Wednesday, July 10, 2013

Puasa Versi 1434Hijrah.

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Allah bagi juga aku peluang untuk berdating lagi dengan Ramadan tahun ini. Dari bulan Rejab lagi aku dah excited lain macam. Entah kenapa, tapi Ramadan kali ni lain pesen sikit aku tengok. Aku jadi lebih excited nak solat sunat Tarawih walaupun cuma sekadar solat dekat rumah, aku jadi lebih excited nak khatam Al-Quran, jadi excited nak sediakan juadah berbuka puasa untuk suami. Serba serbi jadi excited. Masa puasa ganti hari tu pun dah feeling - feeling macam bulan puasa dah. Jadi nanti perut tak adalah mengada - ngada sangat menggelupur minta diisi. Time ni dah tak boleh nak salahkan shaiton lagi dah sebab puak - puak dia semua dah kena ikat. Kalau kata bulan Ramadan pun masih meriah buat perkara musibat, itu memang salah kita tak dapat kawal nafsu serakah 100%.

Aku harap Ramadan kali ini , aku berjaya ubah diri secara istiqamah. Biarlah tak dapat ubah secara total pun tak apa, tapi kalau dapat lagilah baik. Istiqamah tu yang penting. Buat ibadah, buat baik, bukan setakat untuk bulan Ramadan ni saja tapi kalau boleh sampai bila - bila. Eceh membajet Ustazah pulak aku. Buat ibadah pula bukan setakat pergi terawih, ambil gambar pakai telekung dan post dekat laman - laman sosial semata - mata nak tunjuk betapa bagusnya kita berbanding orang - orang lain, ataupun update status - status Islamik dengan harapan orang akan tahu betapa suci murninya hati kita. Aku teringat pesan seorang kawan, dia kata, ibadah yang ikhlas semata - mata kerana Allah itu umpama semut hitam yang berjalan di malam yang gelap. Tak siapa nampak. Bukan tujuan untuk dipamerkan, bukan tujuan untuk meriak, bukan tujuan untuk mendapat pujian. Gasaklah apapun niat kita, cuma Islam kata, buat benda baik, tak perlu semua orang tahu. Ada batas - batasnya. Kan?


Bermaafan dengan kawan - kawan dan orang - orang yang kita kenal sebelum memulakan ibadah puasa dah menjadi satu kebiasaan untuk aku. Sejak - sejak dah berkahwin ni, malam Ramadan pertama tu super syahdu sikitlah sebab nanti masa sesi minta maaf dengan suami mesti macam drama swasta. Ada nangis - nangis sikit. Untuk tahun ini, kami terlebih manis sikit. Lepas bermaafan, kami sama - sama baca niat puasa sebulan, dan niat puasa harian. Hekhek. Baca sama - sama okay. Senada seirama. Comelnya rasa. Semoga kasih sayang , cinta antara kami, Allah restukan sampai ke syurgaNya. InsyaALLAH. ^^,

Untuk Ramadan kali ini, semoga aku betul - betul dapat menjalankan ibadah puasa dalam erti kata sebenarnya. Solat 5 waktu cukup. Itu yang mustahak tu. Bukan nak kejar ibadah sunat semata - mata. Yang mana wajib, wajiblah buat ye dak? Jaga tuturkata tak kiralah depan mata atau di alam maya, nak tweet ke apa, blogging ke, semoga dapat post benda - benda yang baik saja. Yang dapat menjadi saham diakhirat nanti. Bebas mengumpat, bebas gossip, bebas fitnah. Kawal nafsu kawal amarah. Menjadi lebih penyabar. Insyaallah.

Takde lain yang aku harapkan, melainkan kebarokahan berpanjangan dari Allah Yang Maha Esa. InsyaALLAH.


Kali ni nak jadi tamak sikit. Tamak kejar pahala. InsyaALLAH ! ^^,


Semoga engkau orang semua berpuasa dengan ikhlas dan mendapat pahala penuh ya. Jangan ada yang tak kuat iman pergi selongkar tudung saji pulak tengah - tengah hari buta. Kena bala karang. Hakhak !

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PEMBACA .GEEK IN THE PINK.
I LOVE YOU GUYS ! ^^,

Dah. Babai !

6 comments :

Innanie Ariffin said...

selamat berpuasa kak. Alhamdulillah kita dengan family pun buat solat terawikh kat rumah. dulu masa ayah sihat pi masjid.. kali ni ayah jadi imam kat rumah. happy sangat! :)


semoga urusan dan amalan kita semua diberi barokah yang berlipat kali ganda.

Insya-Allah!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie AriffinSelamat berpuasa jugak untuk awakd an keluarga. Semoga kita sama sama tamak pahala dalam bulan Ramadan ni ya. Sauk mana yang dapat !

Insyaallah ! :)

Umie Artoqiemie said...

ameen.. sama2 kite beribadah dan mendapat keberkatan.

watyz said...

Selamat Berpuasa Teacher!!! :)

Cik Puan Bunga said...

@Umie ArtoqiemieAmin ! :)

Cik Puan Bunga said...

@watyzSelamat berpuasa juga untuk awak dan family ! :D