatlah macam - macam . Seriously macam - macam . Minyak gamat yang terpaling hot sekali , lepas itu ada balsam gamat , pencuci muka gamat , pencuci wanita gamat , sabun gamat , bedak sejuk gamat (Recommended!) , bedak sejuk gamat dalam bentuk air , air minuman gamat eh macam macam lagilah . Kau orang explore lah satu satu dekat sini . Confirm ada produk yang menarik minat .

Macam aku , aku memang cari bedak sejuk gamat sebab dia boleh menghaluskan kulit muka , mencerahkan , menghilangkan jerawat dan parut jerawat , menutup pori terbuka dan membuatkan kulit kelihatan bersih dan suci . Eceh . Promote . Eh tapi betul . Nak cari bedak sejuk , cari yang berasaskan gamat . Confirm insyaALLAH dijamin tak menyesal ! Serious . Tak tipu !

Macam macam kau , macam macam !
Pilih mana satu . Lepas tu jangan lupa bayar .

Beli minyak gamat dalam botol kecik - kecik tu 12 botol RM10 . Rasanya dah naik harga kot sebab dulu rasanya 14 botol RM10 . Ah gasaklah . Beli juga bedak sejuk dengan balsam gamat . Suami beli air gamat yang aku tak dapat nak bayangkan macamana agaknya rasa air gamat . (Kembang tekak) Maklong dengan Makngah pun masing - masing membeli belah hasil produk gamat sambil kaum kaum bapa mengawal anak masing - masing . Comel aje mereka .

Sebelum balik , of course nak merealisasikan impian masa mula mula datang tadi . Nak bergambar dekat botol gamat yang besar gila babun ! Gerimis pulak , so tak ada masa yang banyak . Posing lebih kurang and terus bergerak menuju ke tempat yang seterusnya . All and all puas hati dekat barang barang yang dijual dekat sini , and harga dia pun biasa - biasa , berpatutan . Tak adalah mencekik poket sangat . Biasalah orang meniaga . Of course nak untung , kan ? Akak cashier dekat situ dengan baik budinya cerita dekat aku serba sedikit  tentang kemujaraban bedak sejuk gamat walaupun harganya super murah . RM5 sebotol . Sampai ternganga - nganga aku . Dahlah kulit muka kakak tu cantik subhanallah ! Ye kak , saya beli ! 

Peace !
Memang tak pulang tanpanya ah kan .

Fuhfuh . Penat memang penat tapi bila tempat tempat yang kami singgah semuanya awesome awesome belaka , hilang rasa penat tu . Diganti dengan rasa teruja nak singgah tempat yang lain pulak . Sampaikan rasa lapar pun sanggup tahan ! Bahaha !

Stay tune untuk part 6 ! Lejen ! 

Dah . Babai .

12 comments :

Anonymous said...

kak tunjuk la bedak sejuk gamat yang akak beli tu..

imantizz_truper said...

bedak sejuk? saya pencenta bedak sejuk jugak...hehehe..serius bedak sejuk gamat boleh hilangkan parut jerawat? nak jugak...huhuhuhu

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousNanti akak buat entry special untuk bedak sejuk ni okay ! :)

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperBetul , tak tipu ! Pakai malam sebelum tidur , bangun esok insyaALLAH jerawat kecik kecik yang macam ruam ruam tu hilang . And kalau ada jerawat yg bernanah tu , dia kan kering .

Nak lagi super awesome , tambahkan serbuk kunyit . Peh . Terbaik !

Anonymous said...

ok..xsaba nk bce entry tu.. cpat2 tau..hikhik

Nurmujahidah Ismail said...

sila hadiahkan satu botol untuk pembaca setia,, eh,, muja la tu,, hehe

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousTunggu ya ! :)

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailBoleh muja . Bak alamat ! :)

Az Meeda said...

Nak tengok bedak sejuk tu.. Nanti update cecepat eh, kak .. hehe

Anyway, Adam dah besar sekarang.. :)

Cik Puan Bunga said...

@Az MeedaOkay , nanti akak update lepas habis semua episod entry Kisah Kembara Bumi Mahsuri ni . HAHA .

Miss Tasantek said...


tempat ni pon nostalgia kat aku. kat sini lah aku tengok dia masak gamat. errr..bau die busuk.

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekMasa aku datang lengang tak ada orang . Takde siapa pun masak gamat . Cik Pah yang main main kuali dia ! HAHA !