Saturday, December 14, 2013

Biar Muka Macam Jamban. Jangan Tak Ada Adab.

Kejadian yang berlaku ke atas aku pada hari ini, membuatkan aku berfikir balik dua tiga empat puluh kali pepatah Melayu lama yang lebih kurang dia berbunyi begini ;

Yang tua dihormati,
yang muda disayangi.

Assalamualaikum.

Hari ini bermula dengan agak lancar. Pagi-pagi aku dah bangun solat Subuh. Lepas solat Subuh, sambil berbungkus dengan selimut aku bukak Youtube dengar lagu nasyid Inteam yang baru. Aku merasa sungguh barokah warahmah dengan pagi yang dihiasi dengan lagu - lagu ketuhan. Terasa tenang pula di dalam hati. Oh. Macam ini rupanya perasaan orang - orang soleh lagi beriman. Aman dan tenteram. Sempat pula aku berdialog sendiri dalam hati.

Sebenarnya tengah hari nanti aku ada plan. Plannya nak mencari kedai printing. Nak print sticker kereta. Embun mintak tolong. Aku kan kakak yang boleh diharap. Selain kakak yang tebal dengan sifat penyayang, aku juga ringan tulang. Sambil - sambil nak tunggu tengahari, aku cuba-cuba tanya dengan kawan-kawan yang pernah print sticker kereta mana nak cari kedai yang bagus. Ada sorang kawan ni suggest aku pergi dekat Suria Art's. Memandangkan Suria Art's ni tak jauh dari rumah aku, aku pun mengambil keputusan nak cuba mendapatkan khidmat syarikat berkenaan. Sekarang memandangkan zaman teknologi, aku cuba - cuba google dekat internet salah silah syarikat ini. Wah! Siap ada FB page! Hebat! Aku berkata didalam hati. Walaupun yang Like cuma 6 orang tapi ini merupakan sesuatu yang patut dibanggakan. Inisiatif anak tempatan ni! Begitulah lebih kurang dialog aku di dalam hati lagi.

Aku pun cuba - cuba call nombor yang tertera. Mula - mula yang angkat tu budak lelaki. Entah siapa. Aku pun tak tanya. Lagipun aku call nombor tu bukan nak berkenalan dengan dia. Straight to the point aku tanya beberapa details penting sebelum memulakan urus niaga pembelian. Budak lelaki yang aku tak tau siapa ni tadi jawab pun macam blur - blur lalu beliau menyambungkan panggilan kepada seorang kakak yang serba tahu yang aku syak sebagai bos atau orang penting di syarikat berkenaan.

(Setelah berbual lebih kurang dan bertanya serba sedikit tentang khidmat yang ditawarkan)

Aku : Kak, jadi boleh ye kalau saya tempah sticker dalam kuantiti sikit? Saya nak tempah dalam 5 keping aje kak setiap design. Jadinya semua sekali ada 10 keping.

Kakak Boss : Eh boleh dik boleh. Sekeping akak charge RM5. Kalau adik dah ada design, petang ni juga adik boleh collect.

Aku : Baik kak. Sekejap lagi pukul 11 saya hantar design. Akak, design yang satu lagi tu saya nak print depan belakang boleh? Macam sticker McD tu.

Kakak Boss : Oh, boleh - boleh. Tapi harga kira lain ye dik.

Aku : Tak ada masalah kak pasal duit. Saya duit banyak. (Okay ayat yang last tu aku tambah - tambah. Cubaan nak bergurau)

Kakak Boss : Okay dik. (Serious pulak kakak ni, takde pulak tanda-tanda beliau nak ketawa dengan gurauan hambar aku tadi)

Aku : Okay kak. Terima kasih!

Daripada perbualan telefon, dapatlah aku simpulkan kakak boss ini sebagai seorang yang peramah, baik hati dan tak mudah terhibur dengan lawak - lawak hambar. Lalu aku pun mandi dengan secepat kilat dan terus pergi ambil kawan aku sorang untuk temankan aku. Suami kerja. Jadi dia tak dapat temankan aku.

Dalam 20 minit memandu. Aku pun sampai ke destinasi yang dituju. Suria Art's ni dekat mana tak payahlah aku nak beritahu. Kalau engkau orang google, nescaya engkau orang akan berjumpa dimanakah terletaknya syarikat printing ini.

Kakak Boss yang aku call tadi keluar. So tinggallah seorang kakak kerani, seorang budak lelaki dan dua orang pekerja dia. Rupa - rupanya pekerja dia yang 2 orang tadi tu budak sekolah tempat aku mengajar. Mungkin mencari rezeki tambahan dimasa cuti sekolah. Tak pulak aku tanya. Lagipun aku datang kedai tu bukan nak menemuramah apa aktiviti masa cuti sekolah anak - anak murid aku. Straight to the point.

Lepas isi borang, aku dan kakak kerani serta seorang budak lelaki (Aku syak budak lelaki ni tadi yang mula - mula jawab masa aku call tadi) pergi ke bahagian belakang kedai untuk sesi melihat design.

Aku : Ini kak. Ada 3 design. Satu ni buat depan belakang. Satu ni print biasa , muka depan aje.

Kakak Kerani : Print depan belakang? Kejap dik eh.

Kakak kerani tu bukak satu lagi pintu dekat bahagian tengah kedai. Pintu tu menyambungkan ke bahagian mesin printing macam mesin printing banner, bunting dan entah apa mesin lagi tak pulak aku tanya. Lagipun aku pergi kedai tu bukan nak belajar nama - nama mesin. Dekat bahagian belakang kedai tu ada satu brader (Tapi agak berumur sedikit so rasanya lagi sopan kalau aku panggil pakcik.) Pakcik tu tengah buat sesuatu. Mungkin tengah print agaknya.

Kakak Kerani : Cik M****, dia ni nak print sticker kereta depan belakang. Boleh ke?

Pakcik M**** : Print depan belakang? Mabuk ke apa? Aku tak pernah jumpalah sticker print depan belakang!!! 

(Jawab Pakcik tersebut dengan kasar. Kasar macamana tu aku pun taktau nak describe, tapi lebih kurang macam orang tengkikng kau full throttle punya)

Terkejut aku kena tengking macam tu. Tapi aku cuba bersabar sambil - sambil beristighfar di dalam hati. Aku takut jugak kalau - kalau aku terrrrhilang sabar. Sambil cuba - cuba membuat muka comel, aku pun menjawab dengan lemah lembutnya.

Aku : Aaa, tadi saya call, kakak tu kata boleh? Print depan belakang tu bukan tak wujud pun. Contoh sticker dia macam sticker McD, sticker KFC Drive Thru 24 jam dan juga sticker kebenaran membawa kenderaan masuk ke kawasan kampus dan kolej kediaman. Contohnya macam ni kak, depan ni logo, belakang dia ada tulisan. So kalau kita tampal dekat kereta, bahagian depan nampak logo, dari area pemandu pulak akan nampak tulisan dalam sticker tu.

Terang aku secara panjang lebar. Siap dengan contoh - contoh khusus yang Pakcik tu boleh jadikan panduan untuk memprint sticker aku nantinya. Belum sempat kakak kerani tu bukak mulut, Pakcik tu menyampuk dengan suara yang masih menengking.

"Mana ada! Aaaah takde takde takde!!! Menyusahkan je semua tu! Print sikit, menyusahkan semua tu!!! Takde takde takde!!!"

Tengking beliau. Masa tu aku dalam hati dah, ehh kau ni apasal pakcik nak tengking tengking macam gini, kau ingat aku pekak ke apa. Aku toleh ke arah dua orang pekerja syarikat tu yang merupakan anak murid tempat aku mengajar. Dua - dua dah tunduk tak kata apa - apa. Bahang jugak dalam hati rasanya. Apa ke halnya pakcik ni nak marah - marah aku?

Kakak kerani dan budak lelaki tadi terus terdiam. Masing - masing tunduk sepi. Sementara Pakcik tu masih lagi membebel dan menyebut beberapa perkataan macam "Menyusahkan" , "Leceh" , "Nak murah je" dan sebagainya. Aku pun dah ingat - ingat lupa.

Melihatkan muka aku yang dah berubah dan dua - dua tangan aku yang secara spontannya aku kepal - kepalkan macam nak buat ais kepal, kakak kerani tersebut cuba meredakan situasi. Beliau kelihatannya mencapai telefon.

"Nak apa lagi tuuuu!!!!" Tengking pakcik tu lagi.

"Saya nak telefon boss. Nak tanya." jawab kakak kerani lalu disambung dengan bebelan pakcik tu yang entah apa - apa.

Ehhhh! Pakcik ni dah lebih nii dah lebihhh ! Masa ni kesabaran aku nampaknya dah expired jugak. Apa perasaan engkau orang kalau kena tengking tak pasal - pasal macam tu? Kau nak ketawa? Nak buat muka comel sambil cakap "Sabar ajelahh.."?

Aku cabut pendrive aku yang terpasang dekat komputer dia sambil tangan menggigil - gigil. Dengan seluruh kekuatan batin aku, aku cuba kawal suara supaya tak menjerit, tak memekik, dan yang paling penting, tak akan sekali - kali mengeluarkan ayat - ayat yang mempunyai kosa kata yang berklasifikasi 18 PL.

"Kalau tak boleh buat, tak apalah. Saya pun takkan datang melulu. Saya dah call tadi dan akak tu kata boleh buat. Tak boleh buat atau taknak buat tak apa. Tapi tak perlulah nak tengking - tengking, nak kata saya mabuk, nak kata saya menyusahkan semua. Saya bukan budak bodoh. Ingat, saya ni siapa? Saya ni nak tolong bangsa sendiri majukan bisnes, kalau saya tahu macam ni, saya pergi kedai Cina. Bayar mahal pun tak apa. Asalkan saya tak dibuat macam orang bodoh macam ni."

Sambil aku berlalu keluar dari kedai dengan dada berombak- ombak, tangan mengepal - ngepal, bahang satu badan. Syukur alhamdulillah, aku tak maki hamun, aku tak mencarut, aku tak cakap apa - apa yang tak baik. Anak murid aku ada dekat situ, aku nak tunjuk contoh yang baik. Cuma mungkin tindakan aku keluar kedai secara membabi - buta tu tak berapa nak patut. Sepatutnya aku bersalam - salaman dengan kakak kerani tu dan menepuk - nepuk bahu pakcik tu sambil berkata "Pakcik ni marah - marah kenapa? Kurang kasih sayang yee.."

Keluar dari kedai tu, aku terus cari kedai printing cina. Print dekat sana. Aku sampai - sampai je ada amoi sambut dengan senyuman manis, siap borak - borak macam dah lama kenal, bagi harga pulak cantik dan yang paling win, dalam masa satu jam je sticker kereta aku dah siap. Hati pun senang, badan pun tak bahang.

Sambil drive balik, aku terkenang - kenangkan Pakcik tu tadi sambil berfikir apa agaknya masalah dia. Aku ni pelanggan. Datang kedai dia bawak rezeki. Kalau tak boleh buat atau kalau tak tahu buat, cakap elok - elok boleh apa. Aku bukan bangang. Aku bukan pekak, cakap nak kena tengking - tengking. Yang dia nak menengking tu kenapa? Saja suka - suka? Agak - agak kalau aku ludah muka dia suka - suka, dia gembira tidak agaknya? Pakcik tu patut berterima kasih dengan anak murid aku yang dua tu, sebab diorang ada dekat sanalah tadi aku tak buat perangai tak tentu hala. Aku ni perempuan yang tak kisah nak berkuda - kuda asalkan aku dipihak yang benar. Aku tak kisah nak tarik - tarik rambut asalkan bukan aku yang start buat kusut. Aku ni manusia biasa. Mana tau kalau tadi aku naik angin ke apa, aku mengamuk hentak - hentak kedai dia, terajang dia dan sekalian pekerja ke, ambik parang tetak kepala dia ke? Kita bukan tau kan manusia ni reaksi dia berhadapan dengan manusia kurang adab ni macamana.

Mungkin beliau tak kisah hilang sorang pelanggan macam aku. Ah setakat sticker kereta 10 helai, picisan aje kalau nak dibandingkan dengan projek beliau yang lain yang juta juta juta. Tapi jangan lupa, Allah tak tidur.

Apapun, aku dah maafkan dia. Dan aku sempat jugak sedekahkan doa kepada perusahaan beliau supaya terus sukses dan maju jaya. Mungkin Pakcik tu sebenarnya seorang yang baik hati dan sopan santun, dan entah kenapa agaknya pagi tu, beliau menengking - nengking orang tak tentu hala. Belum sarapan agaknya. Siapa - siapa yang nakkan servis printing yang awesome dengan harga yang berpatutan dan kalau engkau orang bernasib baik, bolehlah dapat pakej print berserta makian percuma di Kedai Suria Art's, Taman Universiti, Parit Raja. Mungkin Pakcik tu masih ada dekat sana. Dan aku doakan Pakcik tu akan bertemu dengan hidayah dari Nya. Aku tak dendam apapun dengan Pakcik tu, cuma aku tertanya - tanya dalam hati, kalau beginilah acuan, macamana agak rupa kuihnya?

Mana yang bajet bajet bagus nak kata aku ni tak penyabar lah, tak perempuan Melayu terakhirlah apa, baik engkau orang diam. Engkau tak kena maki depan muka, engkau tak tau apa.

Muka macam ni punya comel pun boleh kena tengking free. Sesungguhnya Pakcik tadi tak tahu menghargai keindahan alam semulajadi.
Dah. Babai.

15 comments :

cahaya izzati said...

Luahan hati.. hihi.. singgah malam minggu. done follow u, follow me back :)
http://www.cahayaizzati.com/

mirul akim said...

terima kasih kak susah payah buatkan sticker utk sy...
akak comellll

Nabiha Zaidi said...

Haih. Kite yang membaca ni pulak yang beremosi lebih. Ish, geram betul. Haa, kesian pakcik. Kan dah kena setempek. Kalau tak sedar diri jugak tak tau la. Nak kena boikot baru sedar diri kot.

Mohamad Hamdan Talib said...

haha..teacher nasib baik saya tak jadi designer di kedai tu...kalau tak sarapan maki, makan tengahari maki, minum petang pun maki agaknaya.

Mohamad Hamdan Talib said...

haha..nsib baik saya tak jadi designer kat sana.kalau tak sarapan pagi,makan tengahari & minum petang pun berlaukkan makian.

Miss Tasantek said...

adoi la kak..
macam2 lah peel manusia.
kalau aku... kat tempat kau..
entah jadi apa gaknya..

aku penah tendang mesin fotstat kat ofis. refleks selepas mesin tu berkali2 sangkut.

suezen said...

muke mcm tu punyer cun pun keneeee...sabar yerrr

Cik Puan Bunga said...

@cahaya izzatiThank you babe! :)

Cik Puan Bunga said...

@mirul akimHaa sticker awak ke? Hikhik! Sama sama !:D

Cik Puan Bunga said...

@Nabiha ZaidiSadis sangat. Pagi - pagi dah kena maki. Rasa macam nak terjun longkang. Huhu!

Cik Puan Bunga said...

@Mohamad Hamdan TalibJangan jangan! Jahat pakcik tuh! Huhu. Nanti kalau Hamdan dah buka kedai sendiri, layan customers dengan penuh kasih sayang yek! Huhu! Especially me lah! Ngehngeh! :')

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekMesin lain. Kita boleh terajang dia sesuka hati. Kalau orang? Wuuuu menangissss!

Cik Puan Bunga said...

@suezenSabarrrr (Sambil urut dada!) hukhuk!

Anonymous said...

B***** punye pakcik...kalau lah saya...tambah 10 lagi sticker FOC...sbb muka comel

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousMuka comel tak menjamin kalis maki. Kehkeh. Sadis betul lahaiii!