Wednesday, November 14, 2012

Kepada Tuhan Si Pemberi Bahagia , Terima Kasih !

Assalamualaikum . Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kepada suami kerana paling koman pun beratus jugak duit dia melayang sempena nak memprincesskan aku pada hari tersebut . Aku tahu betapa dia berkerja keras untuk simpan duit dan sesungguhnya aku tak ada hak nak happy bila dia spend duit duit tersebut untuk aku . Aku siap cakap "Terima kasih." berkali kali . 20 kali mungkin . Atau lebih . Mana aku tahu , aku tak kira . Yang penting aku cakap banyak kali . Dan ya , aku bahagia . Nampak tak aku senyum sumbing macam nak mintak penampar tu ?

Ahad pagi tu aku demam sebenarnya . Suami pun demam . Masing masing demam . Berbungkus macam popia gulung sardin (Eh betul ke nama kuih ni ?) tapi tiba tiba bila suami semangat goda - goda aku untuk pergi JPO , aku yang lemah imannya ni tergoda langsung . Nak nak lagi suami yang menggoda , lagilah kan . Sepanjang perjalanan , aku pastikan suami tak kebosanan . Masing masing sakit jadi kami perlukan hiburan untuk kekal bertenaga . Aku buat lawak bodoh macam badut spastik , but guess what ? Suami ketawa macam nak pecah perut . Sesekali dia usap kepala aku sambil kata "Dah 4 tahun kita nikah ." Muka macam tak percaya . Aku tersengih sengih macam kucing gatal minta kasih sayang . --"

"Kita cari hadiah birthday dengan anniversary kita , ya ?" Fuh . Rasa macam nak melompat . Tapi aku tahu kalau aku melompat , mati semua orang yang tengok . Monster apa yang gemuk melompat - lompat  tu ? Jadi aku lompat bintang dalam hati . Kami melagha kat JPO macam tempat itu bapak kami yang punya . Masuk semua kedai macam dalam poket bawak duit berkepok - kepok . Hakikatnya kami cuma cuci mata . "Sayang nak apa ?" Tanya suami . Aku sebenarnya dah lama teringin nak ada jam tangan baru . Malu nak cakap . Tapi aku cakapkan jugak . "Nak jam !" Sambil buat muka comel mata kelip kelip tapi suami tak perasan sebab dia sibuk tengok Jaket kulit . Brr !

Masuk Guess , cari jam tapi terpesong tengok handbag . Masuk kedai jam yang ada kat situ tapi nak pengsan tengok harga jam yang Cosmetic Defects je dah ribu riban . Gila ke apa ? Rasa menyampah tengok benda benda yang duniawi ni . Plus tengok gelagat manusia manusia yang riak sana sini (Aku agak aja berdasarkan air muka) aku pening kepala . Sudahnya masuk Fossil . Jam dia kencang kencang jugak harganya , almaklumlah pattern dia urban . Cari yang old season , agak murah . Pilih warna bronze , nampak sikit rare dia . Aku suka kotak jam dia . Vintage habis . Terus aku feeling Marylin Monroe . Bahaha . Ambiance butik dia aku suka . Old school . Vintage . Classic . Ah sudahlah merepek ! Terima kasih suami bayarkan beratus untuk aku . Aku tak kisah mahal murah harga barang kau bagi , asalkan ikhlas . Asalkan ikhlas . Weee ! Melompat dalam hati lagi !

Jangan risau . Aku tak riak walaupun kat tangan aku ada beg plastik Fossil . --"
Kau tahan ada isteri perangai macam gini setiap hari ? Kau tahan?

Habis shopping terus balik . On the way balik singgah R&R Machap . Suami kata nak mengulang semula kenangan masa zaman zaman bercinta dulu . Tahu apa ? Lepak dekat B&R makan icecream sambil borak borak fikir masa depan . Fikir tarikh kahwin , fikir nama anak , fikir macam macam ah . Bahaha . Lawak gila kalau ingat semula . Itulah kami . Baskin & Robbins memang tempat epik kami berdating ! Jadi bila suami bawa aku ke sini semata mata nak mengimbau kembali zaman zaman bercinta dulu , aku rasa macam (..........................) Speechless ! --"

Aku nak tua dan kedut dan renyuk dengan dia . Dia .
World Class Chocolate and Strawberry . Tak pernah berpaling tadah !

Fuhfuh . Sepanjang perjalanan balik , aku dapat rasa , suami memang betul betul di atas puncak kegembiraan . Apapun lawak tahap terbangang yang aku buat , dia ketawa sepenuh hati . Sambil tangan dia genggam erat tangan aku , kadang dia usap kepala aku , aku sandarkan kepala dekat bahu dia . Bahu yang selama ni tak pernah fail mendukung jatuh bangun aku . Sebak tahu . Penat jadi badut sarkas , aku menyanyi hiburkan hati dia . Lepas tu aku flashback kenangan kenangan zaman bercinta , aku pandang muka suami , aku tengok dia tersenyum lebar . Lepas tu aku tanya dia soalan paling killer lah bagi pasangan pasangan yang berumahtangga ,

"Abang , bahagia tak dengan Lina ?"

Tanpa teragak - agak , tanpa mengambil masa yang panjang . Habis je aku tanya , terus suami jawab .

"Bahagia !"

Aku tak tanya banyak lagi dah . Aku tahu , separuh tugas tugas aku sebagai isteri telah dilaksanakan dengan awesomenya !

Terima kasih pendamping hati !

4 tahun , dah terus mengira ! Semoga sentiasa dalam rahmat Yang Maha Esa . Amin Ya Rabb !

Dah . Babai !

10 comments :

Az Meeda said...

Suami akan rasa bahagia kalau isteri dia pandai jaga hati dia. Heheh..

Cik Puan Bunga said...

@Az MeedaInsyaALLAH ! :3

FiZ said...

tersenyum bca entry ni.:)kadang2 bnda2 simple bila bt dengan org yg disayangi, benda tu akan lebih brmkna kan.

Cik Puan Bunga said...

@FiZBenda simple buat dengan yang tersayang , rasa dia , sorga ! :3

Nurmujahidah Ismail said...

harap2 my future husband will be as nice as yours,,, :)

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailAmin Muja , Amin ! :D

watyz said...

alhamdulillah... moga bahagia selalu... :)

cantik jam... hehehehe

Cik Puan Bunga said...

@watyzTerima kasih . Boyfriend saya bagi ! BAHAHA !

Miss Tasantek said...

jam kawin aku fossil.

fossil ni tahan lasak. aku pakai hentak2 pon die stil ok je.

dah 2 tahun masih berkilat. masih macam kali pertama aku tengok kat kedai.

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekNak try hentak lah !