Selamat Menghampiri Hari Mati

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru kawan - kawan. Apa bikin malam tadi? Berhimpun dekat dataran? Join gathering hitam lalu berarak beramai-ramai? Clubbing? Yamseng yamseng? Aku rasa, jawapan yang paling win adalah kalau jawapan engkau orang adalah tidur. Tidur ajelah. Tahun baru ke, tahun gajah ke, tahun apa sekalipun, dah malam, tidur. Jangan merambu tak tentu hala. Biasanya yang malam-malam tak tahu nak tidur jalan ke sana ke sini tak ada hala tuju ni setan aje yang biasa buat macam ni. Lainlah kalau engkau bangun malam buat solat tahajjud ke , baca Al-Quran ke apa. Baru aku tabik. Ini buat entah menda-menda. Menyampah pulak aku.

Amboi. Panjang pulak mukadimah.

Alhamdulillah. Hari pertama tahun baru, Tuhan bagi aku kesihatan yang baik untuk pergi sekolah dan meneruskan kembali khidmat sebagai seorang guru setelah bercuti selama beberapa minggu. Ya Allah macam ayat dalam buku teks Bahasa Melayu darjah 5 aje. Bangun pagi pun tak ada masalah. Tak ada nangis-nangis, tak ada merajuk-rajuk taknak pergi sekolah. Kalau ada pun, siapalah yang ada hati nak layan. Dilempang, mungkin.

Sekolah, kawan-kawan guru dan anak murid pun Alhamdulillah positif semuanya. Yang part anak - anak murid ni aku tak tahulah betul-betul jadi baik ke apa kan. Almaklumlah hari pertama sekolah. Macam-macam permainannya. Jadi kena pantau betul-betul. Takut-takut perangai alim sebegitu takkan bertahan lama. Jadual waktu aku tahun ni pun cantik betul susunan dia. Macam biasa. Tapau kelas Tingkatan 3 sampai 5 kelas. Tak kisahlah tu. Dah namanya pun cikgu. Takkan nak merungut. Taknak mengajar, baik berhenti. Jual burger sana.

Tahun ni Johor start cuti Jumaat dengan Sabtu. Aiseh. Hari Ahad kena kerja. Tak dapat nak tengok Melodi sambil makan keropok ikan. Tak dapat nak tengok kartun dari pagi sampai petang. Aih. Takpelah. Mungkin bertukar suasana ni boleh buat kita jadi lebih produktif dan berdaya saing. Positif, positif. Korbankanlah semua waktu-waktu lagha tu. Hidup pun bukan untuk dunia semata-mata. Eceh. Ayat.

Azam tahun baru, macam tak ada. Menyampah pulak asyik tanam azam tapi lepas tu hekeleh entah kemana -mana azam. Itu namanya, tak guna. Azam biar realistik. Jangan nak kencang aje azam, tapi.... ha sambunglah sendiri. Azam aku tahun ni senang aje. Aku nak jadi muslimah yang lebih lagi. Islam bukan takat dekat nama. Dekat IC. Aspek apa tu, nantilah fikir. Yang penting, solat nak cukup. Buat apa Tuhan suka. Tinggal apa Tuhan benci. Aku yakin. Jaga yang ini, yang lain tahulah Tuhan nak buat macamana.

Jadi yang lebih baik. Tahun baru ni memang sedaplah kan, gembira. Seronok. Tahun bertambah. Bertambah jugak hari nak dekat mati. Dan aku tak nampak apa sebabnya kita kena bergembira melampau-lampau dalam hidup ni sampaikan lupa nak cari jalan balik ke fitrah semulajadi. Hidup kat dunia ni bukan destinasi kita. Yang dekat 'sana' nanti tu yang buat kepala kusut. Apa tempat kita.

Panjang pulak membebel. Padahal tak ada siapa baca. Kehkeh.

Okaylah. Sampai sini dulu. Besok-besok aku merepek lagi.

Nah. Kacak betul aku berbaju Pegawai Bomba.
Dah. Babai.
image