Friday, October 25, 2013

Biar Tua Dekat Umur. Dalam Hati Muda Sentiasa.

Assalamualaikum.

Hukaloh. Bulan Oktober ni kalau engkau orang nak tahu, telah aku isytiharkan sebagai bulan menyambut birthday aku. Jadi kalau - kalau anda tidak berkesempatan nak beri aku hadiah tepat pada 8 Oktober, eh jangan risau, aku masih menerima hadiah di sepanjang bulan Oktober ini. dan kalau - kalau rasa macam nak bagi aku hadiah walaupun bulan Oktober dah lama habis, jangan gaduh - gaduh, pendek kata sepanjang tahun pun boleh kalau nak bagi aku hadiah. Aku okay aje.

Birthday celebration aku ada banyak peringkat (Ya Allah, aku yang type pun rasa menyampah apatah lagi engkau orang yang membaca ye dak?) dan peringkat yang pertama dan merupakan peringkat yang terpaling penting sekali adalah peringkat menyambut birthday bersama suami dan keluarga yang tercinta sedunia.

Tahun ni birthday jatuh pulak pada hari exam PMR. Jadinya pagi tu sampailah ke petang dalam pukul 4 macam tu, aku berkhidmat dengan gigihnya jaga exam dekat Sekolah Tun Ismail. Jiran aje dengan SESEGA. Sebelah aje hah. Tapi kalau jalan kaki penat jugaklah. Dan yang seronoknya, pagi 8 haribulan tu, aku demam, sakit badan, sakit kepala, sekali pakej dengan jerawat yang maha jembalang bertepek dekat sekalian muka. Yang paling true, ada satu menebeng dekat hidung. Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa, kalau tak mengenangkan iman dalam dada yang senipis kulit bawang ni, rasa macam nak tarik-tarik rambut menangis berguling-guling.

Aku touch up foundation dengan compact powder setebal-tebalnya nak bagi cover jerawat - jerawat yang bermaharajalela. Kau bayangkanlah muka seputih-putihnya pergi sekolah pagi tu. Aku pedulik apa. Aku nak nampak cantik di pagi birthday aku, tau dak. Gigih drive sambil kereta melayang-layang, effect makan panadol yang berlebihan. Selamat tak masuk dalam longkang ha.

Offical muka umur 30 tahun. Cantik rupanya.
Satu hari melawan sakit, diselang-seli dengan paksa Oat urut-urutkan badan, habis aje jaga exam terus aku drive balik dengan badan yang seram - sejuk campur dengan penat letih mengantuk semua ada. Oh hadiah pertama yang aku dapat, tak lain tak bukan adalah dari Oat. Satu paper beg warna pink striking yang bukan sahaja berat, tapi besar bapak punya haa. Teruja aku rasa nak bukak hadiah tu. Terima kasih Oat. Ceria betul aku jadinya. Sakit - sakit pun masih mampu nak excited secara membabi buta. Hasrat nak dengar someone nyanyikan lagu birthday secara live pun tercapai bila tengahari tu masa break lunch and solat, Hamdan kacak called and nyanyikan lagu birthday dengan penuh comel sekali. Wuuu teruja campur terharu dan entah apa lagi perasaan entah yang dah bercampur aduk. Terima kasih, Hamdan ! ^^,

Sampai rumah, keluar dari parking kereta, dengar suara Adam terjerit-jerit ucap "Happy Birthday" terujanya. Anak aku dah besar rupanya. Sobs sobs. Kesat airmata pakai hujung lengan baju. Adam tarik tangan aku masuk bilik dan dekat atas tilam ada satu bouquet bunga ros merah tiga kuntum yang bau dia semerbak penuh satu bilik. Awlohloh. Tersenyum simpul suami bila aku ucap terima kasih berkali - kali. Terharu dengan kesungguhan beliau, sebab suami bukan jenis yang membazir belikan bunga bagai. Aku pun tak suka suami belikan bunga sangat. Yelah. Benda bukan boleh buat makan pun. mahal pulak tu. Tapi bila dia punya effort sempena birthday aku ni lain macam dia punya romantik, secara serta-merta mencair pula hati nurani wanita solehah macam aku ni. Sobs. Terima kasih, suami ! ^^, 
Aku tak ready. Suami dah snapped. Muka terkejut beginilah hasilnya haa.
Camwhore dengan bunga. Maklumlah jarang-jarang dapat. Jadi ada sedikit ehem jakun.
Adam punya excited suruh aku tengok kek birthday yang Papa belikan, mengalahkan tuan punya kek punya excited. Berlari - lari ke peti ais suruh aku tengok kek, tengok kek. Bila aku buka kotak kek, rasa nak nangis kuat - kuat pulak. Aku selalu rasa suami macam tak pernah aware langsung apa yang aku minat , apa yang aku tak minat. Tapi bila tengok aje rupa paras kek tersebut yang dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya cokelat, ditambah dengan seketul minion toys hiasan dekat atas kek tu, aku rasa macam..ah. I can't even.. ah!

"Apasal beli kek cokelat? Abang bukan suka cokelat."
"Lina kan suka cokelat. Birthday Lina, kan. Bukan birthday abang."
Senyum.
"Ni apasal ada minion ni? Kek macam budak kecik ni?"
"Lina kan suka minion. Eh, Lina kan budak kecik lagi?"
Cuit hidung. Senyum sampai ke bulan.
Awlohlohlohlohhh !
Lepas solat Maghrib, Abah buat kenduri doa selamat kecik - kecik. Jemput Wah dengan Cik Aim dengan Acik Meme aje. Alhamdulillah. Bersyukur Tuhan masih bagi peluang nak bernafas dan bertaubat. Alhamdulillah. Gigih suami masakkan makanan kegemaran aku. Nasi Ayam Penyet. Memang penyet habis ayam tu diketuk - ketuknya haa. Demam - demam pun licin jugak nasi tu aku kerjakan. Sedap! Sedap sangat! Beruntungnya dapat suami yang pandai masak. Or at least pandai google resepi nak masak. Kenyang haa !

Sup Ayam, Sambal, Tempe & Tauhu goreng rempah, Ayam Penyet goreng rempah.
Alhamdulillah. Biarpun majlisnya kecik, tapi buat hati aku kembang bertingkat-tingkat. Rasa hati penuh dengan cinta yang bersepah - sepah. Rasa bersykur Allah bagi kesihatan, keluarga bahagia, cukup makan pakai dan tempat tinggal walaupun cuma menumpang Emak Abah, ada kerja yang bagus-bagus, hidup tak melarat walaupun tak mewah sedunia. Alhamdulillah. Aku bersyukur. Ada suami tempat bermanja tempat menghambur segala rasa setia dan cinta, ada Adam tempat melepas rindu dendam. Ya Allah. Alhamdulillah. Aku bersyukur Ya Allah. 
Tiga. Macam kita kan, sayang?
Hadiah daripada suami.
30.

Izinkan aku terus bernafas Ya Allah.
Supaya aku dapat membahagiakan Emak Abah.
Supaya aku menjadi isteri soleheh kebanggaan Hafizal Elias.
Mama mithali dan penyeri hati Adam Irfan Xaharis dan adik-adiknya.
Supaya aku bisa lagi terus menabur budi dan bakti untuk anak bangsa.
Supaya aku bisa menjadi hambaMu yang mahu menempah tiket ke syurga.
Supaya aku bisa menjadikan keberadaan aku didunia bukan hanya sebentuk daging yang engkau beri nyawa.

Izinkan aku Ya Allah.

Izinkan aku menjadi cahaya hidup manusia - manusia yang masih perlukan sinaran aku.
Pantas dengan nama pemberian Emak Abah.

Norhayati.

Cahaya hidupku.

Terima kasih Ya Allah. Untuk karunia cinta dan bahagia.

Alhamdulillah. Amin Ya Allah.

Dah. Babai!

2 comments :

OmbakBaik said...

Selamat hari lahir :) semoga Allah merahmati cikgu dan kluarga ☆

Cik Puan Bunga said...

@OmbakBaikAlhamdulillah. Terima kasih! Amin ya rabb! :)