Monday, September 30, 2013

Selamat Berjuang.

Assalamualaikum.

Tahun ini aku memang betul - betul garang bila mengajar. Jarang aku senyum - senyum dalam kelas. Muka nak masam mencuka sentiasa, asyik nak membebel. Nak marah. Tak ada nak melawak. Kerja asyik nak bash students sana sini.

Aku tahu ramai yang benci.

Ramai juga yang kutuk belakang.

Aku tahulahh.

Tapi aku buat pekakkan telinga, pejamkan mata. Kuatkan tekad dan azam dalam jiwa. Biarlah apa orang nak kata. Aku garang bersebab. Bukan garang membabi - buta.

Kalau aku tak garang , students taknak dengar cakap aku. Kalau aku tak tegas , students taknak buat kerja aku. Kalau aku selamba melewah - lewah, tak ada orang ambik serious dengan apa yang aku kata. Dalam hati , biarlah betapa meronta - rontanya aku nak bergelak ketawa dengan mereka, aku pendamkan aje.

Bukanlah aku garang sepanjang masa.

Ada masa aku gelak kaw kaw jugak dengan dia orang semua.
Ada masa aku buat lawak bangang jugak dengan dia orang semua.
Ada masa aku duduk semeja kongsi cerita juga.
Ada masa aku hantar juga dia orang balik rumah sambil gossip - gossip dalam kereta.
Aku tetap Teacher Yatt yang sama, dulu, sekarang. Sampai bila - bila.

Aku tahu tahun ini aku garang. Maaf, kalau aku ada buat jiwa - jiwa tak selesa.

Students ada banyak jenis. Banyak.
Tak semua sayang aku. Tak semua suka aku. Ada yang puji ada yang benci. Aku cukup maklum.
Aku tak mintak banyak.
Aku cuma mintak, Tuhan, mohon dengan sangat, semoga jiwa - jiwa yang penah aku didik, terdidik terbina menjadi seorang manusia. InsyaALLAH.
Aku tak sempurna. Maaf.
Aku cuba yang terbaik, untuk memanusiakan mereka.

Ikhlas ke aku, kalau aku sayang mereka dan minta balasan?
Ikhlas ke aku, kalau aku berkorban dan aku mahukan pulangan?
Ikhlas ke aku, kalau aku memberi dan minta dibalikkan?

Rabu ni, PMR start. Setahun hampir ini, itulah tarikh sebenar perjuangan mereka. Apa yang aku dah ajar, apa yang mereka dah belajar selama ini, itulah titik mulanya.

Anak - anak Teacher, 3KAA, 3RK2, 3RK4, 3C dan 3E,

Teacher halalkan segala ilmu yang pernah Teacher berikan untuk awak semua. Sama ada yang langsung ataupun tidak. Teacher sudah halalkan.

Untuk segala salah silap, Teacher sudah ampunkan.
Untuk segala pemberian, Teacher sudah ikhlaskan.
Untuk segala kekhilafan, Teacher sudah lupakan.
Untuk segala kutukan, cacian, umpatan, sikap - sikap biadap kurang ajar, Teacher sudah maafkan.
Pergilah berjuang dengan tenang.
Pergilah mulakan langkah pertama kejar kejayaan.

Tahun ini tahun yang penuh pancaroba. Beberapa kali jugak aku terduduk tahan hati daripada kecewa. Beberapa kali jugak pernah hampir tewas dengan airmata.

Orang kata kerja guru ni senang.
Cuti banyak.
Gaji besar.
Ya?

Pernah cuba memanusiakan manusia?

Anak - anak Teacher yang Teacher sayang dan tak pernah beza - bezakan.

Maafkanlah Teacher yang serba kekurangan dalam mendidik awak semua. Ada yang Teacher tak tahu, ada yang Teacher terlepas pandang. Kadang - kadang emosi melimpah ruah masa marah. Kadang - kadang sentap berhari - hari lamanya. Membebel sampai habis dua masa. Suruh awak semua lari padang, ketuk ketampi. Old school betul hukuman, kan? Maafkan salah silap Teacher sepanjang mendidik awak semua. Teacher bukan yang terbaik, I know. Tapi Teacher dah berikan awak semua yang terbaik. Semoga Allah menilai usaha kita sama - sama , ya ! 

Jangan takut untuk PMR akan datang ini ya ? Teacher iringi dengan doa. Insyaallah. Kejayaan selari dengan usaha. Selawat banyak - banyak. Minta bantuan dengan Yang Maha Kuasa.

Teacher sayang engkau orang semua :')

Selamat berjuang !



Dah. Babai.

11 comments :

Mujahid said...

Saya pun minta maaf , saya tahu saya banyak salah dengan teacher , harap dimaafkan . halalkan segala ilmu yg tcr bagi , makan minum saya . Insyallah . Tcr jangan lpa doakan kami berjaya dengan cemerlang :D AMIN
Di akhir komen saya ingin cakap teacher comel seperti disuruh , hahahaha :D

Cik Puan Bunga said...

@MujahidMujahid sudah bebas dosa daripa Teacher dan sudah dimaafkan seikhlas hati :')

Cik Puan Bunga said...

@MujahidTeddy bear besar harapnya kekal dalam ingatan sepanjang masa.Wakaka.

Busyra Bt Takiyudin said...

ya. gud luck pada smua. :)

Cik Puan Bunga said...

@Busyra Bt TakiyudinAmin. Insyaallah :D

Innanie Ariffin said...

selamat berjuang adik-adik. berbanggalah punya guru yang semangat juangnya tinggi seperti CPB~

.che lyna. said...

Kalau yang dah lepas PMR pun nangis baca ni camna eh :/

muja said...

adik muja pun pmr tahun ni,, laki pulak tu,, risau betul,, sobss,,, moga students kita selalu berjaya :')

Cik Puan Bunga said...

@Innanie AriffinSobsssss T_T

Cik Puan Bunga said...

@.che lyna.Aaaa takpe. Nangis je. Free, tak kena bayo ! :D

Cik Puan Bunga said...

@mujaAmin, insyaallah ! Baik usaha baiklah hasilnya ! :D