Tuesday, January 31, 2012

Cerita Hujung Minggu

Manusia perlukan keseronokan. Eceh ayat pertama dah berbunyi sungguh lagha. Lagha adalah apa? Silalah Google wahai kawan - kawan sekalian. Baiklah. Berbalik kepada perlunya manusia berseronok. Kalau berseronok sorang - sorang macam orang gila pulak. Jadinya untuk tak nampak macam gila seronok sorang - sorang, kita angkut manusia - manusia tersayang untuk join sekaki. Sekaki aje, kaki yang sebelah tak boleh join. HAHAHA takkelakarlahpulak!

Bangun pagi semuanya bersemangat. Adam pun bersemangat sama. Langsung tak complaint kena mandi air sejuk. Gembira riang ria aje dia. Pukul 7 pagi lebih kurang bertolak dari Batu Pahat. Destinasi pelancongan adalah Melaka. HAHA Melaka aje pun. Bukan nak pergi mana pun. HAHA.

Sebenarnya motif utama adalah nak pergi Sungai Udang. Punyalah kacau - bilau nak mencari mana letaknya Sungai Udang. Google dekat internet pun macam iye tak iye aje map nya. Pakai GPS pun macam tak berapa nak membantu sangat. Hukum campak longkang aje GPSnya tuh! Sebelum pergi Sungai Udang singgah sekejap dekay Mydin Ayer Keroh. Emak nak topup barang - barang jahit dia. Sampai Sungai Udang pukul 1 petang lah lebih kurang. Lebih kurang pukul 2.30 petang baru selesai urusan dekat sana. Terus pergi Mahkota Parade sebab nak bawa Emak makan Nando's. Dah lama tak makan Nando's. Terbayang - bayang ayam dia yang empuk, juicy gebu mengghairahkan tu! Nyumnyumnyum!

Baru sampai pintu masuk Nando's Adam dah buat bunyi ayam berkokok berkali - kali. Haih malu aku! HAHA! Sebab ada ayam merata - rata dekat dindinglah dekat mejalah. Gasaklah kau Adam! HAHA!

Kaki Pau dengan Mak Boss. Gangstar aje muka Mak Boss dikala ini.
Adam sangat behave. Tak buat perangai langsung. Tapi kena rasuah dengan gula - gula beli dekat Famos Amos. Sekali suap adalah dekat sepuluh biji! HAHA!
Mintak mahappppp! Tumpang laluuuu tuan belog nak interframe! HEHEHE!
Kitorang order set family untuk 4 orang. Ayam peri extra hot dengan Cesar Salad + Coleslaw. Side dish dia dapat peri chips dengan classic chips (Eh ye ke tu nama dia? Lupa! HAHAHA!) Air coke. Senang. First time nih makan Cesar Salad. Eh boleh tahan dahsyat jugak rasa dia padahal aku bukanlah makhluk yang suka sangat makan sayur apatah lagi salad. Eh tapi sedaplah! Baru makan sikit dah menggelupur kepedasan aku dah. Suami aje selamba makan siap tambah - tambah sos extra hot hot lagi! Embun kata makan Nando's selalu buat mata dia bercahaya sebab sedap sangat! HAHA!
 
Separuh licin. 5 minit lepas tu memang betul - betul licin! HAHA!


Lepas makan pergi Dataran Pahlawan sekejap shopping dekat Brand Outlet tapi tak beli apa sangat pun. Mata dah mengantuk sebab perut kenyang sangat. Cuma beli sandal leopard printed dengan T- Shirt putih dua helai. Satu untuk emak satu untuk aku. Lepas tu terus balik rumah lalu lebuh AMJ. Seronok jugak sesekali tak ikut highway PLUS yang selalu lalu tu. Lalu lebuh AMJ rasanya lagi cepat sampai. Maghrib dah sampai dekat rumah. Puas hatilah. Semua yang dihajati dapat dirembati. Eh dah macam pantun! HAHA!

Ini couple gaduh, couple bertumbuk, couple berwrestling, couple berkasih - sayang. Alah rindu!
Sekian sahaja cerita hujung minggu saya. Lambat update. Lately busy dengan kerja. EH nak muntah dengar. HAHA!

p/s : Terima kasih sangat - sangat kepada yang sudi baca blog yang tak semenggah ni. Juga kepada yang follow. Sobsob. Terharu betul!

Dah. Babai!

Kecewa

Anak murid panggil aku pekak tadi.

Selamba.

Tanpa rasa bersalah.

Aku? --Aku mengamuk gila - gila tadi.
Bukan sebab aku benci dia. Tapi sebab aku sangat simpati dekat dia. What if, aku tak dapat maafkan dia dan dia fail dalam PMR nanti?

(Mengeluh)

Anak murid zaman sekarang. Rasa hormat dekat guru macam kulit bawang yang nipis. Bila - bila masa boleh koyak. Kasihannya aku. Setiap saat dan minit menghambakan waktu kerja untuk pastikan engkau orang pandai - pandai semuanya.

Pelajar dari kelas separuh belakang beri aku ini. Ikhlas dari hati. Ada juga yang sayang aku. HEHE

Sabarlah. Sabarlah.

Thursday, January 26, 2012

Bakal Menantu Blogger Hebat!

Saja letak gambar besar - besar. Barulah propa!
Bangga betul rasa hati bila blogger femes minat dekat anak bujang aku. HAHA. Siap main hantar - hantar hadiah lagi dekat rumah. Budak - budak zaman sekarang bercinta bukan macam budak - budak zaman dulu. Karang kejap lagi ada karang yang hantar rombongan meminang! KEHKEHKEH!

Terima kasih Innanie Ariffin. Semoga rezekinya bertambah - tambah lepas ini. Lulus belajar dengan cemerlang sedunia. Aminnnnnn! ^__^

Dah. Babai!

Nak Letak Dekat Kaki Aje Pun

Hari pertama sekolah aje, kasut aku dah buat derhaka dengan aku. Tengah - tengah aku kontrol ayu jalan lenggang - lenggang lemak bergetaran dekat perut eh tiba - tiba heels kasut aku tercabut. Macam puaka. Sudahnya sepanjang hari aku jalan ke sana - sini pakai selipar comel - comel gebu warna merah yang sepasang RM10 tu. Menjeling aje Boss terserempak dengan aku dekat tangga. Aku buat - buat tak nampak dia jeling - jeling. Eheh. Mahap Boss! Kasut tercabut!

Balik kerja terus beli sandal Hush Puppies budget kalau kasut mahal tu dia tahan lama sikitlah kan. Eh tak sampai dua minggu aku pakai dia punya tapak dah terkoyak pulak dekat bahagian tepi. Kasut aku ni memang nak kena sula. Mahal - mahal pun tak guna juga. Aku pakai selipar jamban pergi sekolah baru tahu.

Sudahlah kaki aku lately ni buat perangai mengada - ngada. Nak pakai kasut yang mahal - mahal aje. Yang murah - murah taknak pakai. Gatal - gatal tapak kaki katanya. Banyak pulak duit aku nak melayankan tapak kaki. Lately asyik usha - usha Clarks lah pulak. Terbelekik aku tengok harga dia. Aku belum sampai tahap nak letak ratus - ratus dekat tapak kaki. Kalau setakat seratus dua ratus tu bolehlah kan. Scholl dengan Hush Puppies baru berapa posen aje. Tapi nak sarung RM328 dekat tapak kaki memang aku rasa macam anak Dato' pulak perangai. Belum ada kekuatan batin.

Mengidam betul Clarks yang ni. Aku rasa kalau aku pakai macam bertambah - tambah kadar keayuan aku. *Pui* Body dia sungguh mengiurkan! Kalau online dia jual around RM230++. Dekat butik Clarks dalam RM320++. Pecah tabung arnab pun belum tentu dapat pakai. Kena cari alternatif lain. Cari substitute untuk kasut macam dekat atas ni. 

Walaupun tak sama sangat, tapi bolehlah buat ada - ada! HAHA!
Murah aje dekat Crocodile. HAHA. Bolehlah buat tipu - tipu diri sendiri. Nanti esok - esok ada rezeki aku belilah kasut idaman hati. Barulah melangkah dengan gagah nak pergi mendidik anak bangsa. HEHE. Ecehceh!

Ini kalau terkopak jugak, memang aku pakai selipar Jepun aje pergi sekolah!

p/s : Tak sabar nak pakai pergi sekolah! HAHA! Macam budak - budak!

Dah. Babai!

Wednesday, January 25, 2012

Blog Aku Tak Berguna Lagi

Engkau tahu. Aku kecewa berbelog.

Engkau orang kenalah biasakan mata tengok blog aku yang lepas ni akan kosong - kosong aje. Dah tak boleh nak fancy - fancy macam dulu. Orang kata dah tak relevan dengan umur aku. Penat aku kata yang umur tu hanya pada angka. Orang taknak dengar. Blog emak - emak dia kena kusam bosan pucat lesi nak mati aje temanya. Tak boleh letak gambar kucing ke gambar belon ke hape. Dosa. Header tu pun nanti aku ganti gambar yang lebih matang. Macam gambar pokok ke, kepala keretapi ke, yang penting bukan gambar doodle macam tu. Tak matang.

#Arghh semua pun nak kata tak matang!

Dah. Babai.

Ini Bukan Anak Aku

Aku tak tau pulak nak kategorikan apa yang bakal aku kongsikan ini sebagai cerita kategori apa. Kita jadi orang jangan judgemental sangat. Eceh pandai pulak aku cakap. Padahal akulah judgemental nombor satu sedunia. Bhaha. Tak guna.

Baiklah. Begini kisahnya. Last week aku dengan family jalan – jalan dekat The Summit, Batu Pahat. Sebenarnya jalan – jalan tak ada arah tujuan. Sekejap kata nak makan Tutti Frutti, sekejap kata nak jalan – jalan cari durian. Entahlah. Last – last jalan – jalan buat cermin mata untuk cousin aku sudahnya. Sambil tunggu cermin mata siap (Gila salesman dekat kedai cermin mata kacak amat!) kami lepak dekat McD sambil update gossip – gossip terkini dan sensasi.

Sedap – sedap kitaorang borak – borak, tiba – tiba datang seorang budak lelaki kecit yang identiti serta kaumnya terpaksa dirahsiakan, datang tepi aku sambil main – main dengan signboard McD. Tengah sedap – sedap budak ni main – main eh dia kencing pulak! Ah sudah! Gasak aje budak ni kencing melambak – lambak sambil buat muka toya. Dah sudah kencing, dia main – main pulak dengan air kencing dia. Ditendang – tendang disepak – sepak manja pulak air kencingnya. Kami berpandangan sesama sendiri. Meja belakang ni ada satu family Chinese dok gelak – gelakkan budak ni.

Aku pandang kiri kanan terintai – intai terjenguk – jenguk terjulur – julur dok cari manalah emak ayah budak ni. Mustahil pulak dia datang The Summit sorang – sorang pulak kan. Ni confirm ada emak bapaknya ni! Tapi takde sorang pun yang buat muka ambik kisah dengan kewujudan budak ni tadi. Dia pulak syok aje main air kencing sendiri. Eh kau ni karang.

“Papa where?” Aku tanya dengan harapan dia boleh faham apa yang aku tanya.
Eh dia buat badak jugak.
“Mama?Mama?”
Pun dia buat tak layan aje.

Then Maklong noticed yang telinga budak ni macam cacat sikit, tak ada cuping telinga. Probably dia tak dengar apa yang aku cakap. Kesian sangat – sangat aku tengok budak ni. Kecik lagi dalam lingkungan umur 2 tahun lebih. Tak pakai pampers. Baju singkat macam bukan size dia. Dibiarkan sorang – sorang sampai terkencing – kencing dalam seluar.

Gembira habis dia main dengan air kencing.
Adalah dalam lebih kurang 10 minit budak ni terbiar macam tu, tiba – tiba datang dari arah meja belakang seorang lelaki yang kami syak sebagai bapak budak kecik ni tadi datang. Dia cuit aje bahu budak ni tanpa pimpin pun tangan budak ni, terus berlalu pergi. Tinggallah budak ni terkapai – kapai selama beberapa saat sebelum dia berjalan slow – slow membontoti lelaki tadi. Air kencing budak ni tadi terus melambak tengah jalan tak ada sapapun peduli. For all this while, bapak budak tadi ni rupanya tengah sedap – sedap melantak dekat meja belakang. Tak guna betul. Suami terus panggil budak McD untuk lap air kencing tu sebab orang yang lalu – lalang terpijak – pijak.

Begitulah kisahnya.

Apa motif cerita aku kali ni?

Engkau orang semua dah besar. Dah bijak pandai. Fikirlah sendiri. (Ini kalau Innanie ada dekat tempat kejadian, mau dia maki bapak budak ni sedas dua! Haih!)

video


Dah. Babai!

Tuesday, January 24, 2012

Isu Di FB. # Isu Sakit Hati 1

Buat orang benci atau sakit hati dengan kita ni bukanlah best sangat. Paling - paling pun kena keji secara berjemaah. Part kena keji tu yang malas nak layan tuh. Buatnya dia orang doakan kita masuk longkang ke tercabut gigi ke terbakar rambut ke, memang malapetaka. Tapi takkanlah seumur nyawa kita asyik nak menggembirakan hati perut orang lain saja. Perasaan kita? Emosi kita? Mana nak campak? Dalam lubang tahi?

Aku tahu sejak aku post status amarah terlampau seminggu lepas, ada orang - orang terdekat yang terasa hati dengan status aku tu. Bukan aku saja nak buat orang marah, pun bukan saja nak memperlekehkan sesetengah pihak. Kalau engkau orang baca komen - komen kawan - kawan aku yang rajin melayan perangai aku yang tak tentu hala tu, tak adapun kami menjurus kepada sebilangan individu. Namapun tak ada kami sebut. Masing - masing cuma nak luahkan apa yang terbuku dan berbuku dalam hati. Aku pun ada sebut dalam tu, tak semua ibu - ibu yang breastfeeding buat macam tu. Sesetengah. SESETENGAH. Maknanya, dalam satu kelompok emak - emak yang menyusu badankan anak, ada yang buat, ada yang tidak.

Amacam? Sentap tak?
Ada yang tarik muka. Ada yang sentap. Ada yang sakit hati dengan aku. Ada yang sumpah aku. Ada yang keji aku siap emak bapak aku pulak terbabit sama (Walaupun emak bapak aku jelas tak ada kena mengena. Eh kau ni karang!) siap ada yang perli - perli aku dekat status FB masing - masing eh tapi aku buat - buat cool ajelah. FB engkau, engkau punya pasallah nak tulis apapun. Cuma itulah macam yang aku cakap tadi, logik tak logik engkau nak sentap sekali itu engkau ajelah yang tahu pucuk pangkalnya macamana.

Aku tulis status macam itu sebab adalah sorang hamba Allah ni bukan main sedap mulut dia kata depan - depan muka aku yang comel ni kata aku ni emak yang gagal sebab beri Adam paci sejak Adam kecik. AKU EMAK YANG GAGAL OKAY. Padahal belum pun sampai 2 tahun aku pegang title emak aku dah diselar sebagai gagal cuma kerana aku bagi anak aku paci. Okay tangan dah gigil - gigil nak capai parang panjang. Nak menambah perisa, dia kata anak aku jongang (Padahal cantik aje gigi Adam aku tengok!) dan dan dan aku tak breastfeedkan Adam. Oh come on. Kaki please! Maka terhasillah status kecelaruan emosi macam tu. Aku geram. Aku ada hak nak rasa geram. Macam engkau oranglah ada hak nak showing off pencapaian masing - masing dalam mendidik anak - anak, maka aku juga ada hak itu.

Aku tahulah sebagai emak - emak yang memberikan anak - anak engkau orang apa yang terbaik, mesti engkau orang terasa bangga tak habis. Macam tu jugak aku. Kawan aku ada sentuh pasal istilah untuk breastfeed anak - anak macam kalau engkau breastfeed 6 bulan kira dah dapat diploma, setahun macam dapat ijazah and so on. Well mungkin engkau orang kata itu macam galakan untuk ibu - ibu terus breastfeedkan anak - anak masing - masing tapi nanti lama kelamaan timbul riak tak pasal - pasal dengan kejayaan macam tu. Orang lain yang tak berpeluang breastfeedkan anak - anak, of course rasa cemburu, iri hati dan macam - macam lagi perasaan negatif. Pernah fikir tak?

Aku salute dekat emak - emak yang breastfeedkan anak - anak, prepare makanan khas untuk anak - anak, tak beri anak paci, provide yang terbaik untuk anak - anak. Cuma janganlah poyo - poyo sangat. Macamlah kami ni tak provide yang terbaik untuk anak kami, kan? Kami tak mampu memberi dari satu segi, tapi kami penuhi dari segi - segi yang lain. Hanya kerana beri anak puting, kami ibu yang gagal? Hanya kerana tak breastfeed, anak generasi kami jadi tak elok? Tak pintar? Tak jadi manusia?

Kita boleh jamin, anak - anak yang breastfeed besar nanti tak jadi perompak? Penyamun? Tak rogol anak orang? Tak buat perkara - perkara tak elok? Kita boleh kata anak - anak yang tak breastfeed besar nanti tak boleh jadi pandai, tak boleh jadi insan berguna? Apa perasaan kalau time ni kita bangga dapat breastfeed anak, mana tahu anak seterusnya nanti Allah tarik balik nikmat tu? Semua tu belum ada kepastian lagi. Pucuk pangkalnya cara kita didik anak - anak. Semua orang tahu, satu dunia tahu SUSU IBU SUSU YANG TERBAIK UNTUK ANAK - ANAK. Tapi susu ibu semata - mata belum cukup untuk menjamin masa depan anak kita.

Berkongsi kepakaran dan pengalaman tak salah. Tapi janganlah pulak kita terus prejudis menuding jari menyalahkan orang yang tak bernasib baik macam engkau orang semua. Kalau engkau ada perasaan, aku pun ada perasaan jugak. Aku pun nak yang terbaik untuk anak aku. Bukan engkau sorang.

Maaflah kalau ada yang terasa. Hidup ni bukan yang indah - indah aja. Tak semua orang sepakat membawa berkat dengan kau. Kadang - kadang kita kena belajar bersederhana jugak. Dalam Islam pun menuntut kita semua bersederhana. Takut dalam kita buat sesuatu tu, timbul pulak rasa riak. Anak - anak ni fitnah dunia. Terpulang pada kita nak mencorakkan hidup mereka jadi yang macamana nanti.

Maaf sekali lagi kalau ada yang terasa.

Dah. Babai!

Monday, January 23, 2012

Makan Malam Ramai - Ramai Sambil Bergosip Peah!

Assalamualaikum

Jumaat lepas sekolah aku ada buat makan - makan sikit untuk perut - perut cikgu sekolah yang macam setokin semuanya. (Setokin sebab tak kira berapa banyak isi pun masih ada ruang untuk next round. BHAHAHA!) Makan - makan ni anjuran kelab bilik guru (KEBIRU) yang gangstar sebab sehari sebelum hari kejadian Kak Wa dengan gangstarnya pergi kutip duit dengan cikgu - cikgu yang belum bayar wang perlindungan. HAHA.

Tema makan malam tu adalah tak ada tema. Benda - benda adhoc macam itu tak payah bertema sangat. Yang penting VVIP dapat datang and caterer sempat masak untuk makanan kami maka dah cukup baik dah. Tak mampu nak buat dekat hotel maka buat dekat Dewan Makan Asrama saja. Sobsobsob!

Walaupun tak ada tema, menjajau jugak aku pergi cari baju untuk malam tu. Susah betul nak cari baju yang sesuai dengan aku. Nak cari yang sopan, yang tutup aurat yang tak sendat. Yang penting nak cari yang murah - murah aje. KEHKEH. Cheapskate! Last - last jumpa jugak baju yang sesuai. Labuh tutup punggung, itupun nak mencari dari pukul 1 sampai pukul 4 petang baru jumpa. Susahlah. Kalau orang kurus tu macam - macam baju boleh pakai. Sobsobsob lagi.



Memang simple - simple aje majlis tahun ni. Kita orang tak herankan sangat decoration ke apa ke janji dapat makan sedap - sedap sampai menjilat lantai itu fokus utama. Langsir nak tebarai ke backdrop cap katak ke gasaklah. Janji perut riang gembira. Perut kenyang hati pun senang!


Kawan - kawan seperjuangan. Kalau time makan masing - masing muka ceria dan riang gembira. Time dengar ucapan masing - masing buat muka ngantuk bosan. Haih!


Malam itu aku datang dengan suami. Suka - suka hati aje bawak suami datang. Orang lain datang sendiri - sendiri. KEHKEH seramlah nak drive sorang - sorang balik malam - malam. Nanti kalau ada hantu bonceng cemana? Demam seminggu.



Muka aku akan kelihatan setiap kali ada acara cabutan bertuah sebab aku handle bahagian ini. Ada tiga slot and semua slot pun ada muka aku. HAHA. Kalau nak tengok muka lain tunggu tahun depan ye sebab tahun 2012 ni akulah muka yang bakal engkau orang tengok setiap kali ada majlis anjuran KEBIRU. HAHA. Haihhh semua orang malam tu cakap aku tengah pregnant. Alhamdulillah. Errr tapi bukan pregnant baby, pregnantkan lemak + babat - babat manja dan riang. Tabah! Tabah!

Sambil - sambil makan adalah band picisan hiburkan hati kami dengan lagu - lagu oldies yang langsung tak boleh digest masuk dalam kepala. Ahli band pun dari kumpulan cikgu - cikgu old school. Sekali lagi harus bertabah. Kebanyakan dari kami mengisi masa lapang dengan bergosip sesama sendiri. Aku pulak bantai makan aiskrim sampai 5 mangkuk, cocktail buah, bubur manis, makan limau mandarin sempena raya cina, memang betul - betul manfaatkan masa yang ada dengan memanfaatkan ruang yang ada dalam perut. Lepas tu kalau bising gemuk - gemuk engkau bagi terajang aje!

Nak harapkan nombor bertuah memang tak bertuah langsung. Orang lain selamba kendong hamper bagak - bagak aku tengok ajelah dengan penuh pengharapan. Haih!

My partner in crime. Juga penyumbang nasi lemak seminggu sekali.
Makanan malam tu memang terbaik sedunia. Set nasi Briyani yang menyesal aku tak ambil penuh pinggan. Sedap! Pencuci mulut pun sedap! Nyumnyum! Kenyang betul aku. Majlis habis dekat pukul 12 jugak nasib baik ada suami temankan, kalau tidak memang aku check in tidur hotel malam tu. KAHKAH ngengada!

Untuk yang tak datang, memang rugi besar! HEHE!

Dah. Babai!

Hati, Jangan Berhenti Mencintainya.

Nanti akan datang satu masa,
aku dengan dia adalah sangat mustahil untuk terus bersama.

Cinta dan rasa pada waktu itu tidak lagi memberi guna,
ingatan dan kenangan indah bukan lagi tinggalan berharga.

Samaada aku atau dia,
yang pertama menyahut panggilanNya.

Ketika itu,
sekiranya dia yang dahulu pergi,
pesanku pada hati abadi,
janganlah berhenti mencintai.

Mencintai dia adalah satu perkara yang sungguh menyakitkan.
Dicintai dia adalah satu daripada dunia dan 8 keajaiban.

Yang benar,
Isteri.

Wednesday, January 18, 2012

Siapa Suka Makan Durian Angkat Hidung!

Assalamualaikum

Biarpun ketika memilih durian, suami masih mampu tampil anggun kacak dan bergaya. Okaylah ayat pertama tak ada kena mengena dengan isi utama entry. Tapi tak mengapa. Memuji - muji suami sebenarnya boleh mendatangkan pahala yang berlipat kali ganda. Tapi mengharapkan pahala hanya daripada memuji suami tapi taknak solat atau buat amal ibadat, maka itu lebih baik sekarang engkau gali kubur dan duduk dalam itu diam - diam. Eh merepek.

Aku suka makan durian. Durian tak suka makan aku. Merepek. Okay okay. Aku suka makan durian. Rasa beliau super ohsem dan memberikan impak yang sungguh maksima. Aroma terapinya berpanjangan yang nantinya kalau dah bercampur dengan bau kepam, boleh buat engkau muntah hijau. Tapi itu cerita lain tahunlah sebab sekarang aku nak cerita betapa sedapnya raja segala buah yang kalau silap kupas boleh berlubang tapak tangan.

Aku tak boleh nak digest dalam kepala otak kalau ada manusia yang tak suka makan durian. Pelik. Ada yang lagi tak boleh blah baru sebut nama durian dah buat ekspresi geli - geli sambil menggeletar satu badan. Apahal? Lempang nak? Durian sedap woo! Makan sebiji tak cukup. Makan enamratusempatpuluh biji eh memang nak mati budak ini!

Suami tak pilih pun. Apek tu yang tolong pilihkan.

Dulu kan masa aku kecik kan, aku selalu berangan rumah sendiri ada pokok durian tiga empat ratus batang. Barulah cool kan? Nak makan durian tinggal goyang pokok aje nanti buah jatuh bertimpa - timpa. Kesian aku. Angan - angan kosong aje sebab rumah aku cuma ada buah betik. Walaupun jauh beza, tapi bolehlah buat mengubat rindu. Kokak betik sebab rindukan durian. Kesiannya.

Emak abah aku bukan orang kaya nak makan buah durian selalu. Buah durian kan mahal. Jadi kami hanya tunggu nasiblah kalau ada saudara - mara yang baik hati nak bagi durian. Selalunya setiap tahun without fail Kak Naimah lah yang selalu menyumbang durian untuk kami sekeluarga. Bukan durian D24 ke durian IOI ke apa (Durian dah macam bra pulak. Ada macam - macam nama dengan size!) cuma durian kampung.com aje. Kadang - kadang ada ulat, kadang - kadang rasanya masam ke laut sebab dah tak elok sangat. Tapi kami bedal jugak sampai habis. HAHA.

Jadi sekarang ini bila sudah besar ada duit sendiri, time bila terasa nak makan durian, order aje. Mahal pun bayar jugak. Duit banyaklah katakan. Apa hal sangatlah setakat sekilo dua tiga puluh ringgit. Pejam mata tahan riak aje. 

 Ini paling murah sekilo RM8. Rasa dia? Heaven gila!
Total damage pada hari tersebut RM86 untuk 7 biji durian. Okaylah kan. Sampai rumah terus kokak sorang satu. Yang lebih - lebih buat bubur kacang sedap sedunia makan time panas - panas. Peh!

Ini muka emak yang bahagia dapat makan durian sampai muntah.
Sekian sahaja untuk hari ini. Babai!

Tuesday, January 17, 2012

Satu Lelaki Tiga Perempuan

Assalamualaikum

Kombinasi yang sungguh mendatangkan syak wasangka dan keraguan. Bila keluar sama - sama yang lelaki akan melayan yang perempuan - perempuan dengan penuh kasih - sayang. Hah!

Aku selesa berada dikalangan manusia - manusia yang tahu aku ini wanita yang macamana. (Saja nak gunakan 'wanita' konon - konon macam dah matang kaw - kaw punya! HAHA) Aku sangat tak suka sesi berkenal - kenal atau proses nak mengenali manusia - manusia baru dalam hidup sebab aku pemalu, aku tak pandai nak perkenalkan diri sendiri. Mesti tersasul nak sebut nama sendiri. Nanti orang tanya nama aku siapa macamana kalau aku tersasul cakap "Nama saya Yana Samsudin!" BAHAHA! Dahlah. Muntahlah sana.

Jadi lingkungan manusia yang selalunya melekat dengan aku adalah manusia yang jangka hayat perkenalan kami semua dah lebih satu dekad. Jadi aku tak payahlah kontrol apa sangat. Aku boleh ketawa kuat - kuat ikut suka hati aku. Pun boleh korek hidung lepas itu lekat dekat kawan - kawan aku. Aku boleh bergurau melampau dengan dia orang, boleh juga kutuk depan - depan. Aku boleh menjadi aku yang sebenar. Eceh ayat nak ombak rindu aje!

Orang kata lelaki dengan perempuan tak boleh jadi kawan baik. Nanti kalau terjatuh cinta, boleh musnah hubungan baik engkau orang. Alhamdulillah. Selama aku berkawan baik dengan Andak, tak pernahlah pulak aku jatuh cinta dekat dia atau dia jatuh cinta dekat aku, tapi selalu jugaklah Andak jadi boyfriend olok - olok aku. Saja suka - suka nak sakat dia. HAHA. Selalunya Andak akan rotate jadi boyfriend kepada kami. Bermakna kami tiga orang (Aku, Naddy, Aloi) berkongsi kasih dengan Andak. Kehkeh. Satu dekad lebih kami kenal Andak. Bukan sekejap. Susah senang suka duka kami - kami aje yang tahu.

Kami kekurangan dua ahli di sini. Naddy dengan Aloi.
Aku rasa, Andak soranglah kawan lelaki kami yang boleh kami harapkan setakat ini. Yang lain semua dah sibuk dengan hidup masing - masing. Tapi tak lama lagi Andak dah tak boleh lagi dah nak jadi boyfriend olok - olok kami. Sob sob sob. Nak jadi suami orang dah Andak. Sedih memanglah sedih. Habis takkan aku taknak bagi Andak kahwin pulak kan? Dah tu, aku nak bela Andak sampai tua ke??

Aku tau Andak akan jadi suami yang baik. Sebab Andak lelaki yang baik. Andak baik, lemah - lembut aje melayan kawan - kawan perempuan dia yang ngok ngek semuanya. Andak protective. Andak suka buat lawak bukan - bukan. Andak selalu buat kita orang gelak. Kadang - kadang kami berebut - rebutkan Andak nal layan kami. Selalunya Aloi menanglah sebab badan dia besarkan, jadi kami takut dengan dia. Andak selalu jadi dia punya. Cis!

Haih. Mood touching - touching sebab Andak dah nak kahwin. HAHA.

Rindu. Rindu. Rindu.

Aku : Eh, buatlah akaun Facebook weh. Kawan - kawan semua cari kaulah.
Andak : Taknaklah. Malas nak contact - contact dia orang.
Aku : Eh janganlah macam tu. Macamana kawan - kawan lama nak cari kau nanti?
Andak : Alah, kalau dia orang jumpa kau, jumpalah diorang dengan aku. *Senyum*
Aku : *Touching!*
Besarlah harapan kiranya cuti Tahun Baru Cina nanti dapat hang out dengan korang! Miss you guys so damn much!
Dah. Babai!

Monday, January 16, 2012

Setahun 6 Bulan

Assalamualaikum

Tak nangis pun bila kena jab dekat klinik tadi. Nangis sikit (Itu pun guna mode ngada - ngada kata nenek!) lepas tu dia nakal balik lari - lari satu klinik. Habis Papa kena ligan dia. Strategi nenek taknak pakaikan dia kasut sebab taknak dia lari - lari tak berjaya jugak sebab Adam tak pakai kasut pun ligat jugak lari sana - sini. Habis orang satu klinik dia tanya, kacau, sempat jugak dia buat perangai dalam klinik tadi. *Geleng kepala* Yang sopannya sebelum balik salam cium tangan dengan semua orang yang ada dekat sana. Haa ini memang ternyata genetik aku ni. Aku kan sopan santun idaman ramai. Kehkehkeh. *Muntah*

Oh Adam membesar dengan penuh kasih sayang setiap hari. Semua orang manjakan dia. Keletah dia buat semua orang tak kering gusi. Kuat merajuk masih tak hilang - hilang. Semakin extreme lagi ada. Sikit - sikit merajuk. Sekarang dah pandai cubit orang. Kadang - kadang dia gigit jari aku kuat - kuat. Gigit bahu. Gigit mana sempat. Dah pandai bercakap sikit - sikit ni, memang tak terlayan dengan potpet dia. Kegilaan sejak azali adalah benda bulat / bola. Nampak bola macam orang kena rasuk.

Sekejap aje masa 18 bulan kan? Macam semalam aje aku baru lahirkan dia. Sekarang dah besar, dah pandai buat perangai yang macam - macam. Kadang - kadang buat aku tersangat geram. Kadang - kadang buat aku ketawa terbahak - bahak. Buah hati pengarang jantung! ^___^


Okay ni gambar bapak dia macam tak ada motif pulak tepek dekat sini. HAHA!
Doa Mama dan Papa (As always) semoga Adam membesar menjadi lelaki yang baik macam Papa, cintakan kebaikan, bijak pintar sedunia, cintakan Allah dan RasulNYA, taatkan ibubapa dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Amin. InsyaALLAH.

Dah. Babai!

Sunday, January 15, 2012

Surat.

Assalamualaikum


Ini adalah handwriting aku 12 tahun yang lepas. Masa ini aku rasa handwriting aku adalah yang terpaling cool kentang sekali. Dan Bahasa Inggeris aku boleh tahan ke laut juga rupanya. Ini kalau anak murid aku baca, confirm dikeji secara berjamaah. Maka kantol lah penipuan aku selama ini bahawasanya Bahasa Inggeris aku semasa SPM adalah A1 bintang - bintang.

Baiklah berbalik kepada topik asal. Ini adalah handwriting aku 12 tahun yang lepas.

Luahan hati dan perasaan yang tulus kan kudus dari seorang kawan kepada kawan yang seorang lagi. Dan yang tak boleh tahan itu, macam good - good saja aku nasihatkan orang itu ini. Ternyata sifat - sifat seorang sahabat yang baik telah aku tanamkan dalam diri bertahun - tahun yang lalu. Siapa - siapa yang jadi kawan aku sekarang patutlah harus merasa bangga kerana aku sesungguhnya merupakan seorang kawan yang boleh tahan awesome nya.

Terharu aku sebab kawan yang aku tujukan surat ini masih menyimpan lagi naskhah hebat lagi berguna ini. Dia maklumkan aku semalam bahawa ini merupakan surat terbaik pernah dia terima sepanjang hidup. Ternyata surat tawaran belajar dan surat - surat cinta kekasih beliau tidak dapat menandingi kepentingan dan kebermaknaan surat yang aku titipkan. (Ecehh titipkan kau!) Katanya, aku seorang kawan yang baik dan berguna.

Tak semua orang anggap aku kawan mereka yang berguna. Berapa saja bilangan kawan - kawan aku. Sedikit. Tapi aku tak menyesal mempunyai kawan yang sedikit kerana aku sentiasa merasa sungguh meriah dengan kesedikitan itu. Aku kenal mana kawan dan mana yang tidak. Kebanyakkan kawan - kawan hanya hadir sewaktu aku senang dan gembira itu sememangnya kawan yang hanya suka mempailangkan hidup kita. Bila engkau ditimpa musibah, mana mereka? Dalam longkang.

Berbalik kepada topik surat paling bermakna diterima sepanjang hayat.

Mungkin aku menulis surat itu dengan perasaan yang terpaling ikhlas sekali. Dan mungkin kerana kemungkinan itu, surat itu menjadi pegangan hidup kawan aku tadi ni. Dan surat itu ternyata buat dia menjadi super tabah dan cekal semangat. Macam aku juga si penulis surat hikmat tersebut. Ehem.

Aku ikhlas.

Dan kawan, jangan patah semangat walaupun jalannya nampak macam semakin palat.

Dah. Babai.

Friday, January 13, 2012

Blog Revamp

Assalamualaikum

Sebenarnya, aku private blog sebab aku nak revamp blog. ^______^

Ada yang rindu aku tak?

Dah. Babai!

Monday, January 9, 2012

Oh Cikgu - Cikgu.

Assalamualaikum

Sebenarnya aku ada banyak kerja nak kena buat tapi sebab aku tak tahu nak start dari mana jadi aku tolak tepi semua kerja and berblogging instead. HAHA. Walaupun ternyata berblogging tidak memberikan sebarang impak positif terhadap kerja - kerja dekat sekolah tapi untuk menstabilkan emosi maka berblogging adalah pilihan tepat. Yeah!

Minggu ni minggu kedua bersekolah.Aku belumlah tahap tekanan kerja lagi tapi saja aje nak buat - buat sibuk macam orang lain jugak, walaupun hakikatnya bila semua orang sibuk tulis - tulis something dalam buku, aku sibuk tulis - tulis jugak. Aku tulis 'Cik Puan Bunga' banyak - banyak kali. HAHA. Nampak jugak kesibukkan aku kan. Homesicknya aku! Selalu pagi - pagi aku gembira aje tengok kartun dekat Astro Ceria, ini pagi - pagi kena masuk kelas mengajar. Eh tapi tahun 2012 ni aku sangat gigih. Every minute is count. Tak amanah kalau aku bazirkan masa anak - anak murid aku yang comel - comel semuanya. *Mata ke atas tangan ke bahu* Engkau orang pleaselah behave dan jangan nakal - nakal. '-____- Huuuuu!

Hubungan sosial di sekolah sangatlah terbatas. Bercakap hanya bila perlu. No more mencapap tak ketahuan hala. Bercakap benda yang penting - penting aje. Sebab selalunya aku benda yang tak penting pun aku sibuk nak ulas. Lagha lagha! Jadi tahun ini nak diam sedunia. Sudahlah meja hadapan dengan meja belakang aku Ustaz Ustazah semuanya. Penuh berharap semoga sifat - sifat mahmudah mereka sipi - sipi adalah yang melekat dekat aku. InsyaALLAH. ^___^  

Pergi sekolah emak bawakan bekal. Baiknya emak aku. Nanti bila sudah ada waktu senggang, aku duduk diam - diam sambil makan mee goreng. Kasihan. Anak siapalah tu. Serba - serbi nak jimat (Kasut berkerja sampai 4 pasang tu jimat pebendanya!). Handbeg pergi sekolah pun cuma guna beg recycle tu. Kagum.

Eh cakap pasal nak memajukan diri kenapa pulak aku giat berblog nih! Buat kerja buat kerja!

Mungkin sebenarnya aku sudah tidak ada masa nak membuat durja. Mungkin aku dah malas nak join port mengadu - domba. Mungkin aku dah mula fikirkan masa hadapan dan tetapkan fokus. Benda - benda remeh bungkus masuk dalam lubang jamban. Bila aku nak maju kalau asyik nak fikir negatif? Kan? Kan? Insyaallah. ^___^

Semoga semangat aku terus kuat sekuat harimau dekat pembungkus biskut Tiger.

Sebagai bahan untuk mencuci mata, terimalah setepek gambar anak bujang aku yang hadsome sedunia dah potong rambut sempena tahun baru. Kacak betul! HAHA!


Dah. Babai!

Friday, January 6, 2012

Mencintai Apa Yang Bukan Milik Kita


Update secara cepat - cepat dan laju - laju. (Eh dua - dua pun maksud sama!)

Sungguh berbahaya apabila seorang perempuan yang sudah berkahwin mencintai seorang lelaki yang belum berkahwin. Orang kata, zina itu bermula dari mata. Turun ke nafsu.

Semoga penilai batin tetap menjaga hatiku. Amin.

Dah. Babai!

Thursday, January 5, 2012

Dimalukan Dikhalayak. Bersabar Dan Senyumlah Dengan Bermaruah

Assalamualaikum

Dimalukan dikhalayak ramai bukanlah sesuatu yang kita dambakan setiap hari. Mana ada orang bangun pagi - pagi terus berazam dalam hati " Mintak - mintaklah aku dimalukan depan orang hari ni! Barulah cool!" Mana ada mana ada! Ia termasuk dalam list perkara - perkara yang kita mintak di choyyy kan daripada hidup. Semua orang pun taknak dimalukan. Termasuklah aku. Tapi kalau benda tu dah jadi dekat kita, janganlah cepat melatah. Bak kata Dewa, hadapi dengan senyuman. Ewah cakap macam good - good jewwww! HAHA!

Tahun ni aku dapat sesi pagi. Kalau engkau orang tanya aku suka ke tak sekolah sesi pagi ni, jawapan jujur aku, aku tak suka. Penat. Aku dah selesa setahun sekolah dekat sesi petang. Syurga dunia betul. Jadi bila aku dapat sesi pagi tahun ni, ada yang tak berapa suka. Mungkin menyampah bila tengok muka aku kehulu - kehilir sana - sini. Dan aku sungguh tak menyangka, tahap kemenyampahan itu terlalu tinggi sangat - sangat sampaikan individu terbabit tergamak memalukan aku depan semua orang. Mungkin pada dia, dia hanya bergurau. Tapi bergurau ke kalau sampai engkau bersuara dengan lantang sambil memberikan engkau satu pandangan yang penuh jijik dan sungguh double standard?

Perasaan engkau? Takkan lah suka sampai nak berjoget - joget ye tak? Of course engkau akan rasa sentap satu badan menggigil - gigil menahan api kemarahan sambil cubaan menepis bisikan syaiton yang ternyata semakin goyah. Percayalah, kadangkala syaiton menang. Either engkau melawan balik menggunakan perkataan paling tak berguna dalam kamus ataupun engkau menyerang si pelaku secara membabi - buta, tarik - tarik rambut dia ke apa atau paling koman pun engkau orang melalak dekat FB. Kan? Kan? Kan? Eheh. Aku pun sama jugak! HAHA!

Tapi tapi tapi, aku sungguh kagum dengan diri sendiri pada tahun ini sebab instead of marah - marah or tarik rambut dia or keji dia semula or apa - apa ajelah yang dahsyat - dahsyat, aku cuma berdiri dengan penuh jati diri sambil membalas kejian itu dengan senyuman. 

HEBAT tak?

Walaupun dalam hati, gelora yang datang berombak rindu adalah sungguh nauzubillah. Namun tak sedikit pun aku tunjukkan riak menyampah atau marah atau apapun dengan dia. Aku cuma senyum dan berlalu pergi. Walaupun dalam hati sedikit terusik, aku cuba persetankan semua tu. Berulang kali aku ingatkan diri sendiri, insyaAllah setiap apa yang kita buat ada balasannya masing - masing. Aku redha dimalukan macam tu. Mungkin tahap cikgu tepi longkang macam aku ni tak boleh nak duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan cikgu 'hebak - hebak' macam dia. Baiklah baiklah aku insan yang hina. ^____^ Aku fikir positif ajelah. Kenapalah dia nak takut sangat dengan perpindahan aku ke sesi pagi kalau tak kerana dia nampak potensi dan kehebatan aku yang bakal nak terserlah kan? (Muntah!) Positif! Positif!


Sabar tu banyak hikmahnya. Insyaallah.

Realiti sebenar seorang guru. Hasad dengki, dendam, cantas - mencantas ni dah jadi mainan warga pendidik. Tak payahlah nak tanjat boboi sangat.

Dah. Babai!

Wednesday, January 4, 2012

Pada Hari Yang Sungguh Bertaqdir Itu

Assalamualaikum

Semuanya bermula dengan biasa - biasa aja. Aku ke sekolah dengan penuh bersemangat yang melimpah ruah sebab dah cuti lama dan macam teruja nak pergi sekolah. Teruja sebab nak jumpa bakal anak - anak murid yang akan aku didik untuk tahun 2012. Walaupun hari itu hati aku merasa sungguh tak sedap sekali tapi aku taknak fikirkan sangat. Aku asyik terfikir sesuatu yang buruk bakal terjadi, cuma aku tak tahu apa benda buruk tu.

Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Aku dalam perjalanan balik rumah lepas habis pendaftaran pelajar Tingkatan 3, aku nyanyi lagu Nsync Bye Bye Bye sambil goyang - goyangkan badan, volume buka dengan super kuat, memandu dengan riang gembira sebab berkira - kira petang tu aku nak keluar dating dengan suami untuk beli kasut (Untuk ke sekolah) dan tiba - tiba aku dah tersadai dekat tiang elektrik sambil jantung berdegup dengan kepantasan yang sungguh diluar kebiasaan.

Gerak perlahan adalah seperti ini :

Ada sebuah lori kelapa sawit yang memandu dengan super lambat dekat depan aku. Fed up dengan kelembapan lori terbabit yang lagi lambat dari siput behbee, maka aku mengambil keputusan bijak (Yang kemudiannya bertukar menjadi keputusan tak berapa nak bijak) untuk memotong lori tersebut. Setelah memastikan belakang aku langsung tak ada kerata dan kereta dari arah depan langsung tak ada, aku beri signal ke kanan dan bersedia untuk memotong. Dan ketika itulah kejadian yang sungguh merobek hatiku telah berlaku.

Lori tersebut dengan selamba mak nenak dia membelok ke kanan dengan selaju yang mungkin lalu merempuh bahagian kiri kereta aku. Aku yang of courselah terkejut gila behbee terus tekan emergency brek sambil menghasilkan screeching sound ysng sangat ohsem tetapi terus dihentam sekuat - kuatnya oleh lori itu membuatkan kereta aku hilang kawalan lalu merempuh pula tiang elektrik dekat tepi jalan dan terus berhenti disitu.

Enjin masih berbunyi. Nsync masih menyanyi. Dan aku masih hidup.

Dan terjadilah rutin bertikam lidah dengan pemandu lori, sesi menghubungi keluarga dan sepupu sepapat, EON servis dan towing car dan berpuluh - puluh lagi aktiviti menghubungi dan menjawab telefon yang tak putus - putus. Suami yang kebetulan baru aje sampai tempat kerja terkejut dan tak boleh nak kata apa - apa. Nada suara dia memang berbaur risau yang tahap super. 15 minit selepas kejadian, sepupu - sepupu lelaki aku tiga orang sampai. Alhamdulillah. Bantuan kerohanian yang sangat - sangat aku perlukan sampai. Hati yang tadinya macam nak tercabut, sekarang dan beransur tenang semula.

Tiba - tiba ada callman sampai. Ajaib tak? Malas nak cerita pasal call man yang entah macam - macam merepeknya. Kesimpulan yang aku boleh buat, callman adalah manusia yang mengaut untung di atas kesusahan orang lain. Pui! Tutup cerita.

Tak lama selepas itu Maklong dengan Paklong sampai. Dari sini Paklong dah take over untuk deal dengan call man yang dari tadi tak habis - habis nak buka cerita merepek dan bukan - bukan. Dia paksa aku untuk tukar statemnet bila polis sampai nanti. Macam - macam lah dia takutkan aku. Nanti kena saman polislah apalah blablabla. Memang annoying gila - gila. Tapi aku tetap dengan keputusan aku taknak tukar cerita, and akan cerita setiap benda yang berlaku mengikut kronologi sebenar. 

Lepas itu, dari kejauhan, aku dapat melihat ketibaan sumber kekuatan hakiki aku yang sebenar. Suami sampai di tempat kejadian. Dengan gagah dan handsomenya dia menghampiri aku dan genggam tangan aku erat - erat tanpa bercakap sepatah pun. I guessed, sometimes words are not necessary to convey the message. Aku dapat tengok dari riak muka dia yang risau dan bercelaru dengan macam - macam perkara. 40 minit lepas tu polis traffik dan polis datang untuk ambil statement dan merakamkan crime scene. Eceh. Glamour sekejap.




Selesai semua urusan di tempat kejadian, Farrel di towing ke pusat servis EON dan kami terus ke balai traffik untuk rekodkan statement rasmi kejadian. Semua urusan insurans dan claim dan macam - macam lagi urusan yang aku taknak ambil tahu, suami dah uruskan semua. Kesian dia. Disebabkan aku, dia sungguh penat dan berkejar - kejaran. Risau juga lagi. '-____-

Perasaan aku? Menyesal? OH TIDAK SEBAB BUKAN SALAH AKU. Marah? Tak jugak. Sebab manusia tak pernah lari dari sifat cuai dan melakukan kesalahan. Aku terima semua ni dengan redha dan bertabah. Anggap ini sebagai kifarah Allah atas dosa - dosa yang aku dah lakukan. Aku yakin ada hikmah disebalik semua ini kalau aku dapat melalui ujian ini dengan ikhlas dan redha. Insyaallah.

"Duit boleh cari. Yang penting awak selamat!" Kata semua orang pada aku. Sungguh betul. Aku boleh cari duit, tapi kalau aku meninggal, aku tak boleh nak cari galang - ganti nyawa yang dah tiada. Insaf. '-_____-


Farrel, aku mintak maaf sangat - sangat. Kau tak pernah luka sampai teruk macam ni. Takpelah sayang, kita berpisah sekejap. Lepas ni, aku akan pastikan, kau akan handsome dan kacak bergaya semula, ya?

Redhalah hati, redha.

Dah. Babai!

Monday, January 2, 2012

2.1.2012

Assalamualaikum

Bumper depan rabak, body sebelah kiri remuk, kemek, calar. Syukur Ya Allah. Aku masih kuat untuk ujianMu ini.

Dengan berlapang dada aku menerima ujian MU ini Ya Allah. Atas kekhilafanku yang lalu. Maka kau bantulah aku mengharungi ujian MU ini Ya Allah. Permudahkanlah urusanku.

Dah. Babai!

Sunday, January 1, 2012

Buang Yang Lama, Ambil Yang Baru : Aktiviti Hari Pertama Tahun Baru

Assalamualaikum


Wah! Entry pertama untuk tahun 2012! Awesomenya! Diam tak diam dah hampir 5 tahun berblogging. Saja untuk suka - suka. Lama - lama jadi addicted. ^____^ Oh oh entry tahun baru ini sangat bermanfaat. Bermanfaat untuk siapa tu tak tahulah sebab selalunya entry aku hanya bermanfaat untuk aku sorang - sorang. HAHA. 

Tahun baru tak adalah nak celebrate dekat mana - mana. Duduk rumah elok - elok lagi bagus. Isteri solehah macam aku ni (Ehem! Harkkkkk harkkkk! *Cubaan nak mengeluarkan kahak!*) tahun baru duduk dekat rumah and revamp satu rumah! HAHA! Bangun pagi celik mata aje terus singsing lengan singsing kain ambik parang. EH bukan ambik parang, ambik penyapu and dusted the whole house. Start dari bilik Makngah, then bilik Maklong, then bilik aku, lepas tu barulah clearkan area dapur, hall tengah and hall depan. Bilik Embun esok - esoklah sambung. Sebab dah exhausted sangat - sangat. Tapi perasaannya sangat awesome bila tengok semua bilik - bilik dan rumah secara keseluruhannya dalam keadaan yang super teratur. HOYEH!

Adam pun sama ligat main dengan habuk. Taknak tidur. Lari sana sini sambil naik toy car dia. Pukul 2 petang baulah dia nak tidur sekejap. Aku pun dah siap kemas semua.So lepas mandi (Adoi kantoi mandi lambat!) solat and makan tengahari, terus tidur sekali sama - sama dengan Adam.Walaupun badan sakit - sakit tapi rasa sangat sangat sangat sangat puas hati! ^_____^

Kemas. Simple. ^___^

Salah satu cara untuk aku hilangkan stress adalah dengan revamp bilik tidur ataupun mana - mana area rumah yang aku suka. Biasanya memang aku start dengan revamp bilik and buang mana - mana barang yang aku dah taknak pakai lagi, tapi lemas tu merebak - rebak jadilah sampai akhirnya aku kemas satu rumah. ^___^ Pada aku rumah / bilik tiudr / tempat kerja kalau kemas and bersih tu maka senanglah kita nak buat kerja, nak berehat nak beribadat. Aku suka solat dalam keadaan yang bersih dan cantik. Happy dan tenang. Jadi aku pastikan bilik sentiasa dalam keadaan yang kemas dan selesa untuk bersolat. Kebersihan sebahagian daripada keimanan. ^___^ Eceh. Mood mood ustazah pilihan pulak!

Suami pernah cakap, salah satu sebab dia menikahi aku walaupun mulut aku kadang - kadang boleh bersifat sangat durjana (Dan dalam proses yang sangat radikal untuk mengubah kedurjanaan ini!Doakan ya!) adalah kerana aku sangat suka mengemas dan memastikan segala - galanya teratur, kemas dan sangat memudahkan dia. Eheh. Aku sangat oppose dengan wanita yang cantik cantik diluarnya tetapi kereta / bilik / rumahnya macam sarang jin bershuffle. Tunggang terbalik. No no no!

Juga azam tahun baru ni, aku berazam ingin menjadi wanita yang bersih di luar, juga di dalam. Insyaallah. ^___^

SELAMAT TAHUN BARU LAGI SEKALI!

Dah. Babai!