Siapa Yang Taknak Cantik, Betul?

Assalamualaikum. Dah lama rasanya aku tak post something pasal cecantik ni. Sebagai seorang wanita sejati yang cintanya hanya kepada lelaki dan kecantikan (Just being normal. Kakaka) memang dah jadi tebiat kita (Eh tabiat ke tebiat?) untuk sentiasa mahu tampil anggun, cantik dan kemas. Wangi juga. Err. Kan? Aku kalau kata gemuk ni aku boleh tolerate lagi, tapi kalau kata kulit ni memang aku agak menjaga jugaklah. Kulit ni selain daripada organ terbesar badan, kulit yang sihat juga buat kita rasa yakin, awesome dan sungguh lejen sekali.

Sebenarnya entry ni sepatutnya post lama dah. Tapi asyik terlupa memanjang jadi baru sempat nak post sekarang. Kejadian ini berlaku masa cuti sekolah raya Cina yang lepas. Kejadian yang sungguh menyayat hati yang membuatkan aku merasa sungguh down dan kurang keyakinan diri. Memang tahi betul perasaan ketika itu. Masa itu secara tiba - tiba, muka aku jadi sangat merenyam. Gatal baq hang! Tangan sedap aje garu sana sini. Ruam- ruam kecil secara berjemaah mula membentuk dipipi kanan dan kiri dan akhirnya membentuk satu jemaah jerawat yang sungguh eksyen dan padu sekali. Dan akhirnya, akhirnya jerawat-jerawat eksyen dan padu terbabit telah membentuk satu pemandangan yang sungguh tahi sekali dipipi aku. Masa itu aku merasa sungguh musibat sekali kerana terpaksa keluar ke sana sini dengan pipi yang.. yang. Ah. Tak tahu nak describe macamana.

See. Sungguh meloyakan sekali!

Masa itu, aku berpendapat bahawa kalau aku nak menyembuhkan keadaan pipi yang tahi ini dengan cepat dan selamat, aku kena menggunakan bahan - bahan yang bebas kimia dan semulajadi. Kalau aku guna bahan yang kimia dia mencapap, kebarangkalian muka aku menjadi lebih monster adalah tinggi sekali. Terfikir nak try VCO semula tapi aku dah tinggalkan VCO sejak kulit muka dah okay dulu kan. Dulu, ya dulu memang kulit muka aku ni super sensitif, hormon pulak cacamarba menambahkan lagi keadaan kulit yang aihh memang macam loji tahi! --"

Jadi, aku pun mengugel secara marathon dari pagi sampai ke malam membawak ke siang balik campur-campur dengan sekejap-sekejap jenguk FB, Twitter, blog bagailah dan akhirnya dapatlah aku merumuskan disini bahawa sesungguhnya aku sangat tergerak hati nak mencuba set vitamin Shaklee kerana testimonial mereka semua sungguh champion sekali. Terasa nak mencuba sendiri, samada betul ataupun tidak semua cerita-cerita yang digembar-gemburkan terbabit. Disamping itu aku pun mengugel secara independent fungsi setiap vitamin dan cara pengambilan yang betul. Dapatkan sebanyak mana maklumat yang boleh. Masa itu ejen Shaklee mencadangkan aku ambil ESP, Vit C, Vit E dan B Compleks. Tapi setelah aku mengugel sendiri dan bertanya itu ini dengan ramai orang, aku rasa macam nak ambil Vit C and Vit E dulu dan tengok apakah kesannya terhadap muka aku.

Zinc Complex pula aku ambil agak lambat sikit daripada dua vitamin yang awal tadi. Zinc tu banyak fungsi so kita kena ambil dia mengikut mg yang diperlukan. Kalau untuk kulit, dua tablet sehari dah mencukupi. Jangan sampai terlebih dos pulak sebab zinc ni kalau lebih sangat dalam badan pun tak bagus jugak. Untuk kulit, zinc ni bagus untuk menyembuhkan jerawat,menyembuhkan luka akibat jerawat, mengecutkan jerawat dan juga mengelakkan jerawat daripada tumbuh semula. Jerawat ni pulak jenis yang degil tak faham bahasa, asyik kerja nak tumbuh dekat muka manusia. --"

Set untuk muka aku.
Sebelum aku ambil Shaklee untuk kulit ni, aku dah consume Shaklee ni untuk kurus konon-kononnya. Walaupun aku taklah kurus mana pun tapi kira aokaylah jugak sebab tak adalah aku menggemuk secara tak tentu hala. Bak kata kawan - kawan aku, aku gebu. Kahkah. Gebu weh. Lahai macam teddybear. Aku ambil Alfalfa Complex, Omega, Lecithin dengan Herblax. Alhamdulillah. Serasi juga set ni untuk aku. Yang penting kita kena faham fungsi setiap daripada vitamin yang kita ambil tu dan sila minum air secara banyak dan membabi buta. Air ni bagus untuk bantu penyerapan vitamin ke dalam badan kita. Air ni jugak tolong sana sini singkirkan toksin dalam badan. Ayat memang cliche tapi memang itu fungsi air. Ejen detox yang paling awesome sekali di alam semesta. Percayalah. Walaupun Bio aku cuma dapat 7 dulu masa zaman SPM, aku tak tipu ni.

Yang ini set untuk kurus kengkononnya. Kehkeh.

Alhamdulillah. Seminggu mengamalkan vitamin C, E dn Zinc complex secara istiqamah. Maka inilah hasil yang aku dapat. Alhamdulillah. Jerawat hilang secara berjemaah juga, luka daripada jerawat mulai kering dan hilang cuma parut ajelah yang engkau kena tahan sabar sikit. Parut memang makan masa, so vitamin E tu kadang-kadang aku cucuk dan sapu dekat muka. Dekat area yang ada parut tu. Sama juga macam zinc. Kadang-kadang aku larutkan dalam air dan sapu dekat muka. Alhamdulillah, memang banyak membantu kulit aku mencapai zaman kegemilangannya.

Pores boleh buat main golf. Masa ni bekas - bekas dia masih ada tapi dalam proses penyembuhan yang berkadar menaik! ><, Takdelah flawless manapun tapi alhamdulillah. Better than before! ><,

Memang aku sangat-sangat bersyukur. Sepanjang tempoh ni memang aku banyak minum air masak, jangan makan makanan yang pedas sebab dia boleh menyebabkan muka kita tumbuh blackhead and whitehead yang tak tentu hala, dahlah aku memang suka makan pedas. Kurangkanlah kalau boleh. Kemudian, memang kena aware dengan healing crisis yang akan melanda kita once kita mengamalkan vitamin ni semua. Macam loya, pening rasa nak demam tu semua normal. Yang penting air masak tu minum banyak - banyak. Kena rajin gugel dan cari maklumat tambahan, dan pastikan kita kena selalu in touch dengan ejen Shaklee yang kita beli barang tu. Tanya dia kalau ada apa-apa kemusykilan dan hopefully ejen tu boleh bantu kita. Jangan putus asa senang katanya ><,

Dan sepanjang proses ni jugak, aku tukar pencuci muka aku kepada pencuci muka Safi Gamat, sebab gamat ni membantu mengeringkan jerawat dan menyembuhkan luka. Alhamdulillah, pencuci yang tak sampai RM10 ni memang berkesan untuk kulit muka aku.

So yang penting aku nak highlight dekat sini :

1) Kenalpasti masalah kita. Jerawat ke kulit kusam ke nak kurus ke apa ke.
2) Kenalpasti vitamin apa yang kita perlukan. Jangan semua benda kita nak beli. Fokus satu satu dulu. Means kalau nak kurus makan vitamin untuk kurus dulu, kalau nak kulit cantik makan vitamin untuk kulit dulu.
3) Kenalpasti healing crisis yang bakal berlaku. Jangan takut tak memasal. It's normal.
4) Minum air masak yang banyak. 3-5 liter tu normal. Dan mohon istiqomah. Jangan hangat-hangat tahi kambing.
5) Cari ejen Shaklee yang betul-betul boleh membantu kita sebelum dan selepas kita beli dari dia. After-sale servis tu penting. Ada ejen Shaklee yang beriya gila seblum kita beli, bila kita dah beli dan tanya itu ini dia buat bodoh kambing dia aje. Ha yang macam ini,elakkan. Cari yang friendly dan sudi melayan setiap soalan kita.
6) Konsisten. Istiqomah. hasil vitamin kepada setiap individu adalah sangat berbeza. Banyak faktor yang menjadi penyebab. Mungkin kandungan toksin dalam badan, pengambilan air masak dan sebagainya boleh jadi faktor. Mungkin kesan ke korang semua lambat sikit, jangan putus asa. Teruskan. Azam kena kuat. Jangan cepat putus asa, okay?

Oh dan jangan salah sangka, aku bukan jual Shaklee. Kehkeh. Aku cuma kongsikan pengalaman sendiri mencuba produk Shaklee yang aku rasa memang terbaik setakat ini berbanding yang lain-lain. Selamat dan berkesan. Murah sebab dia tahan lama berbanding vitamin jenama lain yang seriously overrated. Dan sila dapatkan nasihat daripada ejen - ejen yang boleh dipercayai. Kakak aku yang nombor dia sendiri pengamal Shaklee yang tegar untuk set breastfeeding baby. Memang mewah habis susu badan dia untuk baby Arrazi. Dan kakak aku pun sekarang kulit muka dia dah cantik dah tak macam dulu, berjerawat dan ruam sana sini.

Untuk yang duduk kawasan Yong Peng, Batu Pahat, Kluang, Kuantan (Pahang) yang nak cuba produk Shaklee ni, bolehlah contact ada sorang kakak tempat aku kerja ni. Kak Mus nama dia. Comel dan baik hati. Wahkaka. Dia insyaallah akan bantu segala permasalahan korang. Manalah tahu ada yang nak cuba dan masih ragu-ragu. At least testimonial aku ni jadikanlah panduan korang untuk buat pilihan ya? ><,

FB Kak Mus : Muslizah Musanif



Alhamdulillah sekarang sudah comel sikit. Kehkehkeh. Muntah!
Aku ni kalau nak diikutkan banyak kali juga muka kena serangan jemaah jerawat yang jahanam, dan setiap kali cara aku nak merawat muka pun berbeza - beza. Aku pernah guna VCO, Skin Food, Gel Gamat, Bedak Sejuk Gamat, Eskinol dan Pil Tidact untuk merawat muka. Hasilnya berkesan tapi kena sesuaikan dengan masalah kulit sendiri lah. Cuba jaya! ><,

Satu je nasihat aku, tak perlukan yang mahal untuk cantik, yang penting serasi dengan kulit kita. Dan, jangan putus asa ya! ><,

Dah. Babai!

Read More»

Surat Untuk Adik.

Assalamualaikum.

Dik, sejak engkau pergi jauh sambung belajar, berapa kali aku cakap dengan kau aku sayang dekat engkau? Berapa kali aku cakap yang aku bersyukur ada kau jadi adik aku? Berapa kali aku cakap yang aku taknak apa-apa yang buruk jadi pada engkau? Berapa kali aku cakap supaya kau jadi anak yang baik yang boleh buat emak abah bangga ada anak macam engkau? Tak ada kan dik. Tak ada. Aku tak cakap bukan sebab aku tak sayang kau dik, bukan jugak sebab aku tak bersyukur ada kau jadi adik aku, bukan jugak sebab aku nak benda buruk jadi dekat engkau, aku tak cakap dik, sebab aku tahu kau boleh rasa apa yang aku rasa. Aku tahu kau boleh rasa yang sayang aku ke engkau tak ada apa boleh pecah belahkan. Aku sayangkan engkau dari hari pertama Allah bagi kau jadi adik aku.

Aku tahu dik, aku bukan kakak yang baik. Banyak benda dalam hidup ni, yang sepatutnya seorang kakak yang baik perlu ajar kepada adiknya tapi aku tak buat. Aku tak ajar kau apa - apa pun dalam hidup. Aku biarkan kau belajar semua benda sendiri. Aku tahu suruh kau buat itu ini tapi aku tak tolong kau buat semua benda tu pun. Kau untung dik, semua orang sayang kau. Kau dapat apa yang aku tak pernah dan tak berpeluang dapat. Kau dapat semua dik. Orang akan usahakan untuk kau.

Aku selalu akan usahakan yang terbaik untuk kau dik. Kau nak pakai handphone, aku carikan engkau handphone. Dik, kau ingat tak aku belikan kau Tamagochi yang mahal tu? Kau tak main pun dik, kau main gitu-gitu aje lepas tu kau biarkan dia mati. Aku sanggup cari menatang tu serata KL sebab dekat Batu Pahat tak ada jual macam yang kau nak. Masa tu aku berhempas pulas cari dik, aku nak kau gembira. Aku nak kau happy aku carikan kau Tamagochi tu. Aku nak kau senyum penuh gembira, dik. Aku belikan kau handbag hello kitty warna pink. Pun kau tak pakai jugak, kau simpan aje dalam bilik. Kau tak suka ke ,dik? Kalau aku tahu kau tak suka, aku carikan lain yang kau suka, dik.

Kau mungkin tak tahu , dik. Tapi kalau kau susah hati, kau tertekan dengan apa-apapun, aku harap aku dapat tanggung separuh untuk kau. Ataupun aku dapat tanggung semua untuk kau. Kawan-kawan kau taknak kawan dengan kau lagi lepas masing-masing masuk Universiti, sedangkan masa tu kau cuma sambung Tingkatan 6, aku rasa macam nak tumbuk sorang-sorang kawan - kawan kau yang tak guna tu. Berani dia orang buat adik aku sedih. Kalau kau menangis, kau ingat kau nangis sorang-sorang ke dik? Aku menangis juga. Tapi bukan depan kau. Masa kau kecewa results SPM kau teruk, aku berminggu-minggu tak tidur malam dik. Aku solat hajat dan doakan Allah bantu kau untuk masa depan yang lebih baik. Dan masa kau sangat cemerlang masa STPM, akulah orang yang paling gembira dik. Aku bangga dengan kau. Semua orang aku cerita pasal kau. Adik aku pandai. Adik aku cemerlang. Apatah lagi masa kau dapat masuk Universiti. Tak tergambar rasanya aku gembira, dik. Aku gembira untuk kau.

Kau ingat tak dik, masa aku pura-pura hilang dekat UPM dulu? Kau hantar voice mail ke handset aku, voice mail yang kalau aku dengar berkali-kali mesti aku menangis gila babi. Ingat tak? Aku tahu kau sayang aku, dik. Aku tahu :') Kalaulah kau sedar apa yang aku buat ke engkau selama ni adalah sebab aku sayang kau dik, bukan sebab lain.

Kau untung dik, semua orang sayang kau. Kadang-kadang kalau emak abah lebih kan kau, aku jealous juga. Kak Lily, Kak Pae, semua sayang kau dik. Abang Izal selalu risaukan kau. Aku, jangan cakaplah. Beza umur kita banyak. Jadi bila kau lebih dimanjakan, aku memberontak diam-diam. Tapi jauh dalam hati, aku sayang kau lebih dari aku sayang diri aku sendiri. Aku selalu doakan kau dapat lelaki yang akan jaga kau dengan baik, akan sayang kau macam kami semua sayang kau. Akan pimpin kau masuk syurga Allah, yang akan bahagiakan kau dan berikan kau kebahagiaan yang kami tak dapat beri pada kau. Aku nak orang-orang baik aje yang bergaul dengan kau. Biar kau jadi baik juga.

Bila kau dah jauh, kau jarang-jarang contact aku. Hilang kawan yang selama ni ada dengan aku. Yang selalu masakkan aku tengah-tengah malam time kita lapar sama - sama. Yang selalu layankan aku makan megi sama - sama , shopping sama - sama, tengok wayang.  Gossip sama - sama. Semua rutin tu dah hilang dari aku dik bila kau pergi. Tapi aku tak kisah dik. Aku tahu kau selamat dan baik-baik saja. Aku tahu kau berkawan dengan orang-orang yang baik. Aku tahu kau sungguh-sungguh belajar dekat sana. Dik, banggakan emak abah tahu? Banggakan kami. Banggakan aku. Aku selalu doakan untuk kau dik. Kau tahu ataupun tak, aku selalu ada untuk kau. Aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau sangat-sangat. Banyak-banyak kakak kau, muka aku yang paling kau mirip kan? Orang kata muka kita saling tak tumpah. Jadi setiap kali kau tengok muka sendiri, sedikit sebanyak kau akan ingatkan aku dik.

Aku doakan kau selalu dik. Aku doakan keselamatan kau, kebahagiaan kau. Aku sayangkan kau. Aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau sangat-sangat. Aku bukan kakak yang baik, aku tak pernah tunjukkan contoh yang baik pada engkau, aku banyak buat benda-benda bodoh dalam hidup aku, dan aku harap sangat kau takkan buat benda-benda bodoh semua tu. Jangan buat emak abah kecewa dengan kau dik. Jangan jadi macam aku. Jangan jadi macam aku yang hanya tahu buat masalah. Kau jadi lebih baik dari aku, dik. Lebih baik dari kita semua. Susah macamanapun, aku akan tolong kalau aku mampu. Kau banggakan kami, tahu. Solat jangan tinggal. Buat apa yang Allah suka, tinggalkan apa yang Allah benci. Rasul jadikan idola. Masa muda penuhkan dengan belajar ilmu agama, dik. Jadi anak solehah.

Dik, nama engkau, Nornazura. Itu aku yang bagi dik. Banyak-banyak orang, aku yang beri kau nama. Kalau aku dah tak ada nanti, kau sentiasa ingat dik, nama kau, aku yang bagi, aku yang pilih sendiri. Sebahagian daripada diri kau, ada aku. Ingat tu. Aku doakan kau baik baik sahaja atas muka bumi Tuhan ini. Aku sayangkan kau, dik. Sekali lagi maafkan aku sebab tak mampu jadi kakak yang baik untuk kau selama ni. Aku sayang kau. Aku sayang kau sepenuh hati aku. Aku nak kau tahu ini.

:')

Yang benar,
Kakak kau yang nombor tiga.



Read More»

Sayang, Apa Jadi Kalau Saya Terlambat?

Aku betulkan tudung yang tersenget-senget ditolak angin. Suasana pagi yang sungguh sejuk dan mencengkam kalbu membuatkan aku sedikit menggigil. Masih awal pagi. Aku jeling jam Nike cetak rompak yang baru beli semalam dekat kedai Abon. Ah baru pukul 6.20 pagi. Menyedari waktu masih lagi awal pagi dan aku berkira - kira lebih kurang 15 minit lagi sebelum bas sekolah Cik Ani sampai, aku pun memperlahankan kayuhan basikal rally warna merah emak punya. Itu kenderaan rasmi aku ke sekolah. Pada ketika itu basikal rally sungguh champion sebab sangat rare digunapakai oleh orang ramai. Mana taknya, yang lain semua naik motor. Aku aje yang naik basikal --" Jatuh martabat betul.

Hampir melewati deretan rumah kedai di pekan, aku semakin memperlahankan kayuhan sebab kawasan situ merupakan kawasan hitam ataupun kawasan darurat. Aku harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana kalau aku leka, nescaya kaki keding aku akan dikokak oleh anjing-anjing Boon Siong yang sungguh musibat sekali perangai mereka. Menyalak tak tentu hala diawal pagi sambil mengejar-ngejar basikal rally merah kepunyaan emak sudah cukup membuatkan ketiak aku berpeluh kecemasan. Acapkali aku gagal mengawal ketakutan lalu menyebabkan aku terpaksa menangis dalam seribu satu perasaan yang sungguh lemah sekali. Namun hari itu, berbeza sungguh dengan hari - hari yang biasa. Anjing - anjing Boon Siong tak kelihatan dimana - mana. Aku syak diorang semua masih tidur kerana cuaca boleh tahan syahdu juga pagi tersebut. Dengan sedikit lega, aku meneruskan kayuhan lalu akhirnya aku sampai ke kedai tempat aku selalu parking basikal.

Basikal merah emak aku sorong perlahan - lahan lalu aku sandarkan ke tiang. Kedai sebelah tempat aku parking basikal masih belum dibuka. Awal lagi kot. Biasanya kedai buka pukul 8. Dihadapan kedai, ada sebuah van berwarna ungu diparking dengan begitu eksyen sekali. Iyelah, parking tengah-tengah jalan. Depan kedai pula tu. Bukan kah sudah cukup eksyen begitu? Dalam van ungu tersebut, sepasang mata memerhatikan tingkah laku aku dengan begitu asyik sekali. Aku pandang sekilas. Seraut wajah yang sungguh asing bertentang mata dengan mata aku. Aku pandang wajah dia selama beberapa saat sebelum hati aku secara tak tentu halanya diserang satu perasaan cemas yang sungguh menggodak rasa. Perasaan apakah itu? Terasa rama - rama berterbangan didalam perut. Terasa darah dipam-pam dengan sungguh laju dan padu ke segenap organ. Terasa jantung berdegup dengan kencang yang lain macam. Terasa sungguh seram sejuk seluruh badan. Terasa macam nak demam pula. Aku pandang lagi wajah tersebut. Rambut yang tersikat kemas, wajah yang tenang dan mendamaikan, mata yang bundar sedang memandang aku, seulas bibir yang nak kata senyum tak senyum, berkemeja sekolah putih dan bertali leher hijau. Aku syak dia budak sekolah bandar. Sebab pada masa itu, sekolah bandar aje yang pakai tali leher. Barulah boleh membajet riak dengan budak sekolah kampung.

30 saat. Lebih kurang 30 saat. Aku yakin ia cuma berlangsung 30 saat. Tak sampai seminit.

Aku cepat - cepat atur langkah ke tempat menunggu bas. Van ungu aku tinggalkan. Eh tapi muka budak tu melekat pulak dalam kotak fikiran. Flashback secara tak tentu hala, menerawang tiba - tiba tapi nanti akhirnya balik juga ke raut wajah yang sama. Tanpa sedar, aku tersengih - sengih sendirian. Geli pula rasanya bila secara tiba - tiba, aku yang ketika itu baru berusia empat belas tahun boleh terfikir dialog ini dalam kepala;

"Siapa dia tu eh? Aku rasa aku nak kahwinlah dengan dia!"

Sungguh kemas dan padu sekali dialog yang aku karang dalam hati. Tak sedar langsung yang aku cuma budak tingkatan dua yang pergi sekolah pun duit masih mintak dengan Emak Abah. Tapi entah kenapa laju pulak angan - angan dan cita-cita aku memusat ke dia. Ke wajah dan empunya wajah yang aku tatap tak sampai 30 saat tadi tu. Aku sungguh yakin yang dia, wajah tadi itu, bakal menjadi wajah terakhir yang aku tengok sebelum tidur setiap malam, dan wajah pertama yang aku tengok setiap pagi. Yakin seyakin yakinnya.

Dan tarikhnya adalah 15 Mac. 14 tahun yang lepas.

14 tahun yang lepas dan aku masih cintakan dia secara tak tentu hala setiap hari. 14 tahun yang lepas dan aku masih ingat perincian hari yang sungguh bertaqdir itu dengan begitu kemas dan jelas sekali. 14 tahun yang lepas dan aku masih belum jumpa mana - mana cinta manusia yang boleh menandingi cintanya aku ke dia. Lelaki yang menggoncang tangan Tok Kadi dengan segala asa dan daya sebagai seorang lelaki, memperisterikan aku secara halal dan sahnya. Lelaki yang mengimami solat aku. Lelaki yang setiap kata-katanya adalah satu dosa jika aku ingkarinya. Lelaki yang aku sanggup mati demi mahu melahirkan zuriat keturunannya. 14 tahun, dan aku masih memuja - mujinya setiap hari dan setiap masa. Masih lelaki yang sama. Dan akan kekal sama sehingga akhir masa aku tutup mata. Dengan izin Allah.

Selamat ulang tahun jatuh cinta pandang pertama sayang. Dari mata turun ke hati. Sesungguhnya ia benar. Orang kata, kalau sudah jodoh memang tak akan ke mana. Buatlah apapun, andai Allah kata dia jodoh engkau, maka dia tetap akan jadi jodoh engkau. Tak akan ada siapa yang mampu menidakkan jodoh yang datangnya dari Allah.

Selalu aku tanya ke dia. "Sayang, apa jadi kalau saya terlambat menambat hati awak?" Dan dia selalu menjawab, "Lambat atau cepat, kalau sudah memang jodoh kita sama - sama, mana pun kita pergi jauh mana pun kita terpisah, disebelah saya juga tempat awak"

Kalau sudah jodoh! ><,

2006

Tuhan, kalau cinta itu buta,
Kenapa aku masih mendambakan nikmat mata dari Mu untuk aku tatap segenap keindahannya?

Dah. Babai

Read More»

Chaperon SESEGA Ke MSSD. Kau Ada?

Assalamualaikum. Sejak diberitakan nama aku tersenarai dalam senarai nama chaperon yang bakal mengiringi atlit - atlit SESEGA ke MSSD Batu Pahat, bunyi cengkerik kedengaran ada di mana - mana. Apa ke jadahnya pula seorang kaki bangku macam aku diberi tanggungjawab membawa budak - budak atlit? Sudahlah bukan jurulatih, itu tak apa lagi, ini aku memang pesen manusia kaki bangku yang jangan kata lumba lari, lari dalam guni pun aku tak reti. Jadi bila kaki bangku sedunia macam aku bawa atlit ke MSSD memanglah mengundang gossip di sana - sini. Ada juga suara - suara sana sini yang berbunyi. Itu termasuk suara aku sendirilah. Yelah, aku kan cikgu PMR. Biasanya cikgu PMR ni diharamkan keluar sekolah lebih dari 5 minit. Nampak betapa pentingnya aku? Kalau kata aku keluar sekolah lama - lama karang terabai pula anak - anak didik aku. Jatuh pula prestasi subjek Bahasa Inggeris sekolah aku. Wuhaii panas betul statement.

Pagi - pagi dengan make up tebal 3 inci, ditambah dengan perfume yang bau dia sebatu dah boleh hidu, tidak ketinggalan juga eyeliner ala cleopatra yang menjadi trademark mata sejak tahun 2009, aku melangkah gagah ke stadium UTHM tempat berlangsungnya MSSD Batu Pahat 2013. Champion sungguh terasa bila dikelilingi manusia - manusia muscle kental sana - sini. Terasa darah atlit membuak - buak tak tentu hala. Maka dengan muka riak separuh bangga, aku pun buat - buat menyibuk di khemah SESEGA walau hakikatnya satu hapa pun aku tak reti. Nasib baik ada Harith dekat situ yang sama - sama blur macam aku. Sudahnya Oat yang settlekan semua. Dan aku, bak kata aku ke Harith "Tugas kita lagi penting sebenarnya, Rith. Kita ni penghias dan penyeri kontinjen namanya." Kahkah. Musibat sungguh.

Pagi - pagi tu boleh tahan lagi, tapi membawa masuk ke tengahari, matahari dah mula terpacak tegak atas kepala, maka emosi dia pun mula berubah sama. Kalau pagi tadi riuh rancak borak itu ini, masuk tengahari semua dah melepek tak larat nak cakap apa - apa lagi. Nak nak lagi perut lapar, maka tak tentu hala sikit emosi pada ketika itu. Bila Zaman hantar makanan aje, menggelupur masing - masing makan nasi tak tengok kiri kanan depan belakang. Sedap pula nasi hari tu lain macam. Faktor kelaparan yang maksimum mungkin menyumbang terhadap kelazatan nasi yang kalau dilihat dari segi fizikalnya memang mengundang ke longkang saja. Alhamdulillah. Kenyang. Rezeki Allah.

Team ungu. Beliebers secara tak langsung. Kakaka. Politik Bieber yang gagal disedari oleh Harith.

Atlit SESEGA memang tidak mengecewakan. Bangga kembang kempis lubang hidung bila ada beberapa atlit yang memecah rekod kejohanan. Prestasi masing - masing pun  sungguh champion dan padu sekali. Hari pertama, 5 emas dah berjaya dirembat dengan eksyen sekali, nombor dua dibelakang juara keseluruhan bertahan SMK Dato Syed Esa. Phew. Dengki sungguh rasa di hati. Misi SESEGA nak menumpaskan Syed Esa pada tahun ini, semoga berjaya. Amin!

Ini masa tengahari. Redo. Masing - masing dah rentung! T_T

Membawa ke petang, hujan turun selebat - lebatnya pula. Habis basah khemah siap banjir pula. Memang cukup pakej kami hari itu. Sudahlah rentung, kemudian disimbah hujan pula. Romantik sangat. Hujan pulak pesen kilat petir sana sini, memang mengundang gusar dihati. Tetap, acara jalan 1500m diteruskan tapi atlit SESEGA kurang bernasib baik untuk acara ini. Tak apa. Yang penting semangat juang sampai ke garisan penamat tu yang buat kami bangga. Pukul 7 malam baru acara habis untuk hari pertama. Ada 3 hari lagi kami akan berkampung dekat stadium UTHM. Ini, mana - mana readers yang baca yang berhajat nak menyumbang cool blog ke khemah SESEGA untuk chaperon - chaperon bolehlah jenguk kami ya. Hakhak.

Konon - konon bincang hal penting. Totally berlakon.

Hai semuaaa! Lambai tangan pelisss!

Alhamdulillah hari pertama berjaya dihabiskan sampai ke sudah. Balik rumah memang penat, lepas mandi , solat tanpa sempat makan terus tak sedarkan diri sampailah ke esok paginya. Bangun dengan badan sakit - sakit. Memang berlakon betul padahal masa tu aku tak buat apa - apapun. Tapi pengalaman menjadi chaperon memang best dan banyak ajar aku benda - benda baru. Terima kasih kepada Unit Sukan dan Kokurikulum kerana memberi aku peluang yang tiada tolok bandingnya ini. Eceh ayat nak jek - jek aje. Gila pangkat betul aku ni.

Semoga diberi kekuatan untuk 3 hari lagi. Yiehaaa!
 

Dah. Babai!

Read More»

Mari Kita Berpelukan!

Assalamualaikum. Sungguh lain macam kepenatan yang melanda aku beberapa minggu kebelakangan ini. Dengan simptom mengantuk sepanjang masa yang semakin menggugat kredibiliti aku sebagai manusia yang cergas sentiasa, ditambah pula dengan kursus sana sini, kerja-kerja dekat sekolah yang banyak, eh atau aku buat-buat kerja banyak padahal kerja tak banyak (Kihkih) semua itu sedikit sebanyak menyumbang kepada pertambahan paras tekanan kepada emosi aku yang turun naik tak tentu hala.

Dan untuk beberapa minggu ini juga, beberapa kali juga hati aku tertabrak sebabkan perkara yang sia - sia. Bahasa rempitnya, kuat tacing. Muka kena gangstar walaupun dalam hati penuh taman bunga. Ahh. Kalau nak diulas dengan lebih lanjut memang makan 4,5 muka surat juga. Cukuplah aku kasi tau yang hidup aku sepanjang beberapa minggu ini sungguh huru hara gayanya. Tapi makan sehari 2 , 3 pinggan juga. Ha datang pelik dia dekat situ. Orang stress mana ada selera makan. Ini siap sumbat ciskek macam makan keropok ikan, acane?

Pagi tadi datang sekolah macam biasa. Sedikit berbunga-bunga sebab pakai baju baru yang Emak jahitkan. Rasa ada sedikit lejen dekat situ walaupun baju kain murah aje. Tak mampu nak pakai baju mahal - mahal. Membazir sedara syaiton katanya. Lagi pulak Emak pernah kabor ke aku, orang ni kalau dah cantik, pakai apa pun cantik, kan? (Tercekik tulang) Jadi berpegang kepada prinsip hidup yang emak cipta, aku melangkah yakin ke sekolah dengan baju RM7 semeter, penuh elegan, gaya, mutu, keunggulan. Peh. Mendabik dada pula aku secara tiba-tiba.

Mana nak tau ada kejutan yang bakal tercipta. Masuk aje bilik guru, aku ternampak satu objek berwarna merah duduk cantik terletak atas meja. Objek merah yang dua tiga minggu ini begitu excited sekali aku dambakan. Objek merah dengan dua biji mata tersembul yang kalaus ekali pandang memang tak nampak comel dia dekat mana - mana. Itu sekali pandang. Tapi kalau dua tiga kali kau pandang eish comel dia memang lain macam! Semakin aku melangkah dekat menghampiri meja aku semakin lebar pulak senyuman yang kemudiannya bertukar menjadi gelak-gelak gedik. Cepat-cepat aku capai objek merah badan gebu sambil terlompat-lompat gedik setempat. Sumpah kalau orang lain pandang memang mengundang muntah ikan keli --" Tapi gasaklah! Aku dah terlampau happy! Aku dapat Elmooooooo! Wuhai tahap gembira yang tak boleh nak gambar dengan kata - kata. Tahap gembira yang kalau kata Farid Kamil merayu-rayu ajak dating aku suruh dia balik dekat Diana Danialle. Wahkaka! Woohooo!

Alahai. Ini jenis yang kalau picit perut dia sakan dia gelak-gelak gedik jugak macam yang pegang tu hah.

Ya Allah. Cakap benar, aku terasa macam nak mengalir airmata macho tapi tahan sungguh-sungguh. Sebak betul. Baru hari tu mengidam Elmo, eh dapat pula Elmo sebijik hari ni. Kalau aku tahu hari tu, aku sungguh-sungguh mengidam Adi Putra. Eh. Rentan sungguh jiwa disaat itu. Terasa sangat bertuah, terasa disayangi sepenuh hati, terasa macam nak terbang sana sini, terasa nak berguling-guling atas jalanraya sambil memakai saree. Terasa, ah terasa nak buat benda-benda lagha lagi sia-sia. Terima kasih, terima kasih banyak-banyak Fatin Nadia dan Haziq. Ya Allah, Allah saja yang mampu membalas budi baik kamu berdua. Serious sumpah pengakap rasa macam nak mengalir air mata. Manisnya lahai perangai! T_T Teacher doakan sampai jinjang pelaminlah kamu berdua ni ya, jaga diri. Jaga iman! Insyaallah.

Dan sepanjang hari tadi, aku tersenyum-semyum sendiri tak tentu hala. Masih berbaki lagi sisa sisa kegembiraan yang Allah turunkan melalui insan-insan sekeliling. Sungguh, kadang-kadang aku rasa jadi cikgu ni biarpun tak boleh kaya dan hidup mewah, tapi barokah dia sampai ke akhirat nanti insyaALLAH. Lagi-lagi bila ada anak murid yang sayang pesen cenggini. Lahai dia punya syurga, tak tergambar!

Orang tua dengan Elmonya.

Esok nak try mengidam Honda Jazz seround tengok acane tiba-tiba ada satu atas meja ke apa kan. Mana tahu?

Sayang bersepahan dalam hati! ><,
 
Dah. Babai!

Read More»