Wednesday, June 26, 2013

Kecewa.

Aku manusia yang hati kental. Bukan jenis manusia yang senang - senang menangis depan orang ramai, bukan jenis manusia yang cepat mata merah dan bertakung air, bukan jenis manusia yang tengok cerita sedih terus banjir satu bilik. Bukan. Walaupun masa kecik - kecik aku suka menangis, tapi bila dah besar, airmata jadi mahal sikit. Payah nak keluar. Tapi, bila berhadapan dengan perangai anak - anak murid yang kadang - kadang buat aku istighfar banyak - banyak, aku rasa macam nak meraung dekat - dekat situ jugak. Hati yang batu tadi jadi lembut macam jelly kelapa. Jenis yang kuis sikit terus jatuh terhempas lalu pecah menjadi ketul - ketul kecil yang tak mampu dibentuk semula. Macam itu.

Aku tak kisah kalau kena ajar kelas belakang. Dah memang sejarah aku start mengajar sampailah sekarang, memang tak sah kalau dalam setahun tu aku tak pegang kelas yang hujung - hujung. Pesen yang kalau kata datang sekolah cuma nak buat musibat, pesen yang kau ajarlah banyak mana sekalipun, time exam mesti hulur kertas kosong. Tapi itu semua tak pernah mematahkan semangat aku nak mengajar sebab prinsip aku, kau bodoh macamana sekalipun, asalkan kau sanggup nak belajar, kau akan berjaya. Yang menjadi pantangnya aku adalah bila kau dah sedar kau tak pandai, dan kau LANGSUNG taknak belajar.

Aku tahu tak ramai anak murid yang suka aku. Aku kalau dalam kelas jarang nak bergelak ketawa nak bergembira. Mungkin ada yang menyampah, ada yang benci pandang muka aku, ada yang rasa macam nak ludah aku atau ada yang doa biar aku sakit so tak payah masuk kelas untuk mengajar. Aku tahu. Aku tahu sangat - sangat. Ada yang depan mata aku baik tapi belakang mengata aku berbakul - bakul. Lahai aku tahu. Lumrah jadi guru, lumrah jadi manusia. Tak semua suka dekat kita. Aku tak kisah. Aku persetankan semua tu sebab niat aku masuk kelas cuma satu , aku nak ajar mereka apa yang aku tahu. Aku nak diorang dapat ilmu dari aku walaupun sedikit.

Aku tahu ada yang tak hormat aku. Aku berdiri dekat depan mengajar mungkin pada mereka cuma sebagai seorang perempuan yang menyemak, cuma nak menghabiskan 2 period mengajar, nak menghabiskan sukatan, nak cuba capai gred yang tinggi untuk subjek aku. Ya Allah, kalaulah aku boleh bagitahu apa yang aku rasa sebenar - benarnya dalam hati aku. Betapa setiap saat aku dalam kelas tu, aku kalau boleh nak pastikan semua orang dapat apa yang aku sampaikan. Diorang nak aku happy happy tak marah - marah, nak aku jadi sporting, nak aku selalu senyum dan ketawa dengan diorang tapi tahu tak diorang macamana aku nak happy kalau kerja aku tak pernah nak siap? Macamana aku nak senyum kalau cakap aku diorang tak pernah dengar? Macamana aku nak ketawa nak senyum kalau sikit pun takde rasa hormat diorang untuk aku? Jawab.

Aku ke yang tak pandai mengajar? Atau Allah nak uji aku, supaya aku perbaiki diri untuk menjadi seorang guru yang tinggi darjatnya? Tak ada perkataan yang dapat aku gambarkan bila mata aku sendiri jadi saksi macamana anak anak Melayu bangga dengan kebodohan mereka sendiri, taknak berusaha walaupun macam - macam kemudahan ada disediakan. Anak bangsa lain berlumba - lumba memajukan diri sendiri, anak bangsa kita berlumba - lumba membangangkan diri sendiri. Ilmu bukanlah sesuatu yang menjadi kepentingan untuk mereka. Aku tak pasti dimana silapnya. Dada aku sakit tahan sebak setiap kali aku tengok anak anak Melayu memperlekehkan ilmu, seolah - olah menjadi bodoh itu sesuatu yang harus dibanggakan. Kecewa yang tak termafhum setiap kali aku berdiri dihadapan mereka, berperang dengan rasa hampa dan semangat untuk meneruskan pengajaran, aku lakukan demi satu tujuan. Demi Tuhan.

Sebagai manusia biasa, ada masanya aku tewas dengan rasa hampa. Give - up. Mengalah. Tapi setiap kali aku kenangkan inilah satu - satunya sumbangan aku untuk berjihad dijalan Allah, aku gagahkan juga hati yang remuk diinjak - injak tadi untuk terus kuat mendidik anak bangsa. Tugas sebagai seorang guru pada masa sekarang ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai yang kata, gaji guru besar, kerajaan dah naikkan gaji kami. Well, ya. Kalau kerana gaji itu kerjaya kami diperlekeh - lekehkan, aku rela bergaji kecil asalkan aku sentiasa ada masa untuk keluarga. Bukan keluar rumah awal pagi dan balik bila Maghrib. Kursus sana sini. Kerja yang tak berkesudahan. Dan kau mahu tahu apa pelaburan terbesar seorang guru? Tertabraknya emosi dan harga diri kami bila diludah - ludahkan sendiri oleh jiwa - jiwa yang kami didik. Itu, yang kami perdagangkan setiap kali kami melangkah masuk ke dalam kelas. Harga diri kami.

Kau orang tak pernah merasa susah. Kau orang tak perlu berlapar waktu rehat sebab tak ada duit makan, kau orang tak perlu pakai kasut besar kakak kau orang punya pergi sekolah sebab Emak Bapak kau orang tak mampu nak belikan kasut. Kau orang tak perlu pakai baju lusuh tak mampu bertukar sebab Emak Bapak kau orang tak mampu nak belikan baju baru. Kau orang hidup senang dan tak perlu berusaha keras untuk pastikan kau orang tak perlu mewarisi kemiskinan Emak Bapak kau orang. Sebab itu kau orang tak pernah langsung mahu mendewakan ilmu. Ilmu bukan lagi sesuatu yang mesti kau orang tuntut, tapi ilmu itu pada kau orang cuma sebagai satu benda yang menyekat kebebasan masa muda kau orang. Kalaulah kau orang tahu. Kalaulah.

Selagi aku bernafas, selagi itu aku akan sentiasa memperkuat asa dan daya untuk terus kebal emosi dan rohani mendidik kau orang semua. Walaupun ada masanya jiwa sangat rentan dan lemah, aku akan pastikan aku terus kuat dan gagah untuk melangkah. Cuma satu yang aku mintak. Cuma satu, bantulah aku, untuk membantu kau orang semua. Mohon dengan sangat.

Kau orang tak akan jumpa cikgu macam aku. Sumpah. Tak akan jumpa.

Satu itu aja.

Dah. Babai.

29 comments :

imantizz_truper said...

sabar ya kak CPB? may Allah bless u 4eva until Jannah...

mungkin sekarang mereka2 tu tak nampak,tapi insya-Allah,semuanya akan jelas depan mata 1 hari nanti..

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperAmin ! Terima kasih ! :')

Insyaallah, akan terus bersabar. INSYAALLAH !

Azlin Mohti said...

Itulah Melayu...mudah lupe...kecik2 mcm ni x hargai jasa cikgu...beso nnt ko tau lah...br nk menyesal...puding yg di mkn da jd **** dlm perut...xleh jd puding blk bile kluar...nk mencarut lebih bangsa kite jgk..emmm...kesian..

Invisible Me said...

Bukan senang jadi cikgu. Hmm. Terus kuat! Moga Alah meredhai perjuangan akak :)

watyz said...

hai.. byk2 bersabar ye. ikhlas kan hati awak. buat semampu yg boleh. terpulang pd mereka nk terima atau x. biar la mereka x hormat kite tp kite hormat mereka agar mereka sedar satu hari nanti yg mereka juga perlu menghormati orang lain... take care... :)

nurdani said...

masa saya jadi cikgu tadika dulu, memang zero. tak pandai mengajar dan tak tahu apa yang saya ajar kat anak2 murid ni. risau sangat diorang tak dapat ilmu. takut bazir setahun tu bila saya mengajar. pernah jugak penyelia merendah2kan kebolehan saya mengajar dan dia bandingkan dengan diri dia yang dah bertahun2 mengajar.


mana la nak sama kan...saya baru nak cari pengalaman.huhu. tapi saya tak tabah. saya bertahan pun tak sampai setahun lebih. saya cukup kagum dengan cikgu2 ni. tabah dan hebat

izfahanny said...

Sabar kak . Nak jadi org hebat banyak cabaran. Tunggu kita ajar english kat sesega. You and I will go through this together, insyaAllah. And yeah, takkan jumpa cikgu macam kakak. :')

Cik Puan Bunga said...

@Azlin MohtiTu lah Lin. Aku kadang kadang sampai rasa nak give up pun ada weh :/

Cik Puan Bunga said...

@Invisible MeTerima kasih. Insyaallah :D

Cik Puan Bunga said...

@watyzInsyaallah. Cuma kadang-2 sakit jugak rasa hati bila org kata keja cikgu ni kerja mudah. Cabaran dia, peh ! :)

Cik Puan Bunga said...

@nurdaniHanya yang tabah bisa terus melangkah :)

Cik Puan Bunga said...

@izfahannyCepat ! Akak tunggu awak datang ! :)

Azlin Mohti said...

Yatt...ko kena amik semangat cikgu2 yg ajar kite dl..ko jgn ikut cikgu2 yg asik maki kite jek...ha...semangat cikgu yap eng kiat...sabor jek ajar kite add math ngan fizik wpun dia tau kite akan ke laut..huhu..kau bollllllleh!!!!

Syazawa said...

above all,tahniah cikgu sebab up to this day u are doing fine even it's actually real hard to deal wif those so called-bakal-peneraju-kepimpinan- negara. My mom is a teacher too,so,i could understand that it's not that easy to work with le teenagers nowadays. After all,semoga cikgu diberi kesabaran yg tinggi untuk terus berada di jalan yg satu ini. May Allah bless :)

suezen said...

pengorbanan seorg cikgu..teruskan perjuangan....ok

Cik Puan Bunga said...

@Azlin MohtiCikgu Yap eh? Mengajar gigih gila padahal satu pun tak masuk kepala. Itu semangat banzaii tu! Haha ! Weh Lin , rindu kau !

Cik Puan Bunga said...

@SyazawaThank you babe. Insyaallah. Semangat akan terus membara ! :)

Cik Puan Bunga said...

@suezenThank you ! Weh lama gila tak singgah ehhhh ! :))

Azlin Mohti said...

Rindu ko jgk babe!!..sorilah skrg ni byk masa belom mengizinkn aku nk jumpe ko...kite nk jumpe kene single..huhu..no human handbag..no hubby chubby..bile aku nk balik kg niiiii... :(

Cik Puan Bunga said...

@Azlin MohtiOkay babe ! Cepat balik kampunggggggg ! :D

OmbakBaik said...

"Tertabraknya emosi dan harga diri kami bila diludah - ludahkan sendiri oleh jiwa - jiwa yang kami didik. Itu, yang kami perdagangkan setiap kali kami melangkah masuk ke dalam kelas. Harga diri kami."

Sy suke ayat ini..saya juga merase seperti yg awak rase..tahun ni mengajar kelas akhir yg sgt mencengkam jiwa..tekanan demi tekanan dalam usaha menjadikan mereka org yang berguna..biar lemah akademik tapi jgn ilang akhlak..geram kecewa selalu sangat bertandang bile melangkah ke kelas mereka...

hanya Allah yg tahu..moga kita sesame diberi kekuatan dan kesabaran mengajar anak didik spesis ini :)

misz sheyla said...

sabar ye cikgu...tapi ikut pengalaman sy yg pernah jadi anak murid kelas belakang dan kelas pertama, cikgu2(tak semua) yang masuk kelas belakang xpernah sesungguh hati nak mengajar n cikgu garang kat kelas belakang2 n baik dengan kelas yang cerdik sikit..sebab tu budak2 fedup nak belajar...tapi ada satu cikgu ni serius baik gile...sampai budak paling jahat pun boleh berubah... tapi tula..budak zaman sekarang ni spoil sikit..sebab dimanjakan sangat...ni pengalaman saya la..

Cik Puan Bunga said...

@OmbakBaikBetul. Akademik lemah takpe asalkan jangan akhlak yang ke longkang. Barkah tu datang dengan kejayaan insyaallah. Semoga kita sama sama tabah dan terus berusaha ! :D

Cik Puan Bunga said...

@misz sheylaBetul. Ada cikgu kalau mengajar kelas belakang mmg tak sungguh-2, sambil lewa. Kelas depan ditatang macam minyak yang penuh. Tapi ada jugak cikgu yang sayang lebih dekat kelas belakang :')

Anonymous said...

salam ckgu.tulisla efek mkn shaklee.tq

intandayani said...

Doakan semoga PCB akan trs bertahan mendidik anak bangsa..Mmg sedih mengenangkan ank bangsa sendiri yg semakin tak jd org

Cik Puan Bunga said...

@intandayaniAmin ya rabb ! :D

Dang Wangi said...

Dlu sy pun anggap jd cikgu ni best, senang, dipandang tinggi, dihormati, bla bla bla..

Bila dh merasa jd cikgu ganti, barulah tahu langit tu tinggi ke rendah.. Ngaja english kelas hujung mmg boleh meroyan dibuatnya!

Sy pernah kena baling kena baling kotak pensil dgn anak murid.. Sbb sy cuba leraikan masa dorang tengah bergusti dlm kelas.. T_T

Cik Puan Bunga said...

@Dang WangiCabarannya semakin besar bila dunia semakin maju.

Kita bukan hanya mahu memberi merekapelajaran, kita mahu mendidik mereka menjadi manusia :')