Friday, March 29, 2013

Surat Untuk Adik.

Assalamualaikum.

Dik, sejak engkau pergi jauh sambung belajar, berapa kali aku cakap dengan kau aku sayang dekat engkau? Berapa kali aku cakap yang aku bersyukur ada kau jadi adik aku? Berapa kali aku cakap yang aku taknak apa-apa yang buruk jadi pada engkau? Berapa kali aku cakap supaya kau jadi anak yang baik yang boleh buat emak abah bangga ada anak macam engkau? Tak ada kan dik. Tak ada. Aku tak cakap bukan sebab aku tak sayang kau dik, bukan jugak sebab aku tak bersyukur ada kau jadi adik aku, bukan jugak sebab aku nak benda buruk jadi dekat engkau, aku tak cakap dik, sebab aku tahu kau boleh rasa apa yang aku rasa. Aku tahu kau boleh rasa yang sayang aku ke engkau tak ada apa boleh pecah belahkan. Aku sayangkan engkau dari hari pertama Allah bagi kau jadi adik aku.

Aku tahu dik, aku bukan kakak yang baik. Banyak benda dalam hidup ni, yang sepatutnya seorang kakak yang baik perlu ajar kepada adiknya tapi aku tak buat. Aku tak ajar kau apa - apa pun dalam hidup. Aku biarkan kau belajar semua benda sendiri. Aku tahu suruh kau buat itu ini tapi aku tak tolong kau buat semua benda tu pun. Kau untung dik, semua orang sayang kau. Kau dapat apa yang aku tak pernah dan tak berpeluang dapat. Kau dapat semua dik. Orang akan usahakan untuk kau.

Aku selalu akan usahakan yang terbaik untuk kau dik. Kau nak pakai handphone, aku carikan engkau handphone. Dik, kau ingat tak aku belikan kau Tamagochi yang mahal tu? Kau tak main pun dik, kau main gitu-gitu aje lepas tu kau biarkan dia mati. Aku sanggup cari menatang tu serata KL sebab dekat Batu Pahat tak ada jual macam yang kau nak. Masa tu aku berhempas pulas cari dik, aku nak kau gembira. Aku nak kau happy aku carikan kau Tamagochi tu. Aku nak kau senyum penuh gembira, dik. Aku belikan kau handbag hello kitty warna pink. Pun kau tak pakai jugak, kau simpan aje dalam bilik. Kau tak suka ke ,dik? Kalau aku tahu kau tak suka, aku carikan lain yang kau suka, dik.

Kau mungkin tak tahu , dik. Tapi kalau kau susah hati, kau tertekan dengan apa-apapun, aku harap aku dapat tanggung separuh untuk kau. Ataupun aku dapat tanggung semua untuk kau. Kawan-kawan kau taknak kawan dengan kau lagi lepas masing-masing masuk Universiti, sedangkan masa tu kau cuma sambung Tingkatan 6, aku rasa macam nak tumbuk sorang-sorang kawan - kawan kau yang tak guna tu. Berani dia orang buat adik aku sedih. Kalau kau menangis, kau ingat kau nangis sorang-sorang ke dik? Aku menangis juga. Tapi bukan depan kau. Masa kau kecewa results SPM kau teruk, aku berminggu-minggu tak tidur malam dik. Aku solat hajat dan doakan Allah bantu kau untuk masa depan yang lebih baik. Dan masa kau sangat cemerlang masa STPM, akulah orang yang paling gembira dik. Aku bangga dengan kau. Semua orang aku cerita pasal kau. Adik aku pandai. Adik aku cemerlang. Apatah lagi masa kau dapat masuk Universiti. Tak tergambar rasanya aku gembira, dik. Aku gembira untuk kau.

Kau ingat tak dik, masa aku pura-pura hilang dekat UPM dulu? Kau hantar voice mail ke handset aku, voice mail yang kalau aku dengar berkali-kali mesti aku menangis gila babi. Ingat tak? Aku tahu kau sayang aku, dik. Aku tahu :') Kalaulah kau sedar apa yang aku buat ke engkau selama ni adalah sebab aku sayang kau dik, bukan sebab lain.

Kau untung dik, semua orang sayang kau. Kadang-kadang kalau emak abah lebih kan kau, aku jealous juga. Kak Lily, Kak Pae, semua sayang kau dik. Abang Izal selalu risaukan kau. Aku, jangan cakaplah. Beza umur kita banyak. Jadi bila kau lebih dimanjakan, aku memberontak diam-diam. Tapi jauh dalam hati, aku sayang kau lebih dari aku sayang diri aku sendiri. Aku selalu doakan kau dapat lelaki yang akan jaga kau dengan baik, akan sayang kau macam kami semua sayang kau. Akan pimpin kau masuk syurga Allah, yang akan bahagiakan kau dan berikan kau kebahagiaan yang kami tak dapat beri pada kau. Aku nak orang-orang baik aje yang bergaul dengan kau. Biar kau jadi baik juga.

Bila kau dah jauh, kau jarang-jarang contact aku. Hilang kawan yang selama ni ada dengan aku. Yang selalu masakkan aku tengah-tengah malam time kita lapar sama - sama. Yang selalu layankan aku makan megi sama - sama , shopping sama - sama, tengok wayang.  Gossip sama - sama. Semua rutin tu dah hilang dari aku dik bila kau pergi. Tapi aku tak kisah dik. Aku tahu kau selamat dan baik-baik saja. Aku tahu kau berkawan dengan orang-orang yang baik. Aku tahu kau sungguh-sungguh belajar dekat sana. Dik, banggakan emak abah tahu? Banggakan kami. Banggakan aku. Aku selalu doakan untuk kau dik. Kau tahu ataupun tak, aku selalu ada untuk kau. Aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau sangat-sangat. Banyak-banyak kakak kau, muka aku yang paling kau mirip kan? Orang kata muka kita saling tak tumpah. Jadi setiap kali kau tengok muka sendiri, sedikit sebanyak kau akan ingatkan aku dik.

Aku doakan kau selalu dik. Aku doakan keselamatan kau, kebahagiaan kau. Aku sayangkan kau. Aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau sangat-sangat. Aku bukan kakak yang baik, aku tak pernah tunjukkan contoh yang baik pada engkau, aku banyak buat benda-benda bodoh dalam hidup aku, dan aku harap sangat kau takkan buat benda-benda bodoh semua tu. Jangan buat emak abah kecewa dengan kau dik. Jangan jadi macam aku. Jangan jadi macam aku yang hanya tahu buat masalah. Kau jadi lebih baik dari aku, dik. Lebih baik dari kita semua. Susah macamanapun, aku akan tolong kalau aku mampu. Kau banggakan kami, tahu. Solat jangan tinggal. Buat apa yang Allah suka, tinggalkan apa yang Allah benci. Rasul jadikan idola. Masa muda penuhkan dengan belajar ilmu agama, dik. Jadi anak solehah.

Dik, nama engkau, Nornazura. Itu aku yang bagi dik. Banyak-banyak orang, aku yang beri kau nama. Kalau aku dah tak ada nanti, kau sentiasa ingat dik, nama kau, aku yang bagi, aku yang pilih sendiri. Sebahagian daripada diri kau, ada aku. Ingat tu. Aku doakan kau baik baik sahaja atas muka bumi Tuhan ini. Aku sayangkan kau, dik. Sekali lagi maafkan aku sebab tak mampu jadi kakak yang baik untuk kau selama ni. Aku sayang kau. Aku sayang kau sepenuh hati aku. Aku nak kau tahu ini.

:')

Yang benar,
Kakak kau yang nombor tiga.


16 comments :

~mrs azmi~ said...

so sweet!

imantizz_truper said...

macam mna kakak dia,macam tu la adik dia..cun! hehehe

Cik Puan Bunga said...

Thank you :)

Cik Puan Bunga said...

Aiceh bangga akak dia. Bahaha.

Nur Adila said...

sweettttnyaaa

Cik Puan Bunga said...

@Nur AdilaDiabetes! Diabetes! ><,

Nurmujahidah Ismail said...

cantikk,, tapi,, pengomen ini dah terlanjur jadi peminat kakak dia,, haha

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailMuja sweet talker! ><,

watyz said...

kan best aku jd adik ko. tp sayang.. ko pangkat adik ngan aku...waaa... sedih la!!!

Cik Puan Bunga said...

@watyzAlaa adik beberapa bulan jek! Kakakaka!

Farhana said...

Untunglah adik akak. Saya ada sorg jer kakak, jarak kiteorg 11 tahun. Sebab jauh sangat so kakak sy tak nak kawan dgn saya pun. dr kecik smpai besa sy kawan ngn abang2 sy je. nak jgk rasa manja2 dgn kakak kan tp takdpt pun. tp takpela sbb abang2 sy baik sgt dgn sy. untuk nornazura, awak syukurlah banyak2 dpt kakak yg baik dgn awak, biasala gaduh adik beradik tkpayah simpan dlm hati.mcm sy kakak sy taknak baik ngn saya pun :) tp abang2 sy baik sgt2 ngn sy, alhamdulillah. skrg sy umur 28 kakak sy 39. masih sama mcm dulu. its okey sbb i've got 2 bros who looked after me, budigadd gituhh. hihihihi.

Cik Puan Bunga said...

@Farhana:') What a sad story.

Jangan risau, satu pintu tertutup ada banyak pintu lain yang terbuka. Kakak awak sayang awak cuma tak tahu nak ekspres acane kot sebab jarak umur yang jauh. Macam akak dengan zura pun jarak umur kami 8 tahun, jauh jugaklah tu kiranya kan. But still, love is in the air! ><,

Happykan diri! Awak ada bodyguard, akak tak ada!

yayath said...

wahhhh....agak bergenang air mata membacanya:)hoho~~~

Cik Puan Bunga said...

@yayathHakhak !

Kak Lin said...

alah..genang2 la jugekkk membacanya. Semoga adiknya pun turut sentiasa mendoakan kakaknya :-)

Cik Puan Bunga said...

@Kak LinAmin insyaallah !:D