Tuesday, December 4, 2012

The Closets. Bukan Sebarang Gerobok.

Assalamualaikum. Melangkah masuk ke kedai ni, okay, belum masuk pun sebenarnya, baru kat pintu je aku rasa kedai ni memang something sangat. Dekat pintu dia ada notis notis comel yang buat orang terpandang, terpaku and termasuk kedai dia. The Closets, No.19, Jalan Universiti 1, Taman Universiti, Parit Raja Batu Pahat Johor. Masuk - masuk saja, kami disapa dengan senyuman manis daripada seorang mamat kacak muka malu - malu duduk belakang kaunter. Okay. Aku yang malu sebenarnya. Aku ingatkan perempuan yang akan assist aku kat sini. Terus jadi sopan. Kahkah. Dahlah aku cuma pakai selipar Jepun aje. Mana nak sorok kaki? Kakaka.

Mata terus melilau macam sesumpah. Sana sini semua benda - benda comel. Dan yang pastinya untuk peminat - peminat fashion vintage macam early sixties ataupun seventies engkau orang mesti meracau-racau dekat sini. Blouse - blouse chiffon yang tengah menjadi kegilaan sekarang, geometri pattern T-Shirts yang macam - macam corak, tribal pattern blouses, legging, polkadots blouses banyak dekat sini. Ada juga pallazo chiffon untuk perempuan perempuan yang petite. Comel aje kan. Selection of colours dia pun sangat comel dan rare. Rasa nak try semua baju, bergaya depan cermin and balik rumah penuh kebahagiaan. Kakaka. 

Bahagian accessories dia boleh buat engkau menggelupur atas lantai sambil buat kuak lentang. Apasal entah semua cecomel sangat ! Bracelets dia dahlah jual murah-murah. Satu set cuma RM10 untuk yang biasa then kalau yang fabrik dia daripada kain satu set cuma RM15. Gila tak? Itu belum hairclips dia RM5 untuk 2pcs, scarf rambut dia comel comel, ada ribbon ribbon daripada kain chiffon, polkadot polkadot , and untuk button clip harga dia cuma RM5 untuk 3 pcs kalau tak silap. Boleh campur - campur. Kalau tak kuat iman , memang aku borong habis semua yang ada dekat sini. Kakaka.

Tengok tengok. Aku tak tipu.
Blouses. Warna - warna pastel and corak-corak tribal dia cute ! Geram!
Aku duduk dekat section earings dengan necklace ni entah berapa lama. Habis semua comel sangat sapa suruh?

Aku suka gila dengan interior design kedai ni. Memang nampak sangat sangat vintage. Masuk masuk aje ada satu coffee table and ada poster The Beatles. Come on, The Beatles babe ! So yesterday! And dekat meja tu dia susun cantik - cantik necklace , bracelets, cute rings , earring semua new arrival yang sumpah buat engkau rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding. Then dekat bahagian atas dinding kedai tu ada macam posters , gambar gambar rare yang memang highlight lagi kedai tu adalah sebuah kedai menjual clothing lines yang sangat oldies. Cantik !

Fuhfuh. Cantik kan?
See? So no more selekeh - selekeh after this ya? Kikiki!
Makcik.
Owlie necklaces . Bukankah ia kini satu kegilaan yang sangat mengujakan?
Item collectors. Oh dan bukan untuk dijual. Untuk tatapan umum sahaja. Comel.
Kemas dan teratur.
Ouch. The selipar Jepun! Ish!
Teruja sangat. Semua benda dia cakap comel. Err aku pun sama.

Baju - baju dia semua untuk perempuan yang comel comel dan kurus - kurus. Untuk aku, memang tak boleh nak muatlah. Masuk boleh tu boleh tapi berbonjol lemak sana sinilah kan. Kena jogging dan workout gila bebi dulu baru boleh muat baju baju dia. Engkau orang bolehlah muat. Kesian aku. Itulah. Siapa suruh aku kurus sangat. So in the end, aku rembat dua set bracelet dia. Cuma RM20 total. Madness kan? Dahlah cantik. Memang worth it sangat. Brader yang assist kedai tu sangat baik and warm . Dia kata harga barang - barang dekat sini insyaALLAH boleh kurang lagi. Yang bestnya, kikiki dia kenal aku. Bahaha. Bila dia tanya aku Cik Puan Bunga ke, aku boleh senyum senyum malu malu mintak kaki. Memang rasa nak bagi penendang je kepada diri sendiri. Wakaka ! (Sorok muka dalam tanah)

Sebenarnya nak fokus kat cermin belakang tapi tak nampak sangat pulak. Tak apalah. Fokus kat orang kat depan tu sudahlah ye. HAHA
The Closets
Bracelets saya yang cantik!

Engkau orang boleh follow owner The Closets ni dekat Twitter dia , atau sekodeng The Closets di Facebook , pun ada jugak Fanpage The Closets , and ada jugak dekat Instagram (the-closets). Fuh. Berteknologi betul owner dia. Bagus bagus! So nanti any updates akan diupdate dekat sana sana tu semua. Engkau orang boleh stay tune and tunggu kalau kalau ada Year End Sales ke apa kan. Kalau nak senang, terjah aje dekat kedai dia , di alamat yang disertakan diatas. Jyeah. Insyaallah anda akan dilayan dengan penuh berhemah dan satu Malaysia.

Tak sabar nak menggayakan bracelets tu untuk wedding bekas student Ahad nanti. Weee!

Dah.Babai!

14 comments :

Ni Sha said...

kat mana ni kak ? hehe . KL ke ?

kitatauke said...

wishlist tu mcm syok plak...nak kene buat jugak ni..set target...

hnahdy said...

suka gak masuk kedai2 cmni. beli x pun. suka tengok pegaang ja.hehe

Cik Puan Bunga said...

@Ni ShaAlah lupa nak tulis. Johor! ><, Tapi dia ada butik online jugak . Hihi!

Cik Puan Bunga said...

@kitataukeBoleh. Buatlah. Haha.

Cik Puan Bunga said...

@hnahdyPegang pegang pun dah best kan kan kan ! Hihi!

Cik Gadis Tak Comel said...

Parit raja ? Lahh , Faie orang BP , so dekat lahh ~ Thanks kakak sebab share , Faie pon taktahu kedai ni . Thanks ea ?

Cik Puan Bunga said...

@Cik Gadis Tak ComelSilalah datang. Kedai ni best! ><,

watyz said...

cantik tp x suka pakai... :)

Nurmujahidah Ismail said...

http://mujadafewa.blogspot.com/2012/12/aku-benci-bila-kau-buat-aku-cinta-kamu.html

jauh bebenor,, and i dont usually wear bracelets,,,, sekarang pun ada cincin je,,, kih3,, anda comel :)

Cik Puan Bunga said...

@watyzCubalah pakai ! ><,

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailCincin pun accessory jugak! Weee ! Terima kasih cakap akak comel! Kakaka ! ><,

Az Meeda said...

Cantik-cantik nya barang dia. Memang teruja, even tengok gambar ! Huhuuhu

Cik Puan Bunga said...

@Az MeedaKalau dah jejak kedai dia lagi dahsyat feeling dia. HAHA. Dia jual jugak online ><,