Nak Jadi Wangi Sebenarnya Tak Adalah Sampai Perlu Berbelanja Beratus - Ratus.

Ya Allah panjang pulak tajuk entry.

Assalamualaikum.

Emak aku selalu kata, muka cantik kalau ketiak berlapuk, tak ada gunanya. Muka hengsem kalau badan bau kubur juga tak membawa ke mana - mana. 

Sesungguhnya kebenaran kata - kata Emak aku tak dapat disangkal lagi. Yelah kan, apa guna kalau muka kau mengalahkan artis Kpop tapi sekali datang dekat, hambik kau.Loji kumbahan. Secara tak langsung, jatuh pula kredibiliti engkau sebagai manusia kacak lagi bergaya. Tak kiralah lelaki atau perempuan, kita sesungguhnya kenalah menjaga kebersihan dan juga bau badan. Imej kendiri juga akan menjadi lebih baik. Feh. Imej kendiri, kau. Bukan main - main bahasa dia.

Minyak wangi merupakan salah satu cara untuk kita menjaga keharuman bau badan. Untuk badan, ada spesifik minyak untuk badan. Jangan pulak engkau celet Harpic dekat ketiak, ataupun kapur barus, ataupun pewangi kereta. Tak sesuailah kan. Jamban punya perfume jangan kau pukul rata jadi perfume badan pulak. Dan minyak wangi jugak ada banyak range harga. Ada yang murah sampailah yang beratus - ratus. Kita jadi manusia, kenalah pandai memilih mana satu yang sesuai untuk badan kita. Takde salah nak pakai yang murah, asalkan bau dia sesuai dan mendamaikan si pemakai dan juga si pembau. 

Ni nak ceritalah kan, untuk engkau orang engkau orang yang mengidamkan bau badan berbau seperti perfume designer yang hebak - hebak, yang bau dia macam lejen - lejen gitu, tapi tak berapa nak sanggup menjahanamkan duit sampai beratus - ratus cuma kerana nak beli perfume yang mahal beratus tu, engkau orang jangan gabra - gabra dulu. Relaks - relaks makan keropok ikan. Sekarang ni memang tengah sensasi dan glamer perfume gred AAA dari Sephora Dubai. Bukan 100% original tapi bau dan kualiti dia memang kira 99% menyamai yang original. Harga pulak, jauh lebih murah daripada perfume yang dijual di kaunter. Duit jimat. BOleh teruskan usaha menabung untuk kahwin ke, pergi haji ke, bayar PTPTN ke. Gasaklah.

Banyak orang jual perfume ni online. Ada yang jual RM100 dapat 3 jenis perfume. Ada jugak yang jual sebotol cecah RM100 untuk perfume gred AAA ni. Apa yang engkau orang kena titik beratkan adalah kualiti dia.

Kualiti dari segi pembungkusan dan jugak bau dia.

Kadang - kadang, yang RM100 dapat 3 botol tu kualiti pembungkusan dia memang cap ayam dan bau dia memang tak sama langsung dengan yang original. Ada pulak tu yang jual mahal gila, hampir nak sama dengan harga original. Baik beli terus yang original kalau cemtu. Engkau orang tak boleh salahkan penjual sebab engkau orang kena tahulah yang engkau  orang beli tu tak original. Jadi, kenalah pandai memilih penjual yang betul-betul jual perfume berkualiti dengan harga yang sangat - sangat mampu milik.

Engkau orang boleh dapatkan perfume gred AAA duty free Dubai ni dengan harga dan kualiti yang sangat sangat best habis daripada Kak Anisah dan Abang Ezzuddein. Eceh abang kauuu. Kihkoh. Harga dia gila murah dan rupa paras perfume - perfume ni semua memang 99.9% sama dengan yang original. Memang confirm puas hati ! Beratus - ratus jenama perfume terkemuka dunia yang engkau orang boleh pilih, dan jugak engkau orang boleh request spesifik perfume yang engkau orang nak. Belum - belum dah 3 botol aku rembat. Murah weh !





Setiap semburan dia bertahan selama 3 - 4 jam , dan ia juga bergantung kepada darah seseorang. Ada yang bertahan sampai 8 jam jugak sebenarnya. Kadang - kadang, ada yang beli beratus pun bau dia tak boleh nak long lasting sebab keadaan badan orang tu sendiri. So why pay more ? Eceh speaking.

Memang tak tipulah. Tipu dosa. Aku selaku buyer yang boleh tahan fussy, memang betul - betul puas hati dengan kualiti produk dan juga servis jualan yang ditawarkan.



Engkau orang kalau nak berniaga pun boleh jugak. Dan jangan risau. Ini tanpa modal. Lebih menyeronokkan daripada jadi agen dropshipping. Engkau orang dapat terus perfume - perfume yang engkau orang nak jual tanpa modal. Insentif yang ditawarkan jugak bukan calang - calang. Komisyen yang diberikan memang tahap selamba best tengok TV sambil makan keropok ikan. Ada jugak bonus tambahan untuk penjual yang berjaya menjual produk dengan aktif dan berdaya saing. Ewah dah macam Hi-O pulak. Eh tapi jangan risau. Ini bukan MLM. Jual beli berlandaskan syariat Islam yang sebenar. Apa tunggu lagi ?

Boleh jugak beli untuk diri sendiri, untuk makwe pakwe, untuk Emak Abah, untuk jiran tetangga, untuk bakal pak mak mertua. Untuk siapa - siapalah. Siapa taknak barang murah lagi berkualiti, kan? Kalau nakkan khidmat nasihat untuk pilih mana satu bau perfume yang sedap pun boleh jugak. Semuanya free tanpa bayaran.

Kamon. Takkan nak tunggu sampai ketiak berkulat?

Tampil wangi dan menawan dengan bau badan yang sungguh mempesonakan.

Baru swag yawww!

Untuk pembaca blog aku ni lagi sepesel weh. Kalau engkau orang mention yang engkau orang baca promosi iklan menarik ni dari blog aku, tawaran harga yang menarik akan diberikan. Taknak ke woi ?

Okay. Dah. Babai!

Read More»

5 Tahun.

Assalamualaikum. 

Seingat aku, aku yang ajak suami kahwin. Aku yang ajak dia hidup sama - sama. Aku cakap dengan dia straight to the point yang aku tak boleh nak cintakan mana - mana lelaki kecuali dia. Aku tak tahulah dia faham ke tidak maksud aku sebenar - benarnya waktu tu. Ayat aku yang , tak boleh cintakan mana - mana lelaki tu merujuk kepada keinginan aku nak menghabiskan seluruh hidup dan masa muda aku dengan dia. Aku nak tua merenyuk dan bongkok dengan dia. Aku nak jadi manusia pertama yang dia tengok setiap kali dia buka mata pagi - pagi buta, dan muka terakhir yang dia akan tengok sebelum dia tutup mata di malam hari. Aku nak ada dengan dia masa dia susah dan apatah lagi masa dia senang. Aku nak jadi seseorang yang dia sayang, yang dia cinta, yang dia serahkan seluruh jiwa dan raga untuk aku sorang. Dan sewaktu suami setuju untuk memperisterikan aku, aku kira, suami juga bersetuju untuk berkahwin dengan aku sekali pakej dengan semua kekurangan dan keburukan aku.

Aku panas baran nauzubillah. Panas baran yang macam ticking bomb. Bila - bila masa meledak. Jenis manusia yang kalau dah marah, segala macam dialog keluar dari mulut. Mengungkit. Benda dah 6-7 tahun lampau pun aku boleh pinpoint dengan selamba rocknya. Bukan setakat tu aje, aku manusia yang kalau marah, segala benda aku campak, aku baling, aku hempas. Pernah lah jugak time marah , selamba badak aje aku hempas tab ke lantai. Macam tu. Dan suami, sewaktu dia setuju, sudi mahu nikahi aku, dia sedia maklum dan sudi juga menikahi 'aku' yang satu lagi ini. Apa suami buat bila aku tengah marah menggila? Dia diam. Dan dia akan menjauhi aku selama mana yang aku perlukan. Diam tak bersuara. Nanti, bila aku dah cool down sikit (Orang panas baran ni bagus, cepat marah, cepat jugak coolnya) dan time tu aku dah boleh keluar bilik cari makanan (Hint untuk kata yang aku dah okay) masa tu suami datang, peluk, usap - usap rambut dan time tulah suami akan nasihatkan aku dengan suara yang sumpah paling lembut satu dunia.

Sambil nasihatkan aku, tangan dia tak lepas usap kepala aku. Aku tahu, waktu itu mesti dia tengah baca doa untuk lembutkan hati aku. Sumpah, 5 tahun kahwin, tak pernah suami naik tangan. Siapa yang sabar macam dia? Kalau time aku naik angin tu, aku rasa aku pun tak boleh nak sabar perangai sendiri. Nauzubillah. Tapi suami setakat ni, chill cool kentang aje. Aku bersyukur sangat - sangat. Alhamdulillah. Sekarang aku pun dah pandai sikit - sikit kontrol marah. Sejak dah jadi Emak - Emak ni, nampak sikitlah cool dia. Kalau marah pun aku bantai makan cokelat banyak - banyak aje.

Aku malas masak. Memang bukan perempuan yang gigih memasak. Orang kata kalau nak jaga suami, jaga perut dia. Jaga makan minum dia, air tangan isteri tu yang menambat hati suami. Maaflah, aku tak dapat aplikasikan benda ni dalam marriage aku. Memasak is just not my thing. Aku jaga bab lainlah. Macam, jaga rumah, pastikan rumah kemas dan bersih. Pastikan pakaian suami sentisa kemas, bersih, wangi dan bergosok. Pastikan bilik kemas, wangi, teratur dan bersih. Pastikan tempat solat bersih dan teratur, pastikan Adam sentiasa dalam keadaan yang baik. Pastikan rumah kami syurga kami. Dan suami? Dia memang chef yang hebat gila. Skill memasak dia memang giler kentang punya. Dan aku bersyukur, setiap kali aku minta maaf yang aku ni bukan tukang masak yang cemerlang, suami kata "Tak apalah, Abang boleh masak untuk Lina!" Sambil senyum - senyum. Meltinglah aku haa !

Aku manja tahap gila babi. Manja yang kalau orang lain tengok, mesti rasa nak baling aku pakai batu bata. Manja tahap yang kalau nak tidur petang mesti suami dodoikan, manja tahap yang ya Allah, rasa nak tempeleng laju - laju. Tapi aku manja dengan suami ajelah. Dengan suami sendiri. Dengan suami orang takkanlah aku nak manja - manja. Apa salahnya kan manja dengan suami sendiri? Dan aku memang bersyukur tahap polis angkasa gaban sebab suami tak pernah muak, tak pernah  penat nak manjakan aku. Masih lagi sudi bangun pagi masakkan air panas kalau aku nak pergi sekolah, masih sanggup masakkan aku kalau tiba - tiba isteri dia ni lapar malam - malam buta, masih sudi nak jaga aku time aku sakit, masih berjaga tak tidur malam kalau aku tak sihat atau demam, masih nak buatkan aku coconut shake yang sedap sedunia, masih nak buat macam - macam untuk pastikan aku rasa disayangi,dicintai,dihargai. 

Setiap kali blackout atau hujan lebat yang siap ada guruh petir semua tu, dia mesti duduk dekat dengan aku, pegang tangan, dan pastikan yang sepanjang waktu tu, aku tak akan rasa takut atau kesunyian. Ya Allah. Ya Allah. Aku tak rasa ada lelaki dekat luar sana yang sanggup buat macam tu untuk aku. Serious. Aku buatlah apa saja pun, biar macamana serabut pun rupa aku bila bangun tidur, bila muka berjerawat, bila cuba nak potong rambut style baru tapi ended up macam perempuan baru lepas keluar longkang, apapun, suami tetap kata akulah perempuan yang paling cantik dalam dunia. Dan sebab suami baik hati dan selalu bercakap benar, aku percayalah! ^^,

Sepanjang 5 tahun suami jadi suami aku, selama itu aku sentiasa jatuh cinta setiap hari. Setiap kali pandang suami, rasa cinta dalam hati ni melimpah ruah bersepah - sepah, bergolek - golek bertebar serata jiwa. Tak pernah aku jatuh cinta segila ini. Tak pernah. Hidup tak mewah harta tapi mewah dengan cinta. Alhamdulillah Ya Allah. Aku malu dan rasa tak layak untuk anugerah dari Engkau ini Ya Rabb. Engkau kurniakan aku seorang suami yang membahagiakan aku dan mencintai aku.

Untuk suami, sebab keberadaan aku dalam dunia ini, puncak cinta dunia akhirat, terima kasih aku ucapkan. Terima kasih kerana sudi memperisterikan aku, menjadi suami aku, menjadi Papa yang baik dan penyayang untuk anak kita, susah payah bersama, terima kasih. Terima kasih suami, kerana bertungkus - lumus berkerja untuk keselesaan kita, terima kasih menjadi Imam untuk aku, terima kasih kerana selalu menyayangi aku tanpa syarat.

Selamat ulang tahun ke 5 perkahwinan kita sayang.

5 tahun sudah kita berkongsi cinta dijalan yang Allah redhai. 5 tahun kita ketawa dan menangis sama - sama, 5 tahun kita langkah sama - sama menuju Syurga Allah. Terima kasih kerana selalu ada untuk aku. Terima kasih kerana selalu mendukung aku, tak kira apa yang aku lakukan. Terima kasih , sayang. Terima kasih.

Aku cinta kamu.

:)
 


Love

Dah. Babai

Read More»

Hijrah Antara Kau Dengan Tuhan.

Tadi , masa aku kasitau suami yang birthday aku dalam bulan Islam, jatuh dekat 1 Muharam, suami angguk aje. Bila aku kata, aku nak hadiah birthday, dia jeling pulak. Aiseh, dia punya jeling tu pulak bukan calang-calang punya jeling. Jeling nak kasi tau aku jangan nak demand yang bukan - bukan. Saja cuba nasib, mana tau dapat hadiah sempena birthday dalam bulan Islam ke kan. Kihkoh.

Hari tu masa sambut tahun baru yang omputeh punya version, aku tak berapa nak tanam azam. Aku ni pulak bukan pesen manusia yang bermatlamatkan azam. Azam tu pun cuma nak isi - isi masa lapang, tak sampai berapa hari, azam tinggal azam ajelah. --" 

Masuk tahun hijrah ini kali, awal - awal lagi aku dah pasang azam. Sambil dalam hati berkumandang lagu 1 Muharam paling true di abad ini. Lagu dari aku kecik sampai ke besor sampai dah jadi Mak orang ni pun aku takkan lupa punya. Sempena 1 Muharam 1435 Hijrah tahun ni, aku nak pasang 1 azam aje. Bukan azam nak kurus ke atau azam nak naik pangkat ke atau azam nak beli kereta baru ke apa. Aku cuma berazam, aku nak solat cukup di awal waktu. Insyaallah. Nampak macam kacang kopek aje azam aku , kan? Tapi aku tahu, nak realisasikan dia bukan macam makan kacang kopeklah for sure. Insyaallah. Itu azam aku tahun ni. Dan untuk tahun - tahun seterusnya sampailah aku mati.

Kadang - kadang manusia ni salah guna perkataan hijrah.

Dan kadang - kadang manusia ni jugak membabi - buta kata diri sendiri dah berhijrah, tapi sebenarnya dia jadi lagi jahiliyyah daripada sebelumnya.

Hijrah, satu perubahan yang engkau buat, daripada tak baik menjadi yang lebih baik. Dan suka aku ingatkan kepada diri sendiri yang bukan hijrah namanya, kalau dalam hati kita masih ada rasa riak. Masih nak mengharap aprisiasi manusia. Masih nak mengaut dunia, masih nak mengadu domba. Masih buat benda jahil. Layak kah kita kata kita manusia yang sudah berhijrah?

Masih belum hijrah sepenuhnya.

Dan kalau boleh, sesuai dengan azam tahun ni nak solat cantik - cantik punya, cara berpakaian pun kenalah macam orang dah berhijrah. Ye dak? Rasanya dah boleh bungkus dah baju - baju ketat sendat semua tu. Bagi dekat budak - budak sekolah rendah pakai. Dan dah alang - alang cantik berpakaian tu, akhlak pun kalau boleh biarlah lagi cantik orang kata, kan? Panas baran tu rasanya dah boleh buang dalam longkang dah. Marah - marah selalu karang naik kedut dekat mata pulak.

Barulah hijrah sebenar hijrah.

Penat sungguh rasanya dok kejar dunia ni. Dunia ni pulak dia main jilaka. Makin kau kejar, makin dia lari jauh.

Jadi aku rasa, aku nak kejar satu perkara yang confirm takkan lari punya. Silap- silap, bila kita jauh, dia makin datang dekat dengan kita.

Aku nak rasa manis manisnya kejar cinta Allah.

Kejar barokahNya.

Kejar sakinahNya.

Kejar janji syurgaNya.

Kejar indah indah hidup di bawah naungan kasih sayangNya.

Aku nak rasa.

Aku tahu jalan dan laluannya bukan mudah. Tapi apa nak risau ye dak? Tadah tangan , doa sungguh - sungguh.

Allah mesti bantu, punyalah! ^^, Doakan , ya!

Salam Maal Hijrah 1435 kawan - kawan. Langkah pertama yang Rasulullah SAW mulakan seribu empat ratus tiga puluh lima tahun yang lepas, terpulang kini pada kita untuk sudahkan. Dan teruskan kesinambungan.

 Isteri mithali bersuami suami nan kacak dan anak lelaki yang handsomenya Subhanallah.

Allahuakhbar.

Dah. Babai!

Read More»