Sayang Sepah - Sepah. Jatuh Dari Langit.

Assalamualaikum.Hari ini 31 Oktober. Hari last dalam bulan Oktober. Sepanjang bulan Oktober yang manis melekit - lekit lagi penuh dengan cinta ni, hampir setiap hari tersenyum sampai telinga bila ada hamba Allah kirimkan hadiah. Letak atas meja, letak atas kereta, sumbat dalam beg, surprisekan dekat rumah. Terharu perisa pelangi lah macam ni ! T_T

Dari Kinah.
Dari Riduan A.Dullah. Walaupun beli sendiri tapi sampai rumah tepat-tepat 8 Oktober.
Ini paling rare. Letak atas kereta, masa jaga exam PMR dekat Tun Ismail.
 Surprise comel.
Luqman.
Hambik kau sekali dua ekor!
Dari Radin.
Dari Radin.
Dari Kak Raha.
Dari Aniq dan Irfan Hanif.
Dari Kak Fiza.
Dari Kak Fiza.
Dari Oat.
Dari Kak Sally,  dari Farahain and Ain Firzanah, dari 3RK2 and dari Suhaa.
Dari Wawan.
Dari Fatin Aini.
Dari diri sendiri.
Dari ehem. Ehem. Eh batuk pulak.
Dari Qila.
Dari Juwita.
Dari Kak Yatie.
Dari Aini Johana.
Dari suami.
Dari 3KAA boys.
Dari Mel.
Dari Embun.
Dari Imran, Danial, Yazid, Farhan, dari sana sini campur - campur semua.
Dari Kak Mahmunah.
Ini hadiah terakhir untuk bulan Oktober. Terima tadi. Dari ehem ehem ehem. Batuk berpanjangan.
Terima kasih.

Untuk ingatan. Untuk susah payah. Untuk masa, tenaga dan wang yang dibazirkan.

Untuk kasih sayang.

Untuk perhatian.

Untuk semuanya.

Aku tak ada daya nak membalasnya.

Sekali lagi, diserahkan kepada yang Maha Kuasa.

Ah. Rasa macam 'Terima Kasih' tu tak cukup.

Aku tak ada harta nak dibagi. Jadi, sudilah kiranya terima tempat istimewa dalam hati ni, sepesel untuk engkau orang semua. Sudi , ya?

Terima kasih.

Okay. Dah babai!

Read More»

Bila Best Friend Forever Sambut Birthday Pwincess.

Assalamualaikum. Maaflah. Tajuk entry macam jilaka pula. Bukan sengaja.

Nasib baiklah kawan aku tak ramai. Kalau tak, jenuh pula nak kerja makan free memanjang. Mungkin kepenatan kerana terpaksa memenuhi undangan pelawaan sambutan hari lahir. Nasib baiklah kan, kawan tak ramai.(Intonasi sinikal digunapakai bagi ayat ini).

Entah sejak bila tradisi membelanja kawan makan sewaktu hari lahir bermula, aku pun tak pasti. Tapi aku nak ucapkan terima kasih untuk siapapun yang dah memulakan tradisi atau pun boleh aku panggil sebagai ritual suci ini, kerana gara-gara benda inilah, sepanjang bulan Oktober, aku dah save duit makan yang bukan calang-calang jumlahnya. Mungkin kalau aku kira - kira secara terperinci, senang - senang aje aku dah boleh sambar Honda Civic Hybrid punya..penutup nat tayar.

Memandangkan tekak aku urban dan bukannya tekak kampungan seperti yang didakwa sesetengah pihak, of courselah aku demand makanan yang kebaratan. Mana main belanja makan cuma makan nasi ayam ke, pecel lele ke. Apa benda. Paling koman pun Pizza Hut lah kan. Order pulak bukan calang - calang, kena order yang paling mahal. Barulah menggigil kawan - kawan nak bayar. Kata kawan hingga hujung nyawa. Untuk sesi makan - makan dengan Kak Sally and Mel, aku pilih Pizza Hut cukuplah. Mahal - mahal karang, gadai kereta pulak nak membayar.

Mata saya macam cantik jew macam cantik jew macam cantik jew!
Cubaan bermesra - mesra.
From Mel with love.
Eh Kak Sally ni, aku yang gembira, dia pulak yang tidur.Teddy bear besar macam hape ni Kak Sally yang bagi. Aku syak, dia pecahkan tabung anak dia untuk membiayai teddybear ni. Aku syak aje.

Nangis baca. T_T
Sesi makan - makan tidak berakhir disitu sahaja. Ianya diteruskan lagi dengan mengepaw kawan seterusnya. Memandangkan beliau tidak lagi berkerja secara tetap dan beliau kena menyimpan duit untuk memberi makan kepada anak - anak kucing yang beliau bela secara berkelompok, aku pun tak demand sangat dengan dia. Minta belanja dekat McD cukuplah. Syukur. Tuhan kata, kalau kita bersyukur, nanti Dia tambah.

Start kenal masa umur 5 tahun. Sekarang aku dah umur 30 tahun. Kira ajelah berapa lama kita orang kenal.
Seterusnya, sesi sambut birthday dengan dia seorang ini aje aku rasa berlangsungd dekat 5-6 kali jugaklah . Banyak tempat kot kita orang celebrate. Dekat Nasi Ayam Penyet (AEON Big Batu Pahat) , McD lah, kantin sekolah pun jadik. Tapi yang paling true bila kita orang sambut dekat The Fuel Shack, Kluang Mall. Makanan dia sudahlah super sedap. Makan pula dalam keadaan yang 85% kebuluran, dia punya feeling tu memang lain macamlah. Makan tanpa bercakap. Tumpuan penuh memusat kepada makanan. Memang perut aku dah macam orang mengandung 7-8 bulan. Serious sedap.

Kegembiraan. Keterujaan. Makan dengan penuh rasa bersyukur.

Tukang keluar duit.
 Keluar airmata pelangi lah macam ni!
Burp Alhamdulillah. Kenyang masih terasa - rasa sampai ke saat ini. Syukur alhamdulillah. Semoga Allah limpahkan engkau orang dengan nikmat hidup yang paling true sekali. Maaflah sebab sepanjang engkau orang kenal aku, banyak sangat perangai tak guna yang aku dah buat. Bak kata Mel, aku suka merajuk. Entah bila pulak aku merajuk pun aku taktau. Rasanya cuma dalam sebulan sekali ke apa macam tu . Itu belum masuk kategori 'selalu' pun sebenarnya. 

Lepas itu kalau nak difikir-fikir aku ni bukan seronok sangat pun dibuat kawan. Aku suka ketawa kuat - kuat. Bukan jenis yang ayu- ayu macam engkau orang. Jalan macam askar pencen. Tak ada jawatan penting pun dekat sekolah. Bukan ada perangai baik yang ada dekat aku pun yang engkau orang boleh ikut. Annoying memanjang kalau nak diikutkan sebenarnya.

Tapi aku rasa, aku ni baik hati agaknya. Itu pasal lah. Aku teka aje. Tak tahulah betul ke tidak. Tapi terima kasih satu dunia, engkau orang. Untuk masa, tenaga dan wang ringgitnya. Aku tak boleh nak balas. Tuhan juga yang punya kuasa nak membalikkan semuanya kepada engkau orang semua.

Terima kasih.

Terima kasih.

Aku sayang engkau orang semua. Mel, Kak Sally, Inn and kau, Oat. Terima kasih.
 
Aku menangis dalam hati sebenarnya ni.

Tolong hulur tisu sikit.

Dah. Babai!

Read More»

Pertarungan Kalah Mati.

Assalamualaikum. 

Hari tu aku kena gigit dengan lipan. Sebenarnya aku taktau kosa kata apakah yang sesuai digunakan. Aku kena 'gigit' lipan ke,atau aku kena 'sengat' lipan ke. Tapi aku rasa kalau aku guna, aku kena 'kokak' lipan kedengaran lebih true dan hipster. Entah apa - apa betul aku ni. Tapi yep, malam tu aku kena gigit lipan. Sedap - sedap aku tengah layan movie cerita Dark Shadows, tiba - tiba aku telah dikokak oleh lipan. Masuk dalam baju aku. Masa tu aku tengah baring atas lantai sambil kaki silang, siap goyang - goyang. Hati senang katakan. Bukan satu tempat. Dua tempat. Belakang badan satu, dengan dekat jari kiri satu. Dia punya sakit, susah nak digambarkan. Kau bayangkanlah aku yang dah tua ni pun menangis macam budak - budak. Sakit tak sakit, kau cuba fikir.

Masa tu aku dengan Adam, dengan Abah je yang ada dekat rumah. Suami kerja. Belum balik. Emak pulak ikut Makngah balik Bandar Penawar. Dah macam nak bersilat dah aku rasa perjuangan aku nak keluarkan lipan-lipan tu dari dalam baju. Pertarungan kalah mati. Pukul 12.15 malam aku kena gigit. Macam tak boleh nak tunggu siang pulak lipan ni kan. Kalau boleh aku nak pesan, elakkanlah menggigit manusia pada waktu-waktu yang menyusahkan. Susah tahu nak cari klinik, nak cari orang tolong hantar semua. Abah aku bukan pandai drive. Nasib baik Pakcik aku ada tolong hantarkan pergi Batu Pahat. 

Sebelum Pakcik aku sampai, sempat jugak Abah membuat pertolongan kecemasan. Abah cari akar rumput amende entah. Abah balut dekat tangan. Bisa dia menyucuk - nyucuk. Sebenarnya mula - mula tu aku tahan jugak. Lama - lama, bila dah start lain macam pulak rasa sakit dia, tak toleh kiri kanan lagi, terus meraung aku dibuatnya. Oh lupa nak cakap. Lipan - lipan jembalang tanah tu dah selamat Abah aku ketip pakai playar. Rabak jugaklah badan diaorang Abah aku kerjakan. Cari pasallah lagi nak masuk - masuk dalam baju aku.

Nak cari klinik yang bukak 24jam, macam nak cari calon isteri solehah. Susah yang amat. Ada satu klinik dekat area Carrefour, doktor pulak tak ada pergi rehat. Aku yang tengah kesakitan ni malas nak tunggu lama. Pakcik aku hantar dekat Poliklinik Hidayah. Doktor bagi dua kali injection. Tangan kiri aku masa ni dah biru ungu siap bengkak macam terlebih bikarbonat. Masa nak bayar bil, terbeliak jugaklah mata aku dua tiga kali sebab jumlah bayaran dia memang buat engkau tersedak. Tapi tak apalah, nak selamat punya pasal. Lagi pun aku datang tengah-tengah malam. Jadi charge dia pun jadi lain macamlah kan. Takde hal lah. Janji aku sihat seperti sediakala.

Sampai rumah, suami sambut dengan penuh risau. Bila dia peluk tu rasa hilang sekejap sakit yang bermaharajalela. Dialah yang sibuk ambikkan air masak, minyak urut semua nak sapu dekat lebam bengkak dekat tangan dengan badan. Aku tahu dia risau. Tapi masa tu aku bersyukur jugak aku yang kena kokak. Bayangkanlah kalau Adam yang kena. Takpe, takpe. Aku gagah perkasa. Biar aku yang kena, tak apa.

Satu malam aku menangis sampai hilang suara aku. Bayangkanlah kuat dia tu macamana. Sampai sakit tekak. Sudahlah tangan berdenyut-denyut, badan aku sebelah kanan sakit nauzubillah. Nak tidur mengiring ke kiri tangan aku kebas, nak tidur ke kanan badan aku sakit. Sudahnya aku duduk sambil menangis. Buruk betul rupa, tapi nak buat macamana. Sampai merah mata suami tahan mengantuk, temankan aku. Tiba - tiba aku muntah - muntah pulak. Terbelahak sampai keluar segala isi perut. Dua tiga kali ulang - alik pergi toilet sampai suami bawak baldi masuk dalam bilik. Muntah sampai keluar lendir kuning bayangkan. Aku rasa memang keluar bersih mee goreng yang aku makan Maghrib tadi. Suami kata badan aku bertindak balas dengan bisa. Habis muntah, aku sambung menangis balik. Aku bukan tak tahan sakit, tapi kalau aku sakit aku memang suka nangis apa. Puas rasa dia.

Dekat tempat yang lebam biru ungu tu aku suspek tempat bisa tu merebak.
Disebabkan terlampau mengantuk dan penat, aku baring tegak mengadap siling. Last - last tertidur jugak aku. Itupun terbangun banyak kali sebab tiba - tiba rasa susah nak nafas, sakit berdenyut, rasa nak muntah semua. Nasib baik dapat MC 2 hari. Tak payahlah aku fikir macamana nak pergi sekolah ke apa. Bangun pagi tangan kebas, badan sakit - sakit. Lepas makan ubat, aku sambung baring tidur sampai ke petang. Masak - memasak, mandikan Adam semua suami yang buat. 

Kawan - kawan banyak bagi petua nak hilangkan bisa. Ada yang kata letak biji asam, letak rumput Israel, letak bisa lipan tu dekat tempat yang kena gigitlah semua. Ada yang kata kenapa aku tak minum air. Ada yang kata kalau lipan masuk baju kita kena relaks jangan panik. Aih taknak panik macamana, benda tu dah masuk dalam baju, Aku pun tak sempat nak fikir apa dah. Tindakan spontan.

Inilah dua ekor lipan yang telah membuat pailang dengan aku itu hari. Dua - dua dah jahanam Abah kerjakan.
Sebenarnya dalam sakit - sakit tu, aku terasa disayangi juga. Abah bertungkus - lumus menyelamatkan aku malam tu. Nampaklah muka dia risau gila. Tu belum Makcik Pakcik aku lagi, sepupu sebelah rumah yang datang malam tu semata-mata nak pastikan aku okay, suami yang bersusah - payah bersengkang mata jaga aku, masakkan aku, jaga Adam sementara aku sakit, kemaskan rumah, basuhkan baju. Allah. Dalam pada sakit-sakit tu aku memang rasa kembang-kuncuplah hati. Belum lagi bff-bff mesej suruh makan ubat, jaga diri. Ni terharu ni. Memang terasa macam nak keluar airmata pelangi ni. Emak pun bukan main risau. Call tanya aku dah okay ke tidak. Bernyawa lagi ke tidak. Sedia maklum betul Emak, aku ni harap umur je dah tua tapi perangai aku dah macam budak belum akil baligh lagi. Jangan risau Emak, aku okay. Tuhan bagi bernafas lagi. Alhamdulillah.

Aku sekarang trauma betul nak tengok TV sambil baring - baring. Terbayang - bayang lipan tu merayap-rayap atas lantai. Pantang terasa ada benda merambat, melompat-lompat aku padahal semut aje pun. Trauma sesungguhnya aku. Nak tau sakit tak sakit kena gigit lipan secara double macam aku, trylah mintak dekat Tuhan.

Sesiapa yang tadi sakan bahan aku dekat sekolah engkau orang jaga - jagalah. Aku dah mintak Tuhan hantar satu batalion lipan datang rumah engkau orang. Gigit sikit bagi rasa. Lagi - lagi tang mulut yang jahat tu haa.

Dah. Babai.

Read More»

Biar Tua Dekat Umur. Dalam Hati Muda Sentiasa.

Assalamualaikum.

Hukaloh. Bulan Oktober ni kalau engkau orang nak tahu, telah aku isytiharkan sebagai bulan menyambut birthday aku. Jadi kalau - kalau anda tidak berkesempatan nak beri aku hadiah tepat pada 8 Oktober, eh jangan risau, aku masih menerima hadiah di sepanjang bulan Oktober ini. dan kalau - kalau rasa macam nak bagi aku hadiah walaupun bulan Oktober dah lama habis, jangan gaduh - gaduh, pendek kata sepanjang tahun pun boleh kalau nak bagi aku hadiah. Aku okay aje.

Birthday celebration aku ada banyak peringkat (Ya Allah, aku yang type pun rasa menyampah apatah lagi engkau orang yang membaca ye dak?) dan peringkat yang pertama dan merupakan peringkat yang terpaling penting sekali adalah peringkat menyambut birthday bersama suami dan keluarga yang tercinta sedunia.

Tahun ni birthday jatuh pulak pada hari exam PMR. Jadinya pagi tu sampailah ke petang dalam pukul 4 macam tu, aku berkhidmat dengan gigihnya jaga exam dekat Sekolah Tun Ismail. Jiran aje dengan SESEGA. Sebelah aje hah. Tapi kalau jalan kaki penat jugaklah. Dan yang seronoknya, pagi 8 haribulan tu, aku demam, sakit badan, sakit kepala, sekali pakej dengan jerawat yang maha jembalang bertepek dekat sekalian muka. Yang paling true, ada satu menebeng dekat hidung. Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa, kalau tak mengenangkan iman dalam dada yang senipis kulit bawang ni, rasa macam nak tarik-tarik rambut menangis berguling-guling.

Aku touch up foundation dengan compact powder setebal-tebalnya nak bagi cover jerawat - jerawat yang bermaharajalela. Kau bayangkanlah muka seputih-putihnya pergi sekolah pagi tu. Aku pedulik apa. Aku nak nampak cantik di pagi birthday aku, tau dak. Gigih drive sambil kereta melayang-layang, effect makan panadol yang berlebihan. Selamat tak masuk dalam longkang ha.

Offical muka umur 30 tahun. Cantik rupanya.
Satu hari melawan sakit, diselang-seli dengan paksa Oat urut-urutkan badan, habis aje jaga exam terus aku drive balik dengan badan yang seram - sejuk campur dengan penat letih mengantuk semua ada. Oh hadiah pertama yang aku dapat, tak lain tak bukan adalah dari Oat. Satu paper beg warna pink striking yang bukan sahaja berat, tapi besar bapak punya haa. Teruja aku rasa nak bukak hadiah tu. Terima kasih Oat. Ceria betul aku jadinya. Sakit - sakit pun masih mampu nak excited secara membabi buta. Hasrat nak dengar someone nyanyikan lagu birthday secara live pun tercapai bila tengahari tu masa break lunch and solat, Hamdan kacak called and nyanyikan lagu birthday dengan penuh comel sekali. Wuuu teruja campur terharu dan entah apa lagi perasaan entah yang dah bercampur aduk. Terima kasih, Hamdan ! ^^,

Sampai rumah, keluar dari parking kereta, dengar suara Adam terjerit-jerit ucap "Happy Birthday" terujanya. Anak aku dah besar rupanya. Sobs sobs. Kesat airmata pakai hujung lengan baju. Adam tarik tangan aku masuk bilik dan dekat atas tilam ada satu bouquet bunga ros merah tiga kuntum yang bau dia semerbak penuh satu bilik. Awlohloh. Tersenyum simpul suami bila aku ucap terima kasih berkali - kali. Terharu dengan kesungguhan beliau, sebab suami bukan jenis yang membazir belikan bunga bagai. Aku pun tak suka suami belikan bunga sangat. Yelah. Benda bukan boleh buat makan pun. mahal pulak tu. Tapi bila dia punya effort sempena birthday aku ni lain macam dia punya romantik, secara serta-merta mencair pula hati nurani wanita solehah macam aku ni. Sobs. Terima kasih, suami ! ^^, 
Aku tak ready. Suami dah snapped. Muka terkejut beginilah hasilnya haa.
Camwhore dengan bunga. Maklumlah jarang-jarang dapat. Jadi ada sedikit ehem jakun.
Adam punya excited suruh aku tengok kek birthday yang Papa belikan, mengalahkan tuan punya kek punya excited. Berlari - lari ke peti ais suruh aku tengok kek, tengok kek. Bila aku buka kotak kek, rasa nak nangis kuat - kuat pulak. Aku selalu rasa suami macam tak pernah aware langsung apa yang aku minat , apa yang aku tak minat. Tapi bila tengok aje rupa paras kek tersebut yang dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya cokelat, ditambah dengan seketul minion toys hiasan dekat atas kek tu, aku rasa macam..ah. I can't even.. ah!

"Apasal beli kek cokelat? Abang bukan suka cokelat."
"Lina kan suka cokelat. Birthday Lina, kan. Bukan birthday abang."
Senyum.
"Ni apasal ada minion ni? Kek macam budak kecik ni?"
"Lina kan suka minion. Eh, Lina kan budak kecik lagi?"
Cuit hidung. Senyum sampai ke bulan.
Awlohlohlohlohhh !
Lepas solat Maghrib, Abah buat kenduri doa selamat kecik - kecik. Jemput Wah dengan Cik Aim dengan Acik Meme aje. Alhamdulillah. Bersyukur Tuhan masih bagi peluang nak bernafas dan bertaubat. Alhamdulillah. Gigih suami masakkan makanan kegemaran aku. Nasi Ayam Penyet. Memang penyet habis ayam tu diketuk - ketuknya haa. Demam - demam pun licin jugak nasi tu aku kerjakan. Sedap! Sedap sangat! Beruntungnya dapat suami yang pandai masak. Or at least pandai google resepi nak masak. Kenyang haa !

Sup Ayam, Sambal, Tempe & Tauhu goreng rempah, Ayam Penyet goreng rempah.
Alhamdulillah. Biarpun majlisnya kecik, tapi buat hati aku kembang bertingkat-tingkat. Rasa hati penuh dengan cinta yang bersepah - sepah. Rasa bersykur Allah bagi kesihatan, keluarga bahagia, cukup makan pakai dan tempat tinggal walaupun cuma menumpang Emak Abah, ada kerja yang bagus-bagus, hidup tak melarat walaupun tak mewah sedunia. Alhamdulillah. Aku bersyukur. Ada suami tempat bermanja tempat menghambur segala rasa setia dan cinta, ada Adam tempat melepas rindu dendam. Ya Allah. Alhamdulillah. Aku bersyukur Ya Allah. 
Tiga. Macam kita kan, sayang?
Hadiah daripada suami.
30.

Izinkan aku terus bernafas Ya Allah.
Supaya aku dapat membahagiakan Emak Abah.
Supaya aku menjadi isteri soleheh kebanggaan Hafizal Elias.
Mama mithali dan penyeri hati Adam Irfan Xaharis dan adik-adiknya.
Supaya aku bisa lagi terus menabur budi dan bakti untuk anak bangsa.
Supaya aku bisa menjadi hambaMu yang mahu menempah tiket ke syurga.
Supaya aku bisa menjadikan keberadaan aku didunia bukan hanya sebentuk daging yang engkau beri nyawa.

Izinkan aku Ya Allah.

Izinkan aku menjadi cahaya hidup manusia - manusia yang masih perlukan sinaran aku.
Pantas dengan nama pemberian Emak Abah.

Norhayati.

Cahaya hidupku.

Terima kasih Ya Allah. Untuk karunia cinta dan bahagia.

Alhamdulillah. Amin Ya Allah.

Dah. Babai!

Read More»

30.

Assalamualaikum.

8 Oktober 1983 - 8 Oktober 2013.

Terima kasih Tuhan, untuk tiga puluh tahun yang telah Engkau kurniakan untuk aku.

Tiga puluh tahun.

Aku belajar ketawa.
Aku belajar menangis.
Aku belajar kecewa.
Aku belajar bahagia.
Aku belajar jatuh.
Aku belajar bangun semula.
Aku belajar dihina.
Aku belajar dipuja.

Aku belajar menjadi manusia.

Tuhan,
Untuk tiga puluh tahun yang penuh dengan dosa ini, aku bersyukur kerana Engkau masih beri aku peluang untuk bernafas dengan udaraMu. Aku masih diberi peluang untuk melihat dengan karunia mataMu, aku masih diberi peluang untuk mencinta dan dicinta, aku masih diberi peluang untuk tadah tangan dan meminta - minta kepadaMu Ya Rob. Engkau masih beri aku peluang untuk berjalan diatas bumi Mu.

Tiga puluh tahun , dan tak banyak yang boleh aku banggakan.

Masih tak punya harta. Hidup masih menumpang dengan Emak dan Abah. Pergi sekolah masih dengan Savvy hitam penuh keunggulan yang kadang - kadang dibahan - bahan dengan orang lain. Hidup masih biasa - biasa. Sambung belajar pun tidak. Masih jugak ditakuk segulung Ijazah yang hampir 6 tahun usianya. Belum juga ditabal guru cemerlang. Jangankan guru cemerlang, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pun belum lagi nampak bayang. Hutang PTPTN masih berlambak, belum mampu nak bercuti ke luar negara, belum mampu nak pakai baju mahal - mahal ke sekolah. Aku masih juga begini, belum ada apa - apa peningkatan hidup yang boleh aku banggakan.

Tiga puluh tahun.

Aku bangun pagi. Awal. Suara Muazzin sayup - sayup kedengaran. Azan Subuh pun belum lagi dilaungkan. Suasana hening. Aku pandang ke sebelah kanan. Menatap satu wajah yang sangat aku gila - gilakan. Wajah yang dijiwanya tempat aku tumpahkan setia. Wajah yang hatinya menjadi tempat aku curahkan rasa cinta sayang yang bersepah - sepah. Aku alihkan pandang ke satu wajah lain yang sedang beradu diapit malaikat. Wajah suci yang satu masa dahulu , taman syurga menjadi tempat dia bermain - main sebelum Tuhan kirimkan dia untuk menjadi amanah aku. Dua wajah, yang kalau aku gabungkan menjadi satu. Bukti cinta dan sebab keberadaan aku atas muka dunia.

Itulah sebenar - benar harta yang aku ada. Suami dan anak lelaki yang penuh dengan kasih dan cinta.

Aku masih punya Emak Abah tempat aku curah bakti.
Aku masih punya bumbung tempat berteduh dari hujan dan terik matahari.
Aku masih punya kudrat Allah beri untuk mendidik anak bangsa.
Aku masih punya hati dan jiwa untuk menyebar kasih dan cinta.
Allah masih pinjamkan aku kesihatan.
Allah masih kurniakan aku kewarasan fikiran.
Allah masih bantu aku disepanjang perjalanan kehidupan.

Untuk tiga puluh tahun hidup aku yang tak punya apa - apa ini, Allah sentiasa ada untuk setiap hari - hari yang aku lalui. Allah ada. Dan aku sebenarnya bukan tak punya apa - apa.

Aku selamanya akan tetap ada Dia.

Alhamdulillah Ya Robb. Engkau masih izinkan aku untuk terus hidup dan menebus segala dosa yang aku lakukan. Engkau masih kurniakan aku dengan kebahagiaan yang aku tahu ini semua hanya pinjaman. 

Terima kasih suami, Adam Irfan Xaharis, Emak dan Abah, Kakak - kakak, Embun dan ahli keluarga yang lain, kawan - kawan, sahabat - sahabat, kenalan samaada di FB, Blog, Twitter dan IG dan yang paling istimewa cintanya, untuk anak - anak murid, sama ada yang pernah aku curahkan ilmu ataupun tidak, atas segala ucapan manis dan doa - doanya, untuk hadiah dan pemberian, untuk ingatannya dan untuk susah payah sama - sama menyambut hari lahir aku yang ketiga puluh ini. Terima kasih. Terima kasih.

Semoga Allah mencintai kalian.

Aku serahkan kepada Allah, untuk membalas budi baik kalian semua. Aku tak punya harta untuk dikongsikan. Tapi aku punya banyak cinta, sudi terima ya?

Ini muka orang umur 30 tahun. Hari lahir tahun ini aku sambut dengan jerawat besar atas hidung. Demam. Sakit badan dan migraine yang tahap super dewa - dewa langit punya. Peh.

Dah. Babai.

Read More»