Saturday, May 4, 2013

UNDI . VOTE Like A Boss.

Assalamualaikum. Sebagai warganegara Malaysia yang bukan sahaja menghafal Rukun Negara, menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh bersemangat, mendapat A dalam Sejarah STPM serta mendapat D dalam subjek Pengajian Am sewaktu zaman Form 6 dulu, aku juga dengan eksyennya telah mendaftar sebagai salah seorang warganegara Malaysia yang akan mengundi pada esok hari. Kalau diikutkan, esok hari adalah kali kedua aku mengundi sepanjang hampir 30 tahun menjadi warganegara Malaysia. Alhamdulillah. Ada juga sumbangan aku kepada negara Malaysia. Sembang kencang macamana sekalipun kalau tak mengundi tak jadi apa - apa jugak, Kiah hoiii. Ya, inilah saya. Rakyat Malaysia yang akan mengundi pada esok hari. Di mana kiraan undi saya yang satu itulah yang akan menentukan hala tuju negara Malaysia samada terus makmur dan maju ataupun. Ataupun.. hmm hmmm.

Kalau dah namanya musim mengundi tu, memang sana sini tak kiralah alam maya ataupun alam nyata, semua pun sibuk bercakap pasal pasal politik. Time - time inilah nantinya kau dapat tengok penganalisis politik tumbuh macam jerawat kena picit dekat muka. Masing - masing keluarkan fakta, mana yang nak nampak lejen sikit siap bubuh hadith, ayat Al-Quran. Mana yang nak nampak macam kutu jalanan sikit mulalah keluarkan bahasa - bahasa rempit, mana yang nak nampak educated apa lagi, macam biasa, speaking ah kan walaupun grammar dia buat aku separuh buta. Macam - macam gaya. Troopers parti masing - masing yang buat kerja semua - semua ni sedangkan orang - orang atas duduk buat rilek sambil main Candy Crush Saga. Kadang - kadang seronok juga baca. Lagi - lagi kalau baca Twitter Abby Abadi. Lagi lawak dari tengok Maharajalawak. Lagi suspen dari tengok Ironman 3.

Aku memang patriotik. Aku tak dapat nafikan. Semangat cintakan bangsa dan negara serta agama yang terpahat dalam dada aku ni memang sungguh bersifat lain macam. Aku tak kisah kalau orang tu nak berdebat pasal politik pasal negara pasal bangsa, tak kiralah dia dari pihak kerajaan ke pembangkang, tapi biarlah perdebatan itu diisi dengan sesuatu yang bermakna. Berilmu. Bukan berdebat ikut hati, nafsu, emosi. Ye dak? Aku seorang Melayu Islam. Mustahillah aku nak menegakkan bangsa saja tanpa menjulang agama. Dan aku takkan nak biarkan bangsa aku diperkotak - katikkan oleh bangsa lain atas nama agama. Aku rasa tak salah kalau bangsa dan agama bergerak seiring. Mahu tak sedih, sama - sama bangsa, sama - sama agama, kutuk mengutuk keji mengeji sebab nak tegakkan parti politik masing - masing. Macam engkau mati besok atas tiket parti. 

Disebabkan undi adalah rahsia dan kita dilarang meniru sewaktu mahu memangkah calon pilihan masing - masing, agak kurang bijaklah aku nak bagitahu dekat sini aku nak undi parti mana, ye tak? Tak surpriselah nanti. Hewhew. Tapi aku nak jugak kongsikan views aku, aku tak harap pun engkau orang setuju sama - sama dengan aku. Dah kata nama pun pendapat peribadi.

1. Aku tak setuju bila orang yang mendukung parti berorientasikan Islam tapi panggil nama calon dari parti lain dengan gelaran - gelaran yang tak bagus. Nampak contradiction betul dekat situ. Aku lagi salute kalaupun kau nak tegakkan parti yang kau sanjung dan kau dukung dengan kata - kata yang indah dan bukan caci hina. Silap - silap, orang yang tak menyokong pun boleh terbuka hati. Haa.

2. Sedikit sarkastik bagi aku bila individu - individu yang aku kenal, yang selama ni hidup cara barat mengalahkan Justin Bieber, tiba - tiba tahu pulak pilih parti politik yang memperjuangkan Islam. Aku nampak ada bagusnya dekat situ. Mungkin beliau sudah mendapat hidayah, sebab hidayah Allah ini rahsia Allah. Baguslah. tapi mohon ini bukan sokongan bermusim. Kata cinta Allah tapi buat benda - benda yang Allah tegah.

3. Aku tak kata Kerajaan tu tulus kudus polos 100%, tapi tak jugak semestinya mereka tu semua korup 100%. Ada yang buat kerja dengan ikhlas jujur , khusyuk dan tawadhuk. Kita mana tahu hati perut diorang. Bukan kita boleh scan tengok satu - satu. Lagi satu aku panas jugak bila ada satu pihak ni dok kondem pegawai kerajaan macamlah kami ni pencacai sangat. Lepas tu dah kena kutuk kaw - kaw pun engkau orang macam watlek je memasing. Macam memperakui pulak tuduhan - tuduhan diorang. Tak terasa ke? Aku selaku pegawai yang berkhidmat dengan kerajaan merasa sungguh sentap dan kecil hati.

4. Semua nak memperjuangkan Islam dan mengharapkan negara dapat ditadbir dengan berlandaskan Syarak tapi kenapa kita taknak berubah dari diri kita sendiri? Kenapa kita sibuk cakap orang itu begitu begini tak solatlah, koruplah, masuk nerakalah tapi kita tak pernah nak tengok kita ni korup tidak dengan nikmat yang Allah kasi? Kenapa kita mengharapkan orang lain untuk mengampuhkan iman dalam diri kita? Kenapa bukan kita sendiri yang berubah? Aku percaya, kalau setiap muslim memperkasakan iman dalam diri masing - masing, tak payah guna parti pun, Islam boleh semarak gah diserata Malaysia, malah diserata dunia. Sarkastik juga tengok orang ni orang tu sibuk nak bangunkan syiar Islam tapi dia tak pandang diri sendiri dan individu - individu terhampir. Allah tak tidur. Bukan letak dekat tangan kita mana akhirnya nasib seseorang manusia itu.

5. Penggunaan bahasa kesat dan menjatuhkan kredibiliti kita sebagai orang Islam dan orang Timur yang kaya dengan adab sopannya. Tak usah nak kata satu pihak saja, aku tengok semua komponen pun ligat guna bahasa bahasa macam ini. Alangkah indahnya kalau kita semua saling berpantun ketika berdebat. Bersyair ke bersajak ke. Barulah bahasa jiwa bangsa. Ini asyik nak maki hamun keji maki kutuk nista. Rasa macam nak bagi makan lada sorang - sorang.

6. Kutuk pemimpin negara. Tak kiralah samada pemimpin kerajaan atau pembangkang. Aku tengok laju betul masing - masing kutuk Najib, kutuk Anwar kutuk TGNA macam diaorang semua tu kawan - kawan kau masa sekolah rendah. Hormatlah sikit. Kalau taknak hormat sebagai pemimpin, hormat sebagai orang tua. Engkau orang tu siapa nak kutuk - kutuk sana sini suka hati engkau orang? Dulu masa sekolah suruh jadi ketua kelas pun kau dah kecut lagi pulak nak cakap pasal tadbir negara. Halahh. Macam dah tak ada adab pulak masing - masing. Keyboard warriors konon padahal online pun pakai wifii jiran. Pakai notebook 1Malaysia pulak tu. Lahaii.

7. Ignorant. Anak - anak muda zaman sekarang ramai yang ignorant. Tak salah kalau kau nak jadi pembangkang tapi jadi pembangkang yang berilmu. Kalau nak keluarkan fakta ke hujah ke jangan asal suka main hembus. Tak salah kau mantapkan sikit ilmu politik kau, ilmu kenegaraan kau. Kadang nak tergelak pulak bila masing - masing kecoh pasal bendera menyemak tepi jalan, kecoh pasal suratkhabar penuh dengan cerita - cerita politik, kecoh TV radio asyik siar berita politik. Dah namanya pun Genaral Election. Munasabahlah keluar cerita pasal politik. Takkan nak cerita pasal Hantu Kak Limah Balik Rumah pulak. Ye dak? Lahaii. Yang kelakar bila bercakap pasal duit rakyatlah apalah, aku macam lahaii, balik - balik duit rakyat yang kau sebut padahal saman parking pun mintak diskaun.

Sebenarnya banyak lagi. Tapi malas nak tulis banyak - banyak. Semua orang berhak bagi pandangan masing - masing. Aku ni nak kata pandai sangat tu tak adalah pandai mana pun. Cuma aku tak buta untuk menilai dan aku tak tamakkan kuasa sampaikan matlamat boleh menghalalkan cara. Aku cuma seorang warganegara Malaysia yang cuba beri sebaik mungkin untuk negara tempat aku berpijak, berteduh, berbahagia bersama keluarga dan manusia - manusia yang aku cinta. Membesar di kampung, buat aku tak dahagakan hidup yang mewah berlebih - lebih. Cukuplah asal aku bahagia, berkerja dengan aman dan barokah dapat besarkan anak - anak.

Dan aku yakin seyakinnya, Islamnya aku bukan untuk dipertikaikan melalui parti apa yang aku pangkah nantinya. Aku yakin seyakinnya Allah Maha Mengetahui setiap apa yang aku tak tahu. Allah tak tidur. Memang aku tak bertudung labuh, bukan manusia yang menghafal Al - Quran, aku tak bercakap bahasa - bahasa Tuhan, aku tak pandai nak selit hadith dalam setiap perbualan, aku tak pandai nak quote mana - mana pun ayat Al-Quran, even istilah - istilah arab pun benda yang sangat alien untuk aku. Tapi aku Islam yang mengangkat dua kalimah syahadah. Aku Islam yang setiap hari cuba menjadi muslimah yang lebih baik. Aku Islam yang bukan hanya pada nama. Aku Islam yang bukan mengharapkan orang lain untuk mengIslamkan aku. Aku Islam yang dua kalimah syahadah tadi aku jadikan lampu dalam hidup. Dan keislaman aku tak ada kena mengena langsung dengan parti mana yang aku undi. Islam aku bukan mengikut trend. Islam aku bukan hanya pada nama. Dan yang paling penting, Islam aku bukan setakat mahu menjadi sok sok suci umpama Malaikat yang tak pernah mencicip dosa. Bukan.

Selamat mengundi untuk semua warga Malaysia. Dan aku dengar - dengar, ada warga Bangla juga yang akan mengundi besok menggunakan IC palsu yang kerajaan beri. Mungkin akan ada juga warga Myanmar, warga Tibet, warga Vietnam ataupun warga Planet Nameck sekalipun yang akan mengundi besok. Gasak engkau oranglah. Chill. Allah Maha Tahu. Kun Fayakun! ><,

Bukti woh bukti. Aku bukan warga Bangladesh okay.
Undi siapapun, bukan dunia akan kiamat kerana apa yang engkau pangkah itu. Ye dak?

SELAMAT MENGUNDI! VOTING LIKE A BOSS, EVERYONE! ><, 

Siapapun yang bakal menjadi kerajaan baru pada Isnin nanti, aku harap Malaysia kekal aman sejahtera. Amin Ya Rabb.

Dah. Babai!

8 comments :

Fizz Sahrudin said...

setuju!!! ;)

watyz said...

eh kite ade kawan rasa2 dok parit yaani jugak...
http://noorafne.blogspot.com/

muja said...

sokong!!!! sepatah2 kubaca,, lahaiiii,, :D

anna hashim said...

setuju sangat2..
satu entry yg btol2 telus dari hati rakyat..suara hati seorg rakyat :-)
pendapat yg boleh diterima pakai dek akal :-)

Cik Puan Bunga said...

@Fizz SahrudinKan? Hakhak !:D

Cik Puan Bunga said...

@watyzKenal ! :D

Cik Puan Bunga said...

@mujaThank you Muja ! Hakhak! Muja memang the best ! :D

Cik Puan Bunga said...

@anna hashimTerima kasih ! :D