Seminggu.

Assalamualaikum. Phew lama betul aku tak update blog. Aku harap engkau orang janganlah rindu sepanjang ketiadaan aku ya sebab aku baik-baik sahaja. Masih makan dua pinggan sehari dan masih tidur malam sambil peluk cokelat Cadburry. Ya. Aku masih normal. Walaupun emosi aku sedikit berantakan, yang lainnya, aku masih homo sapien yang normal.

Update yang pertama. Color blocking. Untuk yang tak tahu color blocking tu apa, aku macam malas pulak nak explain. Nasihat aku, adalah baik kalau engkau orang semua gunakan saja khidmat Google. Engkau orang jangan jadi warga Malaysia yang pemalas dan hanya mahu semua benda percuma sahaja. Hentak kaki mintak benda percuma sedangkan nak masuk jamban pun paling kusut kena sedikan dua puluh sen. Lari topik. Oh ya. Color blocking. Aku cuba aplikasikan color blocking ke sekolah. Aku rasa ia sangat cool. Tapi ya. Masih tak ramai manusia yang boleh terima color blocking ni. First time aku pakai ke sekolah saja sudah dipandang serong. Dan aku macam biasa, pekakkan telinga. Sebab aku rasa aku sangat awesome memakai baju plain electric blue dengan tudung yellow mustard. Aku rasa sungguh hispter. Selalu aku pink memanjang ke sekolah. Dan ya, few students kata aku comel begitu. Yang lain mungkin muntah secara diam-diam. Persetankan. Feng Shui diri terasa berubah secara total. Color blocking is awesome. Let's do it again another time yok!

Aku awesome dan siap buat peace.

Update kedua. Hari Sabtu lepas ada Kejohanan Merentas Desa di sekolah. Hujan lebat huhai tapi pengetua dengan relaksnya berkata "Ayuh teruskan acara". Budak - budak berlari dalam keadaan yang basah. Macam kambing. Maaf. Tapi ya. Macam kambing yang kebasahan. Kasihan. Tapi nak buat macamana. Takkan aku nak bekalkan payung sorang satu. Sebagai guru yang berwibawa dan penuh kasih sayang, aku duduk bawah jejantas depan sekolah dan tunggu budak-budak lari sampailah ke peserta yang terakhir. Nampak macam kerja senang. Tapi basah lencun jugak aku. Membawak ke demam lah jugak walaupun kata kerja tu nampak macam makan gaji buta. Keputusan kejohanan, rumah sukan aku dapat tempat kelima daripada enam pasukan. Hebat tak. Nombor lima. Bangga betul dengan pencapaian rumah sukan aku tahun ni. Dahlah ahli ramai tak datang. Bagus lah bagus.

Diorang kata badi kalau ketua rumah pakai warna lain masa kejohanan. Taubat. Lepas ni aku pakai merah memanjang.

Update ketiga. Hari itu masa latihan rumah sukan, dia orang ramai-ramai pakat kata aku gemuk. Well, aku tahulah aku gemuk. Benda tu obvious dan rasanya tak perlulah war-warkan depan orang ramai. Ada 5 orang dekat situ dan lima-lima kata aku gemuk, lebar, chubby, montel, tembam blablablabla. Fine. Mulut senyum dalam hati rasa nak buat amukan puaka. Aku pun tak faham apakah seronok sangat membahan kegemukan aku? Kepuasan dalaman jenis apakah yang dia orang dapat sebenarnya? Hidup diaorang terlalu palatkah sampai diaorang terpaksa mencari keseronokan dengan membahan aku? Kasihan. Sebab aku walaupun gemuk, menikmati setiap saat yang berlalu dalam hidup aku dengan penuh kebahagiaan dan kenikmatan. Kawan kata aku terlalu sensitif sedangkan mereka hanya bergurau. Bergurau kepala lutut lah. Dan hasilnya, aku berjogging hampir setiap hari. Ditambah dengan sesi bermain badminton dengan Emak, plus skipping plus kawal makan. Well, aku rasa that should do. Allah lihat usaha aku. Allah knows best apapun. Kalau Dia kata aku lebih menjadi manusia beriman dengan keadaan yang gemuk ni, so be itlah. Kalau aku kurus tapi aku tak jadi manusia yang menjaga agama, apa guna. Ye dak? Cakap macam bagus.

Jogging dan buat peace boleh membantu pembakaran lemak yang lebih maksimum. Aku tipu.

Update keempat. Aku sedih bila dapat tahu Luqman nak pindah sekolah. Well, Luqman ni anak murid yang sangat baik hati. Kalau aku nak listkan satu - satu apa yang Luqman dah buat dekat aku nanti orang kata aku terlalu mengagung-agungkan Luqman pulak walaupun hakikatnya Luqman memang manusia yang baik budi. Sepanjang aku mengajar dia, Luqman tak pernah sakitkan hati aku. Tak pernah. Luqman antara manusia yang selalu menjadi cooler kalau api amarah sedang membakar-bakar. Tak keterlaluan kalau aku kata aku sayang Luqman. Jadi bila Luqman kata ayah dia minta dia pindah sekolah, aku rasa macam dunia gelap sekejap. Gelap 5 saat. Tak dapat nak cakap apa-apa. Sebak dalam hati toksah katalah. Aku tahu, kalau betul Luqman jadi pindah, memang akan hilang serilah hidup aku dekat SESEGA tu. Tak ada lagi Luqman yang selalu buat aku ceria setiap hari. Sobs. --" Ramai anak murid aku yang pindah bila naik Tingkatan 4. Ada yang ke Kolej Vokasional, ada yang Sekolah Berasrama Penuh, ada yang ke sekolah Sains. Masing- masing pergi dengan kenangan manis kami. Aku cuma harap, diaorang tak lupakan aku. Aku sayang semua anak - anak murid yang pernah aku didik. Semua. Ah. Emosi.


Ahmad Luqman
Jadi itulah hidup aku sepanjang aku tak update blog. Aku rasa bulan Januari ni bulan airmata sikit sebab ramai manusia - manusia yang aku sayang, satu satu tinggalkan sekolah. Ah. Buat- buat gembira setiap hari sedangkan dalam hati Allah saja yang tahu.

Dah. Babai.

Read More»

Airmata.

#NowWatching Di Bawah Lindungan Kaabah
#NowPlaying Kenang Daku Dalam DoaMu


Kau ingat tidak, waktu kau ketawakan bau perfume aku macam bau biskut bakar? Aku tahu kau bergurau dan aku pura - pura merajuk. Sumpah masa itu muka aku macam muka minta penyepak dan walaupun aku tahu kau tak akan ada masa nak pujuk aku yang mengada-ngada, aku buat - buat pandang kau serong selama 3 saat dan akhirnya kita dua - dua sengih lebar sama - sama. Dan lepas itu setiap kali bau perfume aku singgah hidung kau, kau kata kau lapar. Bau biskut.

Thank God sekarang BodyShop dah tak keluarkan lagi perfume tu. Depa ganti dengan bau yang lain yang seakan - akan sama tapi memang tak akan sama dengan yang aku selalu pakai ni. Thank God sebab bila depa dah tak keluarkan lagi means aku tak perlu beli. Bila aku tak perlu beli, aku tak akan pakai. Bila aku tak pakai, aku tak akan bau biskut bakar. Dan bila aku tak bau biskut bakar, aku tak akan teringatkan kau setiap masa.

Tuhan. Mohon jangan seksa aku dengan kenangan.

Air mata ni dah macam hujan.

Babai.

Read More»

Bukan Manusia Yang Tepat.

Assalamualaikum. Dengar sini makhluk Bumi.

Satu. Aku bukan manusia yang tepat untuk kau minta nasihat.

Sebab aku sendiri manusia yang sangat bermagnet dengan masalah dan aku tak tahu bagaimana mahu selesaikan masalah yang aku cipta sendiri. Walaupun bila sudah besar-besar begini aku jarang menangis macam waktu dahulu, tapi ya. Kemahiran menyelesaikan masalah aku masih cilaka. Jadi bila kau datang dan mahu aku hulurkan secebis dua nasihat, biasanya yang aku mampu berikan hanyalah sisa - sisa tahi permasalahan aku sendiri. Dan selalunya yang aku berikan itu bakalan tidak akan membantu engkau dari segi apapun.

Dua. Aku bukan manusia yang tepat untuk kau minta teguran.

Damn. Patutnya engkau jumpa Ustaz / Uztazah ataupun cikgu kaunseling katakan. Penghulu atau ketua kampung pun engkau boleh consider sebagai manusia yang layak untuk menegur engkau tapi bukan aku. Perangai aku sendiri boleh buat emak abah aku picit dahi, buat suami urut dada, lagikan pula nak menegur manusia lain. Tak. Nanti orang tuduh aku hipokrit. Hati aku hati tisu. Curah air musnah semuanya. Jadi please, sila tujukan ayat "Tegur-tegurlah saya kalau saya ada buat salah" Huhaii. Tak akan. Aku tak mahu orang counter attack aku dan berkata "Engkau punya perangai pun macam cilaka lagi kau nak tegur salah silap orang!" Memang taklah.

Tiga. Aku bukan manusia yang tepat untuk kau jadikan role model.

Most of the time, aku buat benda-benda stupid yang otak manusia biasa tak boleh nak digest kewarasannya. Sebagai seorang pendidik mungkin orang akan pertikaikan kenapa itu kenapa ini kenapa perangai aku begitu dan kenapa tidak begini. Aku bukan malaikat. Aku manusia yang kadang-kala emosi main peranan. Ada masa aku normal, ada masa aku cuma mahu menjadi diri sendiri dan duduk bawah pokok sambil baca buku Shin Chan. Tak ada siapa boleh halang. Perlukan role model? Itu, Tun Mahathir ada. Anwar Ibrahim ada. Ustaz Azhar Idrus pun ada. Aku? Lupakan saja.

Empat dan lain - lain.

Pendek kata aku bukan manusia yang tepat untuk kau lambakkan segala segala kebaikan yang kau pernah list downkan untuk aku. Bukan. Kau tak kenal aku sebenarnya. Kau ingat aku sempurna. Sebenarnya tak. Aku masih tidur dengan teddybear. Aku masih merajuk kalau tidak dibelikan cokelat. Aku masih menjerit-jerit kalau permintaan aku tak dipenuhi. Aku bukan manusia zuhud yang 100% hati curang pada dunia. Bukan. Aku tak layak, tak capai lagi tahap layak untuk kau panggil sempurna.

Mohon kau faham. Aku bukan manusia yang tepat.


Dah. Babai!

Read More»

Hari Pertama Sekolah

Assalamualaikum.Cantik betul bila datang sekolah hari pertama, aku dah kendong mop dari kereta. Pandang kiri kanan dengan harapan tak ada anak murid yang nampak cikgu cantik bawa mop pagi-pagi. Sekali kantoi dengan pakcik tukang kebun. Hewhew. Tujuan membawa mop pergi sekolah bukan sebab aku nak berangan naik mop macam Harry Potter naik penyapu terbang. Aku bawa mop sebab aku nak mop pantry yang kotor macam hKzy%63(*$#^@@#!! Surau hari tu aku dah kemas. 

Sebelum ini tuan - tuan dan puan - puan, surau tu rupa dia dah macam stor tempat melambak segala barang-barang. Buku berlonggok, kotak-kotak entah apa - apa. Itu tempat nak solat tu buat macam itu. Hmphh datang aku, apa lagi. Singsing lengan hah semua aku humban dekat tong sampah. Pleaselah, tempat solat. Jagalah kebersihan dia sikit. Belum masuk bab pantry lagi. Sedih aku mengenangkan cikgu-cikgu tempat aku. Bab mengotorkan pantry dengan surau memang masalah yang aihh. Nasib baik ada aku. Walaupun ayat aku nampak macam riak, tapi iyelah. Agak-agaklah kan kalau nak buat sepah pun. Jagalah kebersihan. Barulah kacak luar kacak dalam. So,yep. Hari pertama aku ke sekolah, sebelum punch card. Aku mop pantry dulu. Mohon pengetua baca blog aku. Baru dia sedar betapa rajinnya cikgu yang seorang ni. Hewhew.

Perhimpunan macam biasa. Bosan. Cuba setiap kali perhimpunan, jemput artis undangan. Bunkface ke, Kotak ke, paling sakai pun Hail Amir ke. Boleh menghilangkan bosan. Kalau tak pun, suruh cikgu-cikgu buat pertunjukan silap mata ke, main api pakai minyak tu ke. Apa-apalah. Asalkan tak bosan. Serious. Bosan. Untuk menghilangkan bosan, aku membahan dengan Oat. Bukan aku nak sangat tapi aku terpaksa. Kalau aku tak buat macam ini, aku takut aku terbuat tarian naga nanti dekat dataran perhimpunan. Untuk mengelakkan mati kebosanan.

Lepas itu bermulalah rutin harian aku sebagai seorang cikgu. Pengurusan kelas, masuk kelas mengajar, uruskan sukatan pelajaran, KPI, headcount, itu ini. Gosip. Padahal azam tahun baru, nak kurangkan bergosip! Ah punah azam tahun baru. Belum apa-apa dah gagal hari kedua tahun 2013. Esok kena baca ayat kursi banyak-banyak biar setan tak dekat. Tak adalah menggoda aku asyik nak melagha saja. Damn you setan! Manusia. Suka salahkan orang lain. Sampaikan setan pun kena.

Ah aku rindu dengan anak-anak 2012 aku. Tapi tak nampak langsung batang hidung dia orang. Semua pergi orientasi tingkatan 4. Nasib baik Nasuhaa datang dengan Farah. Bagi cokelat. Lahaii dapat hilangkan rindu. Suhaa semakin comel. Macam nak cubit-cubit pipi dia. Masa nak balik baru nampak Zharfan, Luqman, MAG dengan Syafiq. Ya Allah rindunya dekat Luqman. Siapalah nak tolong aku angkat buku lagi lepas ni. Janggal betul tadi bila habis kelas, angkat buku sendiri dan jalan sorang-sorang. Tahun lepas, tak pernah aku jalan sorang-sorang. Sentiasa ada bodyguard teman. Ya Allah, rindunya! --"

Pakai pink hari ini. Baju baru Emak jahitkan. Dengan harapan tampil comel dan macam princess. Tapi pagi-pagi lagi Kak Yati dah panggil aku gemuk. Ada jugak terfikir nak tendang dia, tapi nanti kena cop derhaka. So biarkan ajelah. --" Hari ini kelas tak banyak sangat, masa dihabiskan dekat meja bilik guru. Borak-borak dengan Ita, Kak Sally. Dengan Amir. Lama tak jumpa Amir. Bila dah jumpa semula, rutin saling menganjing pun diteruskan. Sabar ajelah. Ustaz tuuu. Tapi suka cakap aku pengaruh dia jadi jahat! --"

Alhamdulillah. Hari pertama sekolah tak ada masalah. Semua lancar saja. Anak- anak 2013 aku comel-comel dan baik-baik semuanya insyaALLAH. Mohon rajin dan berusaha sepanjang tahun ya! Esok esok dan esok wallahualam. Tapi jangan risau, jiwa kental macam aku akan selalu bertabah! *Tepuk dada* Insyaallah, Allah akan selalu bantu aku menghadapi cabaran - cabaran seorang pendidik. InsyaALLAH. ><,

Baju baru. Pink. Comelnya aku!

Dah. Babai. 

Read More»