Saturday, August 31, 2013

Syawal Seorang Guru (Part.1)

Assalamualaikum. Salam baki - baki Syawal. Pagi tadi aku timbang berat dekat sekolah sekali dah naik 2 kilo. Bukan aku nak insaf ke apa. Selamba pulak duduk dekat meja makan menghadap Almond London satu telap, capati sekeping, lempeng kelapa dua keping, Spagethi satu pinggan. Sambil makan, aku nyanyi - nyanyi sikit. Kasi effect gembira. Aku dah malas nak layan lemak dalam badan. Kau nak gemuk ke mende gasaklah. Begitu happy sekali aku pada hari ini.

Oh. Nak cerita pasal Syawal aku. Kenapa pulak boleh terbuka cerita pasal makanan dan lemak dalam badan ni? Scratch that. Tahun ni, mungkin antara tahun yang aku paling busy sedunia. Start raya ke tiga, group - group anak murid datang beraya sudah bermula. Kira berguna jugaklah baju raya aku yang 7 pasang tu walaupun aku tak beraya mana - mana. Setiap hari macam fashion show dekat rumah. Eceh. Baju raya memang 7 pasang, tapi. Ada tapinya. Tapi harga 7 pasang baju tu sama dengan baju engkau orang satu pasang. Kain murah. Upah tailor pun murah. Jadi apa ada hal setakat 7 pasang. Jenis kain yang semeter RM4.

Okay, sambung. Macam tahun - tahun sudah anak murid yang pertama sampai adalah Ariffin (Aiseh tak ada gambar pulak! T_T) diikuti group bawah ni yang Ya Allah kacaknya masing - masing siap bersampin bagai. Cuma markah kurang sikit sebab masing - masing taknak pakai songkok kan --" Apa pasal engkau orang taknak pakai songkok, tak dapatlah dikenal pasti sebab musababnya. Aku pun malas nak tanya. Group ni kalau datang tak pernahnya nak senyap. Okay majoriti anak - anak murid aku memang mulut tak ada yang senyap. Semua memang potpet memanjang. Redolah redo. Senyap dia time makan. Senyaplah dua tiga saat. Lepas itu, hmphh hmphhh.

Gagah perkasa masing - masing.
Petang sikit, geng abang - abang cool datang. Kali ini tak ada baju Melayu ke sampin ke. Santai ranggi aje. Maklumlah, yang sorang tu geng Zine Satu Malam, geng Puisi Satu Petang. Etika pemakaian pun macam ala ala Datuk A Samad Said. Benda - benda seni macam ni memang kita rakyat marhaen susah nak faham. Maaflah tak dapat nak masakkan apapun, sebab datang secara terjahan macam tu. Memang aku jamu kuih saja.Tapi yang penting air minum tu dibancuh dengan penuh kasih sayang sejagat.Mihmih.

Nazri, Huseng, Talib. Talib tak sudah - sudah mempersoalkan kenapa aku wangi. Okay. Okay.
Malam, giliran group abang - abang Sains Pertanian. Group ini antara yang sopan. Pesen yang gelak tutup - tutup mulut, cakap sopan santun. Yang buat tersentuh terharu rasa tu bila Ammar hulur kek batik buatan sendiri. Allah. Kalau student perempuan bagi kek batik tu rasa macam normal, tapi ini bila student lelaki yang bagi rasa macam rare habis. Malu betul. Kau ingat aku pandai buat kek batik ke? Itu yang malu dia lain macam tu haa.

Shafie, Luqman, Ammar dan Arif. Yes ! Aku ingat lagi nama empat - empat! Saya belum tua !
Esok paginya memang kejutan tahap dewa - dewa. Mula - mula ingat memang manusia yang satu ni memang tak akan jejak Banyumas sebab cuti raya dia pendek, Isnin dah ada kuliah. Tak terfikir yang dia nak datang beraya, tapi alhamdulillah. Akhirnya sampai jugak . Yang lagi true, bila dia bawa sekali dua manusia rare beraya sama ke rumah. Memang betul - betul tak sangka. Terima kasih Anwar. Ajak pun. Aifaa pun ! Gembira sedunia betul ! :D

Dan selepas itu, bertalu - talu anak - anak murid dan bekas anak - anak murid sampai menjengah rumah membawa barokah warahmah masing - masing. Aku ni kan kuat touching. Nanti bila ada sesi throwback mulalah nak mata merah nak sebak sendu segala geli geli mat tau. Tapi nak buat macamana, dah dilahirkan dengan jiwa halus mudah tersentuh macam ini. Lagi sendu bila anak - anak murid sudah besar-besar tapi masih mahu juga menjengah rumah cikgu yang lahai kalau dekat kelas membebel tak cukup setengah jam.

Macam Twin Tower. Aku katik ditengah - tengah.
Tengahari sikit Acha dengan Zehrah sampai. Manusia manis dua orang ni suka betul aku tengok. Bila entah nak kahwin. Jangan lupa jemput ! :D Amin !
Ini group ada sikit konflik identiti. Group Kpop mix dengan group Imam muda. Tapi masih redo dengan perangai cikgu dia yang asdfghjkl.
Dulu semua masih kecil dan separas ketiak saja. 
Bila group ini datang, aku memang throwback bersungguh - sungguh. Emosi gembira, duka nestapa datang secara marathon. Ini group legasi 2010. Tahun 2010 boleh dikatakan tahun paling hitam sepanjang perkhidmatan. Nak cerita dekat sini nanti boleh jatu airmata dalam kadar yang maksima. Sobss. Ah tapi you know what, apapun yang jadi, Teacher tetap sayang engkau orang sampai bila - bila. Sobs.

Sayang sepah - sepah.
Terlebih happy bersama cokelat ditangan.
Lina datang bawak cokelat. Macam tahu - tahu aku dah lama tak makan cokelat. Malu - malu juga nak ambik masa mula - mula tuhh. Kehkeh. Geli pulak dengan perangai sendiri. Sempat jamu dengan mee hoon sup air tangan sendiri. Alhamdulillah. Kabornya sedap. Tak tahulah kan. Bak kata Shafiq, mee hoon sup ni kalau nak tahu true ke tidak , rasa dulu sambal kicap dia. Bila aku tanya sambal kicap aku true ke tidak, dia sampai tak terkata, cuma angguk - angguk tunjuk jempol. Itu kira true tahap hipster lah tu kan. Mihmih.

Throwback sangat. Dulu kecil dan polos. Sekarang sudah tinggi dan cantik - cantik semuanya.
Syawal ke lima. Pagi - pagi dah bangun masak. Kemas rumah awal - awal. Tak sabar nak jumpa dengan anak soleh yang dah lama sangat tak jumpa. Sejak dia pindah sekolah berapa kali aje jumpa. Itu pun tak lama. Bila dia bagitahu nak datang, memang excited melampau sikit rasa dalam hati. Alhamdulillah. Sihat walafiat. Semakin kacak, semakin matang. Semakin tinggi. Mendadak pulak budak - budak ni tinggi eh. Dulu aku masa zaman sekolah lahai susahnya nak tinggi. Tahun lepas paras bahu, tahun ni haa hambik, kemetot sungguh rasanya T_T

Lengkap bersampin, kacak berbaju Melayu. Kalau dulu cakap sepatah sepatah tapi kali ini dah banyak improvement dari segi kosa kata beliau. Tak ada lagi gap gap perbualan antara kami. Lancar aje susun atur ayat, dah pandai buat lawak, dah pandai nak usik - usik. Tak ada bunyi cengkerik lagi dah :') 

Hai Abdullah Tahir ^^,
Petang sikit, sampai pula group 3 sekawan. Yang ini antara yang paling true. Semua dah macam nak pergi menikah dah. Seronok tengok anak - anak murid yang datang beraya lengkap pakai baju Melayu dengan sampin, dengan songkok. Suka sangat - sangat. Barulah datang semangat nak berhari raya. Tahniah bertingkat - tingkatlah kepada anak - anak murid yang datang dengan busana Syawal. Eceh busana bagai. Engkau ingat rancangan Nona ke apa ?

Pengantin perempuan mana?
Tamatlah sudah bahagian pertama edisi students beraya di rumah cikgu kuat membebel yang bahagia. Ada berapa episod semuanya tak dapatlah aku nak janji sebab hampir setiap hari ada anak murid yang nak datang beraya. Seronok betul aku rasa. Bukan senang nak datang rumah aku yang jauh dari sekolah, terpaksa lalu jalan besar, lepas itu memang payahlah untuk anak - anak murid bawah umur yang belum ada lesen motor. Kena bersabung nyawa nak datang rumah beraya. Terharu tahap kuda terbang betul. Terima kasih aku ucapkan untuk semua.

Mana yang terkurang terlebih layan, terbagi ceramah free, termarah, tersuruh balik dengan kadar segera ke apa kan, mohon ampun dan maaf. Teacher sangat sangat menghargai kehadiran engkau orang yang menyerikan Syawal Teacher tahun ini. Thank you darlings ! ^^,

Sebelum mengundur diri, marilah kita berpelukan secara berjemaah, tanda kasih dan sayang yang tiada tandingannya. Dengan ucapan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin."

Oh tahniah juga kepada mereka yang tamat membaca entry panjang penuh gambar ini. Engkau orang memang awesome. Meh. Nak peluk jugak.

Jumpa di sambungan seterusnya.

Oh dan babai !

5 comments :

muja said...

jujur ye. muja baca awal hingga akhir,, sengih je,, ekekekekekeke. siap pakai kerongsang kt songkok nak datang beraya rumah ticer yat,, kemain naa :D

hope to be a happy teacher like you one day,, sobss :')

ddJaafar said...

nampaknya cikgu ni cikgu favorite student lelaki lah!

Cik Puan Bunga said...

@mujaInsyaallah Muja. Akak doakan Muja nanti jadi cikgu yang baik dan dihormati :')

Cik Puan Bunga said...

@mujaInsyaallah Muja. Akak doakan Muja nanti jadi cikgu yang baik dan dihormati :')

Cik Puan Bunga said...

@ddJaafarSebab budak perempuan tak berani nak bawak motor sampai rumah saya. Haha