Thursday, June 13, 2013

Tangan Lain Macam.

Assalamualaikum. Dulu masa zaman sekolah, bila cikgu suruh buat nota dekat papan hitam, aku pakat conteng - conteng buku sampai penuh buku log Kimia aku dengan lukisan yang entah hape hapa. Orang tulis surat cinta , tulis lagu jiwang yang paling ngetop pada itu zaman, tapi aku tulis surat cinta, lukis kartun untuk kekasih jiwa raga. Dekat kertas Matematik Tambahan, orang jawab guna formula, aku lukis gambar cikgu Add Math aku sambil tulis nota minta maaf sebab tak dapat jawab soalan Add Math dengan harapan sejuklah hati beliau melihat kertas aku yang banyak ruang - ruang kosong . --" Bakat menconteng yang dikesan oleh cikgu majalah sekolah membuatkan beliau memperuntukkan dua mukasurat penuh untuk aku melukis kartun dalam buletin sekolah. Seronok betul masa tu. Maklumlah, masa itu bukan senang karya kartun nak menembusi pasaran buletin sekolah. Karya semua kena yang berilmiah dan terpelajar. Aih budak - budak drop out macam aku macamanalah nak hasilkan karya ilmiah. Kerja sekolah pun tiru budak Cina --"

Minat melukis tu memang dah ada dari kecik. Darjah dua mula berkecimpung secara serious dalam bidang melukis - lukis ni. Selalu masuk pertandingan melukis dekat sana - sini. Kadang - kadang menang, kadang - kadang kurang menang. Bahaha. Melukis tak adalah setensen buat latihan Matematik. Kadang - kadang bila tak ada kertas nak melukis, aku koyak aje buku latihan sekolah kakak - kakak aku. Diorang tak marah. Sebab diorang tak tahu. Haa. Masuk sekolah menengah lagi dahsyat pula kegilaan aku nak melukis. Mana - mana tempat kosong semua aku lukis. Atas meja sekolah, tandas, kasut sekolah. Tolong , mohon belia masakini tidak mengikuti perangai aku yang sungguh vandalisme ini. Tak baik. Sayangilah alam sekitar. Bila dah besar - besar macam ni, habit dari kecik tu susah pula nak dibuang. Pantang rasa bosan sikit, mulalah aku mendoodle. Bukannya cantik pun, tapi taktaulah, tangan tu laju aje lukis.

Selalunya kad - kad ucapan aku bagi pada anak - anak murid atau kawan - kawan mesti ada terselit satu dua kartun. Buku catatan meeting jangan cakaplah. Penuh. Dulu masa zaman sekolah, paling suka lukis gambar ehem khinzir. Read : Babi. Sebab senang. Bulat sana bulat sini, lukis ekor kerinting tadaa dah siap. Biasa aku dengki meja kawan - kawan lukis babi besar - besar. Kakaka. Melukis ni seronok, boleh ekspreskan imaginasi melalui pen dan kertas. Best! Kat mana - mana pun, asalkan ada pen, atau pensil dengan kertas, haa siap. Memanglah penuh dengan conteng - conteng. Bayangkan, sepanjang masa kursus induksi dulu, aku lukis semua event yang berlaku dekat kursus tu sampai boleh terbitkan satu zine kartun. Kahkah. Masa itu sokongan dan galakan memang padu dari kawan satu group merangkap kawan sekuliah dulu, Hazimin. Dia ajelah masa itu cakap aku lukis cantik. Bahaha. Tapi team Majalah Induksi taknak terbitkan sebab diorang kata kontroversi sangat. Benci tau! --"

Cover phone. Siapa pakai HTC One X dan nak cover ni, bagitahulah. Free aje. Haha.
Bosan dengan yang lama, padam yang lama bagi lukisan dia faded, lepas itu tulis puisi jiwa - jiwa. Haha.
Pot kaktus Kak Sally.
Free-hand aje. Tak ada sketching. Main belasah saja.
Muka beriya sangat memainkan peranan penting. Kahkah.

Kalaulah ada orang sudi sponsor satu dinding untuk aku, phew memang sorgalah rasa dia. Dinding siap dengan pen fine art pelbagai warna , size dan mata pennya. Perghh. Memang masterpiece! Sekarang ini senang kata aku pantang nampak permukaan plain, habis semua aku doodlekan. Hari itu Popular buat sales, aku borong beli Sharpie fine art pen macam - macam kaler. Lepas ni nak try beli pen untuk fabric pulak. Kalau engkau orang nak kasut sekolah kelihatan rare dan padu lain macam, meh aku lukiskan dekat kasut engkau orang! Bahaha. Okay jangan. Karang cikgu disiplin rotan.

Well, walaupun tangan aku ni jarang memasak, at least ada lah jugak benda lain yang dia buat, yang tak sia - sia (Eh ke sia - sia eh? HAHA) Lahai rindunya nak melukis macam zaman muda muda dulu. Agak - agak kalau aku lukis something untuk malajah SESEGA ini tahun, korang reject tak eh? Haha.

Dah. Babai!

24 comments :

hana hadi said...

suka tengok orang yang tangan kreatif ni.. walaupun tulis biasa je tetap ada kreatif.. jelous hana tengok

Cik Puan Bunga said...

@hana hadiEh sekali Hana pun ada tangan macam ni! Haa, tak cuba tak tahu ! :D

muja said...

diri ini mmg tak de jari jemari seni,, sob3

Cik Puan Bunga said...

@mujaTakpe Muja, cari suami yang berseni! Haaa ! Hakhak !

♥Eyza Qhairy♥ said...

Nak tempah. doodle kan atas cover handphone boleh? Mcm u punya. Nak bagi hadiah utk suami. Hadiah anniversary! :)

ddJaafar said...

eh.perangai takbleh blah tu sama la cpb weh.

dd punya tangan ni dari saat umur pandai pegang pensel pakai tangan kiri sampai sekarang,masih tak berenti menyonteng,melukis dan melepaskan perasaan pada kertas,dinding dan bahan-bahan lain.memang suka melukisssss.

Cik Puan Bunga said...

@♥Eyza Qhairy♥Handphone apa? Haha segannyaaaaaa! :D

Cik Puan Bunga said...

@ddJaafarTapi awak pandai masakkkkk, kita tak pandaiiiii! Wuhuhuhuhu! Ceceonteng ni best kan. Release tension. Dapat conteng dinding pejabat best nih! Haha !

downgila said...

weh ada bakat. meh Lipis rumah aku ad abyk dinding, tolong conteng

"Saya comel"

imantizz_truper said...

cantiknya...boleh tolong lukis fail yg selalu saya buat letak sijil tak? hehehehe

Cik Puan Bunga said...

@downgilaLipis? Bak alamat! Kakakaka!

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperBak meh sijil! Haha !

Azlin Mohti said...

Huhu..bkn masa sek dl ko ada conteng dlm seat bas gak ke yatt??Aku yg menjadi saksi ko conteng2 dlm buku...huhu...weh sebut cikgu add math...mn cikgu yap ek?? Dia xde Fb ke?..tp ko memang kreatif giler r...aku suke...aku suke..

Cik Puan Bunga said...

@Azlin MohtiAah ! :D Aku tak ingat aku ada conteng seat bus! Hakhak! Masa tu nak ngorat Ejayne punya pasal sampaikan sanggup conteng seat bus heh! Haha. Yelah Cikgu Yap lah sapa lagi. Sihat lagi dia hari tu aku jumpa dia kat Carrefour! Hakhak!

Meja sekolah kita pun penuh dengan ceconteng! Kahkahkah!

ddJaafar said...

ah?pandai masak ke?ekekeke.kita sama jela cpb.tak pandai mana tapi boleh memasak ye.

hahah.conteng memang theraphy paling best.tak payah pakai duit.bagi pen,kertas..jalannnn!

najihah sahami said...

peh peh pehh..memang berseni bersimpang siur habiss.. hebakkkk la anda! haha

watyz said...

sangat kreatif!!!

yayath said...

hahha~~comel je cpb........lukis doodle tuh :)hehe

kretipppp betul..suke tgok :)

Cik Puan Bunga said...

@ddJaafarKan?? Jimat ! HAHA !

Cik Puan Bunga said...

@najihah sahamiAhahaha terima kasih ! :D

Cik Puan Bunga said...

@watyzTerima kasih ! :D

Cik Puan Bunga said...

@yayathYath, terima kasih !:D

intandayani said...

mmg suke dgn tg2 kreatif mcm ni..awk sgt beruntung

Cik Puan Bunga said...

@intandayaniSemua orang kreatif, cuma nak taknak je. :D