Saturday, October 26, 2013

Pertarungan Kalah Mati.

Assalamualaikum. 

Hari tu aku kena gigit dengan lipan. Sebenarnya aku taktau kosa kata apakah yang sesuai digunakan. Aku kena 'gigit' lipan ke,atau aku kena 'sengat' lipan ke. Tapi aku rasa kalau aku guna, aku kena 'kokak' lipan kedengaran lebih true dan hipster. Entah apa - apa betul aku ni. Tapi yep, malam tu aku kena gigit lipan. Sedap - sedap aku tengah layan movie cerita Dark Shadows, tiba - tiba aku telah dikokak oleh lipan. Masuk dalam baju aku. Masa tu aku tengah baring atas lantai sambil kaki silang, siap goyang - goyang. Hati senang katakan. Bukan satu tempat. Dua tempat. Belakang badan satu, dengan dekat jari kiri satu. Dia punya sakit, susah nak digambarkan. Kau bayangkanlah aku yang dah tua ni pun menangis macam budak - budak. Sakit tak sakit, kau cuba fikir.

Masa tu aku dengan Adam, dengan Abah je yang ada dekat rumah. Suami kerja. Belum balik. Emak pulak ikut Makngah balik Bandar Penawar. Dah macam nak bersilat dah aku rasa perjuangan aku nak keluarkan lipan-lipan tu dari dalam baju. Pertarungan kalah mati. Pukul 12.15 malam aku kena gigit. Macam tak boleh nak tunggu siang pulak lipan ni kan. Kalau boleh aku nak pesan, elakkanlah menggigit manusia pada waktu-waktu yang menyusahkan. Susah tahu nak cari klinik, nak cari orang tolong hantar semua. Abah aku bukan pandai drive. Nasib baik Pakcik aku ada tolong hantarkan pergi Batu Pahat. 

Sebelum Pakcik aku sampai, sempat jugak Abah membuat pertolongan kecemasan. Abah cari akar rumput amende entah. Abah balut dekat tangan. Bisa dia menyucuk - nyucuk. Sebenarnya mula - mula tu aku tahan jugak. Lama - lama, bila dah start lain macam pulak rasa sakit dia, tak toleh kiri kanan lagi, terus meraung aku dibuatnya. Oh lupa nak cakap. Lipan - lipan jembalang tanah tu dah selamat Abah aku ketip pakai playar. Rabak jugaklah badan diaorang Abah aku kerjakan. Cari pasallah lagi nak masuk - masuk dalam baju aku.

Nak cari klinik yang bukak 24jam, macam nak cari calon isteri solehah. Susah yang amat. Ada satu klinik dekat area Carrefour, doktor pulak tak ada pergi rehat. Aku yang tengah kesakitan ni malas nak tunggu lama. Pakcik aku hantar dekat Poliklinik Hidayah. Doktor bagi dua kali injection. Tangan kiri aku masa ni dah biru ungu siap bengkak macam terlebih bikarbonat. Masa nak bayar bil, terbeliak jugaklah mata aku dua tiga kali sebab jumlah bayaran dia memang buat engkau tersedak. Tapi tak apalah, nak selamat punya pasal. Lagi pun aku datang tengah-tengah malam. Jadi charge dia pun jadi lain macamlah kan. Takde hal lah. Janji aku sihat seperti sediakala.

Sampai rumah, suami sambut dengan penuh risau. Bila dia peluk tu rasa hilang sekejap sakit yang bermaharajalela. Dialah yang sibuk ambikkan air masak, minyak urut semua nak sapu dekat lebam bengkak dekat tangan dengan badan. Aku tahu dia risau. Tapi masa tu aku bersyukur jugak aku yang kena kokak. Bayangkanlah kalau Adam yang kena. Takpe, takpe. Aku gagah perkasa. Biar aku yang kena, tak apa.

Satu malam aku menangis sampai hilang suara aku. Bayangkanlah kuat dia tu macamana. Sampai sakit tekak. Sudahlah tangan berdenyut-denyut, badan aku sebelah kanan sakit nauzubillah. Nak tidur mengiring ke kiri tangan aku kebas, nak tidur ke kanan badan aku sakit. Sudahnya aku duduk sambil menangis. Buruk betul rupa, tapi nak buat macamana. Sampai merah mata suami tahan mengantuk, temankan aku. Tiba - tiba aku muntah - muntah pulak. Terbelahak sampai keluar segala isi perut. Dua tiga kali ulang - alik pergi toilet sampai suami bawak baldi masuk dalam bilik. Muntah sampai keluar lendir kuning bayangkan. Aku rasa memang keluar bersih mee goreng yang aku makan Maghrib tadi. Suami kata badan aku bertindak balas dengan bisa. Habis muntah, aku sambung menangis balik. Aku bukan tak tahan sakit, tapi kalau aku sakit aku memang suka nangis apa. Puas rasa dia.

Dekat tempat yang lebam biru ungu tu aku suspek tempat bisa tu merebak.
Disebabkan terlampau mengantuk dan penat, aku baring tegak mengadap siling. Last - last tertidur jugak aku. Itupun terbangun banyak kali sebab tiba - tiba rasa susah nak nafas, sakit berdenyut, rasa nak muntah semua. Nasib baik dapat MC 2 hari. Tak payahlah aku fikir macamana nak pergi sekolah ke apa. Bangun pagi tangan kebas, badan sakit - sakit. Lepas makan ubat, aku sambung baring tidur sampai ke petang. Masak - memasak, mandikan Adam semua suami yang buat. 

Kawan - kawan banyak bagi petua nak hilangkan bisa. Ada yang kata letak biji asam, letak rumput Israel, letak bisa lipan tu dekat tempat yang kena gigitlah semua. Ada yang kata kenapa aku tak minum air. Ada yang kata kalau lipan masuk baju kita kena relaks jangan panik. Aih taknak panik macamana, benda tu dah masuk dalam baju, Aku pun tak sempat nak fikir apa dah. Tindakan spontan.

Inilah dua ekor lipan yang telah membuat pailang dengan aku itu hari. Dua - dua dah jahanam Abah kerjakan.
Sebenarnya dalam sakit - sakit tu, aku terasa disayangi juga. Abah bertungkus - lumus menyelamatkan aku malam tu. Nampaklah muka dia risau gila. Tu belum Makcik Pakcik aku lagi, sepupu sebelah rumah yang datang malam tu semata-mata nak pastikan aku okay, suami yang bersusah - payah bersengkang mata jaga aku, masakkan aku, jaga Adam sementara aku sakit, kemaskan rumah, basuhkan baju. Allah. Dalam pada sakit-sakit tu aku memang rasa kembang-kuncuplah hati. Belum lagi bff-bff mesej suruh makan ubat, jaga diri. Ni terharu ni. Memang terasa macam nak keluar airmata pelangi ni. Emak pun bukan main risau. Call tanya aku dah okay ke tidak. Bernyawa lagi ke tidak. Sedia maklum betul Emak, aku ni harap umur je dah tua tapi perangai aku dah macam budak belum akil baligh lagi. Jangan risau Emak, aku okay. Tuhan bagi bernafas lagi. Alhamdulillah.

Aku sekarang trauma betul nak tengok TV sambil baring - baring. Terbayang - bayang lipan tu merayap-rayap atas lantai. Pantang terasa ada benda merambat, melompat-lompat aku padahal semut aje pun. Trauma sesungguhnya aku. Nak tau sakit tak sakit kena gigit lipan secara double macam aku, trylah mintak dekat Tuhan.

Sesiapa yang tadi sakan bahan aku dekat sekolah engkau orang jaga - jagalah. Aku dah mintak Tuhan hantar satu batalion lipan datang rumah engkau orang. Gigit sikit bagi rasa. Lagi - lagi tang mulut yang jahat tu haa.

Dah. Babai.

2 comments :

intandayani said...

aishh ngerinya..tu pasal la takut sgt dok rumah bwh..pastu takut sgt masuk hutan..get well soon dear

Cik Puan Bunga said...

@intandayaniKan? Trauma sepanjang hayat! Fiuh! Oh terima kasih! :D