Thursday, November 29, 2012

Superwoman . Tengok Muscle Lah Kan .

Assalamualaikum . Semua orang sepakat membawa berkat mengabaikan aku hari ni . Daripada Emak , Suami , Makcik sampailah ke Adam semua taknak layan aku hari ni . Sampaikan budak kecik yang Emak aku babysit kan , Si Aisy tu pun nak tak nak aje tengok muka aku . Eh ! Aku golek golek tepi suami , dia tengah tengok I- Robot , siap dia suruh aku main jauh - jauh . Kacau Adam , Adam kata dia tak nak kawan aku . Emak tengah masak pun jeling aje , so faham - fahamlah . Aku rasa semua orang tengah stress . Heh . Sampai hati biarkan perempuan comel macam aku ni bersendirian . 

Bila dah diabaikan macam ni , mulalah hormon rajin aku datang menyerang membabi buta . Singsing lengan . Mulakan operasi . Yeah . Rasanya dah lama tak make over bilik tidur . Alang - alang angin rajin dah datang , mood Eric Leong pun nampaknya merasuk , tanpa berlengah lagi aku cabut semua cadar , langsir - langsir , sarung bantal , aku punggah semua kotak - kotak simpan barang , simpan make up , simpan harta - harta karun daripada zaman single dulu sampailah dah beranak satu ni . Semua aku turunkan .

Mula - mula sortkan surat - surat lama yang dah tak berguna lagi . Buang . Yang penting , simpan . Lepas tu kemas kotak - kotak simpan barang . Yang rasa macam dah tak berapa berguna , buang . Aku senang aje . Buang . Lepas tu menggelupur kalau ada barang - barang penting hilang . Habis kemas barang - barang , aku lap cermin dengan perabut . Rak - rak , kepala katil , meja solek . Licin . Bersinar . Peh .

Basuh cadar , sarung bantal , comforter , langsir . Gantikan dengan yang baru . Dekat sini aku ada silap sikit . Aku basuh langsir velvet pakai washing machine . Hambik kau . Tanggal - tanggal semua coral velvet dia . Menyesal tak ada guna . Buat muka kesian pun tak ada siapa nak ambil peduli . Maklumlah , diabaikan . Tak bagitahu siapa - siapa pun corak velvet tu tanggal . Padan muka . Siapa suruh tak layan aku !

Fuhfuh . Background langsir tukar yang bersih . Cadar dah tukar baru ! Hoh . Bangga!

Lepas itu , kemas buku - buku . Buku - buku tak banyak mana pun . Aku ni manusia yang jenis baca satu buku sampai tujuh lapan kali . Jimat kan ? Bukan jenis yang suka kumpul koleksi buku banyak - banyak macam Maklong . Jadi buku tak banyak . Apa yang aku beli tu , mana yang aku betul - betul suka ajelah . So far cuma ada koleksi Sophie Kinsella , Khaleed Hosseini , Stephen King dengan buku 'The Lovely Bones' tu . Siapa tulis eh? Tak ingat ! Err. Tua dah .

Susun cantik - cantik .

Lepas habis susun buku , susun baju pulak . Color coded . Aku memang suka color coded . Aku rasa super cool . Dah terbiasa . Tak ada siapa ajar pun . Biasalah , budak kalau ngada - ngada mana ada orang ajar kan . Dia pandai sendiri . Tengok baju yang banyak tu , semua masih elok lagi , masih boleh pakai lagi pergi sekolah . Tapi asyik nak merungut tak ada baju nak pakai . Rasanya untuk sesi tahun baru 2013 ni kena sedekahkan beberapa helai kepada sepupu sepapat untuk memberi ruang kepada baju - baju yang baru . Eceh . Syaiton betul ! Eh siapa nak baju kurung size M - L meh bagitahu aku . Free aje .

Tadaaa .

Sebab Emak taknak layan aku hari ni , aku main dengan mesin jahit dia . Bahahah ! (Ketawa paling jahat) Bongkar - bongkar perca lama dia , lepas tu aku jahit sarung bantal sendiri . Haha . Dapat 2 biji . Bukan susah pun . Jahit 4 segi aje . Comelnya . Lepas tu bongkar - bongkar , terjumpa dengan langsir backdrop yang Emak jahit kan masa nak raya dulu . Lupa . Last - last tak pasang pun . Ini dah jumpa balik , apa lagi . Melaramlah . Macam bilik pengantin dah bilik aku . Pengantin forever . Buehehe ! (Gelak gatal!) Lepas tu Emak sergah sebab main mesin jahit dia . Sambil buat muka kekwat aku masuk dalam bilik , nak sapu sawang , nak kemas kemas sikit mana yang tertinggal . Dan 2 jam lepas itu , hasilnya ! Pheww! Senang kata , tak sia - sia suami pilih aku jadi isteri dia . Memang beruntunglah !

Simple . Tapi aku suka .

Habis mengemas , konon konon nak sambung merajuk . Tapi Emak panggil lembut - lembut suruh makan Mee rojak yang Emak buat . Patutlah Emak busy dekat dapur , Emak masakkan Mee rojak kuah manis yang aku suka makan . Oloh Emak ! Rasa nak peluk peluk Emak . Tapi mood masih mood diva masa ni . Siap cedok sendiri mee masuk pinggan . Selalu suami yang cedokkan . Nampak tak perangai mengada - ngada Adam datang dari mana . Baru suap kali pertama , suami dengan Emak ajak gurau - gurau , suami cucuk cucuk pinggang ah aku pun dah mencair dengan gediknya . Hilang penat mengemas , datang mood bahagia . Alah alah ngada - ngadanya engkaaauuu ! Dengan keletah Adam yang makan Mee masuk hidung semua , ah .. lengkap keluarga bahagia ! ><,

Hehe .

Dah . Babai !

16 comments :

ammelia yusoff said...

haha macam bukan mak orang je akak. comel btol :)

Cik Puan Bunga said...

@ammelia yusoffBetul ni . Mak orang ! Kehkeh ! Perangai mintak kaki .

Nieyxzha Hassan said...

Huhu...bosan lagi ke? Meh sini tolong kemas umah nieza plak...

Amboiii..kemain rajin ^^

ahmadhiSyam said...

nmpaknya menjadi strategi diorg nk sruh mak cik tu kemas rumah..muahaha

Nurmujahidah Ismail said...

hanya nak gitau saya yang jealous dgn family bahagia dan mud rajin tetiba anda menuntut baju. sekian.

Cik Puan Bunga said...

@Nieyxzha HassanRajin datang bila diabaikan ! Kahkahkah !

Cik Puan Bunga said...

@ahmadhiSyamKahkah kejam !

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailOii alamatlah oii alamattttt !

-[DeeYA]- said...

lain kali aku nak suruh semua org kat umah ko tu termasuk Adam buat xlayan ko lg.boleh kemas satu umah plak.
kahkahkah..

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Aku rasa kalau satu rumah tak layan aku , rumah orang sebelah pun aku kemaskan ! Kahkah !

watyz said...

hahahha... aku yg baca ni pon gelak ngada2 jugak... hahahha... tp hasil dr merajuk ngada tu sangat awesome!!! :)

Cik Puan Bunga said...

@watyzKehkehkeh mnegada ngada tahap mintak kaki !

Sue Sumie said...

AWAK MEMANG HEBAT CIKGU YATT! hehhehe .. harus diabaikan selalu le cmni...kekkekekke

Cik Puan Bunga said...

@Sue SumieJanganlah . Kurang kasih sayang karang ! HAHA !

Miss Tasantek said...

nak pic adam makan mee. mana?? mana?? mana?? mana??/

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekMintak sekarang macam adalah?