Thursday, December 6, 2012

5 Tahun. Partner In Crime.

Assalamualaikum.Pernah dengar tak saying goes, kawan sejati tak akan membiarkan kita buat benda - benda bodoh, SENDIRI. Well, aku rasa ada betulnya jugak sebab beberapa kejadian yang memaksa aku buat benda-benda bodoh, ada partner in crime dekat sebelah. Kira kata, kalau macam aku tertangkap ke atau aku termenyesal kerana kebodohan diri sendiri, at least, aku tak bodoh sorang - sorang. Ha macam itu.

Again. Aku tak ramai kawan. Aku sorang - sorang mana aje aku pergi. Aku bukan jenis yang kalau berjalan tu sekumpulan , segerombolan macam geng geng melecur. Tak. Aku minimal. Paling ramai pun bertiga. Rasa tak rare pulak kalau jalan ramai - ramai ni kan. Kakaka. Jaga martabat. Taklah. Cuma itulah, aku senang sendiri - sendiri. Ada kawan baik pun dua tiga orang. Alhamdulillah. Susah senang sama - sama. Dan aku bersyukur, Allah kurniakan aku kawan buruk baik macam manusia yang sorang ni.

Kami kenal dan start terus jadi kawan 1 November 2007. Tarikh posting. Tarikh tu jugak kami kenal. First impression does count, kan. Well, nak cakap macamana. Muka kau memang annoying. Rasa macam nak sagat - sagat dekat jalan raya. Dengan muka menyombong minta penampar, aku rasa orang memang fikir dua tiga kali nak bertegur dengan kau. Tapi itu ciri - ciri yang bagus. At leastnya bila aku jalan dengan kau, ada effect mengerikanlah dekat situ. Orang tak kacau aku. Kakaka. Dengan waktu tu kau pakai spek. Macam mak tiri yang menakutkan.

Semakin kita kenal, aku rasa kau ni baik hati sebenarnya. Kau suka tolong orang. Aku pun apa lagi, ambil kesempatan gila gila punyalah. Kau tak kisah punya kalau setakat pusing jauh - jauh ambik aku pergi sekolah then hantar semula, kalau kata belanja makan tu kau tak berkira langsung. Kalau aku lapar takde duit nak makan, kau selalu bagi aku makan. Kau ni luaran aje garang, dalam hati macam pari - pari yang baik hati. Tersentuh aku dengan kebaikan hati kau yang sungguh mempesona. 

Hubungan baik kita, dua tahun jugaklah bertukar warna. Entah mana silapnya. Kita jadi musuh gila gila. Kau benci aku, aku benci kau. Sampaikan aku kahwin pun kau taknak jadi pengapit. Pernah tak engkau menyesal waktu tu sebab tolak permintaan aku? Aku sedih gila vavi kot engkau taknak jadi pengapit aku. Padahal , masa drama malam aku bertunang, kau ada dengan aku. Kau bagi aku hadiah album pink yang comel gila. Gambar - gambar tunang aku, aku simpan dalam tu tahu. Dan bila masa kahwin, kau taknak jadi pengapit aku, patah seribu hati aku. Sobs.

Semakin lama, bila kita semakin tahu perkara sebenar, kita baiki hubungan ni. Aku rasa bersyukur. Allah dengar doa - doa aku. Supaya kita kembali menjadi kawan. Kita share banyak benda sama - sama kot. Kan? Aku tahu, kalau aku sehari tak ada kat sekolah, kau mesti rindu. Kan? Samalah. Kalau kau takde kat sekolah, aku rindu jugak. Eceh. Menyampah. Kau banyak dengar masalah aku. Kau banyak tolong selesaikan masalah aku. Dan beberapa kali jugak kau menjadikan impian aku satu kenyataan. Setakat ucapan terima kasih, takkan terbayar apa yang kau pernah tolong aku. Sobs.

Dan yang paling best. Kau , kalau aku buat - buat benda benda bodoh, kau mesti ada dengan aku. Teman aku. Bahagia aku rasa , tahu. Aku ada seseorang yang sama - sama buat kerja gila dengan aku. Nak mentioned kat sini karang kantoi pulak. Kita sama - sama tahu! ><,

1 November lepas, sama - sama kita sambut friendship kita yang ke 5 tahun. Sekejap je masa berlalu. Aku harap, kita sama - sama kekal macam ni. Sampai bila bila bila . InsyaALLAH.






Apapun yang jadi, aku nak kau percaya kat aku. Ingat, dulu sebab kau tak percaya aku. Apa yang jadi dekat kita, kan? Aku taknak jadi macam tu lagi. Thanks babe jadi kawan yang baik untuk aku selama ni. Aku tahu hati kau baik. Aku doakan kau bahagia dunia akhirat dan bertemu dengan lelaki yang baik untuk jaga kau, sayang kau sampai bila bila.

Aku sayang kau.

Eceh.

Dah. Babai!

8 comments :

cik mun said...

rindu plak kawan2 mun bile bace entry ni..

Cik Puan Bunga said...

@cik munCepat cepat cari mereka ! ><,

Az Meeda said...

Bestnya sambut friendship sesama. Semoga persahabatan kekal sampai bila-bila. Jangan gaduh-gaduh.. :P

Cik Puan Bunga said...

@Az MeedaAmin ! Thank you ! ><,

Nieyxzha Hassan said...

Comei header ♥

Cik Puan Bunga said...

@Nieyxzha HassanTerima kasih. Commissioned kan Merah Itu Jambu ><,

Nieyxzha Hassan said...

Dah agak dah... tengok pon dah tau sape yang lukis ^^

Cik Puan Bunga said...

@Nieyxzha HassanCOMEL! ><,