Monday, August 19, 2013

Tuhan, Aku Bermohon. Mohon Dengan Sangat.

Tadi, usai solat Isya'. Aku duduk berdoa. Mula -mula aku eksyen dengan Tuhan. Aku ego. Aku cuba tahan sebak. Buat - buat kerek. Aku persetankan rasa sedih yang bergumpal-gumpal dalam jiwa. Tapi the moment aku panggil nama Tuhan, airmata aku turun macam hujan.

Aku tak pernah sedih, untuk seorang manusia yang namanya kawan, sedih macam apa yang aku tengah rasa sekarang. Aku sedih, untuk sakit yang dia tanggung. Aku sedih, untuk derita yang selama ini dia bendung. Aku sedih, untuk masa - masa yang aku bazirkan selama aku tak contact dia. Padahal dia kawan aku dari kecik. Dari tadika, sekolah rendah. Dia deskmate aku paling sejati sejak dari Form 2 membawak ke Form 5. 

Aku menangis lagi. Aku mintak Tuhan, beri dia kekuatan.

Aku tak mintak. Tapi disaat aku mintak Tuhan anugerahkan dia kekuatan. Memori - memori lama antara aku dengan dia , satu - satu tergambar depan mata.

Comotnya kami main parit dekat kebun kawan lagi satu.
Lencunnya kami naik basikal pergi sekolah kena hujan lebat.
Beraya dengan badan bau asap bas semata - mata nak pergi rumah Cikgu Matematik kami masa darjah lima.
Kami main galah panjang sama - sama.
Setiap kali waktu rehat sekolah agama, kami panjat pokok zaitun yang besar merendang tepi kelas sambil makan jajan dengan ABC.
Kami sama - sama jadi pengawas masa Form 2.
Kami sama - sama bangang Add Math masa Form 5. Sampaikan kena marah dengan cikgu kami.
Kami ponteng kelas tambahan.
Kami kongsi rahsia boyfriend - boyfriend kami.
Kami tukar - tukar turn baca komik Dragon Ball.
Ah. Banyak.

Aku menangis lagi.

Aku tak salahkan taqdir. Aku tahu Tuhan tahu apa yang dia bikin. Aku tahu Tuhan tak kejam. Aku tahu Tuhan maha kasih maha sayang. Aku tahu Tuhan tengah perati dari atas sana. Tuhan perati kan dia. Tuhan peratikan keluarga dia. Tuhan peratikan kawan-kawan dia. Tuhan peratikan aku.

Aku terbayang anak dia yang belum pun cecah usia 2 tahun. Macam celaka. Airmata aku jatuh lagi. Anak sekecil itu yang entah berapa banyak memori dia dengan ibu dia. Entah sempat terakam atau tidak wajah ibu dia dekat memori, suara ibu dia, bau ibu dia. Ya Allah. Aku kesat airmata, dan mengharap agar airmata berkerjasama dengan aku, jangan cengeng, jangan menangis. Jangan lemah. Tapi aku dasar manusia lemah bersenjatakan airmata, aku menangis semahu - mahunya. Aku sebut berulangkali dalam hati, Tuhan tak kejam. Tuhan tahu kerja Dia.

Aku teringat beberapa bulan lepas, dia ada mesej aku dekat Facebook. Dia kata dia bukan kawan yang baik. Dia rindu aku. Dia kata dia sayang aku. Masa itu aku bodoh dan tak tahu apa - apa. Aku anggap itu cuma sekadar mesej yang biasa. Bangangnya aku, aku tak tanya dia sihat ataupun tak. Aku ambil number phone dia tapi aku tak contact dia langsung. Bangsatnya aku, aku tak cuba contact dia untuk ucap Selamat Hari Raya. Dan dia kata 'Dia bukan kawan yang terbaik' untuk aku. Aku bodoh.

Dia banyak bagi hint. Aku aje yang buta hati tak dapat membaca.

Allah.


Kau wish aku untuk hari guru. Wish yang aku harap sangat Allah akan makbulkan. InsyaALLAH. Kalau Allah izinkan, aku akan didik ajar anak kau, kawan.

Lin.
Lin, Norazlin Mohti. Sekarang dia terlantar dekat Hospital Pakar Pantai, Batu Pahat. Jangkitan kuman dekat paru - paru dan sekarang merebak ke otak, membawak kepada stroke. Beritanya, dia agak kritikal. 

Allah. 

Aku minta satu Ya Allah, Kau berikan dia kekuatan. Kuat untuk suami, kuat untuk anak. Kuat untuk keluarga dia. Kuat untuk kawan - kawan dia. Kau Yang Maha Tahu Ya Allah apa yang kau taqdirkan untuk setiap hambaMu. Tak ada tali tempat kami bergantung melainkan talimu Ya Rabb. Taqdirkan dia dengan taqdir yang baik - baik Ya Rahman.

Mohon doanya kawan - kawan. Mohon doanya. Agar segala urusan dipermudahkan. Mohon Tuhan Yang Maha Kuasa membantu dari setiap sisi. Mohon doanya. Doakan kawan aku.

Lin, kau tunggu aku datang ya. Aku doakan kau kuat, Lin. Aku tau kau kuat, Lin. Semua orang tahu kau kuat, semua orang insyaALLAH doakan kau yang baik - baik. Kau berjuang Lin, jangan putus asa. Kau kena kuat untuk anak kau, Lin.

Aku taknak terlambat dan terlepas peluang untuk bagitahu kau, bisikkan dekat telinga kau, betapa kau kawan yang baik. Betapa kau tak pernah melukakan aku. Betapa aku sayangkan kau.

Tunggu aku, Lin !

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan.(Surah al-Baqarah : 155)

8 comments :

Noura Aisya said...

setiap kali sembahyang, berdoalah untuk beliau. Jumpalah dia wlpn sekali. akak pun doakan beliau kembali sihat. Allah yang tahu segalanya.... amin

ieyza azmiey said...

Allahu akhbar, sayu membaca....
Faham perasaan kawan tu macam mana, sbb saya pon skrg berada dalam keadaan macam tu. walau tak sakit, tp tidak diendahkan tu lebih sakit

in shaa Allah, Allah akan beri peluang dan ruang, cuma jangan tunggu lagi. pergila pada sahabat itu, luahkan segala rindu dendam dan kesalan selama ni.

moga Allah permudahkan semuanya untuk anda dan sahabat

:: julianaramli :: said...

sedih baca.. da rasa... semoga kawan sis kuat.. dan pulih.. ada hikmah semuanya..

Cik Puan Bunga said...

@Noura AisyaInsyaallah. Terima kasih, kak :')

Cik Puan Bunga said...

@ieyza azmieyInsyaallah.

Terima kasih :')

Cik Puan Bunga said...

@:: julianaramli ::Amin. Insyaallah :') Terima kasih !

muja said...

ok,, nak nangis,, siyes :'(

Cik Puan Bunga said...

@mujaNangis jom? T_T