Monday, December 3, 2012

Aku Beremosi.

Assalamualaikum . Kasihan aku. Setiap kali aku beremosi, aku mesti kena pujuk hati sendiri. Aku buat apapun untuk menstabilkan amukan puaka yang mengganas dalam jiwa semua sendiri. Orang lain tak boleh nak bantu. Atau, tak dapat nak bantu. Sebab , dia orang tak tahu macamana nak menenangkan aku. Even my husband. Seriously. Aku marah, atau sedih, atau emosi secara saja saja, biasanya aku akan dibiarkan sendirian. Dan kemudian , mungkin 4-5 jam selepas itu , atau lebih awal, atau mungkin berlanjutan sampai seminggu, aku akan kembali okay. Tenang. Dan ceria. Macam biasa biasa.

Aku , tak ada cara khas untuk memujuk hati. Lain situasi, lain cara aku pujuk hati aku yang mengada-ngada macam tuannya. Kadang-kadang aku menangis kuat kuat sampaikan jirat jiran ketakutan , kadang kadang aku make up cantik cantik dan basuh semula semua , kadang kadang aku susun baju kasut dan kemas rumah secara besar - besaran. Kadang-kadang, aku hanya duduk diam , pandang atas, dan bertanya Tuhan. Mengapa aku .

Dan nantinya , bila emosi aku dah okay semula. Satu manusia aku akan cari. Dan dengan rela hati , aku kuburkan semua gundah gulana dalam dakapan suami. Tanpa berkata apa - apa. Cuma duduk diam begitu untuk satu jangkamasa yang boleh tahan lama.

Ah. Maaf. Terpost gambar mintak kaki . Kehkeh !

Hari tu , emosi aku seriously berantakan bila Emak tiba - tiba ajukan satu kad undangan perkahwinan pada aku . Aku buka. Baca. Dan 5 saat lepas tu kepala aku panas secara tiba - tiba . Dada berombak tahan satu perasaan yang kalau boleh aku nak lepaskan dengan satu tumbukan. Aku campak kad itu ke lantai . Betul. Ke lantai. Dan tanpa aku minta, tanpa aku rela , satu persatu kenangan hodoh masa lampau berlumba lumba menunjuk diri depan muka. Aku tetap tak boleh lupakan setiap muka muka mengejek , kata kata keji , kata kata caci . Ah.

Dan akhirnya. Aku biarkan moment moment tu bertabrakan sesama sendiri.

Tak . Itu bukan kad kahwin bekas boyfriend aku ke apa . Aku tak ada bekas boyfriend. Itu , cuma seorang manusia yang satu masa dulu, aku pernah suka. Suka sangat sangat kot . Tapi , ahah muka macam aku , manalah layak nak bersuka suka dengan lelaki macam dia kan . Aku comot, hitam, tak comel, tak lemah lembut, siapa nak kan aku. Bahaha. Aku tau tu. Aku bersedia sepenuh jiwa untuk ditolak cintanya. Aku tak kisah. Tapi , janganlah hina hina aku. Jangan keji keji aku. Jangan perlekehkan perasaan aku. Eceh. Drama. Kau tak suka , kau cakap depan mata aku. Aku boleh terima. Aku akan pergi. Aku bukan macam orang bodoh tunggu jodoh yang memang bukan kita punya. Tapi kau tak. Instead of cakap baik baik depan mata aku, kau bodoh bodohkan aku. Kau malukan aku depan orang ramai . Tak cukup kau sorang , kau panggil abang kau join sekali malukan aku. Aku masa tu bodoh. Aku diam sediam diamnya pandang muka kau. Minta simpati .

Iye. Aku minta simpati. Agar kau tak teruskan caci maki kau lagi. Aku sakit. Sakit hati. Tapi apa kau buat? Kau cebik aku. Kau cebik aku macam aku ni manusia yang tak layak untuk menyayangi dan disayangi. Kerana kau, aku pandang rendah pada diri aku sendiri 3 tahun weh. Tiga tahun aku percaya cakap cakap kau yang aku ni perempuan yang busuk. Hina. Tak layak ada orang sayang sampai bila bila . Kau, orang yang aku cuba cuba menyerah cinta. Kau tuang racun. Kau bukan setakat bunuh rasa aku, kau bunuh sekali kepercayaan aku pada diri sendiri. 3 tahun aku hidup rapat ke bumi. Rendah diri.

Aku taknak jadi orang jahat. Doakan kau yang bukan bukan. Tapi kau kena ingat. Aku bukan malaikat. Aku cuma minta Tuhan berikan kau sikit pelajaran. Pelajaran supaya kau boleh buka mata. Tak cinta tak apa, tapi jangan main hina hina. Apa yang aku rasa untuk kau, bukan aku saja mintak mintak. Tuhan bagi aku. Untuk aku bagi pada kau. Kalau taknak, cakap baik - baik. Aku yakin Tuhan akan bagi kau rasa apa yang aku rasa. Itu doa aku untuk kau.

Oh dan untuk perkahwinan kau. Aku doakan takdir yang terbaik untuk kau. Semoga kau bahagia dengan perempuan yang bertuah mendapat cinta kau yang cukup mahal tu tapi aku tak tahu ada nilainya ataupun tak. Tuhan punya kerja , aku taknak kacau. Aku yakin, ada bahagian untuk kau.

Dah. Babai.

16 comments :

Nurmujahidah Ismail said...

mcam kembar la kita,, muja pun tengah menitiskan air mata ni,, :'( http://mujadafewa.blogspot.com/2012/12/jangan-pisahkan-aku-dan-dia-kalau-nak.html

Cik Gadis Tak Comel said...

Waalaikummussalam ~ Allah itu Maha Adil dan tahu setiap yang terbaik untuk hamba - NYA :) Semoga kakak kuat dan tabah yaa > <

Syuhada Nasya said...

setiap manusia ada jodoh msing2 .. mungkin dea bukan utk awkk. hargailah suami yang ada dsisi awak ya :) smile,, jgn sdih2 ..

deno said...

salam kenal... deno folow blog ini :)

watyz said...

jom shopping!!! hehehe ble ilangkan gundah gulana di hati + poket skali... hehehhe...

** bg aku lak... sekali ko wat aku, smpi mati aku ingat n smpi mati aku x maapkan...hmmmm.....

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailFuh. Jangan jangan. Jangan menitiskan airmata untuk orang yang tak layak menerima airmata kita. Eceh.

Cik Puan Bunga said...

@Cik Gadis Tak ComelAh cerita lama. Sekarang okay sudah! :) Terima kasih!

Cik Puan Bunga said...

@Syuhada NasyaBercerita pasal dia bukan makna saya tak hargai suami yang ada disisi. Memang dia bukan untuk saya pun dan saya pun tak rasa ralat dia bukan untuk saya. Kat sini main point dia lain sebenarnya.

Cik Puan Bunga said...

@denoThank you!

Cik Puan Bunga said...

@watyzShopping time gaji barulah lejen! HAHA !

Betul. Sampai mati aku ingat kot! Hihi!

Az Meeda said...

Ahhh ! Tak apa.. Nanti Allah balas balik cacian dan hinaan dia untuk kita.. Be strong, okey.. :)

Cik Puan Bunga said...

@Az MeedaSekuat harimau ! :D

cik nur said...

sampai mcm tuh kan sekali sis haihh..
tak apa sis sabar sekurang nyer dari apa yg jadi sis dapat kekuatan dan menjadi manusia labih baik :)

Cik Puan Bunga said...

@cik nurAlhamdulillah. There always a silver lining ! ><,

imantizz_truper said...

imantizz pun pernah jadi macam tu..dimalukan oleh org yg imantizz admire..dia tolak imantizz sebab imantizz hitam,dia putih..sedih dan malu tu hanya imantizz dgn bff ja yg tau.( lap air mata...hahahaha)..tapi Allah tu maha adil..Allah dah berikan cinta baru utk imantizz,penguat semangat imantizz utk jatuh cinta buat kali pertama..yg tadi tu admire ja...hehehe...sekarang,imantizz dah ada en.truper yg bercermin mata..^_^..

harap Allah berkati org yg dah tolak imantizzz dulu...cakap kita hitam sangat ya??? hahahaha

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperBetul. Tak suka cakap elok elok kita boleh terima , jangan hina.

Sekarang sudah bahagia! ><, Alhamdulillah!