Wednesday, July 31, 2013

Galau.

Dah beberapa hari aku fake smile.
Sedangkan sebelum sebelum ini , benda yang aku paling tak reti buat,
adalah memalsukan senyuman.
Dan iya.
Sudah beberapa hari ini,
aku faking my own smile.

Hati galau.
Jiwa meracau.
Bukan aku tak bahagia.
Alhamdulillah Ya Allah Tuhan yang maha memegang hati hati manusia.
Aku bahagia sesempurnanya.

Jadi galaunya jiwa , kenapa?

Ada moment yang menabrak.
Ada kenangan yang buat bahagia dan gembira menjarak.

Ada figura yang buat jiwa aku rabak.
Bukan aku tak cuba , weh. Bukan aku tak cuba.
Setiap kali dihenyak kecewa , setiap kali itu pundak mendukung hampa.

Engkau apa tahu , selagi kau tak 'pakai' kasut aku.



(Mengeluh)

Friday, July 26, 2013

Perempuan Cantik Memasak.

Assalamualaikum. Minta maaf kalau tajuk entry mengundang rasa muntah. Tak boleh nak menahan diri. Few attempts jugak cuba ubah tajuk entry kepada macam 'Mari Memasak' atau 'Teacher Yatt Memasak' or something like that , tapi the urge tu lebih kepada nak bubuh 'Perempuan Cantik Memasak'. Itu bukan kemahuan aku. Sesungguhnya it's the natural force of nature. Kakaka. Janganlah ada sesiapa percaya. Okay. Aku tak reti masak. Straight to the point betul. Lebih rela panjat pokok , cat rumah , terjun tingkap ataupun potong kayu balak berbanding memasak. Tapi bulan puasa ni keinginan untuk memasak tu macam membabi - buta sikit. Nak kejar pahala katakan , memasak untuk suami. Eceh. Jadi cuba menjinak - jinakkan diri (Amboih macamlah selama ni buas sangat nak dijinak - jinakkan) untuk memasak something yang simple - simple tapi sedap. Haa nak yang sedap aje. --"

Disebabkan muka aku ala ala chinese look macam tu , ehem. So hari tu terpandangkan resepi Wantan Udang dalam buku resepi dekat Popular. Aku tak beli pun buku tu , aku ambik gambar mana - mana resepi yang senang dan sedap aje. Teruknya aku --" Cheapskate. Ehem. Okay, back to the wantan. Haa Wantan Udang ni aku tengok tak adalah susah mana pun nak buat dia , cuma kena buangkan rasa malas ajelah pun yang mencabarnya. Bahan - bahan pun senang nak dapat. Bukan kena panjat gunung ke , bertapa dalam gua ke apa. Benda yang kau boleh jumpa dalam kedai Mak Mertua aku. Haa. Wantan ni makanan yang glamour dalam masyarakat Cina. Ada mee wantan , wantan udang , wantan ayam , daging. Macam - macam. Memandangkan udang tu sejak azalinya dah menjadi makanan yang aku suka makan, so udang merupakan pilihan yang tepat untuk dijadikan inti wantan.

So bahan - bahan dia :

Udang (Banyak mana tu terpulang. Kalau suka rasa udang yang mewah , kau bubuh banyak - banyak)
Putih telur sebiji
Bawang putih 3 - 4 ulas (Ditumbuk)
Sos tiram (Satu sudu teh)
Minyak bijan (Setengah sudu teh)
Daun bawang (Potong kecik - kecik)
Serbuk lada putih
Wantan wrapper (Kalau takde, guna popiah wrapper pun boleh)

Untuk isi wantan :

Chicken Loaf
Sliced cheese

Kemudian, semua bahan - bahan ni kita blendkan. Tapi jangan halus sangat. Bagi nampak isi udang tu sikit. Haa. Bila dah blendkan semua bahan ni, kita gaulkan pulak dengan daun bawang yang dah dipotong kecik - kecik tadi tu. Lahai, senang aje. Sambil main Candy Crush pun boleh buat ni.

Ini , isi wantan yang dah siap digaul dengan daun bawang.

Lepas itu chicken loaf dengan cheese tu kita potong kecik - kecik macam ni. Senang nanti nak susun dalam wantan wrapper tu tadi.


Lepas itu, kita pun susun chicken loaf dengan cheese tu tadi dalam wantan wrapper. Atas dia tu, barulah kita isikan dengan isi udang yang kita dah blend dengan bahan - bahan yang lain tadi tu okay . kalau korang nak buat wantan tu gemuk - gemuk, isi banyak sikit.



Lepas itu engkau orang gorenglah dia dalam kuali yang minyak dia betul - betul panas. Api jangan besar sangat , karang rentung pulak wantan korang tak pasal - pasal. Bila dia dah start kekuningan, engkau orang boleh angkat , toskan minyak dan nikmati sebagai hidangan berbuka puasa. 

Pehh ! Sedap baq hang !

Bila tengok suami dengan Adam makan banyak - banyak , terasa nak terbang pun ada. Emak pun makan penuh berselera so aku yakin bahawasanya wantan udang yang aku buat ni rasa dia sangat lejen dan mengujakan. Haha. Suami siap request untuk buat lagi wantan udang ni esoknya , untuk buka puasa. Bangga woh bangga. Sudahlah jarang - jarang masak, bila turun dapur mencemar duli untuk memasak lepas itu suami puji sedap , dia punya perasaan, indescribable ! Haha !

Gigih cari resepi sedap - sedap .
Resepi ni mudah , murah dan sedap. Aku rasa semua orang pun boleh cuba tanpa mengalami sebarang kegagalan atau mengakibatkan kecelakaan di dapur rumah masing - masing. Cubalah, ya ! ^^,

Ah. Tak sabar pula nak raya ! Bahaha !

Dah. Babai !

Tuesday, July 23, 2013

Lain Emak Lain Bapak.

Aku tak tahu macamana nak jaga adik lelaki, sebab aku sendiri tak ada adik lelaki. Pun tak tahu macamana nak jaga adik perempuan sebab Embun dengan aku rasanya aku lagi manja melampau - lampau. Aku cuma tahu , bila aku sudah sayang , aku sayang betul - betul . Bila kata anggap macam adik, aku anggap macam adik - adik aku sendiri. Okay ter-plural pulak walaupun sebenarnya aku cuma ada sorang adik perempuan yang sangat parasit. Haha.


Seumur hidup , mana ada lelaki menjahit untuk aku? Mana ada lelaki hantar karipap dengan buku cerita datang rumah? Mana ada lelaki tuliskan aku puisi masa malam hari jadi?

Ada seorang saja setakat ini. Seorang yang tahan maki tahan caci muka kental jiwa redo kalau aku siram dengan ayat - ayat jaki penuh ektremis. Paling paling pun , bila aku bebel - bebel , dia sengih aje. Sengih dan terus sengih sampai nantinya aku jadi penat nak membebel sendiri. Kadang - kadang aku jadi segan. Iyelah. Dia selebriti. Nama besar. Kalau bersembang, suka petik nama - nama yang aku tak kenal, ada karang nama - nama lejen yang aku cuma kenal melalui penulisan tapi dengan dia selamba makan mee racun sama - sama, pekena Teh O satu meja. Seganlah kan segan.

Aku harap nanti bila dia sudah femes, dia tak kan lupa akulah kan hendaknya. Amin.



Banyak mahu dikongsi. Tapi biarlah simpan aje dalam hati ! ^^, Yang penting aku sudah dapat seorang adik lelaki. Hehe.

Dah. Babai !

Tuesday, July 16, 2013

36. Tiga Puluh Enam.

Aku bukan ibu yang menghambakan seluruhnya waktu untuk malaikat - malaikat kecil yang dipanggil anak. Bukan ibu yang menyusukan anak - anak sehingga genap dua tahun usia malaikatnya. Bukan ibu yang setiap hari menyelak buku - buku resepi demi mencari makanan khasiat terbaik untuk wajah - wajah suci tanpa dosa yang satu masa dulu jantung kami pernah senada selagu. Bukan juga ibu yang pagi petang siang malam berada dekat dengan anak - anak lalu menjadi figura super untuk idola kaum - kaum wanita yang lain. Bukan.

Aku cuma seorang wanita yang bakal menginjak 30 an namun ilmu keibubapaan aku umpama tin karat kosong yang penuh lubang. Dan aku tak pernah ambil peduli semua itu.

Kerana aku tahu, biar picisan manapun aku, tetap tak akan ada mana - mana manusia yang akan mencintai Adam Irfan Xaharis sehebat aku. Tak akan ada.

Mati itu benda yang aku tak pernah rasa. Dan kalau engkau baca tulisan aku ini, aku yakin, engkau juga belum pernah merasai mati. Namun kau tahu apa? Untuk mati itu juga aku sanggup galang gantikan asalkan lelaki kacak kecil itu mampu membesar gembira , bahagia dan penuh diselimuti dengan cinta.

Hari ini hari lahir Adam yang ke tiga. Yang ke tiga puluh enam bulan. Bangun pagi tadi, alhamdulillah aku masih diizinkan Tuhan untuk tatap wajah suci tanpa dosanya. Wajah polos tanpa cela yang satu masa dulu berlindung dalam taman - taman syurga sebelum Tuhan pilihnya untuk dihadiahkan buat aku dan suami. Aku pandang setiap inci wajahnya yang mirip suami. Dan disetiap inci itu, cinta aku semakin kukuh dan padu.

 36 keping gambar. Dari dia berusia satu hari sehingga genap 36 bulan :')
 Tangan kaki comel yang satu masa dulu duduknya di dalam perut.

Tak ada sambutan yang maha megah. Cuma masjlis doa selamat kecil yang dihadiri oleh insan - insan yang aku yakin mencintai Adam. Atuk, Nenek, Cucuq, Papa, Atok Usu, Atuk Bahim, Acik Meme. Dan Adam aku lihat sentiasa tersenyum gembira penuh bahagia. Mudahnya anak - anak kecil mentafsir kehidupan. Dunianya hanya berkisar sekitar rumah kecil tempat dia berteduh. Dan bahagianya adalah bahagia bila hidupnya dikelilingi wajah - wajah yang dia sayangi. Mudah. Jujur. Dan mahu tahu apa, Adam? Makanan tadi, Nasi Ayam Penyet tadi itu, Papa yang masak. Secara seluruhnya, air tangan Papa.


Masak dengan penuh cinta.
Adam semakin membesar dan harapan aku padanya kekal sama. Semoga Adam membesar menjadi anak soleh yang bertaqwa. Dan aku akan kekal memberikan Adam sokongan tanpa syarat, cinta tanpa kondisi, pelukan paling hangat, ikhlas yang terpaling suci. Biarlah Adam membesar demi apa yang ingin dia perjuangkan. Kalaupun dia cuma bertaqdir menjadi seorang pelukis jalanan, biarlah dia menjadi pelukis jalanan yang bertaqwa. Dan kalau dia sudah tersurat ditaqdirkan menjadi manusia yang hebat - hebat, aku doakan supaya kehebatannya tak akan membuatkannya lupa pada Tuhan. InsyaALLAH.


Tuhan. Terima kasih beri aku pinjam anak ini. Terima kasih sudi berikan aku peluang menjadi seorang ibu walaupun bukan yang paling hebat.

Dan untuk itu Tuhan, segala pujian hanya untukMu.


Alhamdulillah.

Dah. Babai !

Wednesday, July 10, 2013

Puasa Versi 1434Hijrah.

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Allah bagi juga aku peluang untuk berdating lagi dengan Ramadan tahun ini. Dari bulan Rejab lagi aku dah excited lain macam. Entah kenapa, tapi Ramadan kali ni lain pesen sikit aku tengok. Aku jadi lebih excited nak solat sunat Tarawih walaupun cuma sekadar solat dekat rumah, aku jadi lebih excited nak khatam Al-Quran, jadi excited nak sediakan juadah berbuka puasa untuk suami. Serba serbi jadi excited. Masa puasa ganti hari tu pun dah feeling - feeling macam bulan puasa dah. Jadi nanti perut tak adalah mengada - ngada sangat menggelupur minta diisi. Time ni dah tak boleh nak salahkan shaiton lagi dah sebab puak - puak dia semua dah kena ikat. Kalau kata bulan Ramadan pun masih meriah buat perkara musibat, itu memang salah kita tak dapat kawal nafsu serakah 100%.

Aku harap Ramadan kali ini , aku berjaya ubah diri secara istiqamah. Biarlah tak dapat ubah secara total pun tak apa, tapi kalau dapat lagilah baik. Istiqamah tu yang penting. Buat ibadah, buat baik, bukan setakat untuk bulan Ramadan ni saja tapi kalau boleh sampai bila - bila. Eceh membajet Ustazah pulak aku. Buat ibadah pula bukan setakat pergi terawih, ambil gambar pakai telekung dan post dekat laman - laman sosial semata - mata nak tunjuk betapa bagusnya kita berbanding orang - orang lain, ataupun update status - status Islamik dengan harapan orang akan tahu betapa suci murninya hati kita. Aku teringat pesan seorang kawan, dia kata, ibadah yang ikhlas semata - mata kerana Allah itu umpama semut hitam yang berjalan di malam yang gelap. Tak siapa nampak. Bukan tujuan untuk dipamerkan, bukan tujuan untuk meriak, bukan tujuan untuk mendapat pujian. Gasaklah apapun niat kita, cuma Islam kata, buat benda baik, tak perlu semua orang tahu. Ada batas - batasnya. Kan?


Bermaafan dengan kawan - kawan dan orang - orang yang kita kenal sebelum memulakan ibadah puasa dah menjadi satu kebiasaan untuk aku. Sejak - sejak dah berkahwin ni, malam Ramadan pertama tu super syahdu sikitlah sebab nanti masa sesi minta maaf dengan suami mesti macam drama swasta. Ada nangis - nangis sikit. Untuk tahun ini, kami terlebih manis sikit. Lepas bermaafan, kami sama - sama baca niat puasa sebulan, dan niat puasa harian. Hekhek. Baca sama - sama okay. Senada seirama. Comelnya rasa. Semoga kasih sayang , cinta antara kami, Allah restukan sampai ke syurgaNya. InsyaALLAH. ^^,

Untuk Ramadan kali ini, semoga aku betul - betul dapat menjalankan ibadah puasa dalam erti kata sebenarnya. Solat 5 waktu cukup. Itu yang mustahak tu. Bukan nak kejar ibadah sunat semata - mata. Yang mana wajib, wajiblah buat ye dak? Jaga tuturkata tak kiralah depan mata atau di alam maya, nak tweet ke apa, blogging ke, semoga dapat post benda - benda yang baik saja. Yang dapat menjadi saham diakhirat nanti. Bebas mengumpat, bebas gossip, bebas fitnah. Kawal nafsu kawal amarah. Menjadi lebih penyabar. Insyaallah.

Takde lain yang aku harapkan, melainkan kebarokahan berpanjangan dari Allah Yang Maha Esa. InsyaALLAH.


Kali ni nak jadi tamak sikit. Tamak kejar pahala. InsyaALLAH ! ^^,


Semoga engkau orang semua berpuasa dengan ikhlas dan mendapat pahala penuh ya. Jangan ada yang tak kuat iman pergi selongkar tudung saji pulak tengah - tengah hari buta. Kena bala karang. Hakhak !

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PEMBACA .GEEK IN THE PINK.
I LOVE YOU GUYS ! ^^,

Dah. Babai !