Wednesday, January 2, 2013

Hari Pertama Sekolah

Assalamualaikum.Cantik betul bila datang sekolah hari pertama, aku dah kendong mop dari kereta. Pandang kiri kanan dengan harapan tak ada anak murid yang nampak cikgu cantik bawa mop pagi-pagi. Sekali kantoi dengan pakcik tukang kebun. Hewhew. Tujuan membawa mop pergi sekolah bukan sebab aku nak berangan naik mop macam Harry Potter naik penyapu terbang. Aku bawa mop sebab aku nak mop pantry yang kotor macam hKzy%63(*$#^@@#!! Surau hari tu aku dah kemas. 

Sebelum ini tuan - tuan dan puan - puan, surau tu rupa dia dah macam stor tempat melambak segala barang-barang. Buku berlonggok, kotak-kotak entah apa - apa. Itu tempat nak solat tu buat macam itu. Hmphh datang aku, apa lagi. Singsing lengan hah semua aku humban dekat tong sampah. Pleaselah, tempat solat. Jagalah kebersihan dia sikit. Belum masuk bab pantry lagi. Sedih aku mengenangkan cikgu-cikgu tempat aku. Bab mengotorkan pantry dengan surau memang masalah yang aihh. Nasib baik ada aku. Walaupun ayat aku nampak macam riak, tapi iyelah. Agak-agaklah kan kalau nak buat sepah pun. Jagalah kebersihan. Barulah kacak luar kacak dalam. So,yep. Hari pertama aku ke sekolah, sebelum punch card. Aku mop pantry dulu. Mohon pengetua baca blog aku. Baru dia sedar betapa rajinnya cikgu yang seorang ni. Hewhew.

Perhimpunan macam biasa. Bosan. Cuba setiap kali perhimpunan, jemput artis undangan. Bunkface ke, Kotak ke, paling sakai pun Hail Amir ke. Boleh menghilangkan bosan. Kalau tak pun, suruh cikgu-cikgu buat pertunjukan silap mata ke, main api pakai minyak tu ke. Apa-apalah. Asalkan tak bosan. Serious. Bosan. Untuk menghilangkan bosan, aku membahan dengan Oat. Bukan aku nak sangat tapi aku terpaksa. Kalau aku tak buat macam ini, aku takut aku terbuat tarian naga nanti dekat dataran perhimpunan. Untuk mengelakkan mati kebosanan.

Lepas itu bermulalah rutin harian aku sebagai seorang cikgu. Pengurusan kelas, masuk kelas mengajar, uruskan sukatan pelajaran, KPI, headcount, itu ini. Gosip. Padahal azam tahun baru, nak kurangkan bergosip! Ah punah azam tahun baru. Belum apa-apa dah gagal hari kedua tahun 2013. Esok kena baca ayat kursi banyak-banyak biar setan tak dekat. Tak adalah menggoda aku asyik nak melagha saja. Damn you setan! Manusia. Suka salahkan orang lain. Sampaikan setan pun kena.

Ah aku rindu dengan anak-anak 2012 aku. Tapi tak nampak langsung batang hidung dia orang. Semua pergi orientasi tingkatan 4. Nasib baik Nasuhaa datang dengan Farah. Bagi cokelat. Lahaii dapat hilangkan rindu. Suhaa semakin comel. Macam nak cubit-cubit pipi dia. Masa nak balik baru nampak Zharfan, Luqman, MAG dengan Syafiq. Ya Allah rindunya dekat Luqman. Siapalah nak tolong aku angkat buku lagi lepas ni. Janggal betul tadi bila habis kelas, angkat buku sendiri dan jalan sorang-sorang. Tahun lepas, tak pernah aku jalan sorang-sorang. Sentiasa ada bodyguard teman. Ya Allah, rindunya! --"

Pakai pink hari ini. Baju baru Emak jahitkan. Dengan harapan tampil comel dan macam princess. Tapi pagi-pagi lagi Kak Yati dah panggil aku gemuk. Ada jugak terfikir nak tendang dia, tapi nanti kena cop derhaka. So biarkan ajelah. --" Hari ini kelas tak banyak sangat, masa dihabiskan dekat meja bilik guru. Borak-borak dengan Ita, Kak Sally. Dengan Amir. Lama tak jumpa Amir. Bila dah jumpa semula, rutin saling menganjing pun diteruskan. Sabar ajelah. Ustaz tuuu. Tapi suka cakap aku pengaruh dia jadi jahat! --"

Alhamdulillah. Hari pertama sekolah tak ada masalah. Semua lancar saja. Anak- anak 2013 aku comel-comel dan baik-baik semuanya insyaALLAH. Mohon rajin dan berusaha sepanjang tahun ya! Esok esok dan esok wallahualam. Tapi jangan risau, jiwa kental macam aku akan selalu bertabah! *Tepuk dada* Insyaallah, Allah akan selalu bantu aku menghadapi cabaran - cabaran seorang pendidik. InsyaALLAH. ><,

Baju baru. Pink. Comelnya aku!

Dah. Babai. 

4 comments :

A Z M I E D A said...

Semangat betul first day sekolah. Mohon terus bersemangat seperti hari ni sampai akhir tahun nanti. :P

fifi tiez said...

bukan murid aje yg pakai bju baru,cikgu pun sama.hehe..

Cik Puan Bunga said...

@A Z M I E D AInsyaALLAH! ><,

Cik Puan Bunga said...

@fifi tiezCikgu dia berlebih-lebihan! ><,