Saturday, April 28, 2012

Thursday, April 26, 2012

Bersimpang - Siur

Ini wall cubicle aku dekat sekolah.
Aku selalu mencari senyuman dengan orang yang salah.

Salah.

Salah.

Salah.

Terima kasih untuk yang sudi baca walaupun aku banyak merapu. Aku lately sangat beremosi. Maklumlah. Aku kan homo sapien yang normal. Haruslah sentiasa penuh dengan emosi. Emosi pulak terumbang - ambing ibarat sampan di tengah lautan. Tengok, bila emo terus nak buat ayat Ombak Rindu.

Menyesal #1

Aku selalu salah pilih kawan. Bengang betul. Aku ingat kawan tu baik rupanya musibat. Argh. Menyesal.

Menyesal #2

Beli barang mahal - mahal, bila dah takde duit jatuh menyesal. Argh. Menyesal.

Menyesal #3

Selalu bercita - cita nak jogging tapi asyik end up jogging atas katil sambil berdengkur. Gebu sudah aku. Argh menyesal.

Banyak lagilah senarai menyesal aku. Menyesal kemudian tiada berguna.

p/s : Relevan lagikah orang tua macam aku ada blog??

Dah. Babai!

Wednesday, April 25, 2012

Terima Kasih Atas Bahu Mu Baby.

Panggil baby rasa macam lebih manja. Kan? Hye baby baby baby.Okay fine rasa macam nak lempang pulak. Aku ni manusia manja yang berlagak macam princess, jadi bila sedang berdukacita ke atau sedang berduka nestapa ke kena ada dayang - dayang kesayangan datang turun dari kayangan menghiburkan hati princess yang sedang berduka. *Kelip - kelipkan mata dengan penuh kecomelan*

Sungguh terharu bila dayang - dayang sudi mengkidnap aku dari sekolah dan bawa pergi berhibur.  Hepp heppp jangan ada mulut jahat cakap aku cabut sekolah ye, ni after school tau tau tau!Berhibur dalam kamus hidup aku senang sangat - sangat. Bagi aku makan kenyang - kenyang, beli kasut sepasang, maka terhibur sudah hatiku. HAHA resepi kebahagiaan yang mudah kan?

Sambil isi perut yang berkeroncong sambil meluah rasa. Terpaksa dayang tadah telinga. Mahaplah kesayangan sekalian terpaksa mendengar keluh - kesah princess yang merapu - rapu. Selitkan sekali - sekala dengan peribahasa yang Innanie kata tak masuk langsung dengan situasi. HAHA. Belasah ajelah. Seha nampaknya terlalu fokus dengan makanan, benda lain dia tak ambik port. Sedih sedih pun, sepinggan jugak nasi aku habiskan. Diet ke longkang. Terima kasih Innanie untuk lunch yang ditaja khas di Old Town Cafe. Burp alhamdulillah! ^^,

Lupa nama menu ni apa. Adeh. Dah tua!
Onyohnyohnyoh omel omel!

Lepas perut kenyang teman Seha pergi beli kasut. Dengan aku aku sekali dapat kasut. Warna merah menyala - nyala bak hati yang sedang membara. Esok nak pakai pergi kerja. Siapa jahat dengan aku, tendang dia pakai kasut baru! HAHA psiko! Cubaan mensekodeng Abang Maxis tidak berjaya. Lalu - lalang tapi kelibat makhluk handsome tidak berjaya dikesan. Sudahnya berlalu dengan kecewa. Akulah. HAHA. Tak cukup di BP Mall, sesi meluah rasa membawak pulak ke Tutti Frutti. Masing - masing pakat penuhkan cawan. Aku sungguh palat sebab tersalah ambik perisa yang rasa macam longkang. Menyesal betul. Rasa longkang pun habis jugak aku kerjakan. Tak de motif betul!

Aku rasa aku comel disini! HAHA!
Ini ini ini ini sayang sedunia!

Thanks ye sudi temankan akak. Rasa dah hilang separuh beban yang duduk atas bahu akak macam polong belaan ni. Rasa macam dah lama kenal dengan awak. Sobsobsob. Nasib baik tak ada sesi mengalirkan airmata tadi. HOHO. Sayang awak sangat - sangat! Seha jugak. Walaupun Seha kata muka akak macam Sabri Yunus, aku redha ajelah! HAHAHA! Nanti next time princess ni sedih lagi awak tolong hiburkan hati dia ye! HAHA ngengada mintak lempang!

Touching betul!
Tengok polkadot ingat akak tau! WAKAKAKAK ayat tak menahan!

p/s : Kadang - kadang orang yang jauh dan tak pernah kenal kita itulah yang sekarang ni terasa dekatttttt di hati. Terima kasih Tuhan.

Dah. Babai!

Tuesday, April 24, 2012

Bersabarlah Wahai Wanita Cantik Kesayangan Suami Mu



Sabar. Senyum. Jangan kutuk dalam hati. Tarik nafas. Hembus perlahan - lahan.

1) Aku cantik dan bijak.
2) Aku kerja bagus. InsyaALLAH aku boleh kumpul harta sendiri. Tak payah nak harapkan sangat harta orang. Wek!
3) Aku ada suami yang kacak, baik dan rajin solat.
4) Aku ada anak yang comel sedunia hasil dari pernikahan yang sah. Amin!
5) Hidup tak menyusahkan orang. Jangankan kata orang, tenuk pun aku tak pernah susahkan.
6) Emak abah aku sayang aku sangat - sangat.
7) Pusing keliling macamana pun insyaALLAH aku lebih baik berbakul - bakul dari engkau. Amin. Alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH.

Babai!

3 Down. Many To Go.

Burp. Alhamdulillah. Masih terasa - rasa lagi sedapnya mee kari emak masak. Alhamdulillah jugak dah 3 hari ganti puasa. Kalau tak kerana minggu lepas melepek konon - konon demam mesti dah lagi banyak hari aku ganti puasa. Takpe takpe. Malam masih muda, semangat masih kental. Boleh berpuasa lagi lepas ini dan lagi dan lagi dan lagi. Yeaaahhh! Lagipun bila berpuasa ni layanan emak dan suami memang tiptop sedunia. Hari tu suami belikan telur puyuh special nak masak nasi lemak, tadi emak masakkan mee kari dengan kek marble rainbow yang creamy menjilat hidung. Alhamdulillah! Bersemangat nak habiskan balance puasa yang berkoyan - koyan tu. Tabah tabah!

Berpuasa pun, masih tak dapat nak menahan kesabaran secara maksimum. Masih lagi terjerit - jerit bebelkan students. Masih lagi nak cubit students, masih lagi nak potpetkan Adam. Haih sabar kena lebih sikit. Puasa bukan nak tahan perut dari mencekik tak tentu hala, emosi, perbuatan, kata - kata pun kena lah puasa sama. Penat - penat tak makan, rupanya markah puasa KOSONG! Adeh! Nak lagi best, tengah aku duduk diam - diam fokus untuk lebih khusyuk dan tawadhu' ada pulak yang datang bawak gosip. Terpaksalah dengar! KEHKEH! ^^, (Sebenarnya tak payah dengar pun lagilah bagus! Haih!)

Mee kari emak + choc smoothies. Bapak sedap!
Tengok kesayangan aku, makan comelnya perangai! ^^,

Berbuka puasa suami dengan Adam temankan. Lagilah hati rasa berbunga - bunga. Bila dua lelaki kesayangan ada dekat sisi sepanjang masa, rasa heaven sedunia. Cukuplah nak buat hati rasa tenang dan bahagia. Tak hidup mewah pun tak menjadi masalah sedunia, asalkan hidup dengan rezeki yang halal, hidup selesa penuh dengan kasih sayang. Amin! Alhamdulillah.

Banyak lagi hari kena ganti puasa ni. Chayok - chayok!!

p/s : Hari tu aku post status dekat FB, aku kata "Sedapnya kalau time berbuka sardine roll". Tiba - tiba ada yang kata aku menunjuk - nunjuk puasa. Haih. Tak faham aku manusia.

Dah. Babai!

Sunday, April 22, 2012

Bancaan Selametan. Peh Saintifiknya Nama!

Assalamualaikum. Hari ini birthday Embun. Tepat pukul 12 pagi aku dah SMS tapi tak ada jawapan. Itu mesti sambut birthday dekat kelab malam tu. HAHA. Kau jangan bukan - bukan dik! Rupa - rupanya dia kena prank ramai - ramai dengan kawan - kawan dia. Apalah kau dik, cuba duduk surau sana baca Al - quran. Kan lagi barokah birthday kau! ^^,

Awal pagi lagi emak dengan Maklong dah siap - siapkan bahan untuk buat bancaan adik. Sekali dengan bancaan Tisyar. Maklong dah nazar, kalau Tisyar sembuh dari sakit gatal - gatal dia, nak buat bancaan sikit. Itu yang sekali harung dengan bancaan Embun. Bancaan jarak jauh ajelah ye. Kalau Embun ada, memang akan celebrate sama - sama dengan family. Tapi ini dia jauhkan. Jadi kita bluetooth ajelah ye. HAHA. Nanti engkau balik bulan enam, kita celebratelah sekali lagi dengan abah. HAHA. Oh bagi yang masih alien lagi dengan perkataan "Bancaan", bancaan ni macam kenduri doa selamat sikit atas sesuatu hajat. Ada banyak bancaan dalam masyarakat Jawa. Menu utama dia tak lain tak bukan The Famous Nasi Ambeng. Nasi ambeng yang dijual dipasaran sekarang ni sungguh overated lah. Harga mahal, rasa kelaut. Kalau nak betul - betul puas hati, jom datang Batu Pahat. Puan Latifah tolong masakkan. Sedap sedunia. Resepi asli keturunan Jawa. HEHE.

Menu dia ayam masak kicap (Emak goreng dulu ala kadar sebelum masak. Bertambah dahsyat sedapnya!),ikan masin bulu ayam goreng rangup - rangup masyaALLAH sedap sedunia, serunding kelapa, keluban (Ada yang panggil urap daun ubi) dengan sambal goreng Jawa. Semua makanan ni campur jadi satu, lepas tu emak bungkus satu - satu nak bagi rasa dia bersatu. Makan panas - panas. MasyaALLAH sedap sedunia! Aku sampai bertambah tiga kali. Majoriti memang menambahlah kalau emak yang masak. Cukup rasa! Keluban dia tu yang mahal. Pedas - pedas sedap dan mengasyikkan. Aduh masih terasa lagi ni dekat tekak. Jarang - jarang masak nasi ambeng, bila dah ada depan mata memang fokus habis - habisan! HAHA!

Yang berbungkus ada. Tak cukup? Ha silalah tambah!
Close up sikit!

Sebelum makan abah baca doa selamat untuk adik dan Tisyar. Semoga dua - duanya selamat dan di dalam lindungan Allah SWT. Amin! Lepas doa dah siap amin, apa lagi! Serbu makanannnnnnnnnnnnnn!

Happy birthday Embun! Semoga engkau sihat - sihat sentiasa, belajar rajin - rajin, jangan buat perbuatan yang kera sumbang dekat negeri orang, pandai - pandai jaga diri. Dah habis belajar, jangan lupa bayar PTPTN. Jangan pulak engkau join piket ke rapat umum ke mintak mansuh PTPTN. Kita ni bukan orang senang. Kerajaan bagi duit suruh belajar, jangan jadi orang tak kenang budi. Semoga engkau gemuk sikit. Kehkehkehkeh. Sayang engkaulah Embun!

Isnin yang lepas 16 April 2012 genap 21 bulan hero kesayangan aku. Hari tu sebelum genap 21 bulan, dia demam teruk jugak. Rupanya bila dah baik demam, semakin bertambah - tambah pulak perangai dia yang macam - macam tu. HEHE. Membesar dengan baik ye sayang! Mama papa sayang Adam sangat - sangat. Ramai yang kata, dah sampai masa nak beri Adam adik. InsyaALLAH. Doakan lah yang baik - baik ye semua. Ada rezeki, adalah. ^^,

Muka fresh di bulan ke 21. Sayang dia!

Sekarang ni tengah kekenyangan. Nak layan TVlah. Semua benda dah buat dah. Iron baju aku dan suami dah, lipat kain yang berbakul - bakul pun dah, beg dah kemas. Rumah dah kemas. Bolehlah relax - relax. Alhamdulillah! ^^,

Dah. Babai!

Thursday, April 19, 2012

Manusia Serba Boleh


Mak Andam.

Kami, para guru adalah salah satu daripada golongan kakitangan awam yang 'paling senang' kerjanya. Kerja kami half - day. Cuti sekolah banyak. Kerja kami senang. Datang sekolah, jahit manik, online FB, tidur dan balik semula ke rumah. Sambung esok rutin yang sama. Sabtu Ahad boleh lepak - lepak tengok TV. Gaji kami 'besar'. Tak padan dengan kerja kami yang senang sedunia tu.

Ya. Kamilah golongan itu.

Tuesday, April 17, 2012

Sayang, Abang Tinggalkan Kamu Untuk Perempuan Itu.


Sebagai seorang wanita, membaca kata – kata sayang daripada seorang lelaki yang sudah bergelar suami selama puluhan tahun, ditujukan kepada wanita yang bukan isterinya di status FB (Walaupun lelaki itu bukan suami sendiri. Choyyy!) membuat jiwa dan raga aku bagai dikoyak – koyak. Pedihnya tak tergambarkan. Phrases macam “Sayang”, “I miss you” dan macam – macam lagi buat hati aku super berbelah – bahagi. Itu belum campur dengan perasaan anak tekak yang geli – geli menahan muntah, mana taknya. Sepatutnya umur – umur senja macam itu digunakan untuk mengisi bekalan hidup di akhirat nanti. Tapi umur senja macam itu dipulun pulak buat bercinta. Serta – merta aku terfikir betapa hancurnya hati si isteri andailah dia terbaca status – status suaminya yang sohih bukan ditujukan untuk dia.

Aku terbayang si isteri yang cantik manis, putih mulus, slim melim walaupun dah beranak empat. Gigih berkerja seharian menguruskan hal rumah tangga, mencari duit sampingan dengan berkerja dari rumah, ke pasar nak beli lauk untuk makan tengahari dan malam, membasuh baju suami dan anak – anak, pastikan anak – anak ke sekolah, memasak, mengemas. Macam – macamlah. Dada aku pulak yang sebak. Seluruh kecantikan dan usia muda si isteri dihambakan dan didambakan kepada si suami. Tanpa berbelah – bahagi. Anak – anak semakin membesar, usia si isteri semakin bertambah. Sepatutnya perkahwinan yang dibina semakin erat dan utuh, tapi mana nak sangka, dalam diam, si suami mencari sumber kekuatan diluar. Apalah perasaan si isteri, bila dia dapat tahu yang selama ini tangan yang selalu memeluknya, memeluk perempuan lain? Mulut yang selama ini menuturkan yang manis – manis yang indah – indah untuknya kini semua itu bukan untuknya lagi? Apalah perasaan si isteri andai dia dapat tahu yang seluruh kekuatan emosi suami bukan lagi bersandarkan emosi si isteri, tapi untuk wanita lain? 

Yang buat aku tertanya – tanya, si suami, kenapa berubah hati? Aku tak tahu. 

Si isteri, pada pandangan mata aku, cukup sempurna. Ibu yang penyayang, isteri yang taat untuk suami.Cantik, pandai memasak, solat dijaga. Rupa – rupanya semua itu tak cukup untuk membuat suami setia sehingga ke hujung nyawa. Tak cukup rupa – rupanya. 

 Tak ada alasan sebenarnya kenapa lelaki berubah hati. Bukan sebab isteri engkau begitu atau isteri engkau begini. Lelaki, engkau berubah hati hanya kerana satu sebab. Engkau jatuh cinta. Itu dan itu sahajalah alasannya. Bila lelaki sudah jatuh cinta, dia akan lupakan semuanya. Isteri yang tersayang sekarang dah jadi super menyusahkan. Anak – anak yang comel sekarang dah menjadi satu bebanan. Rumah dirasakan cukup panas dan bukan lagi satu tempat kondusif untuk berehat dan mencari ketenangan. Semua yang berkaitan keluarga dilihat cukup cukup bertentangan. Hati dan kedamaian barunya hanya untuk cinta diluar.

 “Allah telah mentaqdirkan aku jatuh cinta dan menyayangi insan lain. Kalau ini salah, kenapa Allah mentaqdirkan aku begini?” 

Taqdir Allah bersebab. Sebab itu, engkau yang cari sendiri. Cinta engkau dan wanita itu cinta bukan yang datang dari benih kasih sayang Allah Taala. Itu cinta tiupan syaitan. Cinta terlarang. Apatah lagi wanita yang engkau cintai itu isteri orang. Astaghfirullah. Disini syaitan, engkau sesungguhnya telah menang.

Si suami, sepanjang yang aku kenal, seorang lelaki yang cintakan rumahtangga, isteri dan anak – anak. Bapa yang penyayang, suami yang bertanggungjawab. Susah – senang hanya untuk keluarga. Siapa sangka, hanya dengan satu pandangan mata, suami yang penyayang itu jatuh cinta. Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk si suami dan isterinya. Aku doakan jodoh mereka berpanjangan dan si suami cepat tersedar dari kegilaan yang dia reka – reka sendiri. Berpijaklah dibumi nyata. Usia perkahwinan yang puluhan tahun itu bukanlah sesuatu yang sampah dan harus engkau bazirkan. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah, masih untuk engkau sekeluarga. 

Untuk aku, andai ini terjadi pada aku. Aku tak tahu bagaimana nak hadapinya. Aku hanya mampu berdoa dan berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk suami. Semoga kasih sayang suami hanya untuk aku dan anak (anak). InsyaALLAH. Aku belum kuat untuk berhadapan dengan kenyataan andai suatu hari nanti, suami memandang tepat ke mata aku dan berkata “Sayang, abang tinggalkan kamu untuk perempuan itu” Nauzubillah. 

Dah. Babai

Thursday, April 12, 2012

Hero Mama Demam. Tapi Maintain Ligat Macam Sihat Sedunia.

Assalamualaikum.Hari ini aku tak sekolah. Duduk rumah. Adam demam. Nak kata 100% jaga Adam tak jugak sebab emak ada tolong - tolong. Cuma standby dekat rumah kalau - kalau suhu badan Adam tak kebah ke apa kan. Risau aku sejak semalam suhu badan Adam tinggi. Tapi dia maintain ligat aktif notty macam selalu. Cuma nanti sekejap - sekejap dia terlepek. Lepas tu bangun balik lompat - lompat macam biasa. Malamnya baru badan dia betul - betul panas. Kesian anak Mama. Cuba nak menyusu tapi tak sampai 5 saat keluar semula melambak - lambak.

Malam beri dia makan ubat demam yang sedia ada dalam fridge. Pujuk - pujuk dia nak belikan ball la, guitar toy la, baru dia makan tanpa sebarang masalah fizikal. Cuma lepas tu dia muntah lagi. Kesian. Kerja asyik nak muntah. Lepas isya' emak pergi hantar dia berurut. Mak Nor kata Adam ni lasak sangat, badan dia penat. Sebab tu demam. Demam urat. Lepas urut dia main - main macam biasa. Pukul 10 barulah dia tidur. Nyenyak jugak. Cuma kadang - kadang dia macam menggigil - gigil sikit.

Suami balik kerja dekat pukul 3 pagi, Adam terjaga mintak susu. Lepas tu tidur semula. Risaunya. Nak tidur nyenyak pun tak boleh. Kejap - kejap bangun, tengok Adam bernafas atau tak.

Bangun pagi lepas kemas rumah, terus siap - siap nak hantar Adam ke klinik. Sebelum tu dah call sekolah awal - awal maklumkan yang hari ni aku tak datang. Pukul 9, lepas Adam bangun, siapkan dia terus hantar pergi klinik. Selagi tak dicheck doktor selagi tu aku rasa tak tenteram. Risau kalau budak demam. Takut kena fit. Nauzubillah.

Muka budak demam. Oloh siannya!
Tak larat sangat dah tu. Kerja nak melepek aje. Mata aku dah macam panda. Dengan tak make upnya. Nasib baik natural beauty! Kehkehkehkeh pui!

Pergi Klinik Pantai, Yong Peng sebab dah biasa pergi situ sejak dari Adam dalam  perut lagi. Doktor pun dah kenal, jadi kalau nak tanya - tanya dah tak segan dah. Doktor check and katanya Adam demam biasa, tak serious sampailah kena warded, cuma kena jaga suhu badan dia. Kalau panas, terus hantar ke hospital, lagi baik. Doktor bagi ubat demam + antibiotik. Alhamdulillah demam Adam tak serious.

Ubat warna pink! Emaknya teruja!
MC untuk emaknya.

Nasib baik doktor boleh beri MC sebab aku tak datang kerja hari ni. Nak ambik CRK tak boleh sebab baru Isnin lepas ambik CRK, kena dapatkan MC jugak untuk rekod perkhidmatan. Alhamdulillah. Selesai satu masalah. Taknaklah kejadian 2 tahun lepas berulang lagi. Trauma betul.

Sampai rumah pujuk Adam makan ubat dulu sebelum dia tertidur. Lepas makan ubat tak lama dalam setengah jam tengok badan dia mula berpeluh and dia pun aktif semula. Kepala pun dah tak panas lagi. Alhamdulillah. Sekarang ni dia tengah khusyuk main dalam bilik toys dia, bolehlah emak bapakya relax - relax sekejap. HEHE.

Kawan - kawan doakan Adam cepat sembuh ye. Tak sampai hati tengok dia melepek tak bermaya, mata kuyu. Alahai. Nak Adam yang hebat bertenaga. Yeaaaaahhhh!

Dah. Babai!

Wednesday, April 11, 2012

Belajar Lupakan Dunia

Assalamualaikum. Suami bershopping adalah macam 4 ratus tahun sekali. Tak macam aku yang macam 4 minit sekali. Aku kena buang sifat suka membazir ni jauh - jauh. Seriously. Kalau suka membazir, macamana nak buat rumah besar - besar? Sudahlah asyik kena keji sebab dah kahwin pun masih duduk bawah ketiak emak. Semua pun masih nak harapkan emak abah. Berkepit dengan emak. Tidur malam pun dengan emak lagi, macamana?

Weekend lepas teman suami shopping barang - barang dia yang kalau tengok kondisinya memang dah layak mintak bantuan Bersamamu TV3. Belt yang dia pakai buat pergi kerja dah koyak - koyak dah. Tak apa, dia kata. Boleh pakai lagi. Sayang nak buang. Itu hantaran masa bertunang dulu. Sayu hati aku dengar suami cakap macam tu. Tak macam aku. Kasut terkuis sikit dah menggelupur mintak yang baru. Perangai macam anak dato, suami gaji ribu - ribu.Nasib baik tak dapat penampar.

Selepas 4 tahun. Baru beli yang baharu. Set tali pinggang dengan wallet sekali. Jimat.
Jeans. Beli terus sekali dua. Mungkin lagi sepuluh tahun, baru jeans suami bertukar.
Jarang - jarang suami beli baju baru. Biasanya aku yang beriya belikan suami baju baru. Kata suami baju lama boleh pakai lagi. Buat apa nak membazir, kita bukan orang senang yang suka - suka hati bazirkan duit. Cakap macam itu, buat hati aku tersiat - siat. Aku? Hari - hari nak baju baru. Tak ada baju baru taknak pergi sekolah. Sentiasa nak update dengan fesyen terkini. Handbag asyik nak matching dengan baju. Semua warna nak ada. Perangai siapa aku ikut kalau bukan perangai syaitan?

Kasut lagi.
 Kasut jangan cakaplah. Naik muntah aku nak susun kasut banyak - banyak dekat rak. Macamlah effect dramatik kalau pakai kasut warna - warni. Malu pulak aku dengan suami yang kasutnya itu aje. Tak ada pun nak tukar - tukar ikut warna baju. Handsome aje pun dia. Kacak ajepun dia.

Suami belikan kain pasang 2 pasang.
 Suami korek - korek duit dalam poket, bawa aku pergi kedai belikan aku kain pasang 2 pasang. Suami kata warna tu cantik. Aku rasa akulah perempuan paling cantik bila pakai baju yang suami pilih tu nanti. Confirm.

Nak tau suami cakap apa dengan aku?

Kalau duit dia banyak, tak payah mintak pun, dia akan belikan semua barang yang aku suka. Untuk masa sekarang, dia belum mampu lagi.

Menangis aku dalam hati.

Babai.

Aku Rasa Suami Aku Sweet. KEHKEH.

Lokasi : Maxis Center BP Mall
Pengetahuan am yang engkau orang perlu ada : Ada sorang staff Maxis yang kacak gila gila gila gila. Kacak sampai engkau rasa nak gantung dia buat keychain dekat handphone.
Masalah suami isteri : Datang Maxis sebab nak set - up MMS. Phone ni degil, aku set up manually taknak. Cis!
Harapan dalam hati : Semoga di assist oleh staff Maxis kacak.

Suami mengambil nombor giliran. Lalu kami duduk dekat barisan kerusi paling depan sambil mata aku toleh kiri - kanan kot - kot staff kacak ada berhampiran. Oh rupanya dia baru balik dari lunch break. Staff kacak terus duduk assist couple yang agak tua (Dah kahwin kot). Harapan dalam hati terus berkobar - kobar.

Aku : Sayang, tu tu orang kacak tu tu! (Sambil muncung - muncungkan mulut)
Suami buat muka bosan.
Aku sengih - sengih berlagak single.
"Mintak - mintaklah mamat kacak yang assist. Amin!" Sempat lagi berdoa mintak bukan - bukan. Tapi couple tua tu tak sudah - sudah lagi. Entah apa masalah entah. Aku tensionlah kan.
"Ish kalau makcik tu cepat sikit, dapatlah dengan mamat hensem tu." Kata suami.

Sampai ke sudah tak siap - siap jugak makcik tu. Sudahnya kami di assist oleh staff lain. Sambil duduk aku jeling - jeling staff Maxis yang kacak mentega terbabit.

"Takpelah. Cuba kalau makcik tu cepat sikit. Mesti kita dengan dia." Kata suami dengan tenangnya.

HAHAHAHAHAH. Aku rasa suami aku cool and sweeeeeeeeeeeetttt sangat! HAHAHA!

#Eh apa macam takda motif entry maghrib nih!

Dah. Babai!

Tuesday, April 10, 2012

Memilih Calon Suami

Assalamualaikum. Memilih calon suami bukan macam pilih ikan dekat pasar. Pilih – pilih picit – picit badan dia lepas tu campak balik. Eh bukan. Pilih suami . seorang lelaki yang engkau nak habiskan seluruh hidup engkau dengan dia. Yang engkau rasa muktamad sungguh nak dia juga ada dalam hidup engkau hari – hari. Pilih suami ni ibarat kata tak ada nak main chop chop ke twit – twit ke bila dah salah pilih nanti. Yang satu itulah kalau boleh engkau hidup bersama sampai ke sorga. Ewah.

Dulu masa zaman sekolah hingusan criteria pertama nak mencari boyfriend adalah nak stock - stock handsome saja. Tak handsome rejectttt! (Macamlah aku lawa sangat kan?) Hidung penyek rejeecttttttt, hitam sikit rejecccttttttt kerja asyik nak mereject. Padan muka aku sampai tingkatan 5 pun belum ada boyfriend. HAHA. Skandal ramailah! KAHKAH. Tak kisah budak tu pandai ke tak ke asalkan handsome terus masuk dalam senarai. Waima datang dari kelas terpaling tercorot pun redha asalkan dia kacak bergaya (Kadang – kadang selekeh – selekeh aje tapi sebab kacak, pasrah ajelah!)

Semakin membesar (Ehem!) semakin aku faham yang handsome semata – mata tak akan menjamin masa depan yang gilang gemilang. Iyelah dulu masa sekolah tak adalah fikir sampai ke kahwin kahwin ni kan. Bila dah masuk U barulah menggelupur nak cari bakal abah kepada anak – anak aku nanti. Eh! Tapi tak salah nak start cari bakal suami untuk yang tengah belajar sekarang – sekarang ni, mulakan pencarian. On kan Bluetooth masing – masing.

Satu perkara yang engkau kena faham, hidup berumahtangga tak semuanya syok – syok sweet – sweet semuanya. Tak. Kalau kata bertekak tu dah macam jadi asam garam hidup suami isteri. Bermasam muka, merajuk – rajuk. Saja nak orang pujuk. Benda – benda macam ni menambahkan keindahan hidup berdua dengan suami (Sebelum datangnya anak anak anak anak anak) Bukannya setiap masa surprise bunga ros dalam drawer, bukannya setiap masa ada note “I LOVE YOU SAYANG” dekat dashboard kereta. Bukan. Bukan mustahil, tapi bukan selalu. Ada masa nanti krisis terjadi. Dan bila datang masa krisis tu nanti, dan pada masa itu nanti janganlah timbulnya dialog dalam kepala otak “Menyesal aku pilih kau jadi suami aku!”. JANGAN. Jangan baca sangat novel – novel macam Ombak Rindu ke, Cintaku Seratus Persen kea pa, itu novel. Bukan realiti. Realiti lagi kejam. Ke? Eh!




#1 Solat Cukup

Sebelum memperluaskan scoop carian nak cari yang hafal Al – Quran, yang solat tahajjud setiap malam yang puasa sepanjang tahun yang alim yang baik yang menjadi penghuni setia masjid, sebelum melampau – lampau nak cari yang macam itu, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dulu. Tarik nafas panjang – panjang. Lepaskan. Wahai sahabat – sahabat wanitaku sekalian, carilah yang solat 5 waktunya cukup dahulu. Simple. Tak melebih – lebih (Kalau lebih tu lagi baguslah. BONUS!) Kalau 5 waktu yang utama ni terjaga, insyaALLAH dia seorang lelaki yang baik. Lelaki yang menjaga solatnya, of course tahu jaga maruah dan kemaluannya. Perhatikan. Kalau time solat, kemana dia pergi. Kalau bersolat, Alhamdulillah. Kalau tidak, anda semua dah boleh consider cari yang baru. Manusia boleh berubah, manalah tahu kalau lelaki tu tak solat tapi nanti – nanti dia berubah lalu bersolat, siapa yang tahu kan? Tapi ada baiknya mencari yang sedia baik begini. Bukan kerja kita nak mendidik suami selepas kahwin, tapi kerja suami nak mendidik isteri selepas kahwin. InsyaALLAH.

#2 Yang Berusaha

Berusaha dalam erti kata menggunakan tulang empat keratnya untuk membina kebahagiaan. Bina kebahagiaan macamana? Yang bukan tahunya nak mengharapkan kerja mudah. Bukan lelaki yang hanya tahu goyang kaki nak duit datang bergolek tapi tak mahu kerja. Biar kerja toreh getah sekalipun, asalkan dia lelaki yang berkerja dan berusaha untuk mencari rezeki yang barokah, itulah lelaki yang wajar engkau nikahi. Ingat, gaji yang banyak kerja yang bagus tak semestinya memberikan kita hidup yang barokah. Barokah dan penuh dengan keredhaan ALLAH. Gaji kecil macamanapun, kalau kerja dengan bersungguh dan ikhlas, sentiasa akan dicukupkan oleh Allah. Jadi perempuan tak salah untuk memilih. Nak suami kerja bagus – bags gaji ribu – ribu. Alhamdulillah kalau dapat. Tapi jangan sampai memandang rendah yang kerja – kerja biasa. Redha Allah tak mengenal engkau manager bank ke pencangkul kubur ke. Sama rata.

#3 Bukan Anak Emak

Sebagai isteri, jangan sekali – kali memisahkan kasih sayang anak lelaki dengan ibunya (Ibu mertua kitalah kan) sebab tanggungjawab anak lelaki dengan ibunya adalah sampai ke mati. Berdosa kalau kita cuba – cuba ada hati nak pisahkan itu. Ehem. Tapi tapi tapi jangan pulak sampaikan lelaki tu terlalu bergantung kepada keputusan emaknya sampaikan dia dah tak ada pendapat sendiri. Semua kena rujuk emak, semua kena dapat approval emak. Kalau emak suruh kahwin lain (Sebab tak suka dengan pilihan anaknya) takkanlah sampai anak tu nak ikut jugak? Bersilat juga si isteri nanti. Berpada –padalah. Tanggungjawab kepada emak jangan lupa tapi dalam masa yang sama jangan lkakan hati isteri. Emak orang yang melahirkan kita. Isteri pulak orang yang melahirkan anak – anak kita. Dua – dua berkorban untuk kita. Timbang – taralah. Jangan pukul rata aje. Kalau engkau dapat bakal suami yang anak emak sangat susahlah hidup. Nanti engkau yang sakit pendam dalam hati lama – lama. Tak bagus untuk kesihatan.

#4 Keluarga Nombor Satu. Bukan Kawan – Kawan

Aku cukup pantang lelaki yang mementingkan kawan – kawan lebih dari keluarganya sendiri. Kalau kawan – kawan tu jenis yang berguna tak apalah jugak. Tapi kalau kawan – kawan yang jenis lupa asal – usul, lupa diri dah berkahwin bercampur dengan kawan – kawan yang sama spesis ini dah lebih, man. Ini boleh bikin marah, man! Masa aku nak pilih calon suami (Eceh!) memang aku pilih yang macam ini. Yang bukan jenis bercampur dengan kawan – kawan. Asal ada masa aje nak ngeteh, asal ada masa terluang aje nak memancing. Nope. Biarlah orang nak kata suami aku kera sumbang kea pa ke sebab tak bergaul dengan budak – budak kampung, tak keluar bersosial dengan kawan – kawan tak tentu hala, aku lebih rela dia duduk dekat rumah tidur. At least ada depan mata dari melepak sana sini tak ketahuan hala. Kawan memang penting. Tapi nanti, apa – apa hal pun, keluargalah yang akan menyokong kita lebih dari segala – segalanya. InsyaALLAH.

#5 Bila Bersama Dia, Kita Menjadi Yang Lebih Baik

Bernikah tu sebenarnya satu penghijrahan. Daripada yang tak elok kepada yang elok. Menangis syaitan setiap kali manusia diijab kabulkan. Bergoncang Arasy setiap kali talak dilafazkan. Sepatutnya selepas berkahwin, seorang lelaki itu mampu mengubah wanita (Isterinya) menjadi seorang yang lebih baik berbanding dengan masa sebelum berkahwin. Para isteri pun kenalah peka benda – benda macam ini. Kita patut sama – sama dengan suami menuju ke sorga. Bukan ke neraka Jahanam. Lelaki yang baik, bila kita dengan dia, kita nak buat benda – benda yang baik aje. Nak buat jahat pun jadi malu. Sentiasa nak jadi yang terbaik bila ada dia. Itu yang bagus. Itu lelaki yang wajib kau tangkap cepat – cepat dan jadikan suami. Dan untuk lelaki, bila dah jadi suami, pastikanlah isterimu menjadi seorang wanita yang lebih baik dari sebelum kamu berkahwin. Barulah tip top pernikahan tu. InsyaALLAH.

Kemudian lain – lain kriteria macam berbudi bahasalah, penyabarlah, sopan – santunlah, pandai masak, suka budak – budak, kacak, comel rasa macam nak gigit, itu semua kira bonuslah untuk seseorang lelaki tu. Yang penting carilah lelaki yang kita takkan menyesal untuk hidup bersama sampai tua renyuk kerepot nanti. Lelaki yang engkau nak habiskan masa muda engkau dengan dia. Lelaki yang engkau rasa layak untuk engkau gelebehkan badan engkau yang cun melecun tu semata – mata nak lahirkan zuuriat keturunan dia, lelaki yang engkau rasa layak untuk mendapat 100% cinta dan kepercayaan engkau.

Semua orang nakkan suami yang baik. Nak suami yang baik, kita kenalah berusaha menjadi isteri yang baik jugak. Barulah adil. ^-^

Carilah lelaki yang engkau rasa layak jadikan suami. Bukan semata – mata kacak. Kacak tu berapa lama aje boleh tahan pun.

p/s : Ini pendapat aku. Pendapat manusia lain – lain.

Dah. Babaibabaibabaibabai!

Sunday, April 8, 2012

Murah Mahal Make Up Kau?

Assalamualaikum. Apa khabar penduduk Bumi? (Cakap macam Otromen yang menjaga keamanan planet Bumi) Last week barang - barang make up habis. Terseksa betul bila blusher dah habis. Tak pakai blusher rasa macam tak ada nyawa. Betul. Muka pucat macam mayat. Tapi aku mayat yang kacaklah. (Nak jugak!)

Nak pergi cari blusher asyiklah tak sempat. Asyik ada extra classes je lepas habis sekolah. Manalah sempat nak meronggeng pergi Elianto cari blusher kan. Aku taknak jenama lain. Nak Elianto aje sebab ia murah dan lawa. Tapi sempat - sempatkan jugak beli blusher, tak best rasa pergi sekolah muka pucat lesi. At least kalau tepek blusher perasan macam comel - comel manja gitu. *Muntah*

Itu cerita blusher. Aku nak cerita lain sebenarnya. Aku nak cerita last week aku beli mascara baru setelah 2 tahun pakai mascara yang sama. Orang kata mascara kena tukar setiap 4 bulan sekali. Aku pulak bantai pakai mascara 2 tahun terus. Nasib baik bulu mata tak ada yang gugur. Karang kalau togel nampak pulak toyol menyorok tepi pasu bunga. Pui! 

Jalan - jalan dekat The Summit Batu Pahat, nampak dekat Guardian ada jual blusher Maybelline comel. Ada free gift BB Cream cinonet sebotol. Terus rasa tergoda dan beli. Beli mascara yang volume express dengan harapan bulu mata lentik macam Cik Ta punya. *Pengaruh media massa betul aku ni*


Masa dah nak pergi bayar ternampak pula Maybelline punya BB Cream yang digembar - gemburkan dalam iklan. Yang SPF dia sampai 50 tu. Terus teruja nak beli, tapi tak tau nak beli shade yang mana. Last - last beli yang shade kuning langsat. Eh tapi not bad lah Maybelline punya BB Cream! It looks natural on your face. Cuma two way cake dialah bosan sikit. Tak sehebat Miyami atau ZA. Tapi BB Cream dia best jugak. Tak rasa melekit, tak cakey on your face. Licin dan lembut aje. Cuma kalau dah muka ada jerawat bertongkol - tongkol jangan pulak salahkan BB Cream ni tak bagus ke apa. Itu berkesannya kalau engkau pakai simen yang buat plaster rumah tu.

Best sebab dia ada bagi percuma compact powder. Jimat!

Oh by the way nak happy happy dekat sini sebab perfume yang aku sangkakan dah pupus (Selari dengan kepupusan dinasour dekat muka bumi) rupanya masih wujud lagi! Merata - rata tempat aku cari rupanya dekat The Summit ada lagi jual perfume CK IN2U POP yang aku minat gilewww gilewww (Nampak effect mengada - ngada dekat situ??). Happy gila - gila sampai rasa nak cium - cium amoi tu! HAHAHA!

Bertambah - tambah happy sebab aku tak payah nak keluarkan duit sendiri. Ada orang yang tolong bayarkan. Thanks Inn! ^-^ Aku doakan kau cepat - cepat kahwin ye! HEHEHE! Sampai rumah lepas mandi terus spray sikit dekat badan. Harummmmm sedunia!

Tu tu yang warna hijau tu! ^-^
Ada dua tiga kali jugak orang tanya dekat FB, dekat Formspring, aku pakai make up jenama apa ye untuk make up sehari - harian? Ada yang suruh buat entry. Tapi aku rasa seganlah pulak kan nak buat entry. Karang orang kata aku poyo pulak nak tayang dekat umum make up apa yang aku guna. HAHA. Tapi akhirnya tahap poyo aku telah mengatasi segala - galanya. Nak share jugak dekat engkau orang apa yang aku guna. Gasaklah. HAHA.

 Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


1. Number one yang terpaling terpenting sedunia. BB Cream Sunplay Cool Aqua. Aku guna yang SPF 29++. Best! Muka macam kapas. InsyaALLAH. Picit sikit aje dekat hujung jari then calit dekat lima tempat atas muka (Dahi, hidung, kiri kanan pipi, dagu) ratakan secara menaik. Gunakan gerakan sehala untuk blend kan dia dekat muka. ^-^

2. Lepas itu aku tepek dengan Miyami Two Way Cake. Jangan pilih shade yang cerah sama dengan warna kulit. Ambik satu shade lagi gelap dari muka kita. Kalau tak nanti nampak putih sangat macam opera Cina. Kan pelik.

3. Elianto punya eye shadow. Aku ada banyak warna dia. Banyaaaakkkkk sangat. Murah. Satu bekas tu boleh dapat RM5, Tengok warna. Paling mahal pun belas - belas aje. ^-^

4. Eyeliner Stay - On pencil. Ambik yang kaler hitam. Memang terbaik! Dramatik habis mata engkau lepas itu. Pengguna setia dah 4 tahun. Belum terfikir nak curang. RM20++

5. Elianto Baked -Blusher Marble. RM30++. Terbaik dari ladang. Shimmer dia memang best dekat muka rasa licin aje. Stay dekat muka almost 8h++. 

6. Maybelline Water Shine lipstick. RM18++.

7. Body shop Vanilla Oil yang tak sampai RM50. Bau dia bertahan sampai malam. HEBAT!


So itulah yang aku tepek dekat muka hari - hari. Murah - murah aje pun make up aku tu. Bukan mahal - mahal pun. Aku belum rasa nak pakai barang make up mahal - mahal lagi. Rasa macam offended pulak kalau terpaksa pakai barang - barang make up yang mahal untuk buat muka kita jadi cantik. Macamlah muka kita hodoh sangat sampaikan kena pakai yang mahal - mahal. Yang murah pun okay aje, babe! ^-^

p/s : Engkau orang selesa pakai yang mana? ^-^

Dah. Babai. Pandu cermat jiwa selamat!

Wednesday, April 4, 2012

Apa Bau Aku?

Assalamualaikum. Aku suka wangi - wangi. Aku rasa, kalau aku wangi, aku sangat confident dan jelita. Kalau boleh, aku nak sepanjang masa dikelilingi dengan bau - bauan yang sungguh sedap dan kacak. Perfume kena sentiasa ada dalam hangbag. Bila aku wangi, automatik aku rasa sungguh gembira. Kalau takde perfume, losyen pun jadilah. Yang penting wangi sedunia!

Sentiasa wangi bukan sebab engkau nak memikat jantina berlawanan jenis. Lagi - lagi perempuan. Ustaz kata kalau wangi berlebih - lebihan nanti jatuh hukum haram. Lebih - lebih lagi kalau bau wangi kita pun membuat jiwa lelaki kacau dan bergejolak. Tak boleh tak boleh! Aku pakai sebab taknaklah orang dekat - dekat dengan aku lepas tu bau kubur!

Kalau engkau orang tertanya - tanya (Eceh macamlah ada orang nak tertanya - tanya sangat! KAHKAH! Berangan kena kuat!) ketiak aku bau apa (Ayat tak guna!) meh aku share dengan engkau orang perfume kegemaran aku yang akan aku rotate hari - hari. Ikut mood! ^-^

Ini memang favourite number one. Bau dia sangat ayu dan girlish. Floral scent dia makin lama makin kuat. Nama pun Cik Puan Bunga (Muntah!) haruslah bau rasmi dia bunga! Kalau terasa nak feeling - feeling romantik ke hape kan memang perfume ni yang aku pakai. Tak ada hari yang tetap bila aku pakai perfume ni. Main belasah aje bila terasa nak pakai, aku pakai. ^-^ Perfume ni start melekat dekat badan tahun 2008 (Baru start kerja. Jadi adalah duit nak beli perfuma mahal. HUHU!)

Ahhh kalau yang ini ibarat bini number dua aku. Aku taktaulah kenapa, tapi everytime aku pakai perfume ni terasa sungguh ceria. Biasanya aku pakai dekat rumah. Balik kerja lepas mandi. Terus segar bugar dah tak mengantuk lagi dah. Taktau nak describe bau dia macamana. Bau dia funny sangat! Sweetlah. Harga dia pun tak mahal sangat. Dekat Sasa melambak. Comel bau dia! Botol dia pun unik. Aku suka kumpul botol dia banyak - banyak. Pakai perfume ni sejak 2008 lagi! ^-^


Yang ni aku baru aje start minat. Rasanya around 2010 gitulah. Minat bau dia sebab one of my friends happened to wear this. Lepas itu bila bau dia sungguh elegant, aku pun terus terjatuh cinta sama. Tak pernah minat EA sebelum ni, tapi bila first time bau perfume ni terus rasa teruja nak ada satu jugak. And lepas tu, terus dia menjadi penghuni setia drawer aku. Hebat bau dia! ^-^

Perfume ni aku minat gila gila gila gila gila. Tapi rasanya dah discontinued sebab puas pergi ceruk mana sekalipun tak pernah jumpa lagi perfume ni. Sempat pakai perfume ni sebotol aje sebab lepas tu bila aku cari dekat kedai macam "Eh kenapa dah tak ada???" Hampa.

Yang ni pun bau dia boleh tahan jugak. Favourite jugak. Walaupun tak sekacak Elizabeth Arden yang Fifth Avenue tadi tapi bau dia boleh tahan merangsang rasa cinta jugak. Ada sebotol dan hampir dah nak habis. Nantilah kalau ada duit tabung lebih bolehlah beli lagi! ^-^


Tapi all and all, favourite bau yang setiap hari membaluti (Eceh membaluti!) badan aku adalah bau Bodyshop Vanilla Oil Perfume ni. Ini yang students dok kata aku bau biskut bau biskut. Sabar ajelah. Aku suka pakai yang oil sebab bau dia tahan lama sangat - sangat. Sebelum aku sembur badan dengan perfume yang lain, first sekali mesti calitkan perfume ni dekat pulses. Wrists and neck. Lepas tu calit sikit dekat baju. Bau dia sungguh memukau. Tak pernah miss beli perfume ni. Kalau ada offer dekat bodyshop terus beli banyak - banyak. Suami paling suka bau ni. Bau dia comel!

Selingan kejap. Dapat ni minggu ni. Suami orderkan dekat kawan dia di FB. Ada lotion tangan dekat body shower. Lepas ni rajin - rajinlah salam dengan aku. Bau Moschino! HAHA lame!
Eh tapi jangan ingat aku suka beli perfume yang mahal - mahal aje eh. Kadang - kadang body splash Powerpuff Girl pun aku belasah aje. Janji wangi. Harga aku tak pandang sangat. Ada jugak Avon punya perfume yang murah dan wangi. Tak jadi masalah langsung pun. Ikut engkau suka bau yang macamanalah kan. Aku taklah memilih sangat. Cuma kalau ada duit lebih tu, up sikitlah bau badan aku. Kalau tak, tahap - tahap bedak Zaitun aje. HAHA.

Engkau orang suka bau apa?

Dah. Babai babai babai!

Tuesday, April 3, 2012

Nasi Ayam Penyet Air Tangan Suami

Assalamualaikum. Kalau nak diikutkan, dah jatuh tahap malu hina dina aku ni dengan suami sebab sepanjang berkahwin, berapa kali aje aku betul - betul masak untuk suami. Yang selebihnya, ehem suamilah yang banyak memasak. Bertuah betul aku dapat suami yang kacak dan pandai memasak. Isterinya tinggal duduk goyang kaki dan pregnant saja. Eh. HAHA.

Hari tu tiba - tiba aje tekak gread AAA aku mengidam nak makan Nasi Ayam Penyet. Puas round Batu Pahat tak jumpa lagi NAP yang betul - betul boleh memuaskan nafsu serakah. So automatik teruslah rasa kecewa. Tapi tak adalah sampai kategori nak terjun bangunan. Masih terkawal tahap kekecewaan aku.

Tiba - tiba last week suami call suruh balik lunch cepat. Eh kenapa pulak kena balik cepat kan. Penuh tanda tanya ni. Excited + nervous!

Rupa - rupanya dia dah masakkan NAP untuk aku. Lengkap dengan sup + sambal semuanyalah. Siap hidang atas daun pisang lagi! Tiba - tiba rasa nak cium dia secara mebabi - buta. Terharu betul. Dia kata dari balik kerja terus masak untuk aku. Alahai suami! ^-^

Sedap ini woh!

Makan penuh berseleralah aku. Tak pandang kiri kanan. Ayam goreng dia memang sedap walaupun tak berapa nak penyet. Terbaaaaaaaiiiiikkkkkkkkkkkkk! ^-^

Tak kisahlah gemuk sekalipun. Hati bahagia macam ni, dunia terasa hidup bagai di sorgaaaaaaa!

p/s : Bagi yang belum kahwin, silalah cari bakal suami yang pandai memasak. InsyaALLAH hidup takkan kelaparan! HEHE!

Dah. Babai ye babai babai babai!

Sunday, April 1, 2012

Hanya Dari Mata. Hanya Dari Blog. Terus Turun Ke Hati.

Tajuk kalau tak jiwang tak sah.

Assalamualaikum. Bayangkan. Bangun pagi terus melilau cari baju apa nak pakai. Stress betul bila aku rasa semua baju pun tak lawa. Dalam hati berdebar - debar Allah aje yang tahu! Tak sangka dah tua - tua bangka macam ni pun ada lagi manusia nak ajak dating. Ternyata aku masih hot stuff! HAHAHA! Karang ada yang muntah darah karang. Bertabah wahai manusia!

Tak sabar rasanya nak berjumpa enam mata dengan manusia yang sorang ni. (Enam mata sebab dia pakai spek! HAHA)  Macam - macam yang tergambar dalam kepala otak. Sampai BP Mall awal sikit so sempatlah merembat handbag dengan kasut sepasang. Tengah tolak troli sambil kontrol cun tiba - tiba ada orang panggil "Cik Puan Bunga!" Sempat merasa glamer dalam lebih kurang 2 nanosaat sebelum aku menoleh ke belakang dan melihat sendiri dengan mata kepala aku insan yang selama ini hanya bertemu di alam maya. Innanie Ariffin!

Lepas cium - sium pipi dan bepelukan dengan penuh kasih sayang sekali, terus ajak Innanie dengan adik dia yang comel, Seha pergi Pizza Hut. Sebenarnya diri sendiri dah lapar sampai dah tak boleh nak tunggu dengan lebih lama lagi. HAHA. Sebab bakal menantu request suruh bawa hero kacak sekali, maka berjumpalah bakal menantu dengan hero kacak yang asyik sangat makan sweets! HAHA!

Sebenarnya masa order makan tadi malu - malu kambing aku nak order. Karang terkejut pulak Innanie tengok nafsu makan aku yang macam kena sampuk dengan jin tanah. Jadi terus berlakon macam sopan - santun paksa Innanie dengan Seha pilih menu dulu sebelum diri sendiri order set besar pizza dengan side order. Air siap nak upgrade bagi gelas besar sikit. Ish ish. Lepas itu meroyan nak kurus! Tampar baru tahu!

Sementara tunggu makanan, apa lagi, bergosiplaj kan sambil diselang - selikan dengan sesi camwhore yang malu - malu tenuk. Sambil - sambil melayan Adam yang sedikit notty sampai terpenyek handset orang tu mencium lantai dibuat dek Adam. Berpeluhlah dahi kalau tuan punya handset mintak ganti! Huuuuuu!

Dari mana kenal Innanie? Well, of courselah dari dunia blogging kemudian membawa ke FB. Tak sangka kan, hanya darisebuah penulisan dua hati boleh bertaut. Ini bukan meet up geng - geng hots ke geng - geng glamorous ke geng - geng mencapap ke tapi lebih kepada pertemuan kakak dan adik berkisarkan perbualan yang berelemenkan kekeluargaan. Happy sangat dapat jumpa Innanie in person.

Tak sangka, dunia blog mempertemukan aku dengan seorang lagi manusia yang bijak, pintar, well - behaved, anak solehah yang taat berbakti pada parents, petah bercakap, bercakap bukan benda - benda kosong tapi setiap patah perkataan dia cukup berisi dan bernas. Kalau bergurau pun bergurau yang ada mesej. Memang tepatlah pilihan nak jadi lawyer lepas habis belajar. Insyaallah! Akak doakan! ^-^

Aku ni sangat susah nak masuk dnegan orang yang baru kenal, tapi dengan Innanie ni rasa macam berborak dengan kawan lama yang kamceng. Topik tak putus. Ada aje nak dibualkan! Seronok gila! ^-^

Jemput makan wehhhh sedap nehhhh!
Seha dengan setianya melayan Adam yang macam - macam. HAHA.
 Seha muka awak sungguh familiar! Kat mana jumpa ye! Musykil sangat!
 Eceh! Dating nampak! HEHE!
 Aku kontrol cun! HAHAHAHAHAH!
 Sayang awak tau!

Dah kenyang perut masing - masing, pusing - pusing BP Mall sekejap sebelum aku minta diri. Kena sampau rumah awal sebab suami nak pakai kereta pergi kerja. Farrel aku kan tak sihat lagi. Sob sob sob!  Berat rasa hati nak balik. Belum puas lagi jumpa Innanie. Nanti next time kita tengok wayang ke, main bowling ke eh. Tak payah bawa Adam nanti susah nak fokus kat awak !HEHEHE!

  Adam The Ulat Boy

Dear Innanie,

Study rajin - rajin ye. Banggakan emak ayah awak dan keluarga awak juga. Akak rasa bertuah dapat kenal dengan awak. Akak Tau awak dah ada sorang akak, tapi kalau awak nak akak sorang ni jadi akak awak jugak, kecik tapak tangan perut buncit akak, akak tadahkan. Akak dah anggap awak macam adik sendiri. Sayanggggg awak sangat - sangat! ^-^

Akak harap ukhuwah ni tak habis dekat sini aje ye. Panjang jodoh kita jumpa lagi. Jaga diri awak ye!

Love,
CPB

Kan dah touching! Nyampahlah!

Dah dah dah dah. Bye!