Wednesday, December 26, 2012

Semangat Jepun Aku Bawa!

Assalamualaikum. Warga Bumi yang dikasihi sekalian. Saya bercakap bagi pihak penduduk Planet Nameck. Apa? Terasa mahu membaling saya dengan objek berat? Jangan terlalu kejam. Saya cuma bergurau. Haha. Hari pertama kembali ke sekolah dilalui dengan bagus sekali. Alhamdulillah. Bangun pagi dengan ceria, bermake up dengan ceria. Lahaii sambil menyanyi-nyayi lagi pulak. Biasalah hari pertama. Semuanya bersemangat. Kita lihat entry di bulan enam nanti, adakah semangat masih sekuat harimau. Ekeke.

Sampai sekolah dengan perasaan yang bercampur-baur. Happy, teruja jumpa kawan-kawan, bersemangat nak menjalankan tanggungjawab hakiki sebagai pendidik, nak masuk semula circle bergosip yang setiap masa ahlinya bertukar, nak denda students lari padang, nak makan free hasil mengepow cikgu-cikgu SESEGA yang baik hati. Ah banyak benda yang buat aku rindu sebenarnya. Dan yang terpaling aku rindu, aku nak tengok semula muka-muka manusia yang aku rindu. Banyaknya aku guna perkataan rindu. Ya. Pucuk pangkalnya aku rindu. Itulah.

Meeting, bila pulak dia menjadi perkara yang menggembirakan. 98% emosi semasa bermeeting adalah bosan dan tertekan. Ketiadaan Wifi bukan menambah fokus, tapi buat jiwa semakin berantakan. Terbayang-bayang ayam goreng KFC yang gebu,empuk dan mungkin lebih sedap lagi kalau ianya free. Hasil memujuk Oat dengan muka lapar penuh simpati, Oat kata habis meeting nanti dia belanja aku makan KFC. Yeaaahoooo! Teruskan meeting wahai cikgu-cikgu!

Engkau orang kena tahu, ini bukan aku baca betul-betul.Aku berlakon saja tahu!

Alhamdulillah, kepada yang masih ingat doa aku dalam entry semalam, kalau boleh nak kelas yang baik-baik yang comel-comel yang mudah diuruskan dan mengurangkan tekanan. Alhamdulillah, dapat kelas 3RK2 tahun ini untuk ditadbir (Err ke untuk didera?). Masih kekal mengajar Form 3 secara sepenuh masa dan pure English. Manalah tahu kan pengurusan sengaja nak pedajal aku suruh ajar PJ ke ajar Pendidikan Islam ke, tercabut lutut aku nanti. Oh dan jadual aku tahun 2013 ni cantik sungguh. Ada masa untuk aku makan. bersolek, ke toilet malah kalau kata aku nak tiba-tiba berjongging ke, ada masa, ada masa. Sempatlah aku bernafas. Jadual tahun lepas, pheww aku nak kentut pun tak ada masa macamana?

Buku rekod mengajar. Sayew janji nak tulis dia cecantik dan sampul dia cecantik sangat! Pink maybe! Ekeke!
Hai anak murid! Kalau kelas kamu ada dalam jadual ni maknanya tahun depan kamu jumpa teacher!! >< (Lambai tangan)

Sampai ke part yang terpaling mengujakan. Punyalah banyak manusia dalam SESEGA tu, macamana nama kaki bangku macam aku boleh terselit jadi ketua rumah sukan tahun depan? Gulp! Janganlah rekod kejohanan yang selama ni rumah aku pertahankan, dijahanamkan oleh aku. Berpeluh! Tapi tak apa, insyaALLAH tugas ini akan digalas dengan penuh tanggungjawab dan amanah insyaALLAH. Kena mohon tunjuk ajar daripada Yoda-yoda terdahulu.

Phewww!

Harapan untuk tahun hadapan, tak lain tak bukan nak berkerja dengan lebih produktif dan amanah. Jujur. Nak cari rezeki yang barokah. Bukan setakat datang kerja nak melagha dan melantak gaji buta at the end of the day. Ini sebahagian daripada ibadah aku, mendidik anak bangsa, juga sebagai jihad aku dijalan Allah dengan cara yang tersendiri. Tak ada lain yang lebih membahagiakan daripada melihat anak-anak murid menjadi manusia berguna, pintar dan beriman. Insyaallah.

Im ready, insyaALLAH. Bring it on, 2013! ><

Dah. Babai!

6 comments :

Nurmujahidah Ismail said...

good luck my favourite teacher!!! hahaha,, kenapa dah masuk sekolah? ke sekadar cikgu tanpa murid je?

Innanie | Ariffin said...

macam seronok jugak jadik cikgu ni daripada jadi lawyer!

cik aletheea: said...

hahha...comel le pulak sticker sume2 tue....

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailNanti muja dah jadi cikgu, seminggu sebelum sekolah dibuka kita memang dah kena naik sekolah, meeting dan buat kerja-kerja pentadbiran! ><

Ohh thank you Muja! :D

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinJadi cikgu pun boleh jadi lawyer, time ada kes disiplin! Ekekeke!

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea:Haha bukan sticker pun, potong dari kad kahwin! Ekeke!