Thursday, February 14, 2013

Dia Bukan Anak Ikan Aku

Assalamualaikum. Pertama kali orang panggil dia anak ikan aku, adalah aku rasa macam mahu ceduk saja muka dia lalu memback hand pinggang dia supaya dia tahu apa erti penyesalan. Aku macam tak boleh nak hadam takrifan anak ikan yang disebut-sebut dek orang. Ferghh aku guna kosakata "takrifan". Cikgu BM aku sudah tentunya akan berbangga. Oh ya, berbalik kepada anak ikan. Ingin aku tegaskan disini, dia bukan anak ikan aku. Pada aku istilah anak ikan itu sungguh pongkes maknanya, selain memberikan gambaran negatif kepada aku dan dia yang innocent serta suci dari dosa, istilah anak ikan yang diguna pakai sememangnya kalau tak kena gaya, mampu mengundang pasu bunga dimuka. Jadi please, sebelum panggil seseorang itu anak ikan kepada seseorang, fikir dua tiga kali. Aku tak mahu ceduk muka orang sesuka hati.

Aku ni jenis cikgu yang kalau anak murid rapat ke aku, buat perangai macam baya - baya adik aku, serta merta kasih dan sayang aku tumpah ke mereka. Serious dan ini bukan aku buat-buat. Aku rasa anak-anak murid aku ni semua macam adik-adik aku. Comel-comel semuanya walaupun kadang-kadang perangai masing-masing mengundang cerca. Kalau kata ada yang mahu luah masalah dunia, masalah percintaan masalah kena tinggal bas, aku dengan hati kembang sudi mendengar. No problem punya. Dan dalam ramai-ramai adik-adik aku tadi ni, ada few lah yang memang betul-betul baik dan rapat dengan aku. Pesen manusia yang taatnya memang tahap lindungan kaabah. Perangai baik menyejuk hati. Alhamdulillah. Aku beruntung sebab diberi Tuhan beberapa anak murid yang begitu.

Salah seorangnya, dia inilah. Dia inilah, yang orang panggil anak ikan aku. Memang pesen mulut mintak ludah. Mula-mula aku agak meraban jugaklah amarah bila orang panggil gitu ke aku. Aku terasa sungguh jalang dan tidak bermartabat. Tapi bila lama - lama aku fikir, kadang-kadang aku fikir sambil makan keropok ikan cap baby, akhirnya datang satu ilham kesedaran dalam hati. Aku berfikir, buat apa aku nak kisahkan cakap-cakap orang, kalau aku layankan semakin girang pula mereka mengadu domba, jadi ada baiknya aku persetankan sahaja mulut-mulut puaka minta kaki terbabit. Kalau dilayan buat penat saja. Bila aku ajukan permasalahan ini ke suami, suami gelak saja sambil geleng-geleng kepala dua tiga kali. Dia cuma kata "Saya kenal siapa sayang saya". Sumpah macam lagu Ainan Tasneem. Lebih kurang macam itulah ayat dia. Aku lekas-lekas jadi sejuk hati. Padahal aku bukan layan pun Ainan Tasneem tu.

Tapi dia memang baik apa. Dia punya tahap penyabar memang menggila aku cakap ke engkau. Kalau aku tengah emosi tertabrak hati berantam dengan perangai kawan-kawan kelas dia yang kadangkala hampir membuat aku bertempik sekuat jiwaraga, dialah nanti yang datang mohon maaf walaupun bukan salah dia. Kalau hari ini dia tengok aku muka macam mintak kaki stress ke hape, esoknya tiba-tiba ada cokelat atas meja. Hari ni aku batuk-batuk, esok eh ada gula-gula batuk atas meja. Aku syak kalau aku jalan kaki pergi sekolah hari ni, esok mesti ada basikal dekat tempat parking aku. Aku syak begitulah. Kerja sekolah yang aku beri tiptop dia buat. Kalau aku bawa buku banyak masuk kelas, nanti dia yang pertama hulur tangan mohon mahu tolong bawa. Itu dia dekat sekolah.

Kalau dia secara manusianya, dia jenis manusia yang cintakan masjid. Kadang-kadang aku selamba juga pengaruh ke dia, menyetan tak tentu hala, aku kata apa syoknya solat dekat majid, dekat rumah macam tak boleh solat. Dia pesen manusia yang sabar terangkan satu-satu fadhilat solat dekat masjid. Bukan aku tak tahu, taknak kalah, eksyen lebih, aku cakap, eh tahulah. Dia senyum aje. Takde usaha langsung nak menderhaka. Kalau bercakap memang sopan santun lahai pesen pijak semut, semut sihat lagi. Aku dok perati kot-kot dia buat perangai menantu pilihan ni cuma ke aku aje, rupanya dengan semua cikgu pun dia macam itu, bercakap dengan kawan-kawan pun pesen yang Allah mak, lembut sopan lemah gemalai. Sejuk betul perut Emak dia mengandung. Dia suka benda-benda baik. Hati dia salju. Jangan kasar-kasar dengan dia.

Sebenarnya dia banyak ajar aku. Umur kami memang jauh beza tapi percaya ke tidak, aku banyak belajar dari dia. Banyak. Aku banyak belajar jadi sabar, jadi manusia yang menghargai apa yang aku ada, aku belajar memperbaiki diri, aku mula pandang berat benda-benda yang selama ni aku pandang ringan. Senang cakap, aku belajar jadi manusia yang lebih baik. Alhamdulillah. Aku mengajar dia dalam masa yang sama aku belajar daripada dia. Sifat dia yang merendah diri, tak pernah bongkak itulah yang aku memang salute lejen spring ke dia. Sifat yang aku rasa hampir pupus dikalangan anak muda generasi Y.

Kalau nak aku cerita semua ke sini, memang banyak. Banyak. Sumpah. Cukuplah aku bagitahu yang dia memang manusia yang baik. Aku yakin satu hari nanti kalau kena gayanya, dia akan jadi bintang. Dia pernah cakap ke aku, dia nak ke Jepun. Nak sambung belajar, nak tengok sendiri dengan mata kepala dia macamana Sakura berkembang. Dia kata Sakura tu bunga mengada-ngada. Mentang-mentang tahu diri istimewa, kembang pun ada time. Tak calang-calang waktu dia nak kembang. Itu yang dia obses sangat ke bunga Sakura, Aku layankan aje. Benda yang aku kagum pasal Jepun pun ada tiga aje. Otromen, Doremon dengan selipar dia. Tapi ya, aku yakin, isteri dia nanti pun bukan jenis perempuan yang calang-calang. Cantik dah mesti, baik macam dia. InsyaALLAH. Aku doakan.

Ini, bila dia dah jauh, aku memang terasa habis dalam hati. Jauh wuhai dekat Sungkai Perak sana. Pesen yang kalau sengaja nak datang melawat memang melawat dalam mimpi ajelah. Masuk MRSM. Memang sebelum PMR dulu beriya jenis menggila nak masuk MRSM. SBP siap tak pandang. Alhamdulillah. Allah perkenankan doa dia. Tapi itulah ujian Allah nak beri, on the way dia nak daftar ke MRSM Trolak, dia sekeluarga pulak accident. Makan jahit jugaklah adik dengan kakak dia. Parents dia alhamdulillah selamat. Dia ni pulak aku syak calar balar jugak. Tapi dia asyik dok kata dia okay dia okay. Naluri keibuan aku ni tak pernah menipu. Betul. Bila aku suruh dia hantar gambar dia, hambik kau tangan calar balar. Tapi dia jenis hati sungguhpun jiwa-jiwa, tapi pesen yang ingat Tuhan banyak, redha tebal menggila dalam hati. Kuat asa dia ni. Aku tahu.

Selamat sudah dia mendaftar dekat MRSM. Alhamdulillah. Aku doakan dari jauh. Semoga dia baik-baik saja disana. Semoga dia sihat sentiasa dalam lindungan cinta yang Maha Mencinta. Dan aku, tetap dekat sini. Tunggu dia balik dengan kejayaan. InsyaALLAH. Dan tolong, mohon, jangan kata dia anak ikan akulah. Itu jijik sangat. Hina sangat untuk dia. Nak kata ke aku tak apa, tapi jangan ke dia. Dia cuma seorang anak soleh yang hatinya penuh dengan kebaikan dan cinta. Dan jangan risau, aku tak tergamak nak merosakkan kesolehan dia.

Dia kalau mengkacakkan diri memang tidak syak lagi. (Dalam seragam MRSMian dia.)
Jadi, tamatlah karangan lapanbelas muka surat aku pasal dia. Muhammad Farhan nama dia. Baik budaknya. Jadi mohon, jangan panggil dia anak ikan aku. Nanti kecil hati aku. Sudahlah aku ni susah nak dipujuk. Kan dah menyusahkan diri nanti fikir jalan yang terbaik nak pujuk aku macamana. Haa. Kan? 

Sekian. Wasalam.

Dah. Babai.

Gua benci PSY.

PSY tak handsome pun!

Eh?

23 comments :

Nurmujahidah Ismail said...

muja baca sebijik sebijik perkataannya,, alahai,, manis sungguh senyuman,, tak sabar nak jumpa student yang sayang kat muja macam ni in the future,, huhu,, pedulikan je yang mencela,, mereka tu bukannya apa,, jeles menebal semata.. saya kenal teacher saya,, :D

watyz said...

hensem anak ikan ni... tp pelik la.. besar sangat la anak ikan ni...ni anak ikan ke bapak ikan??? hehehhehe

ieta said...

Sabar je lah... macam2 dugaan buat seorang guru kan? Salam perkenalan, saya juga seorang guru berminat untuk meletakkan blog puan di dalam blog picisan saya sebagai blog terbaik :)

Liawati Uret said...

Memang susah kalau baik kat orang. Timbul macam-macam persepsi. Tapi, biar jelah kat orang yang timbulkan persepsi pelik-pelik macam itu asalkan orang yang kita sayang tau kebenaran. Sabar jelah.

Hustler said...

Alalalala.... Jahat btol yang panggil dia anak Ikan. Meh pujuk meh,. Opah imang.. Opah imang.. Opah imang....

OmbakBaik said...

budak lelaki baek di sekolah memang agak sukar dicari..

moga dia terus berjaya dan tak lupa jasa cekgu comelnye :)

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailAh terima kasih Muja! :) Dia ni manis luar dalam. Insyaallah Muja, kita layan org baik-2 org layan kita baik-2. Ah manisnya ayat yg akhir tu! :D

Cik Puan Bunga said...

@watyzHakhak. Anak soleh ni :)

Cik Puan Bunga said...

@ietaDugaan. Betul. Kena kuat. Awak pun guru juga? Wah bertambah geng dari line cikgu cikgu! Terima kasih! ><,

Cik Puan Bunga said...

@ietaDugaan. Betul. Kena kuat. Awak pun guru juga? Wah bertambah geng dari line cikgu cikgu! Terima kasih! ><,

Cik Puan Bunga said...

@Liawati UretInsyaallah. Sabar sentiasa. Terima kasih! ><,

Cik Puan Bunga said...

@HustlerNak imang jugak nak imang jugak! *Eh hambar

Cik Puan Bunga said...

@OmbakBaikKan? Semoga dia tak lupa cikgu comel dia. Hakhak!

Razil Tahir said...

ala.. anak ikan jer pun.. bukannya jadi anak ikan betul-betul lagipun...

awww.. you're such a great teacher.. keep up the good n noble work.. :)

Cik Puan Bunga said...

@Razil TahirHakhak. Tak suka. Kesian dia.

Oh thank you! :D

Fikri Muhammad said...

berhasil mengarang karangan. Boleh buat novel neh..

Cik Puan Bunga said...

@Fikri MuhammadAkan dibukukan. Hakhak!

Bui Junaidi said...

DH DEKAT2 DGN NAMA ANAK BUI LA..HEHE

Cik Puan Bunga said...

@Bui JunaidiAh. Farhan juga ke? Semoga soleh juga :D

Tinta Lana said...

Assalammualaikum kak.

1st time singgah sini.. :)

Ada je orang yang tak senang ya.. org gitu cemburu biasanya. Dia takda apa yang kita ada.

Takpala kak, yang penting niat kita. Bukan senang nak jumpa anak murid yang baik n berjiwa besar kan.

Cik Puan Bunga said...

@Tinta LanaAh terima kasih! :D Selamat datang ke blog yang tak semenggah ni. Ahaha.

Mungkin. Cemburu. Kan?

Thank you untuk kata-2 semangatnya :)

yayath said...

mcm best je plak jadi seorang guru ni kan CPB:)hehe...

bestnye dapat cekelat..mintak skit..i love cekelat:)hihiiiiiiih

Cik Puan Bunga said...

@yayathAda best ada tak bestnya jugak. Hakhak.

Banyak gilaaaa cokelat kat rumah. Haha.