Monday, January 21, 2013

Seminggu.

Assalamualaikum. Phew lama betul aku tak update blog. Aku harap engkau orang janganlah rindu sepanjang ketiadaan aku ya sebab aku baik-baik sahaja. Masih makan dua pinggan sehari dan masih tidur malam sambil peluk cokelat Cadburry. Ya. Aku masih normal. Walaupun emosi aku sedikit berantakan, yang lainnya, aku masih homo sapien yang normal.

Update yang pertama. Color blocking. Untuk yang tak tahu color blocking tu apa, aku macam malas pulak nak explain. Nasihat aku, adalah baik kalau engkau orang semua gunakan saja khidmat Google. Engkau orang jangan jadi warga Malaysia yang pemalas dan hanya mahu semua benda percuma sahaja. Hentak kaki mintak benda percuma sedangkan nak masuk jamban pun paling kusut kena sedikan dua puluh sen. Lari topik. Oh ya. Color blocking. Aku cuba aplikasikan color blocking ke sekolah. Aku rasa ia sangat cool. Tapi ya. Masih tak ramai manusia yang boleh terima color blocking ni. First time aku pakai ke sekolah saja sudah dipandang serong. Dan aku macam biasa, pekakkan telinga. Sebab aku rasa aku sangat awesome memakai baju plain electric blue dengan tudung yellow mustard. Aku rasa sungguh hispter. Selalu aku pink memanjang ke sekolah. Dan ya, few students kata aku comel begitu. Yang lain mungkin muntah secara diam-diam. Persetankan. Feng Shui diri terasa berubah secara total. Color blocking is awesome. Let's do it again another time yok!

Aku awesome dan siap buat peace.

Update kedua. Hari Sabtu lepas ada Kejohanan Merentas Desa di sekolah. Hujan lebat huhai tapi pengetua dengan relaksnya berkata "Ayuh teruskan acara". Budak - budak berlari dalam keadaan yang basah. Macam kambing. Maaf. Tapi ya. Macam kambing yang kebasahan. Kasihan. Tapi nak buat macamana. Takkan aku nak bekalkan payung sorang satu. Sebagai guru yang berwibawa dan penuh kasih sayang, aku duduk bawah jejantas depan sekolah dan tunggu budak-budak lari sampailah ke peserta yang terakhir. Nampak macam kerja senang. Tapi basah lencun jugak aku. Membawak ke demam lah jugak walaupun kata kerja tu nampak macam makan gaji buta. Keputusan kejohanan, rumah sukan aku dapat tempat kelima daripada enam pasukan. Hebat tak. Nombor lima. Bangga betul dengan pencapaian rumah sukan aku tahun ni. Dahlah ahli ramai tak datang. Bagus lah bagus.

Diorang kata badi kalau ketua rumah pakai warna lain masa kejohanan. Taubat. Lepas ni aku pakai merah memanjang.

Update ketiga. Hari itu masa latihan rumah sukan, dia orang ramai-ramai pakat kata aku gemuk. Well, aku tahulah aku gemuk. Benda tu obvious dan rasanya tak perlulah war-warkan depan orang ramai. Ada 5 orang dekat situ dan lima-lima kata aku gemuk, lebar, chubby, montel, tembam blablablabla. Fine. Mulut senyum dalam hati rasa nak buat amukan puaka. Aku pun tak faham apakah seronok sangat membahan kegemukan aku? Kepuasan dalaman jenis apakah yang dia orang dapat sebenarnya? Hidup diaorang terlalu palatkah sampai diaorang terpaksa mencari keseronokan dengan membahan aku? Kasihan. Sebab aku walaupun gemuk, menikmati setiap saat yang berlalu dalam hidup aku dengan penuh kebahagiaan dan kenikmatan. Kawan kata aku terlalu sensitif sedangkan mereka hanya bergurau. Bergurau kepala lutut lah. Dan hasilnya, aku berjogging hampir setiap hari. Ditambah dengan sesi bermain badminton dengan Emak, plus skipping plus kawal makan. Well, aku rasa that should do. Allah lihat usaha aku. Allah knows best apapun. Kalau Dia kata aku lebih menjadi manusia beriman dengan keadaan yang gemuk ni, so be itlah. Kalau aku kurus tapi aku tak jadi manusia yang menjaga agama, apa guna. Ye dak? Cakap macam bagus.

Jogging dan buat peace boleh membantu pembakaran lemak yang lebih maksimum. Aku tipu.

Update keempat. Aku sedih bila dapat tahu Luqman nak pindah sekolah. Well, Luqman ni anak murid yang sangat baik hati. Kalau aku nak listkan satu - satu apa yang Luqman dah buat dekat aku nanti orang kata aku terlalu mengagung-agungkan Luqman pulak walaupun hakikatnya Luqman memang manusia yang baik budi. Sepanjang aku mengajar dia, Luqman tak pernah sakitkan hati aku. Tak pernah. Luqman antara manusia yang selalu menjadi cooler kalau api amarah sedang membakar-bakar. Tak keterlaluan kalau aku kata aku sayang Luqman. Jadi bila Luqman kata ayah dia minta dia pindah sekolah, aku rasa macam dunia gelap sekejap. Gelap 5 saat. Tak dapat nak cakap apa-apa. Sebak dalam hati toksah katalah. Aku tahu, kalau betul Luqman jadi pindah, memang akan hilang serilah hidup aku dekat SESEGA tu. Tak ada lagi Luqman yang selalu buat aku ceria setiap hari. Sobs. --" Ramai anak murid aku yang pindah bila naik Tingkatan 4. Ada yang ke Kolej Vokasional, ada yang Sekolah Berasrama Penuh, ada yang ke sekolah Sains. Masing- masing pergi dengan kenangan manis kami. Aku cuma harap, diaorang tak lupakan aku. Aku sayang semua anak - anak murid yang pernah aku didik. Semua. Ah. Emosi.


Ahmad Luqman
Jadi itulah hidup aku sepanjang aku tak update blog. Aku rasa bulan Januari ni bulan airmata sikit sebab ramai manusia - manusia yang aku sayang, satu satu tinggalkan sekolah. Ah. Buat- buat gembira setiap hari sedangkan dalam hati Allah saja yang tahu.

Dah. Babai.

17 comments :

Lyeen De Syifa said...

byknya kisah yg berlaku..tu la hebatnya jd cikgu..pnglaman yg mmg xleh beli kat mana2..:) apapun, lyeen nk try colour blocking tu akk..mcm best..HAHA..yah! persetankan apa org nk kata..ahahha

Cik Puan Bunga said...

@Lyeen De SyifaColor blocking tu best Lyeen! Rasa new and fresh! :D

Yah. Persetankah! Janji kita happy dan tak kacau orang! :D

Anonymous said...

cantikla baju awak..kain kembang payung kan>>> sape yg jahit?? sy berminatla..

OmbakBaik said...

yellow mustard memang kool skarang ni kan..cantek je..mestiyg pandang serong tu cekgu2berumur ye..

n mmg btol kalu kita jadik ketua rumah..sepanjang musim sukan kita haruslah pakai baju rumah sukan kita..baru ade ong maa...awak merah besh lagi..dlu saya hijo..jenuh mengagau baju ijau..asyik ulang2 baju sama je slalu..heheh :)

Nurmujahidah Ismail said...

tak nak rasa sedey bila berpisah,, sebab ianya sangat amat perit,, i am feeling the peritness now,,, :'(

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousAda tailor kat pekan saya tinggal ni tolong jahitkan. Haha. Kain dia kombinasi kembang payung dan maxi skirt potong 6 :)

Cik Puan Bunga said...

@OmbakBaikLepas ni memang pakai baju merah ajelah memanjang! Hewhew!

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailPerpisahan = menyakitkan. :'(

Anonymous said...

Suke la tgk muka akak.. Pki pencuci muka n toner pe..msih pki eskinol+tidact n mkn vco x

yayath said...

wahhhhh...comel je color blocking CPB tuh...hehe:)

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousTerima kasih. Eskinol masih pakai, toner tak pakai, pencuci muka masih guna sabun susu kambing, vco dah tak makan sebab gantikan dengan Vit C and Vit E dari Shaklee! ><,

Cik Puan Bunga said...

@yayathYathhhhh! Lama tak jenguk? :D Terima kasih!

Asyraf Arif said...

color blocking melibatkan feng shui? haha this is epic!

HAHAHA!!!

Cik Puan Bunga said...

@Asyraf ArifFeng shui sangat! LOL! ><,

Anonymous said...

Susu kmbg xnek jrwt ye sbbkn susu. Then.mkn vitamin tu xde healing crisis k.tq

Nieyxzha Hassan said...

Suka color blocking.. comel ♥

Cik Puan Bunga said...

@Nieyxzha HassanKan? Ekeke! Comel gila! Rare!