Tuesday, November 5, 2013

Hijrah Antara Kau Dengan Tuhan.

Tadi , masa aku kasitau suami yang birthday aku dalam bulan Islam, jatuh dekat 1 Muharam, suami angguk aje. Bila aku kata, aku nak hadiah birthday, dia jeling pulak. Aiseh, dia punya jeling tu pulak bukan calang-calang punya jeling. Jeling nak kasi tau aku jangan nak demand yang bukan - bukan. Saja cuba nasib, mana tau dapat hadiah sempena birthday dalam bulan Islam ke kan. Kihkoh.

Hari tu masa sambut tahun baru yang omputeh punya version, aku tak berapa nak tanam azam. Aku ni pulak bukan pesen manusia yang bermatlamatkan azam. Azam tu pun cuma nak isi - isi masa lapang, tak sampai berapa hari, azam tinggal azam ajelah. --" 

Masuk tahun hijrah ini kali, awal - awal lagi aku dah pasang azam. Sambil dalam hati berkumandang lagu 1 Muharam paling true di abad ini. Lagu dari aku kecik sampai ke besor sampai dah jadi Mak orang ni pun aku takkan lupa punya. Sempena 1 Muharam 1435 Hijrah tahun ni, aku nak pasang 1 azam aje. Bukan azam nak kurus ke atau azam nak naik pangkat ke atau azam nak beli kereta baru ke apa. Aku cuma berazam, aku nak solat cukup di awal waktu. Insyaallah. Nampak macam kacang kopek aje azam aku , kan? Tapi aku tahu, nak realisasikan dia bukan macam makan kacang kopeklah for sure. Insyaallah. Itu azam aku tahun ni. Dan untuk tahun - tahun seterusnya sampailah aku mati.

Kadang - kadang manusia ni salah guna perkataan hijrah.

Dan kadang - kadang manusia ni jugak membabi - buta kata diri sendiri dah berhijrah, tapi sebenarnya dia jadi lagi jahiliyyah daripada sebelumnya.

Hijrah, satu perubahan yang engkau buat, daripada tak baik menjadi yang lebih baik. Dan suka aku ingatkan kepada diri sendiri yang bukan hijrah namanya, kalau dalam hati kita masih ada rasa riak. Masih nak mengharap aprisiasi manusia. Masih nak mengaut dunia, masih nak mengadu domba. Masih buat benda jahil. Layak kah kita kata kita manusia yang sudah berhijrah?

Masih belum hijrah sepenuhnya.

Dan kalau boleh, sesuai dengan azam tahun ni nak solat cantik - cantik punya, cara berpakaian pun kenalah macam orang dah berhijrah. Ye dak? Rasanya dah boleh bungkus dah baju - baju ketat sendat semua tu. Bagi dekat budak - budak sekolah rendah pakai. Dan dah alang - alang cantik berpakaian tu, akhlak pun kalau boleh biarlah lagi cantik orang kata, kan? Panas baran tu rasanya dah boleh buang dalam longkang dah. Marah - marah selalu karang naik kedut dekat mata pulak.

Barulah hijrah sebenar hijrah.

Penat sungguh rasanya dok kejar dunia ni. Dunia ni pulak dia main jilaka. Makin kau kejar, makin dia lari jauh.

Jadi aku rasa, aku nak kejar satu perkara yang confirm takkan lari punya. Silap- silap, bila kita jauh, dia makin datang dekat dengan kita.

Aku nak rasa manis manisnya kejar cinta Allah.

Kejar barokahNya.

Kejar sakinahNya.

Kejar janji syurgaNya.

Kejar indah indah hidup di bawah naungan kasih sayangNya.

Aku nak rasa.

Aku tahu jalan dan laluannya bukan mudah. Tapi apa nak risau ye dak? Tadah tangan , doa sungguh - sungguh.

Allah mesti bantu, punyalah! ^^, Doakan , ya!

Salam Maal Hijrah 1435 kawan - kawan. Langkah pertama yang Rasulullah SAW mulakan seribu empat ratus tiga puluh lima tahun yang lepas, terpulang kini pada kita untuk sudahkan. Dan teruskan kesinambungan.

 Isteri mithali bersuami suami nan kacak dan anak lelaki yang handsomenya Subhanallah.

Allahuakhbar.

Dah. Babai!