Bedak Sejuk Gamat Nusantara : Jerawat Umpama Kawan Lama Yang Sekejap Sekejap Datang Menjenguk Kita .

Assalamualaikum . Mungkin ini adalah entry yang ditunggu - tunggu . Mungkinlah . Aku suka perasan sorang - sorang . Tak ada salahnya . Oh macam yang aku janjikan . Ini rupa bentuk bedak sejuk gamat Nusantara yang aku beli dekat Langkawi hari tu . Sebotol ni RM6 . Kalau beli dua botol RM10 . Jangan pulak kau harap kalau beli 20 botol harga dia tinggal lima posen saja . Takkanlah kan . Aku memang suka pakai bedak sejuk lagi lagi kalau jerawat tengah menggila berkampung atas muka . Pulak tu jenis pesen muka yang kejal flawless kejap macam Kak Limah . Memang kena betul - betul jaga kulit muka . Kulit sudahlah sensitif macam tuannya . Asyik kerja nak sentap saja . Puih !

Bedak sejuk gamat ni buat kulit muka kita jadi ringan , bersih , kotoran - kotoran semua tanggal insyaALLAH . Kalau diamalkan setiap malam , insyaALLAH kulit muka kita macam telur rebus dikupas . Putih , mulus , cantik . Jerawat pun naik segan nak berkampung . Tapi kena istiqamah lah . Jangan buat time rajin aje . Time malas muka dah macam makhluk daripada planet Pluto .

Kalau macam aku , aku suka pakai tiap tiap hari sampailah kulit muka aku bersih . Kadang - kadang campurkan dengan serbuk kunyit sekali . Ini petua kawan India aku bagi . Kunyit tu bagus nak matikan bakteria . Bila kulit muka dah bersih , boleh kurangkan jadi seminggu tiga kali atau seminggu sekali . Ikutlah . Bedak sejuk ni pun bagus nak keringkan jerawat . Air masak jangan lupa minum banyak - banyak . Eloknya 2 liter sehari . Setiap 25kg berat badan kita , 1 liter air diperlukan untuk mengoptimumkan fungsi pembuangan toksin . So kiralah kuantiti air yang diperlukan berdasarkan berat badan ye . Ramai orang pandang rendah fungsi air masak ni sebenarnya . Aku pun sama . Tak sedap satu hal , kerap pergi toilet satu hal . Tapi yang bagusnya , toksin dikeluarkan melalui benda benda inilah . Air kencing , peluh . Kalau tak suka minum air masak , itu yang toksin keluar melalui jerawat dimuka dan belakang badan . Peh . Macam pakar kulit tak aku cakap ? Kehkeh !


Selalunya , lepas mandi , sambil sambil melayan Adam main ataupun tengok TV aku lumurlah sekejap bedak sejuk ni . Nanti terasa kulit muka kita tegang sedunia . Ada rasa merenyam sikit sikit kalau kita campurkan kunyit . Aku beranggapan , rasa merenyam tu datang daripada kumpulan bakteria yang dibunuh oleh kunyit . Kakaka . Manalah aku tau ! Lepas itu bila dah kering , biarkan selama 30 minit sebelum engkau orang cuci . Bagi dia meresap jauh kedalam kulit . Baru fungsi dia ketahap yang paling cemerlang sekali . Eceh !

Kehkeh .
Tanpa make up tanpa edit tanpa was was . Jerawat bawah dagu dengan antara kening tu abaikan . Jerawat orang matang tu !

Dan hasilnya , kulit muka yang lebih senang untuk dijaga berbanding sebelum sebelum ini . Kehkeh . Cubalah . Yang penting air minum banyak banyak . Air masak . Bukan air coca cola . Dan istiqamah . Setakat pakai satu hari lepas tu demand nak kulit cantik memang sakitlah . Buat atleast 2 minggu dan bandingkan dengan kulit yang asal . InsyaALLAH . Nanti bila dah cantik , jangan riak pulak . Bahaha ! Apa apa jenis bedak sejuk pun tak apa , tapi kalau cari yang ada campuran gamat , dia lejen lebih ! Selamat mencuba !

Dah . Babai!

Read More»

Superwoman . Tengok Muscle Lah Kan .

Assalamualaikum . Semua orang sepakat membawa berkat mengabaikan aku hari ni . Daripada Emak , Suami , Makcik sampailah ke Adam semua taknak layan aku hari ni . Sampaikan budak kecik yang Emak aku babysit kan , Si Aisy tu pun nak tak nak aje tengok muka aku . Eh ! Aku golek golek tepi suami , dia tengah tengok I- Robot , siap dia suruh aku main jauh - jauh . Kacau Adam , Adam kata dia tak nak kawan aku . Emak tengah masak pun jeling aje , so faham - fahamlah . Aku rasa semua orang tengah stress . Heh . Sampai hati biarkan perempuan comel macam aku ni bersendirian . 

Bila dah diabaikan macam ni , mulalah hormon rajin aku datang menyerang membabi buta . Singsing lengan . Mulakan operasi . Yeah . Rasanya dah lama tak make over bilik tidur . Alang - alang angin rajin dah datang , mood Eric Leong pun nampaknya merasuk , tanpa berlengah lagi aku cabut semua cadar , langsir - langsir , sarung bantal , aku punggah semua kotak - kotak simpan barang , simpan make up , simpan harta - harta karun daripada zaman single dulu sampailah dah beranak satu ni . Semua aku turunkan .

Mula - mula sortkan surat - surat lama yang dah tak berguna lagi . Buang . Yang penting , simpan . Lepas tu kemas kotak - kotak simpan barang . Yang rasa macam dah tak berapa berguna , buang . Aku senang aje . Buang . Lepas tu menggelupur kalau ada barang - barang penting hilang . Habis kemas barang - barang , aku lap cermin dengan perabut . Rak - rak , kepala katil , meja solek . Licin . Bersinar . Peh .

Basuh cadar , sarung bantal , comforter , langsir . Gantikan dengan yang baru . Dekat sini aku ada silap sikit . Aku basuh langsir velvet pakai washing machine . Hambik kau . Tanggal - tanggal semua coral velvet dia . Menyesal tak ada guna . Buat muka kesian pun tak ada siapa nak ambil peduli . Maklumlah , diabaikan . Tak bagitahu siapa - siapa pun corak velvet tu tanggal . Padan muka . Siapa suruh tak layan aku !

Fuhfuh . Background langsir tukar yang bersih . Cadar dah tukar baru ! Hoh . Bangga!

Lepas itu , kemas buku - buku . Buku - buku tak banyak mana pun . Aku ni manusia yang jenis baca satu buku sampai tujuh lapan kali . Jimat kan ? Bukan jenis yang suka kumpul koleksi buku banyak - banyak macam Maklong . Jadi buku tak banyak . Apa yang aku beli tu , mana yang aku betul - betul suka ajelah . So far cuma ada koleksi Sophie Kinsella , Khaleed Hosseini , Stephen King dengan buku 'The Lovely Bones' tu . Siapa tulis eh? Tak ingat ! Err. Tua dah .

Susun cantik - cantik .

Lepas habis susun buku , susun baju pulak . Color coded . Aku memang suka color coded . Aku rasa super cool . Dah terbiasa . Tak ada siapa ajar pun . Biasalah , budak kalau ngada - ngada mana ada orang ajar kan . Dia pandai sendiri . Tengok baju yang banyak tu , semua masih elok lagi , masih boleh pakai lagi pergi sekolah . Tapi asyik nak merungut tak ada baju nak pakai . Rasanya untuk sesi tahun baru 2013 ni kena sedekahkan beberapa helai kepada sepupu sepapat untuk memberi ruang kepada baju - baju yang baru . Eceh . Syaiton betul ! Eh siapa nak baju kurung size M - L meh bagitahu aku . Free aje .

Tadaaa .

Sebab Emak taknak layan aku hari ni , aku main dengan mesin jahit dia . Bahahah ! (Ketawa paling jahat) Bongkar - bongkar perca lama dia , lepas tu aku jahit sarung bantal sendiri . Haha . Dapat 2 biji . Bukan susah pun . Jahit 4 segi aje . Comelnya . Lepas tu bongkar - bongkar , terjumpa dengan langsir backdrop yang Emak jahit kan masa nak raya dulu . Lupa . Last - last tak pasang pun . Ini dah jumpa balik , apa lagi . Melaramlah . Macam bilik pengantin dah bilik aku . Pengantin forever . Buehehe ! (Gelak gatal!) Lepas tu Emak sergah sebab main mesin jahit dia . Sambil buat muka kekwat aku masuk dalam bilik , nak sapu sawang , nak kemas kemas sikit mana yang tertinggal . Dan 2 jam lepas itu , hasilnya ! Pheww! Senang kata , tak sia - sia suami pilih aku jadi isteri dia . Memang beruntunglah !

Simple . Tapi aku suka .

Habis mengemas , konon konon nak sambung merajuk . Tapi Emak panggil lembut - lembut suruh makan Mee rojak yang Emak buat . Patutlah Emak busy dekat dapur , Emak masakkan Mee rojak kuah manis yang aku suka makan . Oloh Emak ! Rasa nak peluk peluk Emak . Tapi mood masih mood diva masa ni . Siap cedok sendiri mee masuk pinggan . Selalu suami yang cedokkan . Nampak tak perangai mengada - ngada Adam datang dari mana . Baru suap kali pertama , suami dengan Emak ajak gurau - gurau , suami cucuk cucuk pinggang ah aku pun dah mencair dengan gediknya . Hilang penat mengemas , datang mood bahagia . Alah alah ngada - ngadanya engkaaauuu ! Dengan keletah Adam yang makan Mee masuk hidung semua , ah .. lengkap keluarga bahagia ! ><,

Hehe .

Dah . Babai !

Read More»

Balik : Kisah Kembara Bumi Mahsuri 8

Assalamualaikum . Duit tabung pun dah habis , beg hasil merembat sana sini pun dah macam hapa dah . Berlonggok . Masing - masing dah pening kepala nak bawak balik macamana . Setelah masing - masing tersedar daripada hasutan syaiton , datang penyesalan , dan sampailah masanya kami untuk berangkat pulang . Pulang ke tanah asal tempat tumpah darah kami . Flight pukul 7 . Tapi Paklong mintak masing - masing pukul 5 mesti dah ada dekat airport untuk uruskan luggage , refreshing diri sendiri , solat , caj handset mana yang bateri dah kong masing masing and tunggu calling untuk flight balik .

Sebelum balik round - round Pantai Cenang . Maklong pulak sangat berazam tinggi nak cari Laksa Power yang khabarnya sangat power sampaikan kesedapannya merentas Malaysia . Setelah di Google dengan penuh kekhusyukan , tempat dia tak adalah jauh sangat . Betul - betul berhampiran airport . Jenuh juga mencari . Last last jumpa jugak . Memang satu - satunya kedai yang ada dekat dekat dengan airport tu . Aku pun tak tau nak terangkan macamana . Eh engkau Google jugak ajelah !

Laksa Power Pantai Airport

Kitorang pakat - pakat pekena cendol , laksa dia dengan rojak Mahsuri dia . Murah . Harga sangat murah . Rojak dia sepinggan besar ambik macam - macam baru RM7 . Makan 4 orang pun tak habis . Rojak buah dia pun sedap . Cendol dia pun not bad . Makan sejuk - sejuk sambil mengadap laut . Angin laut pulak tiup - tiup manja eh silap silap boleh tertidur sambil makan cendol . Dahsyat . Kawasan dia memang strategik . Syok . Lagi - lagi kalau cuaca panas . Ferghh . Memang best .

Jemput makan !

Maklong gila nak merasa laksa dia . Sedap katanya , sampai terbeliak -beliak mata dia menahan kesedapan . Sedap sangatlah kot . Aku ni bukan penggemar laksa . Jadi bila aku cuba rasa tu , rasa dia macam laksa biasa , tapi rasa kuah ikan dia pekat sikit . Memang sedap la kot . Entah . Bahaha . Tapi kalau Maklong kata sedap tu maka sedaplah . Perempuan tu dahlah cerewet bab - bab makan ni .

Suami makan dengan sopannya . Isterinya aje yang tak reti duduk diam . Haish !
Nak tengok magik ? Kau orang tengok Makngah .Kebak cendol Emak ! Bahaha !
Susah orang berbisnes ni . Sepanjang masa handset kat tangan .
Budak ini tak mahu makan . Menakalkan diri aje kerja dia .

Sambil - sambil dia orang makan , aku ajak suami temankan aku untuk menunaikan hajat seseorang . Eceh . Adalah sorang hamba Allah ni nak nama dia ditulis dekat mana - mana pokok dekat Langkawi . Orang dah pesan , kalau kita termampu , maka tunaikanlah . Kebetulan ada pokok - pokok yang berhampiran . Lepas bagi salam , baca Bismillah , aku tuliskan initial nama dia dekat pokok tu . Mencabar jugak . First time aku tulis nama atas pokok . Selama ni sumpah tak pernah buat ! Bahaha ! Nampak kekok sikit . Suami tolong ambilkan gambar dan memberi sokongan moral . Comel sangat perangai ! Bahaha !

Oloh oloh .
M.A.G . Bahaha . Siapa ? Rahsia !

Lepas siap makan , terus ke airport lepak lepak dekat situ sampailah calling untuk flight balik . Alhamdulillah selama 3 hari 2 malam dekat sini memang pengalaman yang seronok . Lagi lagi pergi sama sama dengan ahli keluarga memang best sangat sangat . Dapat bawa Emak pergi shopping , dapat melawat tempat - tempat yang selama ni aku baca dalam buku ajelah . Awesome sedunia . Walaupun Embun tak dapat ikut ,  tapi semangat dia kami bawak bersama . Kahkah ! Cokelat dah sampai belum weh ?  Bahaha . Next time , kau ikut eh ?

Kalau ada rezeki insyaALLAH memang kita orang nak datang lagi . Best ! Aku suka . Sebab banyak cokelat . HAHA . Next time datang sini nak Island Hoping pulak . Kali ni tak cukup masa nak pergi , hujan lagi pulak . InsyaALLAH , ada jodoh sampailah lagi kami ke sini . Terima kasih yang sudi baca daripada part 1 sampailah part 8 . Manalah tahu lepas ini engkau orang pulak pergi Langkawi , boleh jadikan panduan sikit sikit . Bahaha .

Dah . Babai !

Read More»

Lelaki Kacak Yang Buat Saya Mencair Setiap Hari . Setiap Hari .

Assalamualaikum . Phew . Lama rasanya tak update pasal Adam . Masing - masing ingat lagi tak dengan Adam ? Hero kacak aku yang semakin hari perangai dia buat aku semakin yakin yang dia sememangnya mewarisi bakat - bakat aku untuk membuat perkara - perkara yang rare dan membabi buta . Dan bila cousin aku ingatkan aku untuk update cerita pasal Adam dengan lebih kerap , aku pun macam eh betullah . Lama tak update pasal Adam . So stop sekejap cerita Kembara Bumi Mahsuri , malam ni kita makan kenyang - kenyang cerita Adam ya ! ><,

Oh . Adam sekarang genap 28 bulan . 2 tahun 4 bulan . Untuk baby yang berumur 2 tahun 4 bulan , alhamdulillah aku rasa pencapaian Adam sangat memberangsangkan . Perkembangan kognitif Adam buat hidung aku kembang kempis menahan rasa bangga . Eceh . Eh serious . Betul . Adam sangat bijak , lepas tu bila dia dah pandai bercakap ni , dia menjadi budak yang sangat articulate , polos , rajin tanya itu ini , lepas itu dia sangat rajin mensound Papa dia time Papa dia drive . Terlangggar bonggol sikit ke apa ke , laju je mulut dia cakap "Careful Appa !" Oh jangan risau . Adam bukan sepanjang masa cakap English . Beberapa perkataan aje dia konon - konon speaking . Selebihnya , dia cakap Jawa dekat rumah . Amacam , rare tak ? Bahaha !

Hari - hari buka mata kerja dia bercakap . Itu ini . Selain bercakap tak berhenti - henti , kerjaya tetap dia adalah menyepahkan dapur dan membuli orang . Semua orang kena buli . Tak ada yang terkecuali . Semua orang dia kacau . Pagi pagi lepas mandi , dia bentang tilam depan TV dekat dapur and back to back Upin Ipin , Boboi Boy and macam - macam lagi kartun yang dia suka tengok . Sambil minum susu silang kaki sila jangan kacau dia . Habis tengok kartun , dia akan main tab sambil belajar ABC , 123 , belajar bentuk dan Iqra' sekali . Kadang - kadang dia tak mahu belajar , cuma nak melagha sambil tengok Upin Ipin dekat Youtube . Tak kisah . Daripada dia menyepah , baiklah dia duduk dan menikmati masa lapang dengan gembiranya .

Dia suka buat suara . Nanti dia ubah ubah suara dia . Comel sangat . Kadang kadang rasa nak cubit jugak bila kita tanya dia serious serious nanti dia jawab dengan suara suara itik . Eh budak ini . Mendakwa diri sendiri budak nakal , tapi kehulu kehilir masih dengan Kitty kepam dia yang bau dia masyaALLAH lazatnya ! Cepat merajuk . Serious . Nanti kan kita usik usik dia ke tinggi suara kat dia ke kan , alih - alih dia peluk tubuh sambil jalan ke ruang tamu . Nanti asyik asyik ulang "Tak sayang Adam , tak sayang Adam ! " Oloh . Comel . Pujuk pujuk sikit , puji puji dia handsome sikit , mencair lah nanti dia . Bahaha . Kata suami , sebijik macam aku . Obses terhadap diri sendiri . Bahaha !

Tengok . Suka buat perangai pelik .

 Hari tu last check up dia masa Isnin lepas (26 November 2012) berat dia 13.2kg . Susut sikit . Makan taknak , tau cuma nak main main main main . Nasib baik dia suka minum susu dengan sangat lebatnya . At least ada jugak nutrisi yang masuk dalam badan dia . Waktu belajar Adam macam yang aku cakap tadi , tak ada silibus khas . Kalau rajin belajarlah ABC kalau tak rajin maka tengok ajelah Baby Bus dekat tab dia . Baby Bus ni pun bagus jugak sebab dia ajar bentuk , ajar mengira , ajar binatang - binatang . Kadang - kadang malam atau petang - petang Adam buat latihan Iqra' . Eceh . Gempak aje lebih . Bukan latihan Iqra' apapun , cuma matchingkan huruf yang dia dengar dengan pilihan jawapan yang diberi . Kadang kadang betul semua , kadang kadang salah semua . Bahaha !

Buat muka suci .
Apek sangat !
Main main dengan rabbit belaan Papa .
Alah penyayang !

Kalau bawak dia keluar jalan - jalan atau shopping memang dia excited sangat - sangat . Mulalah melaram pakai baju cantik - cantik , rambut pacak pacak and sepanjang dekat shopping complex tu suara dia ajelah terjerit - jerit tanya itu ini . Kalau dia tak ada sunyi rasanya rumah ><, Rindu keletah dia dengan Kitty kepam dia tu . Haih . Adam dibesarkan dengan suasana kampung yang sangat sangat laid back . Tak adalah urban sangat . Biasa biasa . Aku harap suasana kampung dapat mendidik dia menjadi lelaki yang baik budi nantinya . InsyaALLAH .

Cepat aje dia membesar . Orang dah mula tanya tanya bila nak bagi Adam adik . Macamlah nak bagi Adam adik macam boleh pergi dekat pasar lepas itu pilih aa nak yang ini , nak yang itu . Pffft ! Sabar . Ada rezeki adalah . Tak payah nak emosi emosi . Kalau dapat anak perempuan , oloh comelnya . Nanti Adam protect adik dia dekat sekolah daripada kena buli . Aloh sweetnya ! Suami kata entah entah adik dia yang protect Adam dekat sekolah kalau adik dia perangai macam aku ! Kahkah !

Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk Adam . Yang terbaik . Dan aku akan berikan yang terbaik untuk Adam . InsyaALLAH . Aku garang dengan Adam . Garang . Selalu ajar Adam kemas toys dia , selalu ajar Adam buat kerja sendiri , buang sampah dia sendiri , kalau dia nakal on the spot aku hukum dia . Kalau dia nak manja - manja memang dia cari Papa atau Nenek . Tak apalah . Aku cuma nak menjadikan dia manusia , InsyaALLAH . Nak dia tahu yang hidup ini tak selalunya indah . Kalau nak sesuatu kena berusaha . Mewah tak datang bergolek . InsyaALLAH . Aku nak Adam jadi lelaki yang kacak luar kacak dalam . Macam Papa dia . Amin Ya Rabb !

Ah tengok . Asal cerita pasal Adam , mesti sebak ! Emak mithali aku ni !

Dah . Babai !

Read More»

Burung Besar Punya ! : Kisah Kembara Bumi Mahsuri Part 7

Assalamualaikum . Sebelum aku dikecam dengan kata - kata nista kerana tajuk entry yang berbaur lucah dan tidak menjaga norma - norma masyarakat Melayu yang penuh adab dan tatasusila , sila kawal diri anda masing - masing . Tarik nafas dan baca dulu entry selanjutnya . Bahaha .

Orang kata , kalau dah jejak Langkawi tak pergi ke tempat ni kira macam rugi tahap dewa mata lapan . Bergambar dekat sini dengan pose - pose yang lejen sedikit sebanyak mempengaruhi memori - memori indah engkau di Langkawi . Seriously . Kawan - kawan , presenting you the famous Dataran Lang ! (Tepuk tangan kuat kuat please) .

Sampai pun dah petang . Kebetulan baru lepas hujan . Jadi keadaan sekeliling sangat lembab dan basah - basah . Licin sikit . Dataran Lang Langkawi terletak di tengah - tengah atas laut , ada platform . And yang buat dia epik gila gila tu , ada satu monumen burung Lang yang sangat besar sebagai mercu tanda dan perkataan LANGKAWI sebesar - besarnya dekat bawah burung Lang tu . Ternganga sekejaplah aku tengok sebab selama ni asyik tengok dekat gambar - gambar orang aje kan . Sekarang bila dah dekat depan mata , rasa malu malu pulak . Pui !

Welcome !

Tak ada spesifik aktiviti dekat sini melainkan engkau orang boleh menjalankan kegiatan berposing sampai muntah - muntah dekat sini sebab view dia cantik , suasana dia tenang , udara nyaman . Siap ada hembusan angin sepoi sepoi bahasa dari laut . Best ! Cuma yang buat longkang , bila engkau sedap sedap nak posing , tiba tiba background belakang jadi tak cantik sebab ada perempuan Tibet mana entah keluar dari celah - celah perkataan Langkawi tadi tu ! Grrr !

:) Oloh comel menantu Emak kerja mengekor Emak sepanjang masa .
Kan aku dah cakap . Tengok dekat huruf G ! Rasa nak baling pakai batu .

Dekat sini aku agak merasa gayat laut sikit (Ada ke gayat laut) sebab kiri kanan nampak air laut , aku pun jalan macam dah tak berapa nak betul , sekejap sekejap pandang laut rasa macam nak terterjun sendiri ! Adam pulak asyik kerja nak berlari sana - sini aku rasa macam eiii budak ni jatuh dalam air nanti karang ! Seram aku !

Dibuka 24jam sehari engkau orang boleh datang pada bila bila masa sahaja . Dan jangan risau tak ada bayaran masuk dikenakan, hanya bayaran untuk park kereta yang entah cuma berapa posen saja . Takde hallah !

Alhamdulillah . Sampai juga aku ke sini !

Ah . Malam ni malam terakhir dekat Langkawi . Rasa sedih pulak nak balik . Aku dah start nak cakap loghat Utara dah ni . Bahaha . Menyampah .

Stay tune untuk episod terakhir Kembara Bumi Mahsuri ya . Oh dan terima kasih untuk yang sudi baca dari mula sampai part yang sekarang ni ! Anda awesome ! :)

Dah babai !

Read More»

Rumah Terbakar Panggil Bomba . Kalau Beras Terbakar ? : Kisah Kembara Bumi Mahsuri Part 6

Assalamualaikum . Habis bershopping gamat , kami meneruskan perjalanan merayap - rayap di bumi Mahsuri dengan penuh kegembiraan dan mata yang masih bercahaya . Dah pesan dekat Maklong awal - awal , datang Langkawi ni nak melawat semua tempat bersejarah seberapa banyak yang sempat dalam masa 3 hari 2 malam ni . Tak payah nak risau - risau pasal shopping itu ini sebab dah selamat melabur duit tabung dekat Idaman Suri dan Haji Ismail Group .

Kalau tengok tajuk entry pun rasanya readers aku yang bijak bijak sedunia ni dah dapat agak dah mana pit-stop kami yang selanjutnya . Padang Matsirat bebeh , melawat kawasan beras terbakar yang sumpah sangat famous seantero Malaysia .

Sejarah kawasan beras terbakar ni sebenarnya rentetan daripada kesan sumpahan Mahsuri selepas dia dihukum bunuh . Kalau nak kan version yang lebih awesome lagi macam biasa engkau orang boleh menggunakan khidmat Google , ye . Tapi mengikut apa yang aku faham , beras terbakar ni start daripada tindakan Datuk Pakerma Jaya yang mengarahkan tentera - tentera dan orang kampung untuk tanam semua stok stok beras yang dia orang ada untuk mengelakkan bahan makanan yang sangat penting ni jatuh ke tangan Siam . Time tu diorang ni tengah berperang . So macam biasa , macam dalam filem , kalau perang perang mesti ada bakar bakar sana sini kan , so aku rasa dek kerana tentera Siam atau tentera Datuk Pakerma Jaya ni main bakar sana sini , beras yang diorang tanam pun turut hangus hitam legam terbakar sama . Sungguh membazir . Begitulah , mengikut lagendanya . Phew !

Jadi , disinilah kami . Cuba melihat sendiri dengan mata kepala kami sendiri , lagenda yang diturunkan melalui generasi ke generasi . Kawasannya agak tersorok , signboard dia pun agak lusuh . Memang menambah sungguh effect effect bersejarah dengan sungguh dramatik sekali . Cuaca pulak mendung . Memang feeling feeling kembali ke masa silam .

Pintu masuk dia . Kalau lapar boleh singgah dekat gerai Makcik tu , beli bebola sotong .

Masuk aje pintu gerbang dia tu , kiri kanan engkau akan ada booth - booth kecil yang menjual T-Shirt , makanan , kain batik lepas , baju - baju blouse , permainan , cenderahati macam fridge magnet atau keychain ke , hasil hasil laut macam sotong sira , sotong kering bergula (Sedap gila nak mati!) and engkau orang boleh membeli - belah dekat sini kot - kot nak bagi cenderahati dekat orang kampung . Harga dia aku rasa agak mahal sikit kalau nak dibandingkan dengan dekat luar . Fridge magnat kat tempat lain , bentuk yang sama RM10 dapat 3 , dekat sini  satu dia jual RM5 . Tapi kalau engkau orang malas nak beli kat tempat lain , rembat aje banyak - banyak dekat sini . Jalan sikit habis area booth - booth ni , maka sampailah dekat kawasan beras terbakar .
 
Assalamualaikum .

Kawasan beras terbakar ni sebenarnya masuk dalam kawasan rumah orang . Kebetulan rumah dia pulak mak aih tradisional sangat sangat . Compound dia sangat bersih dan sangat sangat cantik . Dan bila dah nampak tempat - tempat macam ni , rugilah kalau tak berposing sekali . Bahaha !

Tadaaaaa !
Sayang perempuan ni sangat sangat sangat sangat !

Dulu , kata Pakcik aku sebelum kawasan ni berpagar , adalah lebih kurang 15 ke 20 tahun yang lepas , pengunjung yang datang boleh korek - korek sendiri kawasan beras terbakar ni dan kumpulkan beras - beras terbakar yang ada , masuk dalam botol dan bawak balik rumah buat kenangan . Tapi sekarang dah tak boleh lagi dah sebab kawasan dia dah berpagar , engkau orang cuma boleh tengok kawasan dia daripada luar pagar ajelah . Tapi jangan risau , ada satu tempat khas dia sediakan untuk display beras terbakar tu dalam satu bekas kaca . So , engkau orang boleh saksikan beras original yang terbakar pada era Mahsuri tu dulu lebih kurang 200 tahun lebih yang silam . Phew . Ayat macam ensiklopedia lah pulak .

Kami tiga beradik . Makngah , aku , Maklong . Embun tak ada . Bahaha . Jangan jealous ye kau !
Ini kawasan beras terbakar .
Ini beras nya .
Dah nak balik dah . Babai . Terima kasih . Assalamualaikum .

Lepas puas tengok tengok sana sini , posing sana sini , cuaca pun kebetulan dah menunjukkan tanda tanda nak hujan , kami pun gerak nak merayap ke destinasi seterusnya . Sebelum tu , sempat singgah ke booth - booth tadi untuk beli cenderahati macam keychain dengan fridge magnet untuk kawan - kawan . Emak dengan Makngah rembat kain batik banyak - banyak sebab Emak kata batik Langkawi pun tak kurang bestnya jugak . Kainnya tebal dan motif coraknya berbeza sikit dengan batik Kelantan atau batik Terengganu . Aku dengan Maklong shopping T-Shirt untuk Abah and shopping sotong kering pedas bergula yang masyaALLAH sedapnya sedapnya sedapnyaaaa !
 
Hah pilih boi , pilih .

Sebenarnya tak sabar nak ke destinasi seterusnya . Orang kata kalau dah sampai Langkawi dan tak pergi ke tempat yang bakal kami pergi ni maka rugi sikitlah . Itu yang excitednya tak sabar dan melimpah ruah sikit tu ! Tak sabar tak sabar !

Tunggu part 7 ya !

Dah . Babai !

Read More»

Keluarga Holothuroidea Yang Awesome Dan Banyak Guna : Kisah Kembara Bumi Mahsuri Part 5

Assalamualaikum . Tengok tajuk entry aku . Ada perkataan Holothuroidea dekat situ . Jangan gabra . Sebab aku tak suruh engkau orang gabra walaupun engkau orang tak tahu apa makna dia . Dan jangan cepat mengkonklusikan yang aku genius guna perkataan perkataan bombastik macam itu sebab sebenarnya aku hanya menggunakan kuasa enjin Google 4 lejang untuk mencari nama saintifik untuk gamat . Bahaha .

Hari kedua . Selepas pulih dari terkena rasukan pinggan mangkuk dan cokelat (Type perkataan COKELAT saja pun adrenalin aku menerpa dengan dahsyatnya!) selepas makan tengahari dan bersolat , kami menuju ke satu perusahaan gamat yang nama dia gah seantero Malaysia . Kebetulan kawan - kawan ada pesan suruh belikan gamat berbotol - botol , jadi memang destinasi seterusnya menuju ke tempat gamat diproses , dikomersialkan dan dipasarkan . Ferghh . Ayat dah macam Majalah 3 . Buehehe ! Mana lagi kalau bukan NUSANTARA MAJU ENTERPRISE .

Tak susah nak cari Nusantara gamat ni . Memang tak susah sebab aku duduk belakang makan Kitkat . Paklong yang susah susah drive cari jalan and sesat sesat sampaikan haa . Aku tau tau aje dah sampai . Bahaha . Sampai sampai aje dekat sini , aku super excited gila sebab depan tempat ni ada botol gamat yang besar gila gila gila . Comel ! Sebelum balik nak bergambar dekat situ ! Bahaha !

Nusantara Maju Enterprise .
Alhamdulillah kebetulan kami sampai hari Isnin jadi tak ramai orang dekat sini . Kami pun bolehlah membeli belah dengan selesanya tanpa perlu berlaga punggung ke , berlaga siku ke , terpaksa keluarkan skill bermain ragbi ke apa . Tak payah . Tenang aje . Walaupun Adam dah macam ulat nangka menggeletik sana sini , tapi selagi dia dibawah jagaan suami , aku tak perlu susah hati . Boleh bershopping dengan aman .

Produk gamat dekat sini sangatlah macam - macam . Seriously macam - macam . Minyak gamat yang terpaling hot sekali , lepas itu ada balsam gamat , pencuci muka gamat , pencuci wanita gamat , sabun gamat , bedak sejuk gamat (Recommended!) , bedak sejuk gamat dalam bentuk air , air minuman gamat eh macam macam lagilah . Kau orang explore lah satu satu dekat sini . Confirm ada produk yang menarik minat .

Macam aku , aku memang cari bedak sejuk gamat sebab dia boleh menghaluskan kulit muka , mencerahkan , menghilangkan jerawat dan parut jerawat , menutup pori terbuka dan membuatkan kulit kelihatan bersih dan suci . Eceh . Promote . Eh tapi betul . Nak cari bedak sejuk , cari yang berasaskan gamat . Confirm insyaALLAH dijamin tak menyesal ! Serious . Tak tipu !

Macam macam kau , macam macam !
Pilih mana satu . Lepas tu jangan lupa bayar .

Beli minyak gamat dalam botol kecik - kecik tu 12 botol RM10 . Rasanya dah naik harga kot sebab dulu rasanya 14 botol RM10 . Ah gasaklah . Beli juga bedak sejuk dengan balsam gamat . Suami beli air gamat yang aku tak dapat nak bayangkan macamana agaknya rasa air gamat . (Kembang tekak) Maklong dengan Makngah pun masing - masing membeli belah hasil produk gamat sambil kaum kaum bapa mengawal anak masing - masing . Comel aje mereka .

Sebelum balik , of course nak merealisasikan impian masa mula mula datang tadi . Nak bergambar dekat botol gamat yang besar gila babun ! Gerimis pulak , so tak ada masa yang banyak . Posing lebih kurang and terus bergerak menuju ke tempat yang seterusnya . All and all puas hati dekat barang barang yang dijual dekat sini , and harga dia pun biasa - biasa , berpatutan . Tak adalah mencekik poket sangat . Biasalah orang meniaga . Of course nak untung , kan ? Akak cashier dekat situ dengan baik budinya cerita dekat aku serba sedikit  tentang kemujaraban bedak sejuk gamat walaupun harganya super murah . RM5 sebotol . Sampai ternganga - nganga aku . Dahlah kulit muka kakak tu cantik subhanallah ! Ye kak , saya beli ! 

Peace !
Memang tak pulang tanpanya ah kan .

Fuhfuh . Penat memang penat tapi bila tempat tempat yang kami singgah semuanya awesome awesome belaka , hilang rasa penat tu . Diganti dengan rasa teruja nak singgah tempat yang lain pulak . Sampaikan rasa lapar pun sanggup tahan ! Bahaha !

Stay tune untuk part 6 ! Lejen ! 

Dah . Babai .

Read More»

Oh Tuhan , Tolong Jangan Biar Aku Hilang Kawalan ! : Kisah Kembara Bumi Mahsuri Part 4

Assalamualaikum . Hari kedua diteruskan dengan sesi yang paling ditunggu - tunggu oleh semua orang . Semua orang okay , semua orang . Tidak ada yang terkecuali . Semua orang mata bersinar - sinar , semua dah geared up . stamina tahap kaw kaw punya kencang , masing - masing tak sabar nak merembat segala macam yang boleh dirembat dekat Bumi Langkawi . Masing - masing dah kepit tabung ayam yang simpan duit simpanan dari awal tahun . Aku terutamanya . Hasil mengikat perut selama setahun , semua akan dilaburkan . Bahaha . Gelak syaitan .

Terus ke Idaman Suri yang terletak di Pekan Kuah, tempat yang menjanjikan kekosongan poket sebaik sahaja melangkah keluar daripada tempat ini . Itu sudah semestinya . Kaum kaum isteri pastinya akan histeria bila masuk ke sini . Sana sini pinggan mangkuk . Sana sini periuk kuali . Sana sini peralatan dapur . Phew . Tengok muka Emak yang macam super teruja , dengan aku aku sekali terasuk sama . Mata dah macam mata sesumpah . Berpusing 360 darjah !

Fuhfuh ! Dari luar saja sudah teruja . Belum lagi masuk ! Pengsan !

Aku ingatkan kaum kaum isteri saja yang teruja , kaum suami pun tak kurang dahsyat jugak . Paklong Pakngah masing - masing kehulu kehilir tengok pinggan mangkuk , mulut masing - masing potpet tanya itu ini . Suami tak payah cakaplah . Dialah assistant Emak yang terhebat sekali . Berkepit dengan Emak pilih kuali untuk makcik dengan periuk masak Emak . Aku duduk macam patung cendana sebab memang benda - benda macam ni tak menarik minat aku sangat . So aku cuma kehulu kehilir senyum sana sini sambil mengawal Adam yang kadang - kadang perangai dia subhanallah , teramatlah menguji minda dan kesabaran si emak . Phew !

Oh comelnya suami buat mulut macam ini ! Onomnomnom !

Dekat sini insyaALLAH segala macam jenis periuk pinggan mangkuk bekas kuih cerek teko cawan eh macam - macamlah . Cari aje insyaALLAH ada . Jodoh pun insyaALLAH bagi yang nak mencari , dekat sini pun boleh jumpa kot sebab memakwe yang kerja sini fuhfuh comel comel semuanya . Harga dia pun berpatutan . Tak adalah mencekik poket sangat macam yang dijual dekat luar . Tax free lah katakan . Cuma yang menghalang kami daripada berbelanja diluar kawalan adalah bila memikirkan susah nak bawa balik nanti . Memanglah boleh letak dalam kargo , tapi takut pecahlah apalah kan . So beli apa - apa yang rasanya perlu dan murah . Serta senang untuk dibawa pulang .

Tengok tu tengok tu tengok tu ! Humang aiiihhhh !
Suami . Dan kuali . Suami berjuta juta kali lebih menambat hati . Eceh !
Manusia kepuasan .

Aku dekat sini cuma beli set hidang aje . Serious . Satu set hidang yang sangat awesome yang cuma harga dia RM59.90 . Cantik . Yang lain lain tu Emak punya barang - barang . Asalkan Emak happy . Alang alang datang Langkawi sekali sekala ni , biarlah Emak beli apapun yang dia nak . Ya Allah , mithalinya aku sebagai anak yang penyayang . Kehkehkeh ! Maklong pun berbelanja dengan terkawal lagi . Tapi Makngah memang gempak lah . Kau bayangkan lah , beli kuali sampai 5 biji ! Bahahaha ! Gila ah kau Makngah !

Hah . Siap aje shopping pinggan mangkuk dekat Idaman Suri , sampailah masa yang ditunggu - tunggu oleh manusia yang mendakwa diri sendiri pencinta cokelat paling sejati . Shopping cokelat , boi shopping cokelat ! Harus tak aku rasa macam nak bungee jumping lalu landing di atas cokelat yang melambak - lambak lalu terkapai - kapai dengan awesomenya . Cokelat , here I comeeeeeee ! Terjah Haji Ismail Group yang bangunan dia sangat bersepah - sepah dibumi Langkawi . Mana - mana toleh , ada bangunan hijau confirm HIG punya . Bertabah ajelah ! Ah tak kira , mana cokelat aku , mana !

Siap sedia untuk menerjah dengan semangat Ragbi babe , Ragbi !

Melangkah masuk dan pemandangan disajikan dengan cokelat dekat sana sini subhanallah perasaan dia sangatlah syurga dunia ! Phew ! Ibarat kata impian masa kecil telah menjadi kenyataan . Kiri kanan depan belakang mana kau pandang semuanya cokelat ! Aku berlari lari anak sambil mendepangkan tangan ke kiri dan ke kanan tak hiraukan pandangan mata manusia lain yang memandang penuh kehairanan . Habis lari sana lari sini , aku berdiri di tengah - tengah cokelat yang menggunung sambil tersenyum dengan penuh kecomelan . Tangan capai bakul dan bermulalah episod memasukkan cokelat sesedap rasa ke dalam bakul . Apa yang nampak terus dicapai . Harga langsung tak dipandang . Fuhfuh ! Orang lain kelihatan sangat berhemah , tapi aku dah tak boleh nak menahan nafsu serakah lagi dah . Cokelat wehhhh cokelattt !

Kau tengok ! Kau tengok !! INI BARU SIKIT !! (Cakap ini dalam nada suara yang tinggi dan menjerit jerit !)
Saya super teruja . SUPER TERUJA SUPER TERUJA SUPER TERUJA !

Jangan tanyalah berapa suami habis untuk cokelat saja dekat sini . It's a madness . Gila . Sangat sangat gila . Balik rumah nak tabur tabur semua cokelat cokelat tu atas katil dan tidur berlapikkan cokelat . Subhanallah ! Awesomenya ! Bahaha . Impian childish mintak pelempang . Ah . Persyaitonkan . Aku tak kacau orang ! Bahaha !

Ah . Aku sweet serupa melting chocolate jenama Merci . Bahaha .

Alhamdulillah . Semua puas hati dengan hasil rembatan masing - masing . Aku lah yang terpaling puas hati walaupun ada sikit perasaan menyesal menyelit dalam hati . Menyesal sebab berbelanja tak ingat dunia dan masa depan anak - anak . Ah . Persyaitonkan . Suami kata tak apa , yang penting aku bahagia . Gila tak bahagia . Cokelat kiri kanan tangan . Senyum sepanjang masa ! Serious engkau orang kalau datang Langkawi dan tak jejak dua tempat fenomena ni memang rugilah . Sebab dua tempat ni memang tahap awesomeness dia sangat gila babi punya melampau . Best sedunia !

Sambung nanti Part 5 ! Jyeaaah !
 
Okay dah . Babai !

Read More»

Assalamualaikum Mahsuri Binti Pandak Mayah : Kisah Kembara Bumi Mahsuri Part 3

Assalamualaikum . Gayat masih belum hilang sepenuhnya tapi keinginan yang membuak - buak untuk meneroka bumi Langkawi tak menghalang aku untuk pagi pagi dah bangun dengan mata bersinar - sinar pakai baju make up - make up semua dan bersedia untuk island tour yang selanjutnya . Sedangkan yang lain punya kadar kecepatan bersiap mengalahkan sloth yang dah empat belas hari tak makan . Geram tahu , geram ! Grr !

Datang Langkawi tak sah kalau tak menziarah kota yang empunya lagenda . Pagi yang permai dan sedikit gerimis gerimis manja itu , kami menjejak Kota Mahsuri . Tiket masuk RM5 , pada aku memang berbaloi sebab dalam Kota Mahsuri tu ada macam - macam yang engkau boleh tengok , boleh belajar , boleh beli dan untuk camwhorer sila jangan risau sebab dalam tu banyak shoot - shoot cantik yang engkau orang boleh posing . Of course dengan perasaan excited yang melampau - lampau , ditambah lagi dengan keinginan yang super dahsyat untuk menyaksikan makam wanita tercantik yang sungguh lejen itu , aku melangkah masuk ke Kota Mahsuri yang bererakan bumi Langkawi lebih 200 tahun yang silam . Assalamualaikum !


Tourist dari Johor yang comel .

Masuk - masuk saja kami disajikan dengan sebiji tempayan yang agak besar yang kelihatan sungguh comot dan agak buruk , yang dipercayai kepunyaan Dato Pakerma Jaya atau ada version yang mengatakan nama sebenar beliau adalah Wan Yahya . Apa , ingat engkau orang aje ada nama glamour ? Come on lah . Siapa Dato Pakerma Jaya . Well , beliau merupakan abang Wan Derus . Wan Derus ni husband Mahsuri . So Dato Pakerma Jaya ni adalah abang kepada suami Mahsuri atau lagi nak senang fikir , abang ipar Mahsuri . Aku saja je uji minda engkau orang . Alert atau tidak . Bahaha ! Sama ada betul atau bohong (Kalau salah pun tak ada siapa nak karen ! Bahaha . Tak funny!) tempayan ni kepunyaan beliau , wallahualam . Mungkin iya , mungkin tidak . Ah gasak . Nak tahu lebih kanjut tentang Dato Pakerma Jaya ni engkau orang jangan cari pulak FB atau Twitter beliau , confirmlah tak ada . Tapi engkau orang boleh Google pasal beliau ini dan apa pulak kaitan beliau dengan tragedi Mahsuri di bumi Langkawi . Sila sila .


Kemudian , kami dihiburkan dengan persembahan gamelan oleh beberapa orang pemuzik dekat situ . Persembahan yang bersahaja , tak ada bukak bukak baju ke lempar lempar gong ke apa , tapi cukup menusuk kalbu . Kalau engkau hayati betul - betul , rasa macam dialu - alukan pulak setiap langkah engkau dekat Kota Mahsuri ni . Aku terpukau jugak , asyik melayan irama gamelan yang agak rare dekat telinga aku . Maklumlah dah biasa dengar lagu nasyid memanjang . Eceh .


Habis show , kami melangkah masuk ke Kampung Kedah . Pemandangan yang subhanallah sangat cantik , dedaun menghijau dan keadaan alam yang disajikan dengan sawah yang terbentang , Allah rasa macam nak tulis puisi cinta dekat situ situ jugak . Syok habis suasana dia . Dekat dalam Kampung Kedah ni engkau orang boleh imaginelah macamana cara hidup Dato Pakerma Jaya , Panglima Hitam , dan Mahsuri sendiri sewaktu zaman zaman dia orang masih hidup lagi . Kita panggil ini sebagai diorama . Diorama ni macam full sized rebuilt semula benda - benda bersejarah untuk tatapan generasi muda . Macam biasa , jangan malas sila Google benda benda macam ini untuk menambah ilmu pengetahuan .


Singgah dirumah yang dibina mengikut ciri - ciri rumah dato Pakerma Jaya , terasa macam ada flashback pulak macamana semua semua tu terjadi dua ratus tahun yang lampau . Aku membayangkan Dato Pakerma Jaya dan Wan Mahora mundar mandir membincangkan isu Mahsuri yang dilihat bermesra - mesra dengan Deramang . Ditambah dengan liuk badan mimik muka Wan Mahora mencucuk - cucuk fitnah kepada suaminya . Ah serious . Macam betul - betul berlaku depan mata . And guess what , dekat sini , DSLR aku few times error shutter dia . Gagal berfungsi . Kenapa ? Wallahualam . Allah lebih tahu .

Rumah Dato ni besar gila gila gila . Sesuai lah dengan pangkat dia pada waktu tu . Kaya!

Kemudian , kitorang jalan - jalan masuk ke rumah Mahsuri , tengok ruang tamu , buaian tempat dia mendodoikan Wan Hakim , dapur tempat dia masak , bilik dia . Apa yang menarik perhatian dekat rumah Mahsuri ni , ada satu corner dalam rumah dia tu , ada potret dia . Duduk berlatar belakangkan laut , pandangan mata Mahsuri terus menikam ke mata sesiapa yang memandang potret tu . Tak tahulah sama ada aku yang lebih lebih atau benar sebenarnya yang aku merasakan mata dia suci dan sayu . Pandangan mata perempuan cantik yang sebenarnya langsung tak ada masalah pun dengan orang lain , tapi sebab dia cantik , hotstuff pada zaman itu , baik budi pekerti dan akhirnya menerima nasib tragis . Bibir Mahsuri dalam potret tu menguntum senyum yang kalau kau tafsirkan antara senyuman sinis atau senyuman puas tanda kemenangan .Tak tahu siapa yang lukis potret tu , tapi kalau betul potret tu menggambarkan peri Mahsuri yang sebenar , peh aku cakap kau memang cantik perempuan ni . Nilai nilai estetika yang lengkap ada pada seorang perempuan .



Settled tengok rumah dia , kitaorang pergi pulak perigi dia . Basuh muka bagi mata segar , dahlah tengah panas terik . Sawah yang menghijau buat mata jadi mengantuk . Memang awesomelah pemandangan sawah padi ni . Dia bagi kau satu feeling yang rare , susah kau nak tafsirkan . Memang flashback tanpa diminta - minta main ulang tayang berkali - kali dalam kepala otak . Aku terbayang Mahsuri mandi , ambik air , membasuh ah macam - macamlah . Ditepi perigi ni ada seorang makcik yang menjual air perigi yang dah diproses . Satu botol RM2 . Manalah tahu kan , kau minum terus muka cantik macam Mahsuri kan . Manalah tahu , kuasa Allah .


Habis dekat situ , kami menziarah makam perempuan cantik ini . Rasa sebak , sayu menerpa secara membabi - buta . Aku tak kenal Mahsuri secara personalnya . Hanya dengar cerita yang disampaikan dari generasi ke generasi . Tapi aku tahu , hati manusia murni akan selalu dilindungi Allah walaupun ketika nyawa dah terpisah dari badan . Berdiri sebentar ditepi makam , kami sedekahkan Alfatihah untuk puteri Pandak Mayah dan Che Alang ni . Suasana sepi . Tak ada seorang pun yang berkata - kata . Maisng - masing diam , berteleku atau cuma berkata - kata melalui bahasa jiwa . Semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman .


Sebelum balik , kitorang sempat singgah masuk ke muzium dia , tengok barang - barang perhiasan yang dipercayai kepunyaan Mahsuri , then tengok tayangan tragedi Mahsuri sekejap , belajar siapa Wan Mahora , siapa Wan Derus , Deramang , Wan Hakim tu siapa , baca tragedi Beras Terbakar di Padang Matsirat , dan macam - macam . Cuma sayang , kamera tak boleh bawa masuk so tak ada kenangan yang dirakam . Berpuas hati dengan bayaran RM5 tadi . Banyak yang aku belajar dekat sini . Alhamdulillah .

Sebenarnya banyak version tentang lagenda Mahsuri ni . Walaupun rata - rata ceritanya hampir sama , ending pun sama tapi yang jadi persoalan sekarang betulkah Wan Aishah tu waris beliau ataupun keturunan beliau yang ketujuh . Soheh kah bukti - bukti kewujudan beliau dari waris tunggal Mahsuri iaitu Wan Hakim ? Banyak spekulasi sebenarnya . Engkau orang boleh Google dan nilaikan sendiri . Jangan malas nak membaca dan mencari ilmu . Tak salah . Banyak benda yang engkau boleh belajar sebenarnya . Satu perkara penting yang aku belajar , fitnah ni pusing macamana sekalipun , ending dia tetap celaka . Sooner or later , si pemfitnah confirm akan terima balasan dia . Takut tak ?

So tamat dekat sini . Lepas ini part yang paling awesome sedunia ! Part shopping ! Weeehuuuu !


Dah . Babai !

Read More»