KZ Nabihah Boutique Untuk Yang Cantik Dan Comel Macam Aku

Aiseh. Belum - belum tajuk entry dah macam gitu. Mohon engkau orang jangan klik button 'X' dulu. Kehkeh.

Assalamualaikum.

Musim - musim cuti sekolah macam ni, mesti banyak wedding yang nak kena attend. Aku memang suka pergi wedding. Boleh makan nasi minyak, boleh tengok pengantin cantik-cantik. Tapi yang paling suka sekali part makanlah. Makanlah seberapa banyak yang engkau nak pun, takde siapa nak marah. Nak menyesal, nanti dikemudian hari.

Satu masalahnya kalau nak pergi wedding ni, bukan setakat aku jelah pun, hampir semua wanita normal mesti mengalami masalah yang sama. Tak payah nak tipu. Iaitu masalah memilih baju nak dipakai untuk ke wedding. Takkan nak pakai baju pergi mengajar. Tak win lah macam tu. Wedding merupakan acara penting untuk kita pakai baju cantik - cantik. Walaupun bukan wedding aku. Kehkeh.

Satu lagi masalah pulak, kalau nak beli baju baru, aku malas pulak nak keluar rumah. Kalau nak shopping online pulak buat sakit usus perut aje sebab baju-baju yang dijual online kebanyakkannya mesti untuk perempuan-perempuan kurus yang kurus. Lepas itu harga dia pulak nauzubillah. Bila dah kata nauzubillah tu memang, hmmm hmmmm. Sudahnya makan hati sendiri. Lalu pergi wedding pakai baju pergi mengajar yang dah 3 , 4 tahun duduk dalam almari. Sadisnya hidup!

Tapi tapi tapi, sekarang tak payah nak susah susah hati lagi. Ada satu online blogshop ni yang menyediakan baju untuk orang orang comel ehem macam aku. Baju-baju yang disediakan steady je boleh cater sampai untuk orang yang bersize 6XL! Ha hambik. Tak payah nak gaduh - gaduh. Daripada yang bersize XS sampailah 6XL selamba boleh shopping dibawah satu bumbung yang sama dengan penuh keharmonian. Eceh ayat. Tak boleh belah.

Mana - mana yang dah tau blogshop ni duduk diam-diam, mana - mana yang belum tahu, meh aku perkenalkan, tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

http://www.kznabihah.com/

Yang aku suka pasal blogshop KZ Nabihah ni , bukan saja web design dia warna pink, tapi warna yang digunakan untuk blog interior serta details yang ada dekat blog sangat - sangat mesra pengguna dan juga mesra mata pengguna. Tak sakit mata nak tengok dan yang paling penting tak buat engkau jadi serabut perut. Aku kalau blogshop serabut entah mende mende, lagi nak loading pulak masyaallah menyiput, memang mati nafsu nak browse through the page. Tapi alhamdulillah, blogshop KZ Nabihah ni takkan buat engkau orang tertidur sambil bershopping online. Loading dia laju, takde sangkut-sangkut dan sangat kemas lagi teratur. Details yang engkau orang perlukan semasa bershopping online dekat sini, ada dekat bahagian kanan blog. Scroll aje tak payah nak susah - susah cari dekat mana.

Aku ni sejak-sejak tak berapa nak kurus ni, sakit hati sikit bila nak membeli baju. Sama ada design dia macam asdffghjkl ataupun tak ada size yang aku berkenan. Bila dah jumpa design dengan size yang ngam, karang harga dia pulak yang nak buat engkau bunuh katak. Dekat KZ Nabihah ni, design dia very modest, sopan, menutup aurat dan selesa. Warna - warna yang digunakan pulak sangat-sangat trendy, terkini dan very fashionable. Sekarang kan tengah musim color block kan. Jadi banyak pilihan warna-warna color-blocking yang comenya lahaiii! Paling win sekali, harga dia haa harga dia. Sangat sangat sangat mampu milik. Setanding kualiti produk yang ditawarkan.



Untuk yang ragu - ragu dengan size badan sendiri, ada measurement chart yang engkau orang boleh refer. Jadi dekat situ nanti consultlah dengan staff KZ Nabihah tentang size baju atau skirt atau Palazo yang engkau orang nak. So takkan timbulnya masalah bila barang dah sampai tiba-tiba jadi terlonggar ke tersendat ke ter apa ke kan.




Memendam rasa aje kalau cuci mata dekat blogshop KZ Nabihah Boutique ni, semua koleksi - koleksi dia memang sangat mengikuti perkembangan semasa fesyen dan memahami kehendak pelanggan zaman sekarang. Untuk wanita yang berhijab, fesyen yang ditawarkan di KZ Nabihah memang sesuai dengan konsep menutup aurat tapi dalam masa yang sama tampil cantik dan menawan. Sesuai untuk semua golongan. Sama ada golongan muda mudi remaja macam aku, ataupun golongan wanita berkerjaya yang pun macam aku jugak. Kehkeh. Kalau baya Emak Emak nak try pakai pun eh why not? Gemuk kurus semua boleh cuba. Jangan lupa, size yang dia offer adalah dari XS sampai 6XL!



Kepuasan pelanggan memang menjadi motto owner blogshop yang dah banyak memenangi award - award dalam negara. Sebagai warga Johor dan generasi belia, bangga aku dengan pencapaian anak - anak muda zaman sekarang ni. Muda - muda lagi dah kerja keras, dah berjaya. Rajinnya beliau ni saling tak tumpah macam aku. 

Ehem.

Haa untuk yang nak kan testimoni produk KZ Nabihah ni boleh tengok link - link dekat bawah ni. KZ Nabihah Boutique jugak selain beroperasi secara online, ada bukak walk-in butik dekat Bandar Baru Bangi, Selangor.

Jadi kawan - kawan, jom shopping online dengan hati yang gembira di KZ NABIHAH BOUTIQUE. Sekarang ni kalau kata nak cari butik pakaian yang menyediakan pakaian untuk yang plus size, terus aje terjah KZ NABIHAH BOUTIQUE. Dah tak payah nak pening - pening kepala lutut. Hati senang, hidup pun riang.


Oh dan boleh juga follow beliau di Instagram yawww!
Sambil baring-baring makan keropok pun boleh nak cuci mata. Kehkeh. Pemalas betul!
KZNABIHAHBOUTIQUE

So sekarang boleh shopping baju pergi wedding dengan senang hati. Bak duit!

Kehkeh.

Dah. Babai!

Read More»

Biar Muka Macam Jamban. Jangan Tak Ada Adab.

Kejadian yang berlaku ke atas aku pada hari ini, membuatkan aku berfikir balik dua tiga empat puluh kali pepatah Melayu lama yang lebih kurang dia berbunyi begini ;

Yang tua dihormati,
yang muda disayangi.

Assalamualaikum.

Hari ini bermula dengan agak lancar. Pagi-pagi aku dah bangun solat Subuh. Lepas solat Subuh, sambil berbungkus dengan selimut aku bukak Youtube dengar lagu nasyid Inteam yang baru. Aku merasa sungguh barokah warahmah dengan pagi yang dihiasi dengan lagu - lagu ketuhan. Terasa tenang pula di dalam hati. Oh. Macam ini rupanya perasaan orang - orang soleh lagi beriman. Aman dan tenteram. Sempat pula aku berdialog sendiri dalam hati.

Sebenarnya tengah hari nanti aku ada plan. Plannya nak mencari kedai printing. Nak print sticker kereta. Embun mintak tolong. Aku kan kakak yang boleh diharap. Selain kakak yang tebal dengan sifat penyayang, aku juga ringan tulang. Sambil - sambil nak tunggu tengahari, aku cuba-cuba tanya dengan kawan-kawan yang pernah print sticker kereta mana nak cari kedai yang bagus. Ada sorang kawan ni suggest aku pergi dekat Suria Art's. Memandangkan Suria Art's ni tak jauh dari rumah aku, aku pun mengambil keputusan nak cuba mendapatkan khidmat syarikat berkenaan. Sekarang memandangkan zaman teknologi, aku cuba - cuba google dekat internet salah silah syarikat ini. Wah! Siap ada FB page! Hebat! Aku berkata didalam hati. Walaupun yang Like cuma 6 orang tapi ini merupakan sesuatu yang patut dibanggakan. Inisiatif anak tempatan ni! Begitulah lebih kurang dialog aku di dalam hati lagi.

Aku pun cuba - cuba call nombor yang tertera. Mula - mula yang angkat tu budak lelaki. Entah siapa. Aku pun tak tanya. Lagipun aku call nombor tu bukan nak berkenalan dengan dia. Straight to the point aku tanya beberapa details penting sebelum memulakan urus niaga pembelian. Budak lelaki yang aku tak tau siapa ni tadi jawab pun macam blur - blur lalu beliau menyambungkan panggilan kepada seorang kakak yang serba tahu yang aku syak sebagai bos atau orang penting di syarikat berkenaan.

(Setelah berbual lebih kurang dan bertanya serba sedikit tentang khidmat yang ditawarkan)

Aku : Kak, jadi boleh ye kalau saya tempah sticker dalam kuantiti sikit? Saya nak tempah dalam 5 keping aje kak setiap design. Jadinya semua sekali ada 10 keping.

Kakak Boss : Eh boleh dik boleh. Sekeping akak charge RM5. Kalau adik dah ada design, petang ni juga adik boleh collect.

Aku : Baik kak. Sekejap lagi pukul 11 saya hantar design. Akak, design yang satu lagi tu saya nak print depan belakang boleh? Macam sticker McD tu.

Kakak Boss : Oh, boleh - boleh. Tapi harga kira lain ye dik.

Aku : Tak ada masalah kak pasal duit. Saya duit banyak. (Okay ayat yang last tu aku tambah - tambah. Cubaan nak bergurau)

Kakak Boss : Okay dik. (Serious pulak kakak ni, takde pulak tanda-tanda beliau nak ketawa dengan gurauan hambar aku tadi)

Aku : Okay kak. Terima kasih!

Daripada perbualan telefon, dapatlah aku simpulkan kakak boss ini sebagai seorang yang peramah, baik hati dan tak mudah terhibur dengan lawak - lawak hambar. Lalu aku pun mandi dengan secepat kilat dan terus pergi ambil kawan aku sorang untuk temankan aku. Suami kerja. Jadi dia tak dapat temankan aku.

Dalam 20 minit memandu. Aku pun sampai ke destinasi yang dituju. Suria Art's ni dekat mana tak payahlah aku nak beritahu. Kalau engkau orang google, nescaya engkau orang akan berjumpa dimanakah terletaknya syarikat printing ini.

Kakak Boss yang aku call tadi keluar. So tinggallah seorang kakak kerani, seorang budak lelaki dan dua orang pekerja dia. Rupa - rupanya pekerja dia yang 2 orang tadi tu budak sekolah tempat aku mengajar. Mungkin mencari rezeki tambahan dimasa cuti sekolah. Tak pulak aku tanya. Lagipun aku datang kedai tu bukan nak menemuramah apa aktiviti masa cuti sekolah anak - anak murid aku. Straight to the point.

Lepas isi borang, aku dan kakak kerani serta seorang budak lelaki (Aku syak budak lelaki ni tadi yang mula - mula jawab masa aku call tadi) pergi ke bahagian belakang kedai untuk sesi melihat design.

Aku : Ini kak. Ada 3 design. Satu ni buat depan belakang. Satu ni print biasa , muka depan aje.

Kakak Kerani : Print depan belakang? Kejap dik eh.

Kakak kerani tu bukak satu lagi pintu dekat bahagian tengah kedai. Pintu tu menyambungkan ke bahagian mesin printing macam mesin printing banner, bunting dan entah apa mesin lagi tak pulak aku tanya. Lagipun aku pergi kedai tu bukan nak belajar nama - nama mesin. Dekat bahagian belakang kedai tu ada satu brader (Tapi agak berumur sedikit so rasanya lagi sopan kalau aku panggil pakcik.) Pakcik tu tengah buat sesuatu. Mungkin tengah print agaknya.

Kakak Kerani : Cik M****, dia ni nak print sticker kereta depan belakang. Boleh ke?

Pakcik M**** : Print depan belakang? Mabuk ke apa? Aku tak pernah jumpalah sticker print depan belakang!!! 

(Jawab Pakcik tersebut dengan kasar. Kasar macamana tu aku pun taktau nak describe, tapi lebih kurang macam orang tengkikng kau full throttle punya)

Terkejut aku kena tengking macam tu. Tapi aku cuba bersabar sambil - sambil beristighfar di dalam hati. Aku takut jugak kalau - kalau aku terrrrhilang sabar. Sambil cuba - cuba membuat muka comel, aku pun menjawab dengan lemah lembutnya.

Aku : Aaa, tadi saya call, kakak tu kata boleh? Print depan belakang tu bukan tak wujud pun. Contoh sticker dia macam sticker McD, sticker KFC Drive Thru 24 jam dan juga sticker kebenaran membawa kenderaan masuk ke kawasan kampus dan kolej kediaman. Contohnya macam ni kak, depan ni logo, belakang dia ada tulisan. So kalau kita tampal dekat kereta, bahagian depan nampak logo, dari area pemandu pulak akan nampak tulisan dalam sticker tu.

Terang aku secara panjang lebar. Siap dengan contoh - contoh khusus yang Pakcik tu boleh jadikan panduan untuk memprint sticker aku nantinya. Belum sempat kakak kerani tu bukak mulut, Pakcik tu menyampuk dengan suara yang masih menengking.

"Mana ada! Aaaah takde takde takde!!! Menyusahkan je semua tu! Print sikit, menyusahkan semua tu!!! Takde takde takde!!!"

Tengking beliau. Masa tu aku dalam hati dah, ehh kau ni apasal pakcik nak tengking tengking macam gini, kau ingat aku pekak ke apa. Aku toleh ke arah dua orang pekerja syarikat tu yang merupakan anak murid tempat aku mengajar. Dua - dua dah tunduk tak kata apa - apa. Bahang jugak dalam hati rasanya. Apa ke halnya pakcik ni nak marah - marah aku?

Kakak kerani dan budak lelaki tadi terus terdiam. Masing - masing tunduk sepi. Sementara Pakcik tu masih lagi membebel dan menyebut beberapa perkataan macam "Menyusahkan" , "Leceh" , "Nak murah je" dan sebagainya. Aku pun dah ingat - ingat lupa.

Melihatkan muka aku yang dah berubah dan dua - dua tangan aku yang secara spontannya aku kepal - kepalkan macam nak buat ais kepal, kakak kerani tersebut cuba meredakan situasi. Beliau kelihatannya mencapai telefon.

"Nak apa lagi tuuuu!!!!" Tengking pakcik tu lagi.

"Saya nak telefon boss. Nak tanya." jawab kakak kerani lalu disambung dengan bebelan pakcik tu yang entah apa - apa.

Ehhhh! Pakcik ni dah lebih nii dah lebihhh ! Masa ni kesabaran aku nampaknya dah expired jugak. Apa perasaan engkau orang kalau kena tengking tak pasal - pasal macam tu? Kau nak ketawa? Nak buat muka comel sambil cakap "Sabar ajelahh.."?

Aku cabut pendrive aku yang terpasang dekat komputer dia sambil tangan menggigil - gigil. Dengan seluruh kekuatan batin aku, aku cuba kawal suara supaya tak menjerit, tak memekik, dan yang paling penting, tak akan sekali - kali mengeluarkan ayat - ayat yang mempunyai kosa kata yang berklasifikasi 18 PL.

"Kalau tak boleh buat, tak apalah. Saya pun takkan datang melulu. Saya dah call tadi dan akak tu kata boleh buat. Tak boleh buat atau taknak buat tak apa. Tapi tak perlulah nak tengking - tengking, nak kata saya mabuk, nak kata saya menyusahkan semua. Saya bukan budak bodoh. Ingat, saya ni siapa? Saya ni nak tolong bangsa sendiri majukan bisnes, kalau saya tahu macam ni, saya pergi kedai Cina. Bayar mahal pun tak apa. Asalkan saya tak dibuat macam orang bodoh macam ni."

Sambil aku berlalu keluar dari kedai dengan dada berombak- ombak, tangan mengepal - ngepal, bahang satu badan. Syukur alhamdulillah, aku tak maki hamun, aku tak mencarut, aku tak cakap apa - apa yang tak baik. Anak murid aku ada dekat situ, aku nak tunjuk contoh yang baik. Cuma mungkin tindakan aku keluar kedai secara membabi - buta tu tak berapa nak patut. Sepatutnya aku bersalam - salaman dengan kakak kerani tu dan menepuk - nepuk bahu pakcik tu sambil berkata "Pakcik ni marah - marah kenapa? Kurang kasih sayang yee.."

Keluar dari kedai tu, aku terus cari kedai printing cina. Print dekat sana. Aku sampai - sampai je ada amoi sambut dengan senyuman manis, siap borak - borak macam dah lama kenal, bagi harga pulak cantik dan yang paling win, dalam masa satu jam je sticker kereta aku dah siap. Hati pun senang, badan pun tak bahang.

Sambil drive balik, aku terkenang - kenangkan Pakcik tu tadi sambil berfikir apa agaknya masalah dia. Aku ni pelanggan. Datang kedai dia bawak rezeki. Kalau tak boleh buat atau kalau tak tahu buat, cakap elok - elok boleh apa. Aku bukan bangang. Aku bukan pekak, cakap nak kena tengking - tengking. Yang dia nak menengking tu kenapa? Saja suka - suka? Agak - agak kalau aku ludah muka dia suka - suka, dia gembira tidak agaknya? Pakcik tu patut berterima kasih dengan anak murid aku yang dua tu, sebab diorang ada dekat sanalah tadi aku tak buat perangai tak tentu hala. Aku ni perempuan yang tak kisah nak berkuda - kuda asalkan aku dipihak yang benar. Aku tak kisah nak tarik - tarik rambut asalkan bukan aku yang start buat kusut. Aku ni manusia biasa. Mana tau kalau tadi aku naik angin ke apa, aku mengamuk hentak - hentak kedai dia, terajang dia dan sekalian pekerja ke, ambik parang tetak kepala dia ke? Kita bukan tau kan manusia ni reaksi dia berhadapan dengan manusia kurang adab ni macamana.

Mungkin beliau tak kisah hilang sorang pelanggan macam aku. Ah setakat sticker kereta 10 helai, picisan aje kalau nak dibandingkan dengan projek beliau yang lain yang juta juta juta. Tapi jangan lupa, Allah tak tidur.

Apapun, aku dah maafkan dia. Dan aku sempat jugak sedekahkan doa kepada perusahaan beliau supaya terus sukses dan maju jaya. Mungkin Pakcik tu sebenarnya seorang yang baik hati dan sopan santun, dan entah kenapa agaknya pagi tu, beliau menengking - nengking orang tak tentu hala. Belum sarapan agaknya. Siapa - siapa yang nakkan servis printing yang awesome dengan harga yang berpatutan dan kalau engkau orang bernasib baik, bolehlah dapat pakej print berserta makian percuma di Kedai Suria Art's, Taman Universiti, Parit Raja. Mungkin Pakcik tu masih ada dekat sana. Dan aku doakan Pakcik tu akan bertemu dengan hidayah dari Nya. Aku tak dendam apapun dengan Pakcik tu, cuma aku tertanya - tanya dalam hati, kalau beginilah acuan, macamana agak rupa kuihnya?

Mana yang bajet bajet bagus nak kata aku ni tak penyabar lah, tak perempuan Melayu terakhirlah apa, baik engkau orang diam. Engkau tak kena maki depan muka, engkau tak tau apa.

Muka macam ni punya comel pun boleh kena tengking free. Sesungguhnya Pakcik tadi tak tahu menghargai keindahan alam semulajadi.
Dah. Babai.

Read More»

Mimpi.

5.45 pagi.

Aku bangun dengan peluh didahi masih berbaki.
Aku pandang atas. Kanan kiri.

Jelas. Jelas sejelas - jelasnya.

Senyum.
Ketawa.
Muka malu - malu.
Aku pandang engkau.
Engkau pandang aku.
Semuanya ada.
Yang tak ada cuma bau.

Dalam mamai separuh sedar, bibir ucap "Alhamdulillah.."

Aku cuba pejam mata lagi.
Buka mata.
Pejam lagi.

Aku terus pejam mata dan pejam lagi.
Walaupun harapannya kabur,
tapi aku terus simpan doa dalam hati.
Semoga engkau akan hadir lagi,
dalam saki baki mimpi.



Read More»

Jubah Dan Online Shopping

Assalamualaikum.

Allah , lama pulak tak berupdate blog. Sejak kesihatan tak menentu, ditambah pula dengan pakej demam+batuk+selesema, sekali bonus dengan migraine tahap hantuk kepala di jalan raya, rasa terabai pulak blog ni. Kalau diibaratkan blog ni adalah seorang manusia, memang dah masuk kategori manusia yang kurang dengan kasih sayang. Kesian.

Dalam pada tak sihatnya tu, kaki ni berjalan jugak dekat bandar Batu pahat. Pusing - pusing konon-konon nak melawat kawasan dan menghargai keindahan bandar Batu Pahat. Politik je semua tu. Sebenarnya dah bosan duduk terperap dekat rumah, bila Emak ajak temankan dia beli jubah, laju pulak aku angguk - angguk. Emak semenjak dua menjak ni macam obsess dengan jubah pulak. Kejap - kejap ajak beli jubah, kejap - kejap ajak beli jubah. Hari tu dia hantar tailor jahitkan jubah dua pasang. Jealous berbakul-bakul aku jadinya. Kamon lahh, Emak aku bukan sosialista nak kemana - mana kena melaram. Jadi aku syak, dia ada agenda tersendiri yang dia nak buat dengan jubah - jubah dia yang banyak tu. Aku suspek, dia nak join group nasyid kampung aku lah.

Berbalik kepada jubah tadi. Emak aku kalau shopping jubah, tak lain tak bukan mesti dia cari Butik First Lady punya. Emak aku memang suka First Lady sejak butik tu buka dekat Batu Pahat. Ada dua butik. Satu dekat Batu Pahat Mall, satu lagi dekat Square One. Kalau masuk butik tu, sempat jugaklah aku tertidur - tidur tunggu Emak pilih baju. Emak aku punya cerewet bukan main-main. Nampak aje macam chill cool kentang tu, lakonan je semua tu. Dia punya tahap cerewet kalau compared dengan aku, aku ni tahap prebet aje. Hari ini, misi Emak, nak cari jubah putih.

Banyak pilihan dekat butik First Lady ni, harga dia pulak memang boleh buat kaum suami senyum manjang kalau mana yang dapat stok-stok isteri yang kerja nak bershopping tak kira masa. Harga sedap, kualiti pun bukan calang-calang. Aku memang suggest dekat engkau orang yang nak cari baju-baju cantik tapi harga dia mampu milik. Belek punya belek, Emak dah berkenan dengan satu jubah putih simple ni. Cantik. Sulam dekat bahagian tangan dengan bahagian tengah jubah dia. Sekali tengok harga, aikk RM45 je? Senyum sampai ke telinga jiran Emak aku jadinya.

Nasib baik Emak ni bukan jenis kaki shopping online macam aku. Kalau tak, Emak tak payah nak susah - susah beli jubah dekat butik First Lady ni sebab sejak baju-baju label First Lady ni masuk dalam web Online Shopping Zalora, memang mudah nak browse through koleksi-koleksi First Lady yang ada. Harga sama macam dekat Butik, penghantaran percuma, tinggal goyang kaki aje.

Banyak jubah - jubah cantik dengan harga yang murah ada dekat Butik First Lady (Zalora) ni, memang convenient untuk yang malas nak window shopping dekat mall. Online saja.


Ini jubah yang Emak beli tadi. Simple tapi cantik. Tambah beads sikit, boleh buat nikah.
Kalau nak diikutkan hati, banyak aje jubah-jubah cantik menawan ada dekat Online Shopping Zalora. Bukan takat jubah, dress, long maxi, macam - macam ada. Tahan air liur ajelah nak membeli. Semua pun cantik - cantik.

Aku berkenan betul yang pattern macam ni haa.
Time - time hujan macam ni, malas nak keluar. So cuci mata macam ni pun dia punya seronok lain macam juga. Siapa kata duduk rumah boleh jimat duit? Tahayul semua tuuuu!

Hewhew.

Dah. Babai!

Read More»

Nak Jadi Wangi Sebenarnya Tak Adalah Sampai Perlu Berbelanja Beratus - Ratus.

Ya Allah panjang pulak tajuk entry.

Assalamualaikum.

Emak aku selalu kata, muka cantik kalau ketiak berlapuk, tak ada gunanya. Muka hengsem kalau badan bau kubur juga tak membawa ke mana - mana. 

Sesungguhnya kebenaran kata - kata Emak aku tak dapat disangkal lagi. Yelah kan, apa guna kalau muka kau mengalahkan artis Kpop tapi sekali datang dekat, hambik kau.Loji kumbahan. Secara tak langsung, jatuh pula kredibiliti engkau sebagai manusia kacak lagi bergaya. Tak kiralah lelaki atau perempuan, kita sesungguhnya kenalah menjaga kebersihan dan juga bau badan. Imej kendiri juga akan menjadi lebih baik. Feh. Imej kendiri, kau. Bukan main - main bahasa dia.

Minyak wangi merupakan salah satu cara untuk kita menjaga keharuman bau badan. Untuk badan, ada spesifik minyak untuk badan. Jangan pulak engkau celet Harpic dekat ketiak, ataupun kapur barus, ataupun pewangi kereta. Tak sesuailah kan. Jamban punya perfume jangan kau pukul rata jadi perfume badan pulak. Dan minyak wangi jugak ada banyak range harga. Ada yang murah sampailah yang beratus - ratus. Kita jadi manusia, kenalah pandai memilih mana satu yang sesuai untuk badan kita. Takde salah nak pakai yang murah, asalkan bau dia sesuai dan mendamaikan si pemakai dan juga si pembau. 

Ni nak ceritalah kan, untuk engkau orang engkau orang yang mengidamkan bau badan berbau seperti perfume designer yang hebak - hebak, yang bau dia macam lejen - lejen gitu, tapi tak berapa nak sanggup menjahanamkan duit sampai beratus - ratus cuma kerana nak beli perfume yang mahal beratus tu, engkau orang jangan gabra - gabra dulu. Relaks - relaks makan keropok ikan. Sekarang ni memang tengah sensasi dan glamer perfume gred AAA dari Sephora Dubai. Bukan 100% original tapi bau dan kualiti dia memang kira 99% menyamai yang original. Harga pulak, jauh lebih murah daripada perfume yang dijual di kaunter. Duit jimat. BOleh teruskan usaha menabung untuk kahwin ke, pergi haji ke, bayar PTPTN ke. Gasaklah.

Banyak orang jual perfume ni online. Ada yang jual RM100 dapat 3 jenis perfume. Ada jugak yang jual sebotol cecah RM100 untuk perfume gred AAA ni. Apa yang engkau orang kena titik beratkan adalah kualiti dia.

Kualiti dari segi pembungkusan dan jugak bau dia.

Kadang - kadang, yang RM100 dapat 3 botol tu kualiti pembungkusan dia memang cap ayam dan bau dia memang tak sama langsung dengan yang original. Ada pulak tu yang jual mahal gila, hampir nak sama dengan harga original. Baik beli terus yang original kalau cemtu. Engkau orang tak boleh salahkan penjual sebab engkau orang kena tahulah yang engkau  orang beli tu tak original. Jadi, kenalah pandai memilih penjual yang betul-betul jual perfume berkualiti dengan harga yang sangat - sangat mampu milik.

Engkau orang boleh dapatkan perfume gred AAA duty free Dubai ni dengan harga dan kualiti yang sangat sangat best habis daripada Kak Anisah dan Abang Ezzuddein. Eceh abang kauuu. Kihkoh. Harga dia gila murah dan rupa paras perfume - perfume ni semua memang 99.9% sama dengan yang original. Memang confirm puas hati ! Beratus - ratus jenama perfume terkemuka dunia yang engkau orang boleh pilih, dan jugak engkau orang boleh request spesifik perfume yang engkau orang nak. Belum - belum dah 3 botol aku rembat. Murah weh !





Setiap semburan dia bertahan selama 3 - 4 jam , dan ia juga bergantung kepada darah seseorang. Ada yang bertahan sampai 8 jam jugak sebenarnya. Kadang - kadang, ada yang beli beratus pun bau dia tak boleh nak long lasting sebab keadaan badan orang tu sendiri. So why pay more ? Eceh speaking.

Memang tak tipulah. Tipu dosa. Aku selaku buyer yang boleh tahan fussy, memang betul - betul puas hati dengan kualiti produk dan juga servis jualan yang ditawarkan.



Engkau orang kalau nak berniaga pun boleh jugak. Dan jangan risau. Ini tanpa modal. Lebih menyeronokkan daripada jadi agen dropshipping. Engkau orang dapat terus perfume - perfume yang engkau orang nak jual tanpa modal. Insentif yang ditawarkan jugak bukan calang - calang. Komisyen yang diberikan memang tahap selamba best tengok TV sambil makan keropok ikan. Ada jugak bonus tambahan untuk penjual yang berjaya menjual produk dengan aktif dan berdaya saing. Ewah dah macam Hi-O pulak. Eh tapi jangan risau. Ini bukan MLM. Jual beli berlandaskan syariat Islam yang sebenar. Apa tunggu lagi ?

Boleh jugak beli untuk diri sendiri, untuk makwe pakwe, untuk Emak Abah, untuk jiran tetangga, untuk bakal pak mak mertua. Untuk siapa - siapalah. Siapa taknak barang murah lagi berkualiti, kan? Kalau nakkan khidmat nasihat untuk pilih mana satu bau perfume yang sedap pun boleh jugak. Semuanya free tanpa bayaran.

Kamon. Takkan nak tunggu sampai ketiak berkulat?

Tampil wangi dan menawan dengan bau badan yang sungguh mempesonakan.

Baru swag yawww!

Untuk pembaca blog aku ni lagi sepesel weh. Kalau engkau orang mention yang engkau orang baca promosi iklan menarik ni dari blog aku, tawaran harga yang menarik akan diberikan. Taknak ke woi ?

Okay. Dah. Babai!

Read More»

5 Tahun.

Assalamualaikum. 

Seingat aku, aku yang ajak suami kahwin. Aku yang ajak dia hidup sama - sama. Aku cakap dengan dia straight to the point yang aku tak boleh nak cintakan mana - mana lelaki kecuali dia. Aku tak tahulah dia faham ke tidak maksud aku sebenar - benarnya waktu tu. Ayat aku yang , tak boleh cintakan mana - mana lelaki tu merujuk kepada keinginan aku nak menghabiskan seluruh hidup dan masa muda aku dengan dia. Aku nak tua merenyuk dan bongkok dengan dia. Aku nak jadi manusia pertama yang dia tengok setiap kali dia buka mata pagi - pagi buta, dan muka terakhir yang dia akan tengok sebelum dia tutup mata di malam hari. Aku nak ada dengan dia masa dia susah dan apatah lagi masa dia senang. Aku nak jadi seseorang yang dia sayang, yang dia cinta, yang dia serahkan seluruh jiwa dan raga untuk aku sorang. Dan sewaktu suami setuju untuk memperisterikan aku, aku kira, suami juga bersetuju untuk berkahwin dengan aku sekali pakej dengan semua kekurangan dan keburukan aku.

Aku panas baran nauzubillah. Panas baran yang macam ticking bomb. Bila - bila masa meledak. Jenis manusia yang kalau dah marah, segala macam dialog keluar dari mulut. Mengungkit. Benda dah 6-7 tahun lampau pun aku boleh pinpoint dengan selamba rocknya. Bukan setakat tu aje, aku manusia yang kalau marah, segala benda aku campak, aku baling, aku hempas. Pernah lah jugak time marah , selamba badak aje aku hempas tab ke lantai. Macam tu. Dan suami, sewaktu dia setuju, sudi mahu nikahi aku, dia sedia maklum dan sudi juga menikahi 'aku' yang satu lagi ini. Apa suami buat bila aku tengah marah menggila? Dia diam. Dan dia akan menjauhi aku selama mana yang aku perlukan. Diam tak bersuara. Nanti, bila aku dah cool down sikit (Orang panas baran ni bagus, cepat marah, cepat jugak coolnya) dan time tu aku dah boleh keluar bilik cari makanan (Hint untuk kata yang aku dah okay) masa tu suami datang, peluk, usap - usap rambut dan time tulah suami akan nasihatkan aku dengan suara yang sumpah paling lembut satu dunia.

Sambil nasihatkan aku, tangan dia tak lepas usap kepala aku. Aku tahu, waktu itu mesti dia tengah baca doa untuk lembutkan hati aku. Sumpah, 5 tahun kahwin, tak pernah suami naik tangan. Siapa yang sabar macam dia? Kalau time aku naik angin tu, aku rasa aku pun tak boleh nak sabar perangai sendiri. Nauzubillah. Tapi suami setakat ni, chill cool kentang aje. Aku bersyukur sangat - sangat. Alhamdulillah. Sekarang aku pun dah pandai sikit - sikit kontrol marah. Sejak dah jadi Emak - Emak ni, nampak sikitlah cool dia. Kalau marah pun aku bantai makan cokelat banyak - banyak aje.

Aku malas masak. Memang bukan perempuan yang gigih memasak. Orang kata kalau nak jaga suami, jaga perut dia. Jaga makan minum dia, air tangan isteri tu yang menambat hati suami. Maaflah, aku tak dapat aplikasikan benda ni dalam marriage aku. Memasak is just not my thing. Aku jaga bab lainlah. Macam, jaga rumah, pastikan rumah kemas dan bersih. Pastikan pakaian suami sentisa kemas, bersih, wangi dan bergosok. Pastikan bilik kemas, wangi, teratur dan bersih. Pastikan tempat solat bersih dan teratur, pastikan Adam sentiasa dalam keadaan yang baik. Pastikan rumah kami syurga kami. Dan suami? Dia memang chef yang hebat gila. Skill memasak dia memang giler kentang punya. Dan aku bersyukur, setiap kali aku minta maaf yang aku ni bukan tukang masak yang cemerlang, suami kata "Tak apalah, Abang boleh masak untuk Lina!" Sambil senyum - senyum. Meltinglah aku haa !

Aku manja tahap gila babi. Manja yang kalau orang lain tengok, mesti rasa nak baling aku pakai batu bata. Manja tahap yang kalau nak tidur petang mesti suami dodoikan, manja tahap yang ya Allah, rasa nak tempeleng laju - laju. Tapi aku manja dengan suami ajelah. Dengan suami sendiri. Dengan suami orang takkanlah aku nak manja - manja. Apa salahnya kan manja dengan suami sendiri? Dan aku memang bersyukur tahap polis angkasa gaban sebab suami tak pernah muak, tak pernah  penat nak manjakan aku. Masih lagi sudi bangun pagi masakkan air panas kalau aku nak pergi sekolah, masih sanggup masakkan aku kalau tiba - tiba isteri dia ni lapar malam - malam buta, masih sudi nak jaga aku time aku sakit, masih berjaga tak tidur malam kalau aku tak sihat atau demam, masih nak buatkan aku coconut shake yang sedap sedunia, masih nak buat macam - macam untuk pastikan aku rasa disayangi,dicintai,dihargai. 

Setiap kali blackout atau hujan lebat yang siap ada guruh petir semua tu, dia mesti duduk dekat dengan aku, pegang tangan, dan pastikan yang sepanjang waktu tu, aku tak akan rasa takut atau kesunyian. Ya Allah. Ya Allah. Aku tak rasa ada lelaki dekat luar sana yang sanggup buat macam tu untuk aku. Serious. Aku buatlah apa saja pun, biar macamana serabut pun rupa aku bila bangun tidur, bila muka berjerawat, bila cuba nak potong rambut style baru tapi ended up macam perempuan baru lepas keluar longkang, apapun, suami tetap kata akulah perempuan yang paling cantik dalam dunia. Dan sebab suami baik hati dan selalu bercakap benar, aku percayalah! ^^,

Sepanjang 5 tahun suami jadi suami aku, selama itu aku sentiasa jatuh cinta setiap hari. Setiap kali pandang suami, rasa cinta dalam hati ni melimpah ruah bersepah - sepah, bergolek - golek bertebar serata jiwa. Tak pernah aku jatuh cinta segila ini. Tak pernah. Hidup tak mewah harta tapi mewah dengan cinta. Alhamdulillah Ya Allah. Aku malu dan rasa tak layak untuk anugerah dari Engkau ini Ya Rabb. Engkau kurniakan aku seorang suami yang membahagiakan aku dan mencintai aku.

Untuk suami, sebab keberadaan aku dalam dunia ini, puncak cinta dunia akhirat, terima kasih aku ucapkan. Terima kasih kerana sudi memperisterikan aku, menjadi suami aku, menjadi Papa yang baik dan penyayang untuk anak kita, susah payah bersama, terima kasih. Terima kasih suami, kerana bertungkus - lumus berkerja untuk keselesaan kita, terima kasih menjadi Imam untuk aku, terima kasih kerana selalu menyayangi aku tanpa syarat.

Selamat ulang tahun ke 5 perkahwinan kita sayang.

5 tahun sudah kita berkongsi cinta dijalan yang Allah redhai. 5 tahun kita ketawa dan menangis sama - sama, 5 tahun kita langkah sama - sama menuju Syurga Allah. Terima kasih kerana selalu ada untuk aku. Terima kasih kerana selalu mendukung aku, tak kira apa yang aku lakukan. Terima kasih , sayang. Terima kasih.

Aku cinta kamu.

:)
 


Love

Dah. Babai

Read More»

Hijrah Antara Kau Dengan Tuhan.

Tadi , masa aku kasitau suami yang birthday aku dalam bulan Islam, jatuh dekat 1 Muharam, suami angguk aje. Bila aku kata, aku nak hadiah birthday, dia jeling pulak. Aiseh, dia punya jeling tu pulak bukan calang-calang punya jeling. Jeling nak kasi tau aku jangan nak demand yang bukan - bukan. Saja cuba nasib, mana tau dapat hadiah sempena birthday dalam bulan Islam ke kan. Kihkoh.

Hari tu masa sambut tahun baru yang omputeh punya version, aku tak berapa nak tanam azam. Aku ni pulak bukan pesen manusia yang bermatlamatkan azam. Azam tu pun cuma nak isi - isi masa lapang, tak sampai berapa hari, azam tinggal azam ajelah. --" 

Masuk tahun hijrah ini kali, awal - awal lagi aku dah pasang azam. Sambil dalam hati berkumandang lagu 1 Muharam paling true di abad ini. Lagu dari aku kecik sampai ke besor sampai dah jadi Mak orang ni pun aku takkan lupa punya. Sempena 1 Muharam 1435 Hijrah tahun ni, aku nak pasang 1 azam aje. Bukan azam nak kurus ke atau azam nak naik pangkat ke atau azam nak beli kereta baru ke apa. Aku cuma berazam, aku nak solat cukup di awal waktu. Insyaallah. Nampak macam kacang kopek aje azam aku , kan? Tapi aku tahu, nak realisasikan dia bukan macam makan kacang kopeklah for sure. Insyaallah. Itu azam aku tahun ni. Dan untuk tahun - tahun seterusnya sampailah aku mati.

Kadang - kadang manusia ni salah guna perkataan hijrah.

Dan kadang - kadang manusia ni jugak membabi - buta kata diri sendiri dah berhijrah, tapi sebenarnya dia jadi lagi jahiliyyah daripada sebelumnya.

Hijrah, satu perubahan yang engkau buat, daripada tak baik menjadi yang lebih baik. Dan suka aku ingatkan kepada diri sendiri yang bukan hijrah namanya, kalau dalam hati kita masih ada rasa riak. Masih nak mengharap aprisiasi manusia. Masih nak mengaut dunia, masih nak mengadu domba. Masih buat benda jahil. Layak kah kita kata kita manusia yang sudah berhijrah?

Masih belum hijrah sepenuhnya.

Dan kalau boleh, sesuai dengan azam tahun ni nak solat cantik - cantik punya, cara berpakaian pun kenalah macam orang dah berhijrah. Ye dak? Rasanya dah boleh bungkus dah baju - baju ketat sendat semua tu. Bagi dekat budak - budak sekolah rendah pakai. Dan dah alang - alang cantik berpakaian tu, akhlak pun kalau boleh biarlah lagi cantik orang kata, kan? Panas baran tu rasanya dah boleh buang dalam longkang dah. Marah - marah selalu karang naik kedut dekat mata pulak.

Barulah hijrah sebenar hijrah.

Penat sungguh rasanya dok kejar dunia ni. Dunia ni pulak dia main jilaka. Makin kau kejar, makin dia lari jauh.

Jadi aku rasa, aku nak kejar satu perkara yang confirm takkan lari punya. Silap- silap, bila kita jauh, dia makin datang dekat dengan kita.

Aku nak rasa manis manisnya kejar cinta Allah.

Kejar barokahNya.

Kejar sakinahNya.

Kejar janji syurgaNya.

Kejar indah indah hidup di bawah naungan kasih sayangNya.

Aku nak rasa.

Aku tahu jalan dan laluannya bukan mudah. Tapi apa nak risau ye dak? Tadah tangan , doa sungguh - sungguh.

Allah mesti bantu, punyalah! ^^, Doakan , ya!

Salam Maal Hijrah 1435 kawan - kawan. Langkah pertama yang Rasulullah SAW mulakan seribu empat ratus tiga puluh lima tahun yang lepas, terpulang kini pada kita untuk sudahkan. Dan teruskan kesinambungan.

 Isteri mithali bersuami suami nan kacak dan anak lelaki yang handsomenya Subhanallah.

Allahuakhbar.

Dah. Babai!

Read More»

Sayang Sepah - Sepah. Jatuh Dari Langit.

Assalamualaikum.Hari ini 31 Oktober. Hari last dalam bulan Oktober. Sepanjang bulan Oktober yang manis melekit - lekit lagi penuh dengan cinta ni, hampir setiap hari tersenyum sampai telinga bila ada hamba Allah kirimkan hadiah. Letak atas meja, letak atas kereta, sumbat dalam beg, surprisekan dekat rumah. Terharu perisa pelangi lah macam ni ! T_T

Dari Kinah.
Dari Riduan A.Dullah. Walaupun beli sendiri tapi sampai rumah tepat-tepat 8 Oktober.
Ini paling rare. Letak atas kereta, masa jaga exam PMR dekat Tun Ismail.
 Surprise comel.
Luqman.
Hambik kau sekali dua ekor!
Dari Radin.
Dari Radin.
Dari Kak Raha.
Dari Aniq dan Irfan Hanif.
Dari Kak Fiza.
Dari Kak Fiza.
Dari Oat.
Dari Kak Sally,  dari Farahain and Ain Firzanah, dari 3RK2 and dari Suhaa.
Dari Wawan.
Dari Fatin Aini.
Dari diri sendiri.
Dari ehem. Ehem. Eh batuk pulak.
Dari Qila.
Dari Juwita.
Dari Kak Yatie.
Dari Aini Johana.
Dari suami.
Dari 3KAA boys.
Dari Mel.
Dari Embun.
Dari Imran, Danial, Yazid, Farhan, dari sana sini campur - campur semua.
Dari Kak Mahmunah.
Ini hadiah terakhir untuk bulan Oktober. Terima tadi. Dari ehem ehem ehem. Batuk berpanjangan.
Terima kasih.

Untuk ingatan. Untuk susah payah. Untuk masa, tenaga dan wang yang dibazirkan.

Untuk kasih sayang.

Untuk perhatian.

Untuk semuanya.

Aku tak ada daya nak membalasnya.

Sekali lagi, diserahkan kepada yang Maha Kuasa.

Ah. Rasa macam 'Terima Kasih' tu tak cukup.

Aku tak ada harta nak dibagi. Jadi, sudilah kiranya terima tempat istimewa dalam hati ni, sepesel untuk engkau orang semua. Sudi , ya?

Terima kasih.

Okay. Dah babai!

Read More»