Sunday, March 10, 2013

Chaperon SESEGA Ke MSSD. Kau Ada?

Assalamualaikum. Sejak diberitakan nama aku tersenarai dalam senarai nama chaperon yang bakal mengiringi atlit - atlit SESEGA ke MSSD Batu Pahat, bunyi cengkerik kedengaran ada di mana - mana. Apa ke jadahnya pula seorang kaki bangku macam aku diberi tanggungjawab membawa budak - budak atlit? Sudahlah bukan jurulatih, itu tak apa lagi, ini aku memang pesen manusia kaki bangku yang jangan kata lumba lari, lari dalam guni pun aku tak reti. Jadi bila kaki bangku sedunia macam aku bawa atlit ke MSSD memanglah mengundang gossip di sana - sini. Ada juga suara - suara sana sini yang berbunyi. Itu termasuk suara aku sendirilah. Yelah, aku kan cikgu PMR. Biasanya cikgu PMR ni diharamkan keluar sekolah lebih dari 5 minit. Nampak betapa pentingnya aku? Kalau kata aku keluar sekolah lama - lama karang terabai pula anak - anak didik aku. Jatuh pula prestasi subjek Bahasa Inggeris sekolah aku. Wuhaii panas betul statement.

Pagi - pagi dengan make up tebal 3 inci, ditambah dengan perfume yang bau dia sebatu dah boleh hidu, tidak ketinggalan juga eyeliner ala cleopatra yang menjadi trademark mata sejak tahun 2009, aku melangkah gagah ke stadium UTHM tempat berlangsungnya MSSD Batu Pahat 2013. Champion sungguh terasa bila dikelilingi manusia - manusia muscle kental sana - sini. Terasa darah atlit membuak - buak tak tentu hala. Maka dengan muka riak separuh bangga, aku pun buat - buat menyibuk di khemah SESEGA walau hakikatnya satu hapa pun aku tak reti. Nasib baik ada Harith dekat situ yang sama - sama blur macam aku. Sudahnya Oat yang settlekan semua. Dan aku, bak kata aku ke Harith "Tugas kita lagi penting sebenarnya, Rith. Kita ni penghias dan penyeri kontinjen namanya." Kahkah. Musibat sungguh.

Pagi - pagi tu boleh tahan lagi, tapi membawa masuk ke tengahari, matahari dah mula terpacak tegak atas kepala, maka emosi dia pun mula berubah sama. Kalau pagi tadi riuh rancak borak itu ini, masuk tengahari semua dah melepek tak larat nak cakap apa - apa lagi. Nak nak lagi perut lapar, maka tak tentu hala sikit emosi pada ketika itu. Bila Zaman hantar makanan aje, menggelupur masing - masing makan nasi tak tengok kiri kanan depan belakang. Sedap pula nasi hari tu lain macam. Faktor kelaparan yang maksimum mungkin menyumbang terhadap kelazatan nasi yang kalau dilihat dari segi fizikalnya memang mengundang ke longkang saja. Alhamdulillah. Kenyang. Rezeki Allah.

Team ungu. Beliebers secara tak langsung. Kakaka. Politik Bieber yang gagal disedari oleh Harith.

Atlit SESEGA memang tidak mengecewakan. Bangga kembang kempis lubang hidung bila ada beberapa atlit yang memecah rekod kejohanan. Prestasi masing - masing pun  sungguh champion dan padu sekali. Hari pertama, 5 emas dah berjaya dirembat dengan eksyen sekali, nombor dua dibelakang juara keseluruhan bertahan SMK Dato Syed Esa. Phew. Dengki sungguh rasa di hati. Misi SESEGA nak menumpaskan Syed Esa pada tahun ini, semoga berjaya. Amin!

Ini masa tengahari. Redo. Masing - masing dah rentung! T_T

Membawa ke petang, hujan turun selebat - lebatnya pula. Habis basah khemah siap banjir pula. Memang cukup pakej kami hari itu. Sudahlah rentung, kemudian disimbah hujan pula. Romantik sangat. Hujan pulak pesen kilat petir sana sini, memang mengundang gusar dihati. Tetap, acara jalan 1500m diteruskan tapi atlit SESEGA kurang bernasib baik untuk acara ini. Tak apa. Yang penting semangat juang sampai ke garisan penamat tu yang buat kami bangga. Pukul 7 malam baru acara habis untuk hari pertama. Ada 3 hari lagi kami akan berkampung dekat stadium UTHM. Ini, mana - mana readers yang baca yang berhajat nak menyumbang cool blog ke khemah SESEGA untuk chaperon - chaperon bolehlah jenguk kami ya. Hakhak.

Konon - konon bincang hal penting. Totally berlakon.

Hai semuaaa! Lambai tangan pelisss!

Alhamdulillah hari pertama berjaya dihabiskan sampai ke sudah. Balik rumah memang penat, lepas mandi , solat tanpa sempat makan terus tak sedarkan diri sampailah ke esok paginya. Bangun dengan badan sakit - sakit. Memang berlakon betul padahal masa tu aku tak buat apa - apapun. Tapi pengalaman menjadi chaperon memang best dan banyak ajar aku benda - benda baru. Terima kasih kepada Unit Sukan dan Kokurikulum kerana memberi aku peluang yang tiada tolok bandingnya ini. Eceh ayat nak jek - jek aje. Gila pangkat betul aku ni.

Semoga diberi kekuatan untuk 3 hari lagi. Yiehaaa!
 

Dah. Babai!

10 comments :

watyz said...

ujan sbb teacher yg iring tu kot.. hehehhe

Nurmujahidah Ismail said...

alamak,, tetiba jadi takut nk jadi ckgu bila berkaitan ngan benda sukan ni,, haha

Syida Rasyidah said...

hahahhaaha, kelakar entry yang ni.. pssttt, kak .. cikgu PMR tu apa?

ps: blog sangat cantik dan kemass
:)

Cik Puan Bunga said...

@watyzSedih kena hujan basah lokos! Kakaka!

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailIni benda wajib Muja! Hahaha!

Cik Puan Bunga said...

@Syida RasyidahCikgu PMR tu cikgu yang mengajar form 3. Haha.

Terima kasih! :D

izfahanny said...

Hoho Cikgu Oat confirm berapi je sebab dia settle kan semua xD Semangat Belieber sungguh ! Hoho

Cik Puan Bunga said...

@izfahannyNasiblah. Siapa suruh bawa ratu make up yg kaki bangku. Kakaka.

imantizz_truper said...

whoa..cikgu bi waktu f.3 imatizz dulu pun suka pkai minyak wangi yg sebatu boleh bau..cikgu ada dekat kantin,imantizz dah boleh tau dia nak masuk kelas...^_^

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperCikgu BI memang cenggitu agaknya. Hakhak!